Paimuzi Yahya: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox officeholder
{{Infobox_Politician
|honorific-prefix=Dato' Haji
|honorific-prefix=Dato' Haji
|honorific-suffix= <small> DIMP (Pahang); PPC (Negeri Sembilan); <br> Royal Order of Monisaraphon (GOM) (Cambodia)
|relations=
|relations=
|term_start1=13 Januari 2020
|term_start1=13 Januari 2020
Baris 6: Baris 7:
|successor1=
|successor1=
|predecessor1=[[Mohamad Nordin bin Ibrahim|Mohamad Nordin Ibrahim]]
|predecessor1=[[Mohamad Nordin bin Ibrahim|Mohamad Nordin Ibrahim]]
|office1=Ketua Pengarah [[Jabatan Kemajuan Islam Malaysia|JAKIM]]|predecessor=|term_start=|office=|honorific-suffix=|website=|children=|spouse=Marzilah Abdul Malek|majority=|occupation=Pegawai Islam|name=Paimuzi Yahya|footnotes=|residence=|birth_place=[[Kuala Terengganu]], [[Terengganu]], [[Persekutuan Tanah Melayu]] (kini [[Malaysia]])
|office1=Ketua Pengarah <br> [[Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]]|predecessor=|term_start=|office=||website=|children=|spouse=Datin Marzilah Abdul Malek|majority=|occupation=Pegawai Islam|name=Paimuzi Yahya|footnotes=|residence=|birth_place=[[Kuala Terengganu]], [[Terengganu]], [[Persekutuan Tanah Melayu]] (kini [[Malaysia]])
|birth_date=2 Februari 1961
|birth_date=2 Februari 1961
|death_date={{death date and age|2020|10|8|1961|2|2}}
|death_date={{death date and age|2020|10|8|1961|2|2}}
Baris 58: Baris 59:
# Pingat Perkhidmatan Cemerlang (1998) (Negeri Sembilan)
# Pingat Perkhidmatan Cemerlang (1998) (Negeri Sembilan)
# Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2017)
# Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2017)
# Monisaraphorn Medal, Level Moha Sena : Honorable by Samdech Preah Baromneath Norodom Sihamoni, King of the Kingdom of Cambodia (2017)
# Monisaraphorn Medal, Level Mahasena : Honorable by Samdech Preah Baromneath Norodom Sihamoni, King of the Kingdom of Cambodia (2017)


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 03:23, 29 Oktober 2020

Dato' Haji

Paimuzi Yahya

DIMP (Pahang); PPC (Negeri Sembilan);
Royal Order of Monisaraphon (GOM) (Cambodia)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dalam jawatan
13 Januari 2020 – 8 Oktober 2020
Didahului olehMohamad Nordin Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir2 Februari 1961
Kuala Terengganu, Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia8 Oktober 2020(2020-10-08) (umur 59)
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
PasanganDatin Marzilah Abdul Malek
PekerjaanPegawai Islam

Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya (2 Februari 1961 – 8 Oktober 2020) ialah Ketua Pengarah JAKIM pada 13 Januari hingga 8 Oktober 2020.[1] Sebelum ini beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dari 1 April 2018.

Kehidupan peribadi

Isterinya Datin Hajah Marzilah binti Abdul Malek.

Dato’ Haji Paimuzi mendapat Ijazah Sarjana Muda (B.A) Syariah di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1985 & Ijazah Sarjana (M.A) Syariah di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1995.

Kerjaya

Beliau mula berkhidmat di dalam sektor awam pada tahun 1986 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Berpengalaman berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan selama 34 tahun. Beliau juga berpengalaman luas dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam sejak zaman BAHEIS. Selama lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang kerjayanya. Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Pengarah di beberapa bahagian di JAKIM iaitu Pengarah JAKIM Sabah pada tahun 2005, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) tahun 2008, Pengarah Darul Quran tahun 2010 dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tahun 2013 merangkap Setiausaha MAIWP.

Pada 05 Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Kemudian pada 01 Mei 2017 beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pada 01 April 2018, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) (JUSA B) JAKIM. Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam, diharap JAKIM akan terus memacu kecemerlangan dan urusan Pentadbiran Islam di Malaysia. Pada 13 Januari 2020 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM menggantikan Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim yang telah bersara.

Sumbangan

Beliau pernah menjadi menjadi Yang diPertua Persatuan Perkhidmatan Perkhidmatan Ugama, JPM selama 4 tahun (2015-2019) dan melaksana pelbagai program dakwah dan kebajikan termasuk Ibadah Qurban tahunan di Kemboja dan Vietnam. Ahli Jawatankuasa Task Force (Pasukan Khas) Tadbir Urus Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berpengalaman sebagai panel semakan penyediaan Teks Khutbah Jumaat, Pengurusan KAFA dan Takmir Masjid. Timbalan Pengerusi Hakim Majlis Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan dan Timbalan Pengerusi Hakim Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Pernah menyampaikan kursus pra perkahwinan di luar negara iaitu di Amerika Syarikat, Paris, Australia, Jordan dan Indonesia dan pernah membentang kertas kerja bertajuk “Melebar Risalah Menyantuni Ummah” di Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali ke-43 di Brunei Darussalam.

Dilantik ketua Panel Temuduga Calon Penerima Biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di Acheh dan ketua Panel Temuduga Pemilihan Atase Mesir. Menjadi Pengerusi JK Pemilihan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1441H/2019M. Pernah menguruskan pembinaan Sekolah Ar Rahman dan Nurul Hidayah di Phnom Penh dan Tboung Khmum, Kemboja melalui Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dan menguruskan pembinaan perkampungan RAHMAH di Palu, Indonesia untuk mangsa tsunami.

Sumbangan lain

  1. Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Emas 50 Tahun Masjid Negara
  2. Ahli Jawatankuasa Induk Dakwah NegaraAhli Jawatankuasa Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa
  3. Ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan
  4. Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan
  5. Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan
  6. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Negara
  7. Ahli bagi Task-Force Kajian Penambahbaikan Pengurusan Hal Ehwal Islam Malaysia
  8. Ahli  Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Agama Jabatan Perdana Menteri
  9. Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan
  10. Ahli Jawatankuasa Tahfiz Negeri Selangor
  11. Naib Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor
  12. Timbalan Pengerusi Lembaga Darul Quran, JAKIM
  13. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran, JAKIM
  14. Ahli Lembaga Institut Kemahiran Malaysia Sarawak (IKMAS), JAKIM
  15. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akademik Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), JAKIM
  16. Ahli Lembaga Pengarah LPPKN

Kematian

Paimuzi meninggal dunia pada 8 Oktober 2020 di Hospital Sungai Buloh akibat komplikasi jantung dan paru-paru pada usia 59 tahun.[2] Beliau sebelum ini telah menjalani pemeriksaan saringan di hospital sama akibat pandemik COVID-19 pada 6 Oktober, dua hari sebelum kematiannya, namun disahkan negatif.[3]

Anugerah

  1. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (1998) (Negeri Sembilan)
  2. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2017)
  3. Monisaraphorn Medal, Level Mahasena : Honorable by Samdech Preah Baromneath Norodom Sihamoni, King of the Kingdom of Cambodia (2017)

Rujukan

  1. ^ Yusmizal Dollah Aling (13 Januari 2020). Paimuzi dilantik KP JAKIM Harian Metro. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Nurul Huda Husain (8 Oktober 2020). Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia Sinar Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ Nurhidayah Hairom (7 Oktober 2019). Ketua Pengarah Jakim bebas COVID-19 Sinar Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2020.