TV AlHijrah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 15: Baris 15:
| share as of =
| share as of =
| slogan = {{plainlist|
| slogan = {{plainlist|
* Segalanya Bermula di Sini (2010–2013)
* Segalanya Bermula di Sini (2010–2013, 2019-kini)
* TV Kita Untuk Semua (2013–2016)
* TV Kita Untuk Semua (2013–2016, 2019-kini)
* ''Islam is First Class'' (2016-2017)
* ''Islam is First Class'' (2016-2017)
* Rapatkan Saf (2017–2018)
* Rapatkan Saf (2017–2018)
* Rahmatan Lil 'Alamin'' (2018–2019)
* Rahmatan Lil 'Alamin'' (2018–2019)
* TV Kita Untuk Semua (2019- kini)
}}
}}
| former_names =
| former_names =

Semakan pada 11:29, 11 November 2020

Slogan
  • Segalanya Bermula di Sini (2010–2013, 2019-kini)
  • TV Kita Untuk Semua (2013–2016, 2019-kini)
  • Islam is First Class (2016-2017)
  • Rapatkan Saf (2017–2018)
  • Rahmatan Lil 'Alamin (2018–2019)

TV AlHijrah (TVAH) ialah rangkaian televisyen Islam bebas ke udara yang dimiliki dan dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation, sebuah syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ia bersiaran dari ibu pejabatnya di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pasukan pengurusan stesen diketuai oleh Namanzee Harris sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri dan diselia oleh Lembaga Pengarah.[4]

Sejarah

TV AlHijrah ialah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Ia merupakan salah satu agensi bertaraf syarikat yang ditadbir selia dibawah AlHijrah Media Corporation serta diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan melapor kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam). Ia merupakan stesen televisyen separa kerajaan kedua negara selepas Bernama TV.[5][6]

Setelah memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula pada jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, TV AlHijrah kemudiannya dilancarkan secara rasmi pada 1 Muharram 1432H iaitu bersamaaan 7 Disember 2010 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Abdul Razak. Acara perasmian gilang gemilang ini disiarkan secara langsung di saluran terestrial nasional TV AlHijrah.

Pada awalnya, TV AlHijrah hanya boleh ditonton di lima kawasan sahaja iaitu di Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak. Penambahbaikan dilakukan dan kemudiannya TV AlHijrah memasuki platform Astro bermula 1 Jun 2011. TV AlHijrah memilih saluran 114 di Astro sebagai simbolik kepada 114 surah yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran. Bukan itu sahaja, Siarannya telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Siaran TV AlHijrah dilanjutkan kepada dua puluh empat jam sehari dengan tema TV Kita Untuk Semua. Pelbagai sajian hidangan rancangan-rancangan menarik telah ditambah bagi memenuhi kehendak hati penonton setia stesen ini.[7][8]

TV AlHijrah membuka sebuah studio berukuran 800 meter persegi, AlHijrah Big Studio. Selain studio utama, lokasi ini turut memuatkan studio berkembar yang berkeluasan 250 meter persegi.[9] Studio ini mula beroperasi pada 1 Ogos 2016.[10]

Visi dan misi

Ibu pejabat TV Alhijrah di Kuala Lumpur.

Secara dasarnya stesen televisyen TV AlHijrah ini ditubuhkan bagi mendokong aspirasi pihak kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama anutan menerusi penerbitan rancangan-rancangan yang berimpak tinggi, sohor kini, terkini, penarafan tinggi, mencapai serta mendidik, menyalurkan maklumat dan menghiburkan. Ini selari dengan visi TV AlHijrah iaitu menjadi peneraju penyampaian nilai-nilai Islam serta misinya untuk menerap kefahaman Islam serta menyatupadukan Ummah.

Senarai Ketua Pegawai Eksekutif

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "MYTV Broadcasting Digital TV Trial". 6 June 2016. Dicapai pada 6 June 2016.
  2. ^ "Event for 6 June 2017". The EDGE Markets. 6 June 2017. Dicapai pada 6 June 2017.
  3. ^ "Channels - TV, Radio dan Prabayar (official list of all channels available on NJOI)".
  4. ^ "TV Al Hijrah to promote new medium in Islamic propagation - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2019-05-18.
  5. ^ "TV AL HIJRAH ON ASTRO CHANNEL 114 STARTING JUNE 1". Yahoo! News Malaysia (English)
  6. ^ "Malaysia launches new Islamic TV channel". Al Arabiya Net (English)
  7. ^ TV Alhijrah mulakan siaran awal pagi mulai 1 Januari. Utusan Malaysia. 30 Disember 2011. Dicapai 27 Januari 2012.
  8. ^ TV AlHijrah tambah siaran. Utusan Malaysia. 4 Januari 2012. Dicapai 27 Januari 2012.
  9. ^ AlHijrah Big Studio Jenama Baharu Cyberjaya My Newshub (26 Julai 2016). Dicapai pada 14 April 2017.
  10. ^ AlHijrah Big Studio Cyberjaya Mula Operasi Bulan Depan My Newshub (29 Julai 2016). Dicapai pada 14 April 2017.

Pautan luar