Puteri Gunung Ledang (filem 2004): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Hihihi
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32: Baris 32:
*''"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."''
*''"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."''
*''"Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."''
*''"Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."''
*"Kelapan, Pengeluaran KWSP RM10,000 Secara One-Off..."
*"Kelapan, Pengeluaran KWSP RM10,000 Secara One-Off..."
*''"Kesembilan , gadis yang berkaca mata bermain tiktok.....''"
*
*
*
*

Semakan pada 20:55, 21 November 2020

Puteri Gunung Ledang
Poster Filem
PengarahSaw Teong Hin
PenulisMamat Khalid
Saw Teong Hin
Dihasilkan olehTiara Jacquelina
DibintangiTiara Jacquelina
M. Nasir
Adlin Aman Ramlie
Sofia Jane
Khir Rahman
Christine Hakim
Alex Komang
Dian Sastrowardoyo
Slamet Rahardjo
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
31 Ogos 2004
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu Bahasa Jawa
BajetRM16.6 juta

Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik Malaysia 2004 arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh M.Nasir dan Tiara Jacquelina sebagai watak utama. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya.

Sinopsis

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:

  • "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."
  • "Kelapan, Pengeluaran KWSP RM10,000 Secara One-Off..."
  • "Kesembilan , gadis yang berkaca mata bermain tiktok....."

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan. Sultan Melaka tetap ingin menikahi Puteri Gusti Putri dan hampir mengelar anakandanya sendiri, tetapi dihalang oleh ketibaan Gusti Putri di Istana Melaka. Beliau tidak akan mengahwini Sultan dan nekad untuk bertetap di Gunung Ledang. Sultan memperkenakan permintaannya itu dengan syarat tidak ada sesiapapun dibenarkan melihat Gusti Putri sesudah waktu Subuh. Mereka disumpah mati bermuntahkan darah jika berbuat demikian.

Datuk Bendaraha menemui Tuah yang berada dalam keadaan lemah. Dia membenarkan Tuah lari ke dalam hutan untuk mencari Gusti Putri. Tuah tidak sempat tiba sebelum Subuh, tetapi Gusti dapat melihatnya. Mereka mengucapkan deklarasi cinta sesama sendiri meskipun tidak dapat bertemu.

Pelakon

M.Nasir memgang watak sebagai Hang Tuah di dalam filem ini.
Fail:Tiara.jpg
Tiara Jacquelina memegang watak Puteri Gunung Ledang di dalam filem ini.
Pelakon Watak
Tiara Jacquelina Puteri Gunung Ledang
M. Nasir Hang Tuah
Dato' Rahim Razali Datuk Bendahara
Adlin Aman Ramlie Sultan Mahmud Shah
Sofia Jane Permaisuri Tun Teja
Khir Rahman Tun Mamat
Alex Komang Gusti Adipati Handaya Ningrat
Christine Hakim Bayan
Ruminah Sidek Nenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri)
Azmil Mustapha Pangeran Demak
Sabri Yunus Sang Setia
Man Bai Topok
Radhi Khalid Tapik
Slamet Rahardjo Patih
Muhammad Naufal Nasullah Raja Ahmad

Penerbitan

Mamat Khalid bernada idea asal untuk mewujudkan sebuah kisah cinta antara 'Puteri Gunung Ledang dan pahlawan legenda Hang Tuah untuk siri televisyen bertajuk Hikayat. Apabila Tiara Jacquelina mendengar cerita, dia menghalangnya daripada meneruskan projek itu, menegaskan bahawa cerita itu adalah "terlalu baik" untuk televisyen.[1] Cerita ini akhirnya dikembangkan menjadi projek filem.

Adaptasi

Lagenda Gunung Ledang ditetapkan semasa pemerintahan Sultan Mahmud. Pada masa ini, Hang Tuah sudah seorang lelaki tua pada akhir kerjayanya, kerana dia telah mula perkhidmatan kebesarannya pada masa pemerintahan Sultan Mansur, yang merupakan datuk Sultan Mahmud. Filem ini mengubah ini dengan membuat Hang Tuah masih seorang lelaki yang mampu dari segi fizikal.

Perubahan yang paling ketara kepada filem itu ialah legenda asal tidak menampilkan sebarang hubungan romantis antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang.[2] Dalam beberapa versi kisah, Hang Tuah tidak sampai ke kawasan puncak Gunung Ledang, kerana dia sudah bermasalah dalam kesihatan. Orang yang berjaya ke puncak dan membentangkan cadangan itu pada kedudukan Hang Tuah adalah seorang pahlawan muda yang bernama Tun Mamat. The Puteri juga tidak tertakluk kepada sebarang kutukan daripada Sultan, kerana dia adalah orang yang menolak beliau, tidak bulat cara lain seperti yang digambarkan dalam filem itu.

Agak perubahan kecil adalah bahawa Puteri adalah seorang puteri manusia Majapahit dengan kebolehan luar biasa, manakala di legenda dia bukan dari dunia ini.

Pencapaian

Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia yang. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini, "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang" telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.

Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy), 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei), Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif & berinspirasi".

Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada tahun 2005.

Anugerah-anugerah yang diperolehi:

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-18 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Tercalon
Pengarah Terbaik Saw Teong Hin Menang
Pelakon Lelaki Terbaik M. Nasir Tercalon
Adlin Aman Ramli Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Tiara Jacquelina Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid & Saw Teong Hin Menang
Cerita Asal Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik M. Nasir & Yan Wei Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dato' Haji Rahim Razali Tercalon
Penataan Seni Terbaik Hanizar Isnin Menang
Anugerah Khas Juri Filem inovatif & berinspirasi Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-50, 2005 (Kuala Lumpur) Pelakon Wanita Terbaik Tiara Jacquelina Menang
Anugerah Era 2005 Pilihan Kaki Wayang ERA Tiara Jacquelina Tercalon

Trivia

  • Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM1.
  • Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja. Pembikinan filem ini juga terganggu oleh faktor cuaca.
  • Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.
  • Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Anugerah Akademi.
  • Filem ini merupakan filem paling mahal di Malaysia buat masa ini dan pementasan muzikal telah dilakukan bermula Februari 2006.
  • Terdapat satu kesilapan fakta yang nyata yang tidak sepatutnya dalam pembikinan filem ini, di mana ada adegan yang dibuat di celah-celah pohon kelapa sawit. Penanaman kelapa sawit hanya diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-20, dan sudah pastinya belum wujud di Tanah Melayu pada abad ke-15.

Rujukan

  1. ^ Tan, Karen Michaela (2007). Faridah Stephens (penyunting). Puteri Gunung Ledang: The Spirit and the Journey. Enfiniti Productions (M) Sdn. Bhd. m/s. 90–127. ISBN 978-983-3698-62-2.
  2. ^ "Tidak bercinta dengan Hang Tuah". Utusan. 7 May 2016. Dicapai pada 7 May 2016.

Pautan luar