Abu Bakar Juah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 187: Baris 187:
| Atok
| Atok
| [[TV2]]
| [[TV2]]
|-
|2016
| ''Hati Yang Musafir''
|
| [[TV1]]
|-
|-
|2017
|2017

Semakan pada 11:55, 23 Oktober 2020

Abu Bakar Juah
Kelahiran
Abu Bakar bin Mohd Juah

20 April 1948
Meninggal dunia15 Ogos 2020(2020-08-15) (umur 72)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1976–2018
PasanganRusidah Mohd. Yassin (k. 1980)
Anak-anak4

Abu Bakar bin Mohd Juah (29 April 1948 - 15 Ogos 2020) merupakan seorang pelakon lelaki dan bekas pentadbir penjara Malaysia. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Penjara di Penjara Taiping sebelum mula bersara pada 2005.[1]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai Pengarah Kanan Penjara di Penjara Taiping sebelum bersara pada 2005. Abu Bakar, semasa masih berkhidmat dalam pejabat kerajaan, beliau memulakan kerjaya lakonan dalam filem dan televisyen. Selain itu, beliau turut menyumbangkan suaranya dalam beberapa iklan televisyen. Beliau bersara dari kerjaya lakonan pada 2018 akibat kemerosotan keadaan kesihatan beliau.

Sakit dan kematian

Beliau disahkan menghidap kanser hati pada tahun 2016. Namun begitu, beliau disahkan bebas dari kanser usus tahap empat selepas menjalani 12 sesi rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Cheras, Kuala Lumpur pada petang 15 Ogos 2020.[2] Beliau meninggalkan balu, Rusidah Mohd. Yassin yang dikahwininya pada 1980, empat anak dan seorang cucu.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1984 Matinya Seorang Patriot Shamsul
2009 Jangan Tegur Imam
2011 Senjakala Tok Penghulu
2017 Rempit Sampai Langit Pak Cik Penampilan khas
2018 Dukun Hakim

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Puaka Niyang Rapik Tok Dalik TV3
2009 Ceplos Pak Jamal
Gerak Khas (Musim 11) Tok Lela TV2 Episod: "Bomoh Oh Bomoh"
2010 Siong Arya Mitra TV3
Durja Ningsun Haji Shaaban
Chinta Haji Karim
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Astro Oasis Episod: "Ular Hitam"
Makbul Datuk Kahar TV2
Sahara Mazlan TV3
Terowong Ayah Episod: "Bidan"
2011–2012 Karma TV9 Penampilan khas
2012 Pelangi Kasih Haji Mahmood TV3
Lara Hati Mat Isa TV9
Citra Juwita Dato' Amin
Tanah Kubur (Musim 3) Astro Oasis Episod: "Rohnya Pulang"
Darjat Dato' Mansor TV3
2014 Tanah Kubur (Musim 11) Astro Oasis Episod: "Berteman Jin"
2015 Tanah Kubur (Musim 13) Episod: "Anakku Sazali"
2016–2017 Isteri Tuan Ihsan Tan Sri Shamsuddin Astro Ria
2018 Mr. Grey Pak Chad

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Tak Serupa Tapi Sama TV3
2009 Azam Atok TV2
2016 Hati Yang Musafir TV1
2017 Wanita Terindah Astro First Eksklusif

Rujukan

  1. ^ "Abu Bakar Juah buka syarikat keselamatan". Utusan Melayu. 31 Oktober 2007.
  2. ^ Pelakon veteran Abu Bakar Juah meninggal dunia, Astro Awani Dicapai pada 15 Ogos 2020

Pautan luar