Aida Aris: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit |
||
Baris 219: | Baris 219: | ||
|- |
|- |
||
|2013 |
|2013 |
||
| |
| ''Tetamu Maria'' |
||
| |
| |
||
| [[TV9]] |
| [[TV9]] |
Semakan pada 09:34, 2 November 2020
Aida Aris | |
---|---|
Kelahiran | Siti Rohaida binti Mat Aris 1972 (umur 51–52) |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, model |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Bob Azrai (k. 2004; c. 2006) Husfarid Shaikh Ali (k. 2010)[1] |
Siti Rohaida Mat Aris atau lebih dikenali sebagai Aida Aris merupakan seorang pelakon dan model wanita Singapura yang terkenal di Malaysia dan Singapura.
Kerjaya
Bakatnya bermula sebagai peragawati runway dan fesyen pada lewat 80an dan awal 90an di mana namanya sebaris dengan peragawati terkenal seperti Nasha Aziz dan Nora Ariffin. Pada tahun 1995 beliau beralih ke dunia lakonan setelah popular di Malaysia kerana muncul dalam muzik video lagu hits nyanyian Aris Ariwatan yang berjudul Lamunan Terhenti. Filem lakonannya yang pertama berjudul Suratan Kasih (1995) bersama Sofia Jane dan memegang watak utama dalam Debu-Debu Kasih pada tahun 1997 berjaya menaikkan namanya selain penampilan berkesannya membawa watak gadis bipolar dalam drama Hatiku Bukan Pualam bersama Umi Kalthum dan Wan Nor Azlin mendapat perhatian ramai pengkritik.
Beliau sering menghiasi kaca televisyen dari lewat 90an hingga kini menerusi pelbagai watak dan disifatkan antara dramatis yang malar segar di kaca televisyen Malaysia dan Singapura. Salah satu drama yang begitu mempopularkannya adalah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.
Aida Aris berjaya menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri diberi nama CintaKasih Sdn Bhd.[2] Ditubuhkan pada tahun 2006 menggunakan duit simpanannya, CintaKasih kini sudah menerbitkan dua telefilem iaitu Suram Pengantin arahan Fairuz Loy dan Tercipta Untukku diarahkan oleh Ahmad Idham.
Kehidupan peribadi
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain Ketua Pramugara MAS pada 4 September 2010.[3] Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan Bob Azrai selama dua tahun.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Debu-Debu Kasih | Suzana | Filem pertama |
1996 | Suratan Kasih | ||
1996 | Kembara | ||
2003 | Black Maria | Black Roses | |
2011 | Senjakala | Mazidah | |
2014 | Aku Akan Muncul | ||
2020 | Tyickoouns | ||
Keluarga Iskandar The Movie | Pelakon undangan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Bulan Bintang Capricon | Dayang | ntv7 | |
2004 | Rindu Semakin Jauh | Julia | TV3 | |
2008 | Obsesi | Tengku Atikah | ||
2009 | Matahari | |||
Embun Mutiara | Sara | |||
2010 | Durja Ningsun | Ustazah Tahirah | ||
2011–2012 | Bunga April | Puan Sri Aisyah | ||
2012 | Mahabbah | Puan Sri Alina | ||
Takdir Qismah | Puan Ella | |||
Putera Rayyan | Nora | |||
2014 | Romi Cinta Julia | Sabariah | ||
2016 | Mariam Alisa | Datin Hayati | ||
2016–2017 | Lara Aishah | Laura | Astro Prima | |
2020 | The Bridge (Musim 2) | Roslinda Ahmad | HBO Asia / Viu |
Siri Internet
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2008–2009 | Jelma | Azizah | extra Tonton |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2000 | Playboy Pencen | VCD | |
2001 | Ayuni | ||
2003 | Di Antara Satu | ||
2004 | Gosok | VCD | |
Manisnya Hempedu Pahitnya Madu | |||
2011 | Kain Pelikat Acat | TV9 | |
2012 | Gincu Ayah | TV1 | |
2013 | Tetamu Maria | TV9 | |
2015 | Dahlia | TV2 | |
Haji Rock | |||
2017 | Janji | ||
2018 | Haji Gugel | Zahirah | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
- 2012 (pencalonan) Anugerah Skrin 2012 - Pelakon Wanita Terbaik - "Gincu Ayah"
- 2001 (pencalonan) Anugerah Skrin 2001 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - "Ayuni"
Rujukan
- ^ Budiey (5 September 2010). "Gambar Wedding Aida Aris & Husfarid". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Mei 2014.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (4 Julai 2010). "'Cuma putus cinta, bukan silaturrahim'". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2014.
- ^ Sharifah Shahira ‘Paksa’ Aida Aris Bersanding mStar Online (5 September 2010). Dicapai pada 1 Jun 2014.