Kris (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anymousbodoh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Anymousbodoh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
Kumpulan '''Kris''' merupakan sebuah kumpulan [[Muzik rock|rock]] popular di [[Malaysia]] pada awal dekad [[90-an]]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu [[Sejarah Ringkas Rock Malaysia|rock]] [[Melayu]]. Lagu hits adalah " Tiara " dan " Cenderawasih " sentuhan ciptaan komposer terkenal Malaysia iaitu [[M. Nasir|M.Nasir]]. {{Infobox musical artist
Kumpulan '''Kris''' merupakan sebuah kumpulan [[Muzik rock|rock]] popular di [[Malaysia]] pada awal dekad [[90-an]]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu [[Sejarah Ringkas Rock Malaysia|rock]] [[Melayu]]. Lagu hits adalah " Tiara " dan " Cenderawasih " sentuhan dari komposer terkenal Malaysia iaitu [[M. Nasir|M.Nasir]]. {{Infobox musical artist
|Name = Kris
|Name = Kris
|Img = Krispesta.jpg
|Img = Krispesta.jpg

Semakan pada 16:02, 5 November 2020

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock popular di Malaysia pada awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Lagu hits adalah " Tiara " dan " Cenderawasih " sentuhan dari komposer terkenal Malaysia iaitu M.Nasir.

Kris
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1990 - 1995
Syarikat rakaman
Luncai Emas Sdn. Bhd.
LIFE Records
Pengkarya berkait
M. Nasir, Hattan
Bekas ahliAlim - Vokal
Boy - Gitar
Lomaq - Bass
Joey - Dram

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

.

Sejarah

Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal M. Nasir. Nama asal Kris ialah Rajawali tetapi ditukar setelah terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut.

Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOWBlackroseDamasutra dan Laksamana. Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Anggota kumpulan

Kumpulan Kris terdiri dari :-

  1. Abdul Halim bin Bukhari (Halim, Alim) - vokal
  2. Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - gitar
  3. Musa bin Mohd Taib (Lomaq) - bass
  4. Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - dram

Kesemua anggota kumpulan Kris berasal dari negeri Johor kecuali vokalisnya, Alim yang berasal dari negeri Perak.

Diskografi

Tiara (1991)

  1. Dilema Orang Kita (Yan/Ram Ghazali)
  2. Tiara (M.Nasir)
  3. Bidaian Selut (Aznan Alias/Sani Sudin)
  4. Penjara (Hattan/Nasir Jani)
  5. Kelip Kelip Dihembus Angin (Jai Mohd/Loloq)
  6. Hidup Berjudi (Aznan Alias/Bob)
  7. Persoalan Jiwa (Hattan/Siso)
  8. Tiara (instrumental) (M.Nasir)
  9. Melawan Emosi Diri (Wan Zul/Azam Dungun)
  10. Menanti (Jai Mohd/Usop)

Penerbit: M. Nasir

Ratna (1993)

  1. 3 Kali Putus Cinta (Kris/Loloq)
  2. Lagu Cenderawasih (M.Nasir/Nurbisa)
  3. Michelle (Hattan/Nurbisa)
  4. Muka Silver (Kris/Boy/Rosli Ali)
  5. Apa Kau Mahu (Kris/Boy/Rosli Ali)
  6. Ratna (M.Nasir)
  7. Papa Mama (M.Nasir)
  8. Mat Dispatch [Tentang Dunia Kurang Ajar] (M.Nasir)
  9. Syurga Jambul Terbakar (Kris/Nasir Jani)
  10. Misteri Kasih (Hattan/Abdi)

Penerbit: M. Nasir/Hattan

Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012)

Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.

Anugerah dan Pencalonan

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Karya Keputusan
1991 Tiara Menang

• Juara Lagu

tempat ke -3


• Persembahan Terbaik tempat -3


• Lirik Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1992 Penyanyi Berkumpulan Popular Tercalon
Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Karya Keputusan
1993 Video Muzik Terbaik Cenderawasih Tercalon

Trivia

  • Dua anggota kumpulan Kris, Lomaq (bass) dan Joey (dram) merupakan anggota asal kumpulan Mega bersama Zarith (vokal), Adie (gitar utama) dan Sam (gitar kedua) pada tahun 1988. Namun, Lomaq meninggalkan kumpulan ini sebelum album pertama Mega siap pada tahun 1989. Selepas album yang berjudul MEGA dikeluarkan, Joey mengikut jejak Lomaq dengan meninggalkan kumpulan tersebut.
  • Kehadiran Lomaq telah menyebabkan munculnya Taib Brothers dalam industri muzik tempatan. Ini kerana Lomaq merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama, sebelum ini pernah bersama kumpulan Gersang) dan Din (gitar irama).

Rujukan