Nasrudin Hassan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13: Baris 13:
| term_start = 16 Julai [[2020]]
| term_start = 16 Julai [[2020]]
| predecessor = [[Nik Omar Nik Abdul Aziz]]
| predecessor = [[Nik Omar Nik Abdul Aziz]]
| office2 = Ahli [[Parlimen Malaysia]]
| constituency_MP2 = [[Temerloh]]
| parliament2 = Malaysia
| term_start2 = [[2013]]
| term_start2 = [[2013]]
| term_end2 = [[2018]]
| term_end2 = [[2018]]

Semakan pada 06:13, 24 Oktober 2020

Ustaz Haji

Nasrudin Hassan
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Memegang jawatan
16 Julai 2020
TimbalanMohd Fakhrudin Abdul Mukti
Didahului olehNik Omar Nik Abdul Aziz
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Memegang jawatan
2015
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Temerloh
Dalam jawatan
2013 – 2018
Didahului olehSaifuddin Abdullah (BN-UMNO)
Digantikan olehMohd Anuar Mohd Tahir (PH-Amanah)
Kawasan pilihan rayaTemerloh
Ketua Penerangan PAS
Dalam jawatan
2015 – 2019
Didahului olehMahfuz Omar
Digantikan olehKamaruzaman Mohamad
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2009 – 2013
TimbalanNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (2011-2013)
Azman Shapawi Abd Rani (2009-2011)
Didahului olehSalahuddin Ayub
Digantikan olehSuhaizan Kayat
Butiran peribadi
Lahir24 November 1970
Kampung Batu 13, Besut, Terengganu
Parti politik PAS
PasanganWan Hamidah Wan Daud
(meninggal dunia)
Anak-anak
  • Iffatul Munirah
  • Iffatul Hanan
  • Afif Syairazi
  • Afif Syaiban
  • Iffatul Widad
  • Afif Syaikhani
IbuSiti Mariah binti Derani
BapaHassan bin Mohamad
KediamanPahang Darul Makmur Beserah, Pahang
PekerjaanAhli Politik, Pendakwah

Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Dalam parti politik, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2].

Latar belakang

Nasrudin Hassan dilahirkan pada 24 November 1970 di Kampung Batu 13, Besut, Terengganu. Isterinya Wan Hamidah Wan Daud.[3] Nasrudin memulakan pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong 4 & 5, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian menengah di Sekolah Menenengah Dato’ Mahmud Mat, Tanah Putih, Pekan, Pahang sebelum berpindah ke Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dan di Maahad Ittiba'i al-Sunnah, Kuala Pilah. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian tradisi Islam di Madrasah ad-Diniah al-Bakriah atau lebih dikenali dengan nama Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Selanjutnya beliau meneruskan pengajian di Maahad Fathul Islami, Damsyik, Syria dan di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Mesir.

Politik

Beliau pernah bertanding kerusi parlimen P086 Maran pada 2008 namun tewas kepada calon BN Ismail Abd Muttalib dengan 9,227 undi berbanding 15,868 undi (majoriti 6,641, atau 26%).

Pada 2013, Nasrudin Hassan bertanding atas tiket PAS menentang calon BN, Dato' Saifuddin Abdullah di Parlimen Temerloh (P088). Dengan majoriti tipis (1.9%), beliau memenangi pilihan raya itu lantas menjadikannya Ahli Parlimen Temerloh.[4]

Pada PRU 2018, beliau bertanding di Parlimen Indera Mahkota (P082) atas tiket PAS dengan meraih hanya 17,515 undi dan tewas kepada calon PKR (Pakatan Harapan) Dato Saifuddin Abdullah yang meraih 28,578 undi atau majoriti 11,063 (17.4%). [5]

Keputusan pilihan raya

Tahun Bahagian Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2008 Parlimen Maran Nasrudin Hassan (PAS) 9,227 Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) 15,868 6,641
2013 Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan (PAS) 28,267 Saifuddin Abdullah (BN-UMNO) 27,197 1,070
2018 Parlimen Indera Mahkota Nasrudin Hassan (PAS) 17,515 Saifuddin Abdullah (PH-PKR) 28,578 10,950
Johan Mat Sah (BN-UMNO) 17,628

Penulisan

  • Nasrudin Hassan (2020). Pra-Syarat Kemenangan Islam (ed. e-buku). Maju Demi Ummah Enterprise.
  • Nasrudin Hassan (2020). Feqh Keluarga Syurgawi (ed. e-buku). Maju Demi Ummah Enterprise.
  • Nasrudin Hassan (2020). 40 Hadis Perjuangan. Maju Demi Ummah Enterprise.
  • Nasrudin Hassan; Wan Hamidah Wan Daud (2019). Memburu Redha Allah. Maju Demi Ummah Enterprise. ISBN 9789671714300.
  • Nasrudin Hassan (2019). Syarah Lagu PAS. Maju Demi Ummah Enterprise. ISBN 9789671714317.
  • Nasrudin Hassan (Ogos 2012). Catatan Seorang Pejuang. VI Venture.
  • Nasrudin Hassan (Jun 2009). Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang. Akedemi Ar Rasyidin.
  • Nasrudin Hassan (2008). Feqh Al-Haraki : Perjuangan.

Rujukan

  1. ^ http://pas.org.my/info/pimpinan/majlis-syura/7085-senarai-majlis-syura-ulamak-sesi-2015-2020
  2. ^ "Senarai Pimpinan PAS Pusat Sesi 2019-2021". 23 Jun 2019. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  3. ^ Salmiah Druhamad Drahsin (15 November 2012). "Ketua Pemuda Pas isytihar harta, simpanan bank RM9,000". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  4. ^ Mohd Farhan Darwis (16 Mei 2013). "Saifuddin Abdullah tetap berkhidmat biarpun tewas". The Malaysian Insider. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  5. ^ https://ms.wikipedia.org/wiki/Keputusan_Penuh_Pilihan_Raya_Umum_2018 Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum 2018

Pautan luar