Jabatan Pembangunan Kemahiran: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tambahan maklumat
Baris 41: Baris 41:


== Ketua Pengarah ==
== Ketua Pengarah ==
* Dato' Ir Wan Seman Wan Ahmad
* Datuk Dr. Pang Chau Leong
*Datuk Dr. Pang Chau Leong
*Nidzam Kamarulzaman
*Ts Nidzam Kamarulzaman
*Zaihan Syukri (2019)
*Zaihan Syukri (2019)



Semakan pada 06:30, 9 November 2020

Jabatan Pembangunan Kemahiran
جابتن ڤمباڠونن كماهيرن
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
JenisKerajaan
Ibu pejabatTingkat 7 - 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
Kakitangan647 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 78,930,300 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
Laman sesawang
www.dsd.gov.my

Jabatan Pembangunan Kemahiran (Tulisan Jawi: جابتن ڤمباڠونن كماهيرن) merupakan salah sebuah daripada Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Jabatan Pembangunan Kemahiran merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran. Melalui agenda SkillsMalaysia yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2011, Kerajaan berhasrat untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Menyemarakkan lagi usaha ini, Kerajaan telah mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tujuan kemasukan ke dalam 13 skim perkhidmatan awam.

Selaras dengan usaha mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia, karnival dan pertandingan kemahiran dianjurkan untuk mempromosi bidang-bidang kemahiran baru dan sedia ada di samping menarik minat lepasan sekolah dan menukar persepsi negatif masyarakat terhadap bidang latihan kemahiran. Justeru, adalah diharapkan masyarakat kini lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Ketua Pengarah

  • Dato' Ir Wan Seman Wan Ahmad
  • Datuk Dr. Pang Chau Leong
  • Ts Nidzam Kamarulzaman
  • Zaihan Syukri (2019)

Visi

Peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia.

Misi

Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-Pekerja) yang berdaya saing.

Objektif

  1. Menyelaras dan mengawal pelaksanaan sistem latihan kemahiran bagi melahirkan k-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
  2. Membuat penyelidikan dan membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Piagam Pelanggan

  1. Melahirkan pekerja mahir bagi menampung keperluan industri negara melalui pentauliahan program latihan kemahiran di pusat bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 90% siap proses pentauliahan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi setiap permohonan.
  2. Memproses semua permohonan Perakuan dan Pengiktirafan Personel Pusat Bertauliah (Tenaga Pengajar) dan Personel Penilaian dan Verifikasi dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari.

Perkhidmatan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah

  1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
  2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN) Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
  3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. (* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Pejabat JPK Wilayah

Pejabat Wilayah Alamat


JPK WILAYAH TENGAH

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah,

Kementerian Sumber Manusia,

A301-2, A305-7 &C308, West Tower, Tingkat 3,

Wisma Consplant 2,

No. 7, Jalan SS16/1,

47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-56359995 | Faks : 03-56388777 / 03-56381113

Email : jpktengah[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 3.081097,101.583092


JPK WILAYAH SELATAN

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan,

Kementerian Sumber Manusia

Aras 18, Menara KWSP, Jalan Dato' Dalam

80000 Johor Bahru

Johor

Tel : 07-2226503 | Faks : 07-2226607

Email : jpkselatan[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 1.461341,103.758648


JPK WILAYAH UTARA

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara,

Kementerian Sumber Manusia

Lot MZ.03 & MZ.04, Tingkat Mezzanin

Bangunan KWSP, No. 3009,

Off Lebuh Tenggiri 2,

Bandar Seberang Jaya,

13700 Seberang Jaya,

Pulau Pinang.

Tel : 04-3809400/1/2 | Faks : 04-3809413

Email : jpkutara[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 5.394379,100.397739


JPK WILAYAH TIMUR

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur,

Kementerian Sumber Manusia

Tingkat 6, Wisma MAIDAM

Jalan Banggol

20100 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman.

Tel : +609-6265500 | Faks : +09-6265502 / 09-6265503

Email : jpktimur[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 5.330709,103.13482


JPK WILAYAH SARAWAK

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak,

Kementerian Sumber Manusia

No.11-01 & 11-02, Level 11

Ariva Gateway Kuching

Jalan Bukit Mata

93100 Kuching

Sarawak

Tel : 082-420257/70/73 | Faks : 082-420278

Email : jpkswk[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 1.555855,110.352441


JPK WILAYAH SABAH

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah,

Kementerian Sumber Manusia

Lot A6.2 & A6.3, Tingkat 6

Blok A, Bangunan KWSP,

Jalan Karamunsing

88598 Kota Kinabalu

Sabah

Tel : 088-270420/413 | Faks : 088-270424

Email : jpksbh[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 5.967524999999999,116.072493

Pautan luar