Perikatan Nasional: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 443: Baris 443:
| P129 || [[Kuala Pilah (kawasan persekutuan)|Kuala Pilah]] || [[Eddin Syazlee Shith]] || bgcolor="{{Malaysian United Indigenous Party/meta/shading}}" | ||BERSATU||Timb Menteri [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|JPM-(Parlimen dan Undang-Undang)]] bertukar kepada Timb Menteri KKR
| P129 || [[Kuala Pilah (kawasan persekutuan)|Kuala Pilah]] || [[Eddin Syazlee Shith]] || bgcolor="{{Malaysian United Indigenous Party/meta/shading}}" | ||BERSATU||Timb Menteri [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|JPM-(Parlimen dan Undang-Undang)]] bertukar kepada Timb Menteri KKR
|-
|-
| P131 || [[Rembau (kawasan persekutuan)|Rembau]] || [[Khairy Jamaluddin|Khairy Jamaluddin Abu Bakar]] || bgcolor="{{United Malays National Organisation/meta/shading}}"| ||BN-UMNO||Menteri [[Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia|MOSTI]]
| P131 || [[Rembau (kawasan persekutuan)|Rembau]] || [[Khairy Jamaluddin|Khairy Jamaluddin Abu Bakar]] || bgcolor="{{United Malays National Organisation/meta/shading}}"| ||BN-UMNO||Menteri [[Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia|MOSTI]]
|-
|-
|rowspan=3| {{Flag|Melaka}} || P134 || [[Masjid Tanah (kawasan persekutuan)|Masjid Tanah]] || [[Mas Ermieyati Samsudin]] || bgcolor="{{Malaysian United Indigenous Party/meta/shading}}" | ||Dari UMNO ke BERSATU||Timb Menteri [[Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia|MEDAC]]
|rowspan=3| {{Flag|Melaka}} || P134 || [[Masjid Tanah (kawasan persekutuan)|Masjid Tanah]] || [[Mas Ermieyati Samsudin]] || bgcolor="{{Malaysian United Indigenous Party/meta/shading}}" | ||Dari UMNO ke BERSATU||Timb Menteri [[Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia|MEDAC]]

Semakan pada 23:42, 17 November 2020

Perikatan Nasional
ڤريکتن ناسيونل
National Alliance (Inggeris)
Nama InggerisNational Alliance
Nama Cina国民联盟
Guómín liánméng
Nama Tamilதேசிய கூட்டணி
SingkatanPN
PengerusiTan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Pengerusi
Setiausaha AgungHamzah Zainudin
Ketua WanitaRina Harun
Ketua PemudaKhairil Nizam Khirudin
Ketua PeneranganMohamed Azmin Ali
PengasasTan Sri Muhyiddin Yassin
Diasaskan23 Februari 2020 (2020-02-23)[1]
Didaftarkan7 Ogos 2020
PecahanBarisan Nasional
Ideologi
Kedudukan politikSayap kanan
Warna     Biru tua
Dewan Negara:
17 / 70
Dewan Rakyat
50 / 222
Dewan Undangan Negeri
151 / 607
Laman sesawang
Perikatan Nasional
[[Politik Malaysia]]
[[Senarai parti politik di Malaysia|Parti politik]]
[[Pilihan raya di Malaysia|Pilihan raya]]

Parti Perikatan Nasional (bahasa Inggeris: National Alliance Party; singkatan: PN) ialah gabungan parti politik konservatif rasmi di Malaysia yang dibentuk pada 23 Februari 2020, bertujuan untuk membentuk sebuah kerajaan semasa krisis politik Malaysia 2020 dan bermajoriti mudah 2 kerusi. Secara amnya, gabungan ini mendapat sokongan daripada para Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah dan seorang Ahli Parlimen Bebas.

Pada Julai 2020, parti UMNO mengesahkan tidak menyertai Perikatan Nasional secara rasmi. Namun begitu, sokongan beberapa Ahli Parlimen berjaya mengesahkan bahawa PN hanya mempunyai majoriti 2 kerusi sahaja dan merupakan majoriti paling tipis di dalam sejarah politik Malaysia.

Perikatan ini ditubuhkan pada Februari 2020 semasa Krisis politik Malaysia 2020 yang menyaksikan apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengisytiharkan keluar sebagai komponen Pakatan Harapan. Hasil penelitian Yang di-Pertuan Agong ke-16, Baginda telah memperkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 bermula dari sebuah gabungan politik tidak rasmi membentuk menjadi sebuah kerajaan persekutuan yang rasmi. Pada 17 Mei 2020, beberapa pemimpin parti seperti BN, BERSATU, PAS, GPS, PBS dan STAR dengan rasminya menandatangani persetujuan bersama untuk menyokong formasi Perikatan Nasional agar lebih stabil.[2][3]

Sejarah

Krisis politik Malaysia 2020 dan kebangkitan kuasa

Pada 23 Februari 2020, ahli Dewan Rakyat dari parti politik Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Gagasan Sejahtera (GS), dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah dewan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Perkara ini kemudiannya hanya semata-semata majlis makan malam, yang dipanggil "Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen".[4] Ini mencetuskan kontroversi apabila rakyat mula ingin mengetahui tujuan dan makna majlis tersebut sehingga menyebabkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Harapan. Acara pada hari itu dikenali sebagai "Langkah Sheraton",[5] dan ia dikenali sebagai "salah satu hari Ahad yang paling lama" dalam politik Malaysia.[6]

Ia kemudiannya disahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, bahawa beliau, serta ahli parlimen dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memimpin gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional, namun persetujuan mereka adalah bersyarat.[7]

Pada keesokan harinya, pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti itu, seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution tengah hari itu,[8] serta beberapa ahli parti lain mengumumkan keluar parti demi solidariti Azmin dan Zuraida.[9] Berikutan itu, Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.[10] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti tersebut secara rasmi meninggalkan gabungan Pakatan Harapan.[11] Ini menyebabkan gabungan yang sudah rapuh kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menandakan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selama hampir 2 tahun.[12]

Untuk memastikan keadaan negara stabil, Al-Sultan Abdullah melantik semula Mahathir sebagai Perdana Menteri interim untuk tempoh yang tidak ditentukan sehingga baginda berjaya menyelesaikan konflik kerajaan.[13] Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan telah menghantar senarai anggota parlimen yang menyokong kerajaan mereka untuk membuktikan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, setelah mengkaji senarai tersebut, Al-Sultan Abdullah menyedari bahawa kedua-dua senarai tersebut memang mendapat sokongan majoriti, kerana beberapa anggota parlimen menandatangani akuan bersumpah mereka untuk kedua-dua pihak.

Mempunyai rancangan lain dalam pemikiran, Mahathir memutuskan untuk memanggil semua anggota Parlimen untuk bersatu di bawah kerajaan perpaduan tanpa parti, di mana keseluruhan Parlimen berada di dalam kerajaan Malaysia.[14] Ini ditolak oleh hampir semua parti lain, kerana mereka enggan berada di kerajaan yang sama seperti saingan mereka, terutamanya gabungan Muafakat Nasional (Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera) dan Parti Tindakan Demokratik. Muafakat Nasional menyeru pembubaran parlimen, kerana ia adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikannya dengan membiarkan rakyat memilih kerajaan sekali lagi.[15]

Untuk menyelesaikannya, Al-Sultan Abdullah meminta setiap anggota Dewan Rakyat untuk menghadap baginda, jadi baginda boleh menemu bual setiap anggota parlimen secara peribadi untuk menentukan anggota mana yang mempunyai sokongan majoriti parlimen, dan elakkan daripada pertindihan sokongan. Ini kerana Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik Perdana Menteri daripada kalangan anggota Dewan Rakyat yang dalam hematnya mungkin mempunyai keyakinan majoriti anggota parlimen. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka mendapat sokongan majoriti parlimen yang sekurang-kurangnya 112 ahli, sejak Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera menyeru pembubaran Parlimen, manakala Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Mahathir masing-masing.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya memanggil ketua-ketua parti untuk mewakili seluruh parti, bukannya mereka ditemu bual secara individu. Parti Pribumi Bersatu Malaysia kemudian mengumumkan bahawa mereka menamakan presiden mereka, Muhyiddin, yang akan menjadi individu menghadap Yang di-Pertuan Agong di istana keesokan harinya, sementara Muafakat Nasional mengumumkan bahawa mereka akan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Pada saat-saat terakhir di pagi hari, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa mereka menyerahkan nama Mahathir sebagai calon mereka untuk Perdana Menteri. Pada petang 29 Februari 2020, Al-Sultan Abdullah mengumumkan bahawa Muhyiddin mendapat sokongan majoriti, dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, dan beliau mengangkat sumpah pada hari berikutnya di Istana Negara.

Penubuhan Perikatan Nasional

Pada 9 Ogos 2020, Parti Progresif Sabah (SAPP) menyertai sebagai ahli parti Perikatan Nasional (PN)[16] sehingga ia didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Parti ini telah diusahakan untuk didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan parti politik sebelum pilihan raya umum Malaysia ke-15. Namun, pihak Pendaftar Pertubuhan menyatakan singkatan PN adalah milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Nama yang dicadangkan adalah Parti Perikatan Nasional.[17]

Pada 23 Ogos 2020, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, MIC merupakan salah satu parti komponennya yang menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN). Selain MIC, parti yang turut mendaftarkan PN termasuklah PPBM, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).[18] Namun pada 27 Ogos 2020, MIC mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) seperti dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah berdasarkan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia bermakna MIC bukan lagi jawatankuasa penaja PN yang sudah didaftarkan dan disahkan itu. Selain UMNO, parti di bawah BN, iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga tidak menyertai PN sebagai komponen.[19]

Beliau berkata, sokongan BN kepada PN, hanya sokongan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Manakala pada 6 September 2020, Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyatakan tidak menyertai Perikatan Nasional kerana GPS mampu begerak dengan sendirinya untuk negeri Sarawak namun begitu GPS sanggup bekerjasama dengan PN yang memerintah kerajaan pusat pada ketika ini demi rakyat Malaysia.[20]

Isu dan kontroversi

Walaupun sekadar melepasi majoriti mudah di dalam Dewan Rakyat, Perikatan Nasional tetap diiktiraf sebagai kerajaan yang sah setelah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan mengisytiharkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku pemimpin gabungan Perikatan Nasional, berdasarkan pemerhatian dan penghakiman baginda, beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan harus dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.[21] Hal ini disebabkan oleh krisis politik Malaysia 2020, di mana tiada parti politik atau gabungan mempunyai majoriti di Dewan Rakyat selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama-sama dengan sebelas (11) Ahli Parlimen dari PKR meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH).[11]

Ahli parti, gabungan sekutu dan bebas

Kesemua parti ini hanya memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan bukan secara rasmi membentuk sebuah gabungan parti politik yang rasmi di peringkat pusat. Manakala di peringkat negeri pula berbeza.

Terdapat 112 Ahli Parlimen Dewan Rakyat menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Logo Nama Ideologi Pemimpin Kerusi Keputusan 2018 Kerusi semasa
Undi (%) Kerusi Komposisi
Sokongan individu Ahli Parlimen mengikut parti komponen Perikatan Nasional
BERSATU Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ketuanan Melayu Muhyiddin Yassin 52
(di bawah PH)
5.95%
13 / 222
31 / 113
PAS Parti Islam Se-Malaysia Demokrasi Islamik Abdul Hadi Awang 157
(di bawah GS)
16.82%
18 / 222
18 / 113
STAR Parti Solidariti Tanah Airku Regionalisme Sabah Jeffrey Kitingan 5 0.18%
1 / 222
1 / 113
Fail:Sabah Progressive Party Logo1.svg.png SAPP Parti Progresif Sabah Regionalisme Sabah Yong Teck Lee 2 0.05%
0 / 222
0 / 113
Parti sekutu
GERAKAN Parti Gerakan Rakyat Malaysia Tengah Dominic Lau Hoe Chai 9
(di bawah BN)
1.07%
0 / 222
0 / 113
IKATAN Parti Ikatan Bangsa Malaysia Nasionalisme Abdul Kadir Sheikh Fadzir 1
(di bawah GS)
0.18%
0 / 222
0 / 113
Parti menyokong (Barisan Nasional)
UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Ketuanan Melayu Ahmad Zahid Hamidi 120
(di bawah BN)
20.90%
54 / 222
38 / 113
MCA Persatuan Cina Malaysia Konservatif Wee Ka Siong 39
(di bawah BN)
5.41%
1 / 222
2 / 113
MIC Kongres India Malaysia Sosial konservatif Vigneswaran Sanasee 9
(di bawah BN)
1.38%
2 / 222
1 / 113
PBRS Parti Bersatu Rakyat Sabah Nasionalisme Joseph Kurup 1
(di bawah BN)
0.10%
1 / 222
1 / 113
Parti menyokong (Gabungan Parti Sarawak)
PBB Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Konservatif Nasionalisme Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg 14
(di bawah BN)
1.83%
13 / 222
13 / 113
PRS Parti Rakyat Sarawak Tengah James Jemut Masing 6
(di bawah BN)
0.49%
3 / 222
2 / 113
Fail:Pdp logo-latest.png PDP Parti Demokratik Progresif Regionalisme Sarawak Tiong King Sing 4
(di bawah BN)
0.50%
2 / 222
2 / 113
SUPP Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tengah Sim Kui Hian 7
(di bawah BN)
1.01%
1 / 222
1 / 113
Parti menyokong (Parti Bersatu Sabah)
PBS Parti Bersatu Sabah Demokrasi Maximus Johnity Ongkili 5
(di bawah BN)
0.48%
1 / 222
1 / 113
Kepercayaan dan perbekalan
BEBAS Bebas Jugah Muyang
24 0.59%
3 / 222
1 / 113

Perwakilan

Ahli Dewan Rakyat (2020-kini)

Gabungan parti politik tidak rasmi Perikatan Nasional mempunyai sokongan 112 Ahli Dewan Rakyat (termasuk dengan gabungan sekutu dan ahli politik bebas) seperti jadual di bawah.

Negeri No. Parlimen Penyandang Parti Jawatan
 Perlis P001 Padang Besar Zahidi Zainul Abidin BN-UMNO Timb Menteri KKMM
P003 Arau Dr. Shahidan Kassim BN-UMNO Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC)
 Kedah P007 Padang Terap Mahdzir Khalid BN-UMNO Pengerusi TNB
P011 Pendang Awang Solahudin Hashim GS-PAS Timb Menteri KSM
P012 Jerai Sabri Azit GS-PAS
P013 Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman GS-PAS Pengerusi MADA dan AJK PAC
P016 Baling Abdul Azeez Abdul Rahim BN-UMNO
 Kelantan P019 Tumpat Che Abdullah Mat Nawi GS-PAS Timb Menteri (2) MOA
P020 Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary GS-PAS Timb Menteri JPM-(Agama)
P021 Kota Bharu Takiyuddin Hassan GS-PAS Menteri JPM-(Parlimen)
P022 Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari GS-PAS Pengerusi Syarikat PTPK dan AJK PAC
P023 Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff GS-PAS Timb Menteri KPWKM
P024 Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man GS-PAS Menteri KASA
P025 Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz GS-PAS Pengerusi Syarikat Kesedar
P026 Ketereh Annuar Musa BN-UMNO Menteri KWP
P027 Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz Dari UMNO ke BERSATU Timb Menteri MINDEF
P028 Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh GS-PAS Pengerusi Syarikat Pertubuhan Perladangan dan Timb Pengerusi (PNBBC)
P029 Machang Ahmad Jazlan Yaakub BN-UMNO Pengerusi Syarikat MPOB
P030 Jeli Mustapa Mohamed Dari UMNO ke BERSATU Menteri JPM-(Ekonomi)
P031 Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman GS-PAS
P032 Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah BN-UMNO
 Terengganu P033 Besut Idris Jusoh BN-UMNO Pengerusi Syarikat Felda
P034 Setiu Shaharizukirnain Abd Kadir GS-PAS Pengerusi Syarikat TEKUN
P035 Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali GS-PAS Menteri KPPK
P036 Kuala Terengganu Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim GS-PAS Timb Menteri MOSTI
P037 Marang Abdul Hadi Awang GS-PAS Duta Khas ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri)
P038 Hulu Terengganu Rosol Wahid Dari UMNO ke BERSATU Timb Menteri KPDNHEP
P039 Dungun Wan Hassan Mohd Ramli PAS Pengerusi Syarikat SPAN
P040 Kemaman Che Alias Hamid PAS
 Pulau Pinang P041 Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican UMNO Menteri KBS
P042 Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Dari UMNO ke BERSATU Pengerusi FELCRA kemudian meletakkan jawatan untuk dilantik sebagai Timb Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Setiausaha PNBCC
P047 Nibong Tebal Mansor Othman Dari PKR ke BERSATU Timb Menteri KPT
 Perak Darul Ridzuan P054 Gerik Kosong Kosong
P055 Lenggong Shamsul Anuar Nasarah BN-UMNO Menteri KETSA
P056 Larut Hamzah Zainudin Dari UMNO ke BERSATU Menteri KDN
P058 Bagan Serai Noor Azmi Ghazali Dari UMNO ke BERSATU Timb Menteri KKM
P059 Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Dari UMNO ke BEBAS ke BERSATU Pengerusi LKIM
P061 Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz BN-UMNO
P063 Tambun Ahmad Faizal Azumu BERSATU Menteri Besar Perak
P067 Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid BN-UMNO Timb Menteri JPM-(Tugas-Tugas Khas)
P069 Parit Mohd. Nizar Zakaria BN-UMNO Pengerusi LPPKN
P072 Tapah Saravanan Murugan BN-MIC Menteri KSM
P073 Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman BN-UMNO Pengerusi Syarikat GLC (PRASARANA)
P075 Bagan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi BN-UMNO
 Pahang Darul Makmur P078 Cameron Highlands Ramli Mohd Nor BN-UMNO Pengerusi Syarikat Amanah Raya Berhad
P079 Lipis Abdul Rahman Mohamad BN-UMNO Timb Menteri (1) KPLB
P081 Jerantut Ahmad Nazlan Idris BN-UMNO Pengerusi LGM
P082 Indera Mahkota Saifuddin Abdullah Dari PKR ke BERSATU Menteri KKMM
P084 Paya Besar Mohd Shahar Abdullah BN-UMNO Timb Menteri (2)MOF
P085 Pekan Mohd. Najib Abdul Razak BN-UMNO
P086 Maran Ismail Abd Muttalib BN-UMNO Timb Menteri KPKT
P087 Kuala Krau Ismail Mohamed Said BN-UMNO Timb Menteri (1) KDN
P090 Bera Ismail Sabri Yaakob BN-UMNO Menteri Kanan (Keselamatan) dan MINDEF
P091 Rompin Hasan Arifin BN-UMNO
 Selangor P092 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh Dari UMNO ke BERSATU Pengerusi FAMA dan AJK PAC
P093 Sungai Besar Muslimin Yahaya BERSATU Timb Menteri (2)KPM
P095 Tanjong Karang Noh Omar BN-UMNO Bekas Pengerusi MISC (Letak Jawatan)
Pengerusi PUNB
P098 Gombak Mohamed Azmin Ali Dari PKR ke BERSATU Menteri MITI
P099 Ampang Zuraida Kamaruddin Dari PKR ke BERSATU Menteri KPKT
 Kuala Lumpur P119 Titiwangsa Rina Mohd Harun BERSATU Menteri KPWKM
P124 Bandar Tun Razak Kamarudin Jaffar Dari PKR ke BERSATU Timb Menteri KLN
 Putrajaya P125 Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor BN-UMNO
 Negeri Sembilan P126 Jelebu Jalaluddin Alias BN-UMNO Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat UDA dan AJK PAC
P127 Jempol Mohd Salim Shariff BN-UMNO Pengerusi Syarikat RISDA
P129 Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith BERSATU Timb Menteri JPM-(Parlimen dan Undang-Undang) bertukar kepada Timb Menteri KKR
P131 Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar BN-UMNO Menteri MOSTI
 Melaka P134 Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin Dari UMNO ke BERSATU Timb Menteri MEDAC
P135 Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof BERSATU Menteri JPM-(Tugas-Tugas Khas)
P139 Jasin Ahmad Hamzah BN-UMNO Timb Menteri (1) MOA
 Johor P140 Segamat Edmund Santhara Kumar Ramanaidu Dari PKR ke BERSATU Timb Menteri KWP
P143 Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin BERSATU Perdana Menteri Malaysia
Pengerusi Khazanah Nasional
P147 Parit Sulong Noraini Ahmad BN-UMNO Menteri KPT
P148 Ayer Hitam Wee Ka Siong BN-MCA Menteri MOT
P150 Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon Dari PKR ke BERSATU Timb YDP Dewan Rakyat
P153 Sembrong Hishammuddin Hussein BN-UMNO Menteri KLN
P154 Mersing Abdul Latiff Ahmad Dari UMNO ke BERSATU Menteri KPLB
P155 Tenggara Adham Baba BN-UMNO Menteri KKM
P156 Kota Tinggi Halimah Mohamed Sadique BN-UMNO Menteri Kementerian Perpaduan
P157 Pengerang Azalina Othman Said BN-UMNO Timb YDP Dewan Rakyat
P164 Pontian Ahmad Maslan BN-UMNO AJK PAC
P165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng BN-MCA Timb Menteri (1) KPPK
 Sabah P167 Kudat Abd Rahim Bakri Dari UMNO ke BERSATU Timb Menteri (1) MOF
P168 Kota Marudu Maximus Ongkili GBS-PBS Menteri JPM-(Sabah dan Sarawak)
P176 Kimanis Mohamad Alamin BN-UMNO Pengerusi Syarikat MyIPO
P177 Beaufort Azizah Mohd Dun Dari UMNO ke BERSATU Pengerusi Syarikat MARA dan Naib Pengerusi PAC
P178 Sipitang Yamani Hafez Musa Dari UMNO ke BERSATU Pengerusi FELCRA dan AJK PAC
P179 Ranau Jonathan Yasin Dari PKR ke BERSATU Timb Menteri (2) KDN
P180 Keningau Jeffrey Kitingan GBS-STAR Timb Menteri MOTAC
P182 Pensiangan Arthur Joseph Kurup GBS-PBRS Timb Menteri JPM-(Ekonomi)
P183 Beluran Ronald Kiandee Dari UMNO ke BERSATU Menteri MOA
P184 Libaran Zakaria Edris Dari UMNO ke BERSATU
P187 Kinabatangan Bung Moktar Radin BN-UMNO
 Sarawak P193 Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar GPS-PBB Menteri MEDAC
P194 Petra Jaya Fadillah Yusof GPS-PBB Menteri Kanan Infrastruktur dan KKR
P197 Kota Samarahan Rubiah Wang GPS-PBB
P198 Puncak Borneo Willie Mongin Dari PKR ke BERSATU Timb Menteri (2) KPPK
P199 Serian Richard Riot Jaem GPS-SUPP
P200 Batang Sadong Nancy Shukri GPS-PBB Menteri MOTAC
P201 Batang Lupar Rohani Abdul Karim GPS-PBB
P203 Lubok Antu Jugah Muyang Dari PKR ke BEBAS
P204 Betong Robert Lawson Chuat GPS-PBB Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu
P205 Saratok Ali Biju Dari PKR ke BERSATU Timb Menteri KETSA
P206 Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab GPS-PBB Pengerusi Syarikat CIDB
P207 Igan Ahmad Johnie Zawawi GPS-PBB Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat IWK
P210 Kanowit Aaron Ago Dagang GPS-PRS Timb Menteri (2) KKM
P213 Mukah Hanifah Hajar Taib GPS-PBB Timb Menteri JPM-(Sabah dan Sarawak)
P215 Kapit Alexander Nanta Linggi GPS-PBB Menteri KPDNHEP
P216 Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong GPS-PRS Pengerusi Syarikat NiOSH
P217 Bintulu Tiong King Sing GPS-PDP Duta Khas ke China (Bertaraf Menteri) dan Bendahari (PNBBC)
P218 Sibuti Lukanisman Awang Sauni GPS-PBB Pengerusi Syarikat SEDA dan AJK PAC
P220 Baram Anyi Ngau GPS-PDP Pengerusi Syarikat MCB
P221 Limbang Hasbi Habibollah GPS-PBB Timb Menteri MOT
P222 Lawas Henry Sum Agong GPS-PBB Timb Menteri KPLB
Jumlah 112: Perlis (2), Kedah (5), Kelantan (14), Terengganu (8), Pulau Pinang (3), Perak (10), Pahang (10), Selangor (5), F.T. Kuala Lumpur (2), F.T. Putrajaya (1), Negeri Sembilan (4), Melaka (3), Johor (13), Sabah (10), Sarawak (20)

Ahli Dewan Undangan Negeri (2020-kini)

23 / 36
41 / 73

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional

Negeri No. DUN Penyandang Parti Jawatan
 Kedah N1 Ayer Hangat Juhari Bulat BERSATU
N2 Kuah Mohd Firdaus Ahmad BERSATU EXCO
N4 Ayer Hitam Azhar Ibrahim GS (PAS)
N5 Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad BERSATU EXCO
N7 Kuala Nerang Mohamad Yusoff Zakaria GS (PAS)
N8 Pedu Mohd. Radzi Md. Amin GS (PAS)
N9 Bukit Lada Salim Mahmood GS (PAS) EXCO
N10 Bukit Pinang Romani Wan Salim GS (PAS)
N18 Tokai Mohd. Hayati Othman GS (PAS) EXCO
N19 Sungai Tiang Suraya Yaacob BN (UMNO) EXCO
N20 Sungai Limau Mohd. Azam Abd. Samat GS (PAS)
N21 Guar Chempedak Ku Abdul Rahman Ku Ismail Dari UMNO ke BERSATU EXCO
N23 Belantek Mad Isa Shafie GS (PAS)
N24 Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor GS (PAS) Menteri Besar Kedah
N26 Tanjong Dawai Hanif Ghazali GS (PAS)
N27 Pantai Merdeka Ahmad Fadzli Hashim GS (PAS)
N29 Sidam Robert Ling Kui Ee Dari PKR ke BEBAS EXCO
N30 Bayu Abd. Nasir Idris GS (PAS)
N31 Kupang Najmi Ahmad GS (PAS) EXCO
N32 Kuala Ketil Mansor Zakaria GS (PAS)
N33 Merbau Pulas Siti Aishah Ghazali GS (PAS) EXCO
N34 Lunas Azman Nasrudin Dari PKR ke BEBAS EXCO
N36 Bandar Baharu Norsabrina Mohd. Noor BN (UMNO)
 Pulau Pinang N02 Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq BERSATU
N10 Seberang Jaya Afif Bahardin Dari PKR ke BEBAS
N40 Teluk Bahang Zolkifly Md Lazim BERSATU
 Perak Darul Ridzuan N1 Pengkalan Hulu Aznel Ibrahim BN-UMNO
N2 Temenggor Salbiah Mohamed BN-UMNO
N3 Kenering Mohd. Tarmizi Idris BN-UMNO
N4 Kota Tampan Saarani Mohamad BN-UMNO EXCO
N5 Selama Mohd. Akmal Kamaruddin PAS EXCO
N6 Kubu Gajah Khalil Yahaya PAS
N7 Batu Kurau Dr. Muhammad Amin Zakaria BN-UMNO
N8 Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim Dari AMANAH ke Bebas
N9 Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari Dari PKR ke BERSATU EXCO
N10 Alor Pangsu Sham Mat Sahat BN-UMNO
N11 Gunong Semanggol Razman Zakaria PAS EXCO
N12 Selinsing Mohamad Noor Dawoo BN-UMNO
N13 Kuala Sepetang Mohd. Kamaruddin Abu Bakar BN-UMNO
N14 Changkat Jering Ahmad Saidi Mohamad Daud BN-UMNO
N15 Trong Jamilah Zakaria BN-UMNO
N19 Chenderoh Zainun Mat Noor BN-UMNO
N20 Lubok Merbau Jurij Jalaluddin BN-UMNO
N21 Lintang Mohd. Zolkafly Harun BN-UMNO
N30 Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan Dari DAP ke Bebas
N33 Tronoh Yong Choo Kiong Dari DAP ke Bebas
N34 Bukit Chandan Maslin Sham Razman BN-UMNO
N35 Manong Mohd. Zuraimi Razali BN-UMNO
N36 Pengkalan Baharu Abd. Manap Hashim BN-UMNO
N39 Belanja Khairudin Abu Hanipah BN-UMNO
N40 Bota Khairul Shahril Mohamed BN-UMNO
N43 Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohammed Radzi Dari UMNO Ke Bebas ke BERSATU EXCO
N47 Chenderiang Ahmad Faizal Azumu BERSATU Menteri Besar Perak
N48 Ayer Kuning Samsudin Abu Hassan BN-UMNO
N49 Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin Dari UMNO ke Bebas ke BERSATU
N50 Kampong Gajah Wan Noorashikin Wan Nordin BN-UMNO EXCO
N52 Pangkor Dr. Zambry Abdul Kadir BN-UMNO
N53 Rungkup Shahrul Zaman Yahya BN-UMNO EXCO
N54 Hutan Melintang Khairuddin Tarmizi BN-UMNO
N56 Changkat Jong Mohd. Azhar Jamaluddin BN-UMNO
N58 Slim Mohd. Khusairi Abdul Talib (meninggal dunia) BN-UMNO
 Selangor N7 Batang Kali Harumaini Omar BERSATU Dipecat dari BERSATU
N12 Jeram Mohd Shaid Rosli BERSATU Dipecat dari BERSATU
N13 Kuang Sallehudin Amiruddin BERSATU Dipecat dari BERSATU
N17 Gombak Setia Hilman Idham[N 1][22] Dari PH (PKR) ke Bebas
N19 Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali
[N 2][23][24]
Dari PKR ke BERSATU
N44 Selat Klang Abdul Rashid Asari BERSATU
N55 Dengkil Adhif Syan Abdullah BERSATU
 Melaka N1 Kuala Linggi Ismail Othman BN (UMNO)
N2 Tanjung Bidara Md Rawi Mahmud BN (UMNO)
N3 Ayer Limau Amiruddin Yusop BN (UMNO)
N4 Lendu Sulaiman Md Ali BN (UMNO) Ketua Menteri Melaka
N5 Taboh Naning Latipah Omar BN (UMNO) EXCO
N6 Rembia Muhammad Jailani Khamis Dari PKR ke Bebas EXCO
N10 Asahan Abdul Ghafar Atan BN (UMNO) EXCO
N11 Sungai Udang Idris Haron BN (UMNO) EXCO
N12 Pantai Kundor Nor Azman Hassan BN (UMNO)
N13 Paya Rumput Mohd Rafiq Naizamohideen BERSATU EXCO
N15 Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee Dari DAP ke Bebas EXCO
N18 Ayer Molek Rahmad Mariman BN (UMNO) EXCO
N23 Telok Mas Noor Effandi Ahmad BERSATU EXCO
N25 Rim Ghazale Muhamad BN (UMNO)
N26 Serkam Zaidi Attan BN (UMNO)
N27 Merlimau Roslan Ahmad BN (UMNO) EXCO
N28 Sungai Rambai Hasan Abd Rahman BN (UMNO)
 Johor N1 Buloh Kasap Zahari Sarip BN-UMNO
N3 Pemanis Chong Fat Full Dari PKR ke Bebas EXCO
N5 Tenang Mohd Solihan Badri BERSATU EXCO
N7 Bukit Kepong Dr. Sahruddin Jamal BERSATU
N8 Bukit Pasir Najib Lep PAS
N9 Gambir Tan Sri Muhyiddin Yassin BERSATU
N16 Sungai Balang Zaiton Ismail BN-UMNO EXCO
N18 Sri Medan Zulkurnain Kamisan BN-UMNO
N20 Semarang Samsol Bari Jamali BN-UMNO EXCO
N22 Parit Raja Nor Rashidah Ramli BN-UMNO
N25 Rengit Ayub Jamil BN-UMNO EXCO
N26 Machap Abd. Taib Abu Bakar BN-UMNO
N27 Layang-Layang Onn Hafiz Ghazi BN-UMNO EXCO
N31 Kahang Vidyananthan Ramanadhan BN-MIC EXCO
N32 Endau Alwiyah Talib[25][26] Dari UMNO ke BERSATU
N33 Tenggaroh Raven Kumar Krishnasamy BN-MIC
N34 Panti Hahasrin Hashim BN-UMNO
N35 Pasir Raja Rashidah Ismail BN-UMNO
N36 Sedili Rasman Ithnain[27] Dari UMNO ke BERSATU
N37 Johor Lama Rosleli Jahari[28] Dari UMNO ke BERSATU
N38 Penawar Sharifah Azizah Syed Zain BN-UMNO
N39 Tanjung Surat Syed Sis A Rahman BN-UMNO
N41 Puteri Wangsa Mazlan Bujang BERSATU EXCO
N43 Permas Che Zakaria Mohd Salleh BERSATU
N44 Larkin Mohd Izhar Ahmad BERSATU EXCO
N47 Kempas Osman Sapian BERSATU
N50 Bukit Permai Tosrin Jarvanthi BERSATU EXCO
N53 Benut Hasni Mohammad BN-UMNO Menteri Besar Johor
N56 Kukup Md Othman Yusof BN-UMNO
 Sabah N6 Bandau YB Datuk Wetrom Bahanda BERSATU
N8 Pintasan YB Fairuz Renddan BERSATU
N12 Sulaman YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor BERSATU Ketua Menteri Sabah
N28 Kawang YB Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar BERSATU
N31 Membakut YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif BERSATU
N32 Klias YB Datuk Isnin Aliasnih BERSATU
N33 Kuala Penyu YB Datuk Limus Jury BERSATU
N37 Karanaan YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun BERSATU
N46 Nabawan YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin BERSATU
N49 Labuk YB Samad Jambri BERSATU
N68 Apas YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan BERSATU
 Sarawak N11 Batu Lintang See Chee How Dari PKR ke BEBAS Menyertai Parti Sarawak Bersatu sebagai pembangkang
N39 Krian Ali Biju Dari PKR ke BERSATU
N81 Ba'kelalan Baru Bian Dari PKR ke BEBAS Menyertai Parti Sarawak Bersatu sebagai pembangkang

Struktur kepimpinan

Pengerusi:

Timbalan Pengerusi:

Setiausaha Agung:

Bendahari Agung:

Ketua Penerangan:

Ketua Wanita:

Ketua Pemuda:

Ahli Majlis Tertinggi:

Pengarah Pilihan Raya:

Majlis Presiden menyokong Perikatan Nasional:[29]

Kerajaan negeri Perikatan Nasional

Negeri Gelaran ketua Ahli Parti Kawasan DUN
 Terengganu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar PAS Ru Rendang
 Kelantan Menteri Besar Ahmad Yakob PAS Pasir Pekan
 Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor PAS Jeneri
 Perak Darul Ridzuan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu BERSATU Chenderiang
 Sabah Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor BERSATU Sulaman

Catatan

  1. ^ Hilman Idham bertanding atas tiket PKR-PH pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau dipecat oleh PKR pada 1 Mac 2020 dan menjadi calon bebas untuk menyokong Perikatan Nasional.
  2. ^ Mohamed Azmin bertanding atas tiket PKR-PH pada pilihan raya umum Malaysia 2018, dipecat dari PKR pada 24 Februari 2020 dan menjadi calon bebas untuk menyokong Perikatan Nasional. Beliau kemudian menyertai PPBM pada 11 Mac 2020.

Rujukan

  1. ^ HARIAN, WARTAWAN SINAR (2020-02-23). "Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharu". Sinarharian. Dicapai pada 2020-03-02.
  2. ^ "BN, PAS, GPS, PBS and STAR support formation of PN". The Sun Daily. 17 May 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
  3. ^ Ar, Zurairi (17 May 2020). "BN, Bersatu, PAS and three others agree to form Perikatan Nasional". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
  4. ^ "🎥 LENSA MGTV | KUNCI MULUT!!! Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23. Dicapai pada 2020-03-02.
  5. ^ "Our week-long struggle has succeeded, says Azmin". Malaysiakini. 2020-03-01. Dicapai pada 2020-03-02.
  6. ^ Chung, Nicholas (2020-02-23). "Something may happen tomorrow, says 'betrayed' Anwar". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-02.
  7. ^ "Najib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23. Dicapai pada 2020-03-02.
  8. ^ NSTP, Oleh Wartawan (2020-02-24). "Azmin, Zuraida dipecat". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
  9. ^ Arifin, Oleh Latifah (2020-02-24). "11 Ahli Parlimen PKR keluar parti". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
  10. ^ Februari 24, Astro Awani |; Myt, 2020 13:52. "Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu | Astro Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-03-02.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  11. ^ a b Reporters, F. M. T. (2020-02-24). "PPBM keluar Pakatan Harapan". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-02.
  12. ^ "PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat". BH Online. 2020-02-24. Dicapai pada 2020-03-02.
  13. ^ Razali, Oleh Safeek Affendy (2020-02-24). "Agong lantik Tun M sebagai PM interim". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
  14. ^ "Perutusan khas Dr Mahathir mengenai keadaan politik negara". BH Online. 2020-02-27. Dicapai pada 2020-03-02.
  15. ^ "Muafakat Nasional calls for dissolution of Parliament, will support new coalition by Dr M if DAP not included". The Edge Markets. 2020-02-25. Dicapai pada 2020-03-02.
  16. ^ SAPP diterima menjadi ahli PN, Astro Awani, Dicapai pada 28 Ogos 2020
  17. ^ Perikatan Nasional dalam proses pendaftaran Perikatan Nasional dalam proses pendaftaran, Utusan Malaysia, Dicapai pada 18 Ogos 2020
  18. ^ Zahid Sahkan MIC, PPBM, PAS dan STAR sertai PN, Dicapai pada 23 Ogos 2020
  19. ^ PN: MIC tarik diri ikut keputusan Dewan Tertinggi BN, Berita Harian, Dicapai pada 27 Ogos 2020
  20. ^ GPS tolak penyertaan PN Dicapai pada 6 September 2020
  21. ^ Februari 29, Astro Awani |; Myt, 2020 16:39. "Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8 | Astro Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-03-02.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  22. ^ "Hilman Idham expelled from PKR, others from Azmin's faction may suffer similar fate". The Star Online. 1 March 2020. Dicapai pada 16 March 2020.
  23. ^ "PKR sacks Azmin and Zuraida". Malay Mail Online. 24 February 2020. Dicapai pada 24 February 2020.
  24. ^ "Muhyiddin confirms Azmin has joined Bersatu". The Star Online. 11 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
  25. ^ Alwiyah Talib contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 25 November 2018 with other two assemblyman.
  26. ^ "Johor's last 2 independent reps join PPBM". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-26. Dicapai pada 2018-11-26.
  27. ^ Rasman Ithnain contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 19 November 2018.
  28. ^ Rosleli Jahari contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 19 November 2018.
  29. ^ Perikatan Nasional tubuhkan Majlis Presiden, Astro Awani, Dicapai pada 31 Mei 2020

Pautan luar