Hassanal Bolkiah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 94: Baris 94:
==Takhta==
==Takhta==
Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah menjadi [[Sultan Brunei]] selepas paduka ayahanda baginda turun dari takhta. Baginda telah ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Negara Brunei pada 1 Ogos 1968. Seperti sultan sebelumnya, baginda telah dinobatkan menjadi Kesatria Kerajaan Britain oleh Ratu [[United Kingdom]] iaitu Ratu [[Elizabeth II]]. Ini kerana Brunei mempunyai status di bawah perlindungan Britain sejak 1888.
Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah menjadi [[Sultan Brunei]] selepas paduka ayahanda baginda turun dari takhta. Baginda telah ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Negara Brunei pada 1 Ogos 1968. Seperti sultan sebelumnya, baginda telah dinobatkan menjadi Kesatria Kerajaan Britain oleh Ratu [[United Kingdom]] iaitu Ratu [[Elizabeth II]]. Ini kerana Brunei mempunyai status di bawah perlindungan Britain sejak 1888.

[[Fail:Sultan of Brunei with Hu Jintao.jpg|thumb|Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama [[Presiden Republik Rakyat China]], TYT [[Hu Jintao]].]]


Di bawah Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Sultan ialah [[ketua negara]] dengan kuasa mutlak, penjawat eksekutif, termasuk juga dalam kuasa-kuasa darurat sejak 1962. Pada 9 Mac 2006, baginda telah meminda perlembagaan Brunei untuk menjadikan Baginda maksum bawah [[undang-undang sivil]] Brunei tetapi bukan undang-undang [[syariah]].<ref>{{Cite web|url=http://www.hellomagazine.com/royalty/2006/03/09/brunei/|title=Sultan of Brunei Declares Himself Infallible|website=Hello!|date=9 Mac 2006}}</ref>
Di bawah Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Sultan ialah [[ketua negara]] dengan kuasa mutlak, penjawat eksekutif, termasuk juga dalam kuasa-kuasa darurat sejak 1962. Pada 9 Mac 2006, baginda telah meminda perlembagaan Brunei untuk menjadikan Baginda maksum bawah [[undang-undang sivil]] Brunei tetapi bukan undang-undang [[syariah]].<ref>{{Cite web|url=http://www.hellomagazine.com/royalty/2006/03/09/brunei/|title=Sultan of Brunei Declares Himself Infallible|website=Hello!|date=9 Mac 2006}}</ref>
Baris 235: Baris 233:
* '''16 Ogos 1987 – kini''': ''(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda)'' Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Berdaulat dan Wilayahnya serta sekalian Jajahan Takluk Rantau dan Pesisirnya<ref>[http://www.agc.gov.bn/AGC%20Images/LAWS/Gazette_PDF/2006/BM/b029.pdf PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM]</ref>
* '''16 Ogos 1987 – kini''': ''(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda)'' Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Berdaulat dan Wilayahnya serta sekalian Jajahan Takluk Rantau dan Pesisirnya<ref>[http://www.agc.gov.bn/AGC%20Images/LAWS/Gazette_PDF/2006/BM/b029.pdf PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM]</ref>
* Jawi: {{lang|ar|كباوه دولي يڠ مها موليا ڤادوک سري بݢندا سلطان حاج حسن البلقية معز الدين والدولة ابن المرحوم سلطان حاج عمر علي سيف الدين سعد الخير والدين، سلطان دان يغ دڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام}}
* Jawi: {{lang|ar|كباوه دولي يڠ مها موليا ڤادوک سري بݢندا سلطان حاج حسن البلقية معز الدين والدولة ابن المرحوم سلطان حاج عمر علي سيف الدين سعد الخير والدين، سلطان دان يغ دڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام}}

[[Fail:Sultan of Brunei with Hu Jintao.jpg|thumb|Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama [[Presiden Republik Rakyat China]], TYT [[Hu Jintao]].]]


=== Kurniaan ===
=== Kurniaan ===

Semakan pada 10:25, 25 Oktober 2020

Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
حج حسن البلقیة معز الدین والدولة (Jawi)
Sultan dan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam ke-29
Memegang jawatan
5 Oktober 1967
TimbalanAl-Muhtadee Billah
Didahului olehOmar Ali Saifuddien III
Perdana Menteri Brunei Darussalam
Memegang jawatan
1 Januari 1984
TimbalanAl-Muhtadee Billah
Didahului olehJawatan Diwujudkan, dahulu dikenali sebagai Ketua Menteri
Menteri Pertahanan dan Ketua Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Memegang jawatan
7 September 1986
Didahului olehOmar Ali Saifuddien III
Menteri Kewangan
Memegang jawatan
1 Januari 1984
Didahului olehJawatan diwujudkan
Menteri Hal Ehwal dan Dagangan Brunei
Memegang jawatan
22 Oktober 2015
Didahului olehMohamed Bolkiah
Canselor Universiti Brunei Darussalam
Memegang jawatan
1984
Didahului olehJawatan diwujudkan
Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Memegang jawatan
2007
Didahului olehJawatan diwujudkan
Canselor Universiti Teknologi Brunei
Memegang jawatan
2008
Didahului olehJawatan diwujudkan
Butiran peribadi
LahirHassanal Bolkiah Muiz'zaddin Wad'daulah
(1946-07-15) 15 Julai 1946 (umur 77)
Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei
Pasangan
Anak-anak
IbuSuri Seri Begawan (Ibu Ratu) Pengiran Anak Damit
BapaBegawan Sultan, Omar Ali Saifuddien III
Alma materAkademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom
Nilai bersihAS$20 bilion (2008)[1]
Tandatangan

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, GCB, GCMG, (keputeraan 15 Julai 1946) merupakan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri negara itu. Baginda ialah paduka anakanda pertama putera sulung kepada Sultan sebelumnya iaitu Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Selain menjadi seorang sultan dan perdana menteri, baginda juga menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Baginda ialah salah seorang daripada orang yang terkaya di dunia iaitu mempunyai harta lebih AS$200 bilion. Pada 5 Oktober 2017, baginda meraikan Sambutan Jubli Emas sempena baginda menaiki takhta kerajaan. Baginda juga pernah menyambut Sambutan Jubli Perak pada tahun 1992.[2] Pada 5 Oktober 2017, Sultan meraikan Jubli Emas untuk menandakan tahun ke-50 pemerintahannya di atas takhta.[3]

Kehidupan awal

Pengiran Muda Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 iaitu pada zaman pemerintahan paduka ayahanda saudara baginda, Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien.[4] Paduka ayahanda baginda, Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara (kemudian Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) merupakan paduka putera kedua kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam. Paduka bonda baginda, Pengiran Anak Damit (kemudian Raja Isteri) merupakan paduka puteri sulung kepada Pengiran Bendahara, Pengiran Anak Abdul Rahman. Baginda diputerakan di Istana Darussalam, Bandar Brunei.

Baginda menerima pendidikan awal secara persendirian di Istana Darul Hana di Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan) dan menuntut di institusi tertinggi di Brunei dan Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia).

Baginda pernah bersekolah di Victoria Institution di Kuala Lumpur dan melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst United Kingdom sebagai pegawai kadet dan ditauliahkan pangkat Kapten pada 1967. Baginda berangkat meninggalkan Sandhurst pada tahun yang sama untuk menaiki takhta.

Pengiran Muda Hassanal Bolkiah dimasyhurkan sebagai Pengiran Muda Mahkota pada 1961 dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei pada 5 Oktober 1967 sehari selepas paduka ayahanda baginda, Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, turun daripada takhta secara sukarela.

Takhta

Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah menjadi Sultan Brunei selepas paduka ayahanda baginda turun dari takhta. Baginda telah ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Negara Brunei pada 1 Ogos 1968. Seperti sultan sebelumnya, baginda telah dinobatkan menjadi Kesatria Kerajaan Britain oleh Ratu United Kingdom iaitu Ratu Elizabeth II. Ini kerana Brunei mempunyai status di bawah perlindungan Britain sejak 1888.

Di bawah Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Sultan ialah ketua negara dengan kuasa mutlak, penjawat eksekutif, termasuk juga dalam kuasa-kuasa darurat sejak 1962. Pada 9 Mac 2006, baginda telah meminda perlembagaan Brunei untuk menjadikan Baginda maksum bawah undang-undang sivil Brunei tetapi bukan undang-undang syariah.[5]

Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Perdana Menteri merangkap ketua kerajaan Brunei. Selain itu, baginda memegang ketiga-tiga kabinet menteri iaitu Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Sebagai Menteri Pertahanan, baginda ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, serta Jeneral Kehormat British dan Angkatan Tentera Indonesia. Baginda juga menjawat jawatan Laksamana Kehormat Armada dalam Tentera Laut Diraja Brunei. Baginda juga sebagai Inspektor Jeneral di Pasukan Polis Diraja Brunei.[6][7]

Baginda berkenan menandatangani Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam kemasukan Brunei Darussalam sebagai salah satu ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 1984.

Pada tahun 1991, baginda telah memperkenalkan ideologi konservatif untuk Brunei yang dikenali sebagai Melayu Islam Beraja (MIB), yang membentangkan monarki sebagai pembela agama. Baginda juga berminat dalam mendemokrasikan Brunei dengan mengisytiharkan diri Baginda sebagai Perdana Menteri dan Presiden.

Pada tahun 2004, Majlis Mesyuarat Negara Brunei, yang telah dibubarkan sejak tahun 1962, telah dibuka semula. Hassanal Bolkiah juga mengharamkan perayaan Krismas pada tahun 2015,[8] termasuk memakai topi atau pakaian yang menyerupai Santa Claus. Pengharaman hanya mempengaruhi umat Islam tempatan. Orang Kristian masih dibenarkan meraikan Krismas. Menurut Uskup Brunei Cornelius Sim, pada 25 Disember 2015, terdapat kira-kira 4,000 daripada 18,000 orang Katolik Brunei, terutamanya orang Cina dan orang asing yang tinggal di negara ini, menghadiri massa pada Hari Krismas dan Hari Krismas. Walaupun tidak ada pengharaman mutlak pada perayaan, terdapat larangan yang mempengaruhi hiasan Krismas di tempat umum, terutama pusat perbelanjaan; larangan tersebut tidak menjejaskan kedai-kedai kecil atau kediaman persendirian termasuk gereja-gereja.[9]

Pada 21 Oktober 2015, dalam perlantikan menteri-menteri kabinet baru, baginda telah bertitah dan menyeru bahawa suara rakyat Brunei hendaklah didengar dalam apa jua cara demi memajukan negera.

Kehidupan peribadi

Raja isteri baginda ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dikurniakan sebanyak enam orang anakanda. Salah seorang dari putera baginda ialah pewaris takhta kerajaan, iaitu DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah. Pengiran Muda Mahkota bertemu jodoh dengan DYTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan berkahwin pada tahun 2003, yang kemudiannya dikurniakan cahaya mata, YTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim (2007), YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah (2011) dan YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman (2015), YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa Raihaanul Bolkiah (2017).

Selain itu baginda juga memperoleh empat orang lagi putera puteri dari hasil perkahwinan baginda dengan Hajah Mariam yang diceraikan kerana nusyuz pada tahun 2003.

Baginda kemudian menikahi Azrinaz Mazhar Hakim dari Malaysia dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Azrinaz diceraikan pada 2010 kerana nusyuz dan semua gelarannya dilucutkan.

Baru dua dari putera dan dua orang puteri baginda yang sudah berkahwin dan kesemuanya diraikan secara besar-besaran dan penuh kemeriahan.

Minat

Sultan berminat dengan kereta. Kerabat diraja sentiasa mengekalkan koleksi lebih dari 100 kereta dan istana mempunyai garaj bawah tanah untuk menampung mereka. Selain itu, baginda pernah memiliki salah satu koleksi kereta persendirian terbesar di dunia dengan kira-kira 2500 buah kereta yang dibeli oleh saudaranya Jefri Bolkiah untuk dirinya sendiri, Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja yang lain untuk menghiburkan semangat kereta mereka. Pengumpulan kereta dan kepuasan lain Pengiran Muda Jefri membelanjakan berbilion dolar AS, dan akhirnya mendaratnya dalam masalah dan kerabat diraja dalam krisis kewangan. Koleksi kereta itu ditinggalkan; kebanyakan kereta tanpa garisan berada di luar simpanan, selebihnya dilelong.[10]

Penglibatan Sultan dalam bidang sukan termasuk polo, golf, dan badminton. Baginda juga menikmati memandu kereta lumba, memandu helikopter, dan pesawat. Dalam perjalanan antarabangsa, Baginda mengetuai sendiri Boeing 747-8.[11] Baginda juga sangat gemar emas dan mempunyai Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24k.

Tempat persemayaman utama Baginda, istana 1,800 bilik istana Nurul Iman, dianggap sebagai kediaman peribadi terbesar di dunia.[12][13]

Baginda Sultan beramah mesra dengan rakyat Brunei ketika Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah sempena Hari Keputeraan Sultan pada 21 Julai 2018 di Kuala Belait

Sultan juga berminat untuk bertemu dengan rakyat Brunei, Baginda sering melawat setiap daerah pada tarikh tetap setelah hari ulang tahun keputeraannya, Sultan akan berjabat tangan dengan rakyat jelatanya semasa lawatan tersebut.

Putera-puteri

Nama Tarikh Keputeraan Perkahwinan
Putera-Puteri
Putera dan Puteri dari Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah 26 Julai 1969 Pengiran Maharaja Setia Laila di-Raja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Al Marhum Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Dr. Kemaluddin Al-Haj Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah
Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah
Pengiran Anak 'Abdul Raqiib
Pengiran Anak 'Abdul Haseeb
Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah
Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah 12 Oktober 1971
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah 17 Februari 1974 Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab-Rahaman Pengiran Muda Abdul Muntaqim
(p. 17 Mac 2007)
Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah
(p. 2 Januari 2011)
Pengiran Muda Muhammad Aiman
(p. 7 June 2015)
Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa Raihaanul Bolkiah
(p. 1 December 2017)
Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah 16 Mac 1976 Y.A.M. Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari Pengiran Anak 'Abdul Hafeez
(p. 18 Mac 2008)
Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah
(p. 6 Januari 2010)
Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah 12 Mac 1980 YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohammad Yakub Pengiran Anak Muhammad Za'eem
(p. 3 Ogos 2013)
Pengiran Anak Muhammad Aamir
(p. 13 Februari 2015)
Pengiran Anak Abdul Hakeem
(p. 19 Februari 2018)
Pengiran Muda Abdul Malik 30 Jun 1983 Y.A.M Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabiatul Adawiyyah Binti Pengiran Haji Bolkiah Pengiran Anak Muthee'ah Raayatul Bolqiah
(p. 2 Mac 2016)
Pengiran Anak Fathiyyah Rafaahul Bolqiah
(p. 10 Mac 2018)
Pengiran Anak Khaalishah Mishbaahul Bolqiah
(p. 5 Januari 2020)
Putera dan Puteri dari (Bekas Pengiran Isteri) Hajah Mariam (1982-2003) bercerai nusyuz
Pengiran Muda Haji Abdul Azim 29 Julai 1982
Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah 26 September 1984
Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah 23 Ogos 1985
Pengiran Muda 'Abdul Mateen 10 Ogos 1991
Putera dan Puteri dari (Bekas Pengiran Isteri) Azrinaz Mazhar Hakim (2005-2010) bercerai nusyuz
Pengiran Muda Abdul Wakeel 1 Jun 2006
Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 28 Januari 2008

Tempat persemayaman rasmi

Tempat Sultan Brunei bersemayam bersama ahli kaum kerabat diraja yang lain.

Tempat persemayaman rasmi Sultan ialah Istana Nurul Iman, dengan 1,788 bilik, 257 bilik bersiram, dan keluasan lantai 2,152,782 kaki persegi.

Istana juga menempatkan beberapa pejabat kerajaan, termasuk Pejabat Sultan dan Yang Di-Pertuan, Pejabat Grand Chamberlain, dan juga pejabat-pejabat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebahagian daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan juga terletak di istana ini. Pengiran Muda Mahkota, yang juga Menteri Kanan, bekerja dari pejabat di Istana. Pengurusan Hyatt Hotel dan HM Flight juga terletak di Istana Nurul Iman.

Titah Sultan

Beberapa petikan titah Sultan Haji Hassanal Bolkiah:

SUNGGUH hairan, orang masih saja boleh ketawa, walaupun ribuan para belia dan remaja, lelaki dan perempuan tidak sembahyang subuh, padahal mereka juga mungkin sudah faham dan malah tahu bahawa dua rakaat sembahyang sunat subuh sahaja pun, nilainya mengatasi harga dunia ini dengan segala isi di dalamnya.

- Titah mengenai Kepentingan Ibadah pada 31 Julai 2013

ALLAH mengurniakan nikmat, sementara kita berkewajipan mensyukurinya. Syukur itulah pemangkin segala nikmat dan keberkatan. Tanpa syukur, nikmat akan hakis, tidak dapat bertahan lama.

- Titah Sempena Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru pada 9 Muharam 1437/22 Oktober 2015

PENDIDIKAN generasi muda di rumah dan di sekolah juga jangan diabaikan. Kerana pendidikan itu, terutama pendidikan ugama, adalah tonggak untuk memperolehi kekuatan.

- Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 pada 4 Jamadilawal 1436/22 Februari 2015

KITA usah lupa, bahawa semua ibadat adalah dituntut, terpulang kepada kita sama ada hendak memenuhi tuntutan itu ataupun tidak. Jika kita mahu memenuhinya, bererti kitalah hamba yang patuh, sementara jika tidak, maka kitalah hamba yang bernama pembantah.

- Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436/2015

TIDAK syak lagi, doa adalah 'survival' kita, 'survival' negara. Makanya tradisi mengisi Tahun Baru Hijrah dengan doa ini adalah wajar diteruskan dan malah dikekalkan.

- Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1437 pada 1 Muharam 1437/13 Oktober 2015

Terasul, gelaran, kurniaan dan jata

Gelaran hormat bagi
Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuan Patik
Gaya pilihan Kebawah Duli

Terasul dan gelaran

  • 15 Julai 1946 – 31 Mei 1951: (Yang Amat Mulia) Pengiran Muda Hassanal Bolkiah ibni Pengiran Muda Omar 'Ali
  • 31 Mei 1951 – 14 Ogos 1961: (Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli) Pengiran Muda Hassanal Bolkiah ibni Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  • 14 Ogos 1961 – 11 Oktober 1967: (Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli) Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Hassanal Bolkiah ibni Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pengiran Muda Mahkota
  • 11 Oktober 1967 – 1 Ogos 1968: (Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri) Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Haji Sir Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Negeri Brunei Darussalam
  • 1 Ogos 1968 – 7 September 1986: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Sir Muda Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifudddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Brunei Darussalam
  • 7 September 1986 – 16 Ogos 1987: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda) Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
  • 16 Ogos 1987 – kini: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda) Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Berdaulat dan Wilayahnya serta sekalian Jajahan Takluk Rantau dan Pesisirnya[14]
  • Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا ڤادوک سري بݢندا سلطان حاج حسن البلقية معز الدين والدولة ابن المرحوم سلطان حاج عمر علي سيف الدين سعد الخير والدين، سلطان دان يغ دڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام
Fail:Sultan of Brunei with Hu Jintao.jpg
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama Presiden Republik Rakyat China, TYT Hu Jintao.

Kurniaan

Kurniaan negara
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Kerabat Mahkota Brunei - D.K.M.B.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati - D.K. (23.9.1962)
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati - D.K. (Seri Utama)
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar - P.S.S.U.B.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang - D.P.K.G.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang - D.P.K.T.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa - P.S.P.N.B.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia - P.S.N.B.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa - P.S.L.J.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Mahkota Brunei Yang Amat Mulia - S.P.M.B.
  • Raja dan Kepala bagi Darjah Perwira Agong Negara Brunei Yang Amat Setia - P.A.N.B.
Kurniaan Malaysia

 Malaysia :

 Johor :

 Kelantan :

 Kedah :

 Negeri Sembilan :

 Pahang :

 Perak :

 Perlis :

 Selangor :

 Terengganu :

 Sarawak : DUBS of Sarawak (9 Mac 1989)

Kurniaan asing
Ijazah kehormat

Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah dianugerahkan dengan beberapa ijazah kedoktoran di serata dunia.

Akademik Negara Brunei Darussalam

Tarikh kurniaan Institut Anugerah Rujukan
21 September 1989 Universiti Brunei Darussalam Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
30 September 2017 Universiti Teknologi Brunei Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Bidang Kejuruteraan [17]
Akademik asing
Negara Tarikh kurniaan Institut Anugerah Rujukan
 Malaysia 2 Oktober 2001 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik [18]
 Republik Rakyat China 20 Oktober 2001 Universiti Pengajian Luar Beijing China Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa
 Thailand 28 Ogos 2002 Universiti Chulalongkorn Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik
 Rusia 2005 Moscow State University for International Relations Kedoktoran kehormat [19]
 England Universiti Oxford Doktor Kehormat Undang-Undang
 Scotland Universiti Abardeen Doktor Kehormat Persuratan
 Indonesia Universitas Gadjah Mada Ijazah Kedoktoran Kehormat Kemanusiaan dan Budaya [20]
 Singapura 27 Januari 2005 Universiti Kebangsaan Singapura Doktor Kehormat Undang-Undang [21]
 United Kingdom King's College London Doktor Kehormat Undang-Undang [22]
 Indonesia 21 April 2011 Universiti Indonesia Kedoktoran Kehormat Falsafah dan Kemanusiaan [23]
 Malaysia 5 November 2014 Universiti Sains Malaysia Doktor Kehormat Undang-Undang [24]
 Malaysia 23 Mac 2019 Universiti Teknologi MARA Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam) [25]

Eponim diraja

Lambang

Panji-panji diraja

Keturunan

Rujukan

  1. ^ Pendleton, D.; Vorasasun, C.; von Zeppelin, C.; Serafin, T. (22 August 2008). "The Top 15 Wealthiest Royals". Forbes.
  2. ^ "World's second-longest reigning monarch, Sultan Hassanal Bolkiah, marks golden jubilee in style". Times Now. 5 October 2017. Dicapai pada 14 September 2018.
  3. ^ "Sultan of Brunei's Golden Jubilee celebrated with chariot parade". CNN. 5 October 2017. Dicapai pada 23 October 2017.
  4. ^ Leifer, Michael (13 May 2013). Dictionary of the Modern Politics of Southeast Asia. Routledge. m/s. 76.
  5. ^ "Sultan of Brunei Declares Himself Infallible". Hello!. 9 Mac 2006.
  6. ^ "Country profile: Brunei". BBC News. 21 January 2010. Dicapai pada 4 Mei 2010.
  7. ^ "Sultan of Brunei reopens parliament". BBC News. 25 September 2004. Dicapai pada 4 Mei 2010.
  8. ^ "Brunei did not ban Christian from celebrating Christmas". TheMalayOnline. 25 December 2015. Dicapai pada 24 December 2015.
  9. ^ "Thousands celebrating Christmas in Brunei". The Brunei Times. 25 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2015. Dicapai pada 25 Disember 2015.
  10. ^ Michael Sheehan. "The Sultan Of Brunei's Rotting Supercar Collection | Gizmodo Australia". Gizmodo.com.au. Dicapai pada 22 July 2017.
  11. ^ "President Obama Meets with the Sultan of Brunei". whitehouse.gov. 12 March 2013. Dicapai pada 22 July 2017.
  12. ^ Meet the world's other 25 royal families
  13. ^ The Sultan of Brunei Intends to Stone Adulterers (Wait, What Century Is This?) by Charlie Campbell 7 March 2014 Time magazine
  14. ^ PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
  15. ^ Noblesse et Royautés (French), State visit of Netherlands in Brunei, Photo
  16. ^ a b c Royal Ark, Brunei genealogy details - p.13
  17. ^ Marlinawaty Hussin (30 September 2017). "Berkenan menerima pengurniaan Ijazah Kehormat Kedoktoran". Pelita Brunei. Dicapai pada 6 November 2018.
  18. ^ "Sultan Brunei dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM". Utusan Online. 2 Oktober 2001. Dicapai pada 6 November 2018.
  19. ^ "H. Bolkiah, Sultan of Brunei". Klosi News. 21 Februari 2010. Dicapai pada 29 November 2010.
  20. ^ http://www.rtb.gov.bn/NewsUpdate/2003/April03/100403/main1.htm
  21. ^ http://newshub.nus.edu.sg/pressrel/0501/050127.htm
  22. ^ "Honorary doctorate for Sultan". The Brunei Times. 15 April 2011. Dicapai pada 18 April 2011.
  23. ^ "Indonesia varsity to confer honorary doctorate on HM". The Brunei Times. 17 April 2011. Dicapai pada 18 April 2011.
  24. ^ "Sultan Brunei terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang". Berita Harian. 5 November 2014. Dicapai pada 6 November 2018.
  25. ^ "Penganugerahan satu penghormatan kepada baginda, negara". Pelita Brunei. 23 Mac 2019. Dicapai pada 24 Mac 2019.

Pautan luar

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
Tarikh keputeraan: 15 Julai 1946
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
Sultan Brunei
1967–kini
Pemegang jawatan kini
Heir apparent:
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
Kerabat diraja Brunei
Didahului oleh
jawatan kosong
Pengiran Muda Mahkota Brunei
1961–1968
Diikuti oleh:
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
Rekod
Didahului oleh
Bill Gates
Orang Terkaya di Dunia (Forbes)
1997
Diikuti oleh:
Bill Gates