Pernafasan sengsara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hakimi97 (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Agonal respiration"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:41, 26 Oktober 2020

Pernafasan sengsara atau pernafasan tercengah (

bahasa Inggeris: agonal respiration

) adalah corak pernafasan yang tidak normal dan refleks batang otak yang dicirikan oleh pernafasan yang sukar dan termengah-mengah, diikuti dengan penyuaraan dan mioklonus yang aneh. Pernafasan ini mungkin berpunca dari iskemia serebrum, hipoksia melampau (ketidakcukupan oksigen untuk dibekalkan kepada tisu) atau anoksia (ketiadaan oksigen secara menyeluruh). Pernafasan sengsara adalah tanda perubatan yang sangat parah dan memerlukan perhatian perubatan dengan kadar segera, kerana keadaan ini kebiasaannya akan menjadi lebih teruk seperti apnea penuh dan kematian . Tempoh pernafasan sengsara boleh sesingkat dua nafas atau bertahan sehingga beberapa jam. [1]

Istilah ini kadang kala digunakan dengan kurang tepat untuk merujuk kepada corak pernafasan yang sukar dan tercungap yang diiringi dengan kegagalan organ (contoh seperti kegagalan hati dan kegagalan buah pinggang), sindrom respons keradangan sistem, kejutan septik, dan asidosis metabolik. Penggunaan istilah secara sempit merujuk kepada nafas-nafas terakhir sebelum kematian.[2]

[ <span title="This claim needs references to reliable sources. (April 2015)">petikan diperlukan</span> ]

Pernafasan sengsara juga sering dilihat dalam kes-kes kejutan kardiogenik atau serangan jantung apabila nafas-nafas sengsara ini berlanjutan selama beberapa minit setelah pemberhentian degupan jantung. [1] Dalam kes sebegini kebiasaannya pernafasan sengsara memberikan prognosis yang lebih baik berbanding kes-kes berhenti degupan jantung tanpa ada sebarang simptom pernafasan sengsara. Namun dalam keadaan pesakit berhentinya jantung tetapi tidak responsif dan tidak bernadi, simptom pernafasan sengsara ini bukannya pernafasan efektif. Pernafasan sengsara ini berlaku pada 40% daripada kes serangan jantung yang dialami di luar persekitaran hospital. [3]

Rujukan

  1. ^ a b n ja Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "AgonalAgony" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ ng d
  3. ^ ung

Pautan luaran

  • "Incidence of Agonal Respirations in Sudden Cardiac Arrest". EMD Program. King County, Washington. 30 Ogos 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2005. Dicapai pada 25 Jun 2012.
  • Bång, Angela; Herlitz, Johan; Martinell, Sven (2003). "Interaction between emergency medical dispatcher and caller in suspected out-of-hospital cardiac arrest calls with focus on agonal breathing. A review of 100 tape recordings of true cardiac arrest cases". Resuscitation. 56 (1): 25–34. doi:10.1016/S0300-9572(02)00278-2. PMID 12505735.
  • Hazinski, Mary Fran, penyunting (2011). BLS for healthcare providers (ed. New). Dallas, Tex.: American Heart Association. ISBN 978-1616690397.

[[Kategori:Kecemasan perubatan]] [[Kategori:Kesukaran pernafasan]]