Festival Filem Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 4852559 oleh Umpama (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Umpama (bincang | sumb.)
Baris 99: Baris 99:
|-
|-
! [[Festival Filem Malaysia ke-20|ke-20]]
! [[Festival Filem Malaysia ke-20|ke-20]]
| 3 Ogos 2007|| ''[[Cinta (filem)|Cinta]]'' || [[Fauziah Ahmad Daud]]<br>[[Mizal Zaini|AC Mizal]] || Dewan Tuanku Syed Putra, [[Universiti Sains Malaysia|USM]] , Pulau Pinang || rowspan=2| Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia
| 3 Ogos 2007|| ''[[Cinta (filem)|Cinta]]'' || [[Fauziah Ahmad Daud]]<br>[[Mizal Zaini|AC Mizal]] || Dewan Tuanku Syed Putra, [[Universiti Sains Malaysia|USM]], Pulau Pinang || rowspan=2| Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia
|-
|-
! [[Festival Filem Malaysia ke-21|ke-21]]
! [[Festival Filem Malaysia ke-21|ke-21]]

Semakan pada 07:15, 17 November 2020

Festival Filem Malaysia
FFM
PenghargaanPrestasi dalam industri perfileman
Negara Malaysia
Disampaikan olehFINAS
GAFIM
Anugerah pertama13 April 1980

Festival Filem Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai FFM) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival filem ini diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Acara ini juga membantu penggiat filem untuk berusaha dan menambahbaikan mutu kerja mereka. Festival ini menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya Malaysia.[1]

Majlis anugerah ini berlangsung di Malaysia, dan mendapat liputan hanya di Malaysia. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, majlis ini turut disiarkan di Singapura. Majlis penganugerahan ini merupakan majlis tertua dan ia merupakan satu acara nasional dalam penganugerahan filem di negara Malaysia. Ia setanding dengan Anugerah Skrin, yang dianjurkan oleh TV3.[2]

Festival ini turut menghargai penggiat filem terdahulu sebagai mengenang jasa mereka yang telah lama bekerja dalam industri ini. Permulaan festival ini pada 13 April 1980 sehingga sekarang, festival ini telah menghargai ramai karyawan filem tanah air. Festival Filem Malaysia ke-29 telah diadakan di Dewan Merdeka, PWTC pada 23 September 2017.

Sejarah

Berikutan perkembangan filem di Malaysia yang semakin berkembang, satu usaha dilakukan oleh sasuatu pihak untuk mengiktiraf hasil kerja filem anak tempatan. Walaupun kutipan filem tidak beberapa baik, namun usaha oleh yang dilakukan oleh pihak Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) berhasil dengan terlaksanalah sebuah majlis yang gilang gemilang dalam menghargai karya tempatan, maka Festival Filem Malaysia Pertama diadakan. Tidak seperti negara Amerika Syarikat yang mempunyai satu badan yang menilai, mengkaji dan menganjurkan majlis pertandingan dan penganugerahan filem, sebaliknya FFM bergerak atas tanggungjawab badan-badan karyawan untuk menganjurkan majlis ini.[3]

Untuk melaksanakan majlis perfileman, mereka merujuk kepada video majlis Festival Filem Cannes kepunyaan seorang kenamaan. Berdasarkan video tersebut, mereka menjalankan majlis tersebut. Selama dua majlis dianjurkan oleh EJA. Selepas FFM, tanggungjawab itu diserahkan oleh oleh FINAS. Pada Festival Filem Malaysia ke-19, tanggungjawab diserahkan kepada PFM bersama GAFIM. Dan pada majlis seterusnya diambil alih oleh FINAS semula. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, GAFIM sekali lagi mengambil semula tanggungjawab sepenuhnya penganjuran majlis. Namun, akibat beberapa kontroversi yang berlaku seperti kemenangan Presiden GAFIM untuk Pengarah Harapan dan filem Libas arahan presiden GAFIM, Jureyy Latiff memenangi Cerita Asal Terbaik, GAFIM masih menimbangkan untuk menjadi penganjur.[4]

Piala

Piala FFM sering berubah. Kini mereka menggunakan piala yang disaluti plat emas sejak tahun 2015.

Pencalonan

Pencalonan dilakukan berdasarkan borang penyertaan yang diserahkan kepada penganjur mengikut tarikh yang ditetapkan. Filem tersebut mestilah filem yang bakal ditayangkan tidak melebihi dua minggu selepas tarikh acara berlangsung. Pengumuman calon dibuat beberapa minggu sebelum majlis penganugerahan. Berbeza dari negara luar, festival seperti ini sering melakukan kejutan, seperti FFM 23 dan FFM 24 dimana kategori utama (Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik) hanya diumumkan calon-calonya pada waktu majlis berlangsung.

Majlis penganugerahan

Berikut merupakan majlis penganugerahan yang telah berlangsung:

Edisi Tarikh Filem Terbaik Pengacara Tempat Tema
Pertama 13 April 1980 Tiada Esok Bagimu Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur Malam Merak Kayangan
ke-2 12 April 1981 Dia Ibuku
ke-3 28 November 1982 Bukit Kepong Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur Memasyarakatkan Filem
ke-4 11 Disember 1983 Ranjau Sepanjang Jalan Auditorium RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur Filem Sebagai Agen Pembudaya
ke-5 15 Disember 1984 Matinya Seorang Patriot Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Filem Sebagai Media Komunikasi
ke-6 14 Disember 1986 Tsu Feh Sofiah Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Cintai Filem Malaysia
ke-7 6 Disember 1987 Rahsia Hotel Ramada Renaissance, Melaka
ke-8 9 September 1989. Tiada Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur
ke-9 2 Jun 1991 Hati Bukan Kristal Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, Shah Alam
ke-10 17 November 1992 Bintang Malam & Selubung Grand Ballroom, Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
ke-11 17 Jun 1994 Perempuan, Isteri & .....? Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor Perfileman Ke Arah 2020
ke-12 5 November 1995 Sayang Salmah Grand Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur Filem Citra Jati Diri
ke-13 28 Disember 1997 Layar Lara Rosyam Nor
Tiara Jacquelina
Auditorium Besar RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur Filem Merealisasikan Tamadun Bangsa
ke-14 7 November 1999 Jogho Hotel Syuen, Ipoh, Perak Mengangkat Maruah Bangsa Melalui Filem
ke-15 5 Ogos 2001 Leftenan Adnan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor
ke-16 19 April 2003 KL Menjerit Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur Filem Malaysia Era Globalisasi
ke-17 26 Jun 2004 Paloh Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
ke-18 17 Julai 2005 Sepet Linda Onn
Bob Lokman
ke-19 13 Ogos 2006 Gubra Linda Onn
AC Mizal
Ke Arah Kecemerlangan dalam Penerbitan Filem
ke-20 3 Ogos 2007 Cinta Fauziah Ahmad Daud
AC Mizal
Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia
ke-21 9 Ogos 2008 Kala Malam Bulan Mengambang Linda Onn
Bob Lokman
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
ke-22 8 Ogos 2009 Papadom Fahrin Ahmad
Vanida Imran
Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah Filem Malaysia ke Persada Dunia
ke-23 24 Oktober 2010 Magika Sharifah Shahirah
Zizan Razak
Hezry Hashim
Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam, Selangor
ke-24 20 November 2011 Hikayat Merong Mahawangsa Fauziah Ahmad Daud
Johan
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Gemilang Filem Malaysia
ke-25 2 Mac 2013 Bunohan Erra Fazira
Fahrin Ahmad
Merayakan Perak Mengilhamkan Emas
ke-26 1 November 2014 KIL Fahrin Ahmad
Nur Fazura
Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Negeri Sembilan Transformasi Sinema Malaysia
ke-27 5 September 2015 Lelaki Harapan Dunia Nabil Ahmad
Sherry Alhadad
Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Sehati Sejiwa
ke-28 3 September 2016 Munafik & Jagat Nabil Ahmad
Sherry Alhadad
Transformasi Sinema Kita
ke-29 23 September 2017 Adiwiraku Zizan Razak
Nabila Huda
Elizabeth Tan
Thanuja Ananthan
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Transformasi Citra Karya
ke-30 30 Mac 2019 One Two Jaga Nabil Ahmad
Adibah Noor
Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Inspirasi Sinemaku

Anugerah yang dipertandingkan

Antara anugerah yang dipertandingkan dalam festival ini:

Anugerah Perdana

13 anugerah dipertandingkan:

Anugerah Cipta

12 anugerah dipertandingkan:

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "About FFM". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Dicapai pada 12 August 2011.
  2. ^ "Festival Filem Malaysia Kini Membanggakan". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, I-Insan Multimedia SDN BHD. Dicapai pada 19 January 2011.
  3. ^ "FINAS: About Us". Dicapai pada 17 January 2011.
  4. ^ "1st Malaysian Film Festival (1980)". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Dicapai pada 19 January 2011.

Pautan luar