Jabatan Pembangunan Kemahiran: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 223: Baris 223:
# Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
# Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
# Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih
# Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih

=== Ujian Tanpa Musnah (NDT) ===
Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut. Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.

==== istem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT) ====
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT) adalah skim persijilan kebangsaan bagi program NDT yang mula diperkenalkan pada tahun 1986. Sehingga kini, sejumlah besar tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, petrokimia, penjanaan kuasa, automotif, pembuatan dan sebagainya telah berjaya dilahirkan.

==== Polisi ====

# Mengesahkan pengetahuan dan kekompetenan melalui kaedah ujian teori dan amali bagi tahap yang ditetapkan berpandukan ISO 9712:2012
# Menyediakan bukti berdokumen bagi pemohon-pemohon yang berjaya melalui penganugerahan sijil SKM
# Menyediakan satu sistem persijilan kepada pemegang SKM NDT yang diiktiraf oleh mana-mana badan persijilan lain, pihak industri, pihak berkuasa dan persatuan-persatuan samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berpandukan ISO 9712:2012.
# Menyediakan sistem persijilan yang telus, adil dan saksama kepada semua pemohon-pemohon yang berkelayakan.

==== Objektif ====

# Mengurus permohonan peperiksaan mengikut syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
# Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh keputusan mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan NDT
# Mengeluarkan Sijil NDT bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Persijilan NDT.

Pelaksanaan persijilan SPKM-NDT adalah berasaskan Standard Antarabangsa ISO 9712:2012 dan JPK merupakan badan persijilan tunggal bagi skop NDT di Malaysia yang memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17024:2012 daripada Jabatan Standards Malaysia (JSM) mulai 3 Oktober 2012 sehingga kini. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2012. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT.

Skim persijilan SPKM NDT yang berasaskan ISO 9712:2012 merupakan inisiatif yang digerakkan oleh JPK untuk memastikan proses kerja dan kawalan kualiti dalam mempersijilkan seseorang personel NDT diseragamkan dengan amalan antarabangsa. Dengan pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 ini, pelaksanaan Skim Persijilan SPKM NDT JPK telah memenuhi standard, tahap dan kualiti yang diiktiraf oleh industri dan persijilan personel NDT di bawah skim adalah standing dengan pensijilan-pensijilan lain yang digunapakai di peringkat antarabangsa.

Program NDT yang ditawarkan oleh JPK adalah seperti berikut;

# Pemeriksaan Radiografi
# Pengujian Arus Pusar
# Pengujian Penembusan
# Pemeriksaan Ultrasonik
# Pengujian Partikel Magnetik
# Pentafsiran Radiografi

== Ibu Pejabat ==
{| class="wikitable"
|Pejabat
|Alamat
|-
|



IBU PEJABAT
|Jabatan Pembangunan Kemahiran

Tingkat 7 - 8, Blok D4, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 Putrajaya

Tel : 03-8886 5589 | Faks : 03-8889 2423

Email : jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my

Portal : <nowiki>http://www.dsd.gov.my</nowiki>

Koordinat : 2.937707, 101.705040
|-
|



JPK CYBERJAYA
|Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya

Blok 4803, Suite 0-10,

Bangunan CDB Perdana

Persiaran Flora

63000 Cyberjaya

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8321 4700 | Faks : 03-8321 4888

Koordinat : 2.923510, 101.651604
|}


== Pejabat JPK Wilayah ==
== Pejabat JPK Wilayah ==

Semakan pada 07:01, 9 November 2020

Jabatan Pembangunan Kemahiran
جابتن ڤمباڠونن كماهيرن
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
JenisKerajaan
Ibu pejabatTingkat 7 - 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
Kakitangan647 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 78,930,300 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
Laman sesawang
www.dsd.gov.my

Jabatan Pembangunan Kemahiran (Tulisan Jawi: جابتن ڤمباڠونن كماهيرن) merupakan salah sebuah daripada Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Jabatan Pembangunan Kemahiran merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran. Melalui agenda SkillsMalaysia yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2011, Kerajaan berhasrat untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Menyemarakkan lagi usaha ini, Kerajaan telah mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tujuan kemasukan ke dalam 13 skim perkhidmatan awam.

Selaras dengan usaha mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia, karnival dan pertandingan kemahiran dianjurkan untuk mempromosi bidang-bidang kemahiran baru dan sedia ada di samping menarik minat lepasan sekolah dan menukar persepsi negatif masyarakat terhadap bidang latihan kemahiran. Justeru, adalah diharapkan masyarakat kini lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Ketua Pengarah

  • Dato' Ir Wan Seman Wan Ahmad
  • Datuk Dr. Pang Chau Leong
  • Ts Nidzam Kamarulzaman
  • Zaihan Syukri (2019)

Visi

Peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia.

Misi

Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-Pekerja) yang berdaya saing.

Objektif

  1. Menyelaras dan mengawal pelaksanaan sistem latihan kemahiran bagi melahirkan k-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
  2. Membuat penyelidikan dan membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Piagam Pelanggan

  1. Melahirkan pekerja mahir bagi menampung keperluan industri negara melalui pentauliahan program latihan kemahiran di pusat bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 90% siap proses pentauliahan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi setiap permohonan.
  2. Memproses semua permohonan Perakuan dan Pengiktirafan Personel Pusat Bertauliah (Tenaga Pengajar) dan Personel Penilaian dan Verifikasi dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari.

Perkhidmatan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah

  1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
  2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN) Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
  3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. (* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB)

Pusat Bertauliah

Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran, samada  institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.

Terdapat 2 kategori Pusat Bertauliah

  • Pusat Bertauliah Awam
  • Pusat Bertauliah Swasta

Program di Tawarkan

Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan .

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:

  1. Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
  2. Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).

Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:

  1. Teknikal
  2. Sosial & Kemanusiaan
  3. Metadologi & Pembelajaran

SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:

  1. Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
  2. Syarikat Latihan Dalaman (In-house)
Tempoh Latihan Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS.
Nisbah Latihan 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan.
Kaedah Penyampaian Lepasan Harian

Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat.

Lepasan Bulanan

Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat.

Rujukan Standard Latihan Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN.
Persijilan Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:

  • Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)
  • Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Apa Itu PPT?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.

Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan?

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Siapa Yang Boleh Memohon?

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi?

Faedah kepada individu

  1. Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  2. Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
  3. Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.Faedah kepada majikan
  1. Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  2. Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
  3. Meningkatkan imej syarikat Faedah kepada negara
  1. Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  2. Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
  3. Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
  4. Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara

National Occupational Skills Standards (NOSS)

Apa Itu NOSS?

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja Menilai prestasi pekerja Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing .

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS

  1. Berasaskan keperluan pekerjaan.
  2. Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  3. Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

Kelebihan dan Kegunaan NOSS

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Kepentingan Kepada Majikan

  1. Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
  2. Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
  3. Menilai prestasi pekerja
  4. Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
  5. Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing

Kepentingan Kepada Pekerja

  1. Memberi maklumat skop tugas yang jelas
  2. Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
  3. Membantu dalam peningkatan kerjaya
  4. Menjadi penanda aras prestasi kerja
  5. Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
  6. Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian

Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih

  1. Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
  2. Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
  3. Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
  4. Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
  5. Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih

Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut. Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.

istem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT)

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT) adalah skim persijilan kebangsaan bagi program NDT yang mula diperkenalkan pada tahun 1986. Sehingga kini, sejumlah besar tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, petrokimia, penjanaan kuasa, automotif, pembuatan dan sebagainya telah berjaya dilahirkan.

Polisi

  1. Mengesahkan pengetahuan dan kekompetenan melalui kaedah ujian teori dan amali bagi tahap yang ditetapkan berpandukan ISO 9712:2012
  2. Menyediakan bukti berdokumen bagi pemohon-pemohon yang berjaya melalui penganugerahan sijil SKM
  3. Menyediakan satu sistem persijilan kepada pemegang SKM NDT yang diiktiraf oleh mana-mana badan persijilan lain, pihak industri, pihak berkuasa dan persatuan-persatuan samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berpandukan ISO 9712:2012.
  4. Menyediakan sistem persijilan yang telus, adil dan saksama kepada semua pemohon-pemohon yang berkelayakan.

Objektif

  1. Mengurus permohonan peperiksaan mengikut syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  2. Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh keputusan mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan NDT
  3. Mengeluarkan Sijil NDT bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Persijilan NDT.

Pelaksanaan persijilan SPKM-NDT adalah berasaskan Standard Antarabangsa ISO 9712:2012 dan JPK merupakan badan persijilan tunggal bagi skop NDT di Malaysia yang memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17024:2012 daripada Jabatan Standards Malaysia (JSM) mulai 3 Oktober 2012 sehingga kini. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2012. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT.

Skim persijilan SPKM NDT yang berasaskan ISO 9712:2012 merupakan inisiatif yang digerakkan oleh JPK untuk memastikan proses kerja dan kawalan kualiti dalam mempersijilkan seseorang personel NDT diseragamkan dengan amalan antarabangsa. Dengan pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 ini, pelaksanaan Skim Persijilan SPKM NDT JPK telah memenuhi standard, tahap dan kualiti yang diiktiraf oleh industri dan persijilan personel NDT di bawah skim adalah standing dengan pensijilan-pensijilan lain yang digunapakai di peringkat antarabangsa.

Program NDT yang ditawarkan oleh JPK adalah seperti berikut;

  1. Pemeriksaan Radiografi
  2. Pengujian Arus Pusar
  3. Pengujian Penembusan
  4. Pemeriksaan Ultrasonik
  5. Pengujian Partikel Magnetik
  6. Pentafsiran Radiografi

Ibu Pejabat

Pejabat Alamat


IBU PEJABAT

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Tingkat 7 - 8, Blok D4, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 Putrajaya

Tel : 03-8886 5589 | Faks : 03-8889 2423

Email : jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my

Portal : http://www.dsd.gov.my

Koordinat : 2.937707, 101.705040


JPK CYBERJAYA

Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya

Blok 4803, Suite 0-10,

Bangunan CDB Perdana

Persiaran Flora

63000 Cyberjaya

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8321 4700 | Faks : 03-8321 4888

Koordinat : 2.923510, 101.651604

Pejabat JPK Wilayah

Pejabat Wilayah Alamat


JPK WILAYAH TENGAH

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah,

Kementerian Sumber Manusia,

A301-2, A305-7 &C308, West Tower, Tingkat 3,

Wisma Consplant 2,

No. 7, Jalan SS16/1,

47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-56359995 | Faks : 03-56388777 / 03-56381113

Email : jpktengah[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 3.081097,101.583092


JPK WILAYAH SELATAN

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan,

Kementerian Sumber Manusia

Aras 18, Menara KWSP, Jalan Dato' Dalam

80000 Johor Bahru

Johor

Tel : 07-2226503 | Faks : 07-2226607

Email : jpkselatan[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 1.461341,103.758648


JPK WILAYAH UTARA

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara,

Kementerian Sumber Manusia

Lot MZ.03 & MZ.04, Tingkat Mezzanin

Bangunan KWSP, No. 3009,

Off Lebuh Tenggiri 2,

Bandar Seberang Jaya,

13700 Seberang Jaya,

Pulau Pinang.

Tel : 04-3809400/1/2 | Faks : 04-3809413

Email : jpkutara[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 5.394379,100.397739


JPK WILAYAH TIMUR

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur,

Kementerian Sumber Manusia

Tingkat 6, Wisma MAIDAM

Jalan Banggol

20100 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman.

Tel : +609-6265500 | Faks : +09-6265502 / 09-6265503

Email : jpktimur[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 5.330709,103.13482


JPK WILAYAH SARAWAK

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak,

Kementerian Sumber Manusia

No.11-01 & 11-02, Level 11

Ariva Gateway Kuching

Jalan Bukit Mata

93100 Kuching

Sarawak

Tel : 082-420257/70/73 | Faks : 082-420278

Email : jpkswk[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 1.555855,110.352441


JPK WILAYAH SABAH

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah,

Kementerian Sumber Manusia

Lot A6.2 & A6.3, Tingkat 6

Blok A, Bangunan KWSP,

Jalan Karamunsing

88598 Kota Kinabalu

Sabah

Tel : 088-270420/413 | Faks : 088-270424

Email : jpksbh[at]mohr[dot]gov[dot]my

Koordinat : 5.967524999999999,116.072493

Pautan luar