Naura HD: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 41: Baris 41:


Pada 1 April 2020, Astro menyusun semula nombor saluran NAURA dari 125 kepada 109.
Pada 1 April 2020, Astro menyusun semula nombor saluran NAURA dari 125 kepada 109.

Mulai 1 Januari 2021, NAURA tersedia di [[Indonesia]] melalui satelit [[Telkom Indonesia|Telkom-4]] dari Telkomsat.


== Rancangan ==
== Rancangan ==

Semakan pada 23:51, 10 November 2020

Fail:NAURA.png

NAURA merupakan saluran di Astro yang merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam dan luar negara.

Saluran ini dilancarkan pada 1 Oktober 2018 [1]. Seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi program yang memaparkan gaya hidup masyarakat Muslim masa kini, dokumentari, program bual bicara santai dan ceramah daripada tokoh ilmuwan terkemuka dari dalam dan luar negara[2], program adaptasi buku Islamik terlaris serta kandungan ringkas lagi padat yang menjawab persoalan asas mengenai Islam. Menariknya mengenai tawaran seleksi program di NAURA, setiap kandungan yang disajikan berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan. Selain itu, program di NAURA turut menampilkan ramai personaliti hit masa kini daripada pelbagai latar belakang berbeza yang sering dijadikan sumber inspirasi buat masyarakat Muslim terutamanya dalam Astro Oasis dan kalangan generasi muda.

Pada 1 April 2020, Astro menyusun semula nombor saluran NAURA dari 125 kepada 109.

Rancangan

NAURA tidak hanya membawakan kandungan tempatan sahaja tetapi juga antarabangsa.

Kandungan tempatan

Antara kandungan tempatan yang ditawarkan adalah ‘Naura Shares’; program perkongsian dari hati yang akan berlangsung dalam suasana santai dan penuh intimasi bersama penonton oleh individu seperti Min Luna, Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Kamal Affendi dan Siu Lim, ‘Inspires’; program gaya hidup yang menampilkan personaliti Muslim dari pelbagai negara dengan latar belakang berbeza.

Tidak ketinggalan, rancangan bual bicara ‘Quran Tag with Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah’[3] yang memaparkan cara unik untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran bersama selebriti muda[4] seperti Sarah Suhairi, Aiman Tino dan As’ad Motawh serta rancangan variasi ‘Dua’s of the Believer’ yang memaparkan kisah perjalanan hidup yang dipilih oleh wanita-wanita hebat seperti Mizz Nina, Siu Lim dan Memem Khan. ‘Tuesday Love Letter’ pula merupakan adaptasi ‘newsletter’ dengan tajuk yang sama oleh penulis Aida Azlin yang dihantar kepada pengikutnya pada setiap hari Selasa.

Kandungan antarabangsa

Bagi tawaran kandungan Islamik antarabangsa pula, antaranya adalah ‘5 Times Salah in A City’; rancangan berkonsepkan travelog yang membawa penonton meneroka lima buah masjid dalam tempoh solat lima waktu, ‘Al Baqarah Series with Nouman Ali Khan’; kupasan terperinci ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah oleh Ustaz Nouman Ali Khan, ‘Grand Mosque’; memaparkan kisah 40 bandar di Anatolia dan menyingkap sejarah tamadun masa lalu serta pelbagai program menarik yang lain.

Selain itu, NAURA juga menawarkan kandungan faktual terbitan IQRAA TV yang memaparkan pelbagai topik menarik antaranya sejarah Mekah dan Madinah, kisah hidup para Rasul dan Nabi serta zaman kegemilangan tamadun Islam.

Langganan

Saluran NAURA boleh didapati dengan melanggan pek Mustika. Selain NAURA, pek Mustika turut mengandungi saluran Astro Warna dan Astro Citra[5].

Lihat Juga

Rujukan