Mohd Fakhrudin Abdul Mukti: Perbezaan antara semakan
Hasrolhashim (bincang | sumb.) k menambah Kategori:Kelahiran 1957 (HotCat) |
Hasrolhashim (bincang | sumb.) |
||
Baris 55: | Baris 55: | ||
== Rujukan == |
== Rujukan == |
||
{{Reflist}} |
{{Reflist}} |
||
{{Kawalan kewibawaan}} |
|||
[[Kategori:Orang hidup]] |
[[Kategori:Orang hidup]] |
||
[[Kategori:Ulama Malaysia]] |
[[Kategori:Ulama Malaysia]] |
Semakan pada 08:28, 24 Oktober 2020
Profesor Dato' Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti DSDK, SDK (Kedah) | |
---|---|
Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia | |
Memegang jawatan 2020 | |
Yang Dipertua | Nasrudin Hassan |
Didahului oleh | Zolkarnain Abidin Al-Hafiz |
Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia | |
Memegang jawatan 2013 | |
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah | |
Dalam jawatan 16 Februari 2016 – Nivember 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Yusof Kasim |
Digantikan oleh | Shamsul Jamili Yeob |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pendang, Kedah | 9 Mac 1957
Pekerjaan | Ulama, Pegawai |
Professor Dato' Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti merupakan ilmuwan dari Malaysia kelahiran Pendang, Kedah. Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia. Beliau juga merupakan Rektor UNISHAMS ke-4[1].
Latar belakang
Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dilahirkan pada 9 Mac 1957 di Pendang, Kedah. Beliau belajar di Maktab Mahmud. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Usuludin: Aqidah dan Falsafah) dari Universiti Al Azhar, Kaherah; Sarjana Sastera (Falsafah Islam) dari Universiti Ain Shams, Kaherah dan Sarjana Sastera (Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, Amerika Syarikat. Beliau seterusnya memperolehi Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) pada 2001 dari Universiti Birmingham, United Kingdom dalam Pengajian Islam dengan tesis bertajuk Pembangunan Kalam dalam Dunia Melayu: Idea dan Sumbangan Syeikh Daud Al-Fatani.
Kerjaya
Beliau menyertai Universiti Malaya sebagai tutor dan kemudian menjadi pensyarah pada 1981 serta menjawat pelbagai jawatan daripada Timbalan Dekan hingga menjadi Professor Madya (2002-2016). Beliau kemudian menjadi Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir (2005-2007) hingga kemudian di lantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir pada 2010 hingga 2013.
Beliau kemudiannya menjadi Rektor Kolej Universiti Insaniah bermula 2016 hingga 2018. Dalam pentadbirannya, beliau telah berjaya menaik taraf Kolej Universiti Insaniah menjadi universiti penuh dengan nama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS).
Beliau juga telah dilantik ke dalam pelbagai jawatankuasa dan pertubuhan serantau telah menghasilkan lebih dari 10 kertas ilmiah dan telah menhasilkan lebih dari 10 buah buku terjemahan antaranya Kepincangan Ummah, Bidaah Menurut Ulama Salaf dan Konsep Tabi’i Manusia Menurut Islam.
Beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia, dan berperanan meredakan suhu perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia..
Anugerah dan pengiktirafan
Mohd Fakhrudin dianugerahi SDK pada 2010 dan DSDK pada 2011 oleh Sultan Kedah.
Rujukan
- ^ "Rektor Baharu UniSHAMS Mulakan Tugas Hari IniI". 3 Februari 2019. Dicapai pada 17 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)