Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Armelia Mimi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Armelia Mimi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 3: Baris 3:
* [[Etnik Melayu]], sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal [[Asia Tenggara]] yang berketurunan (Melayu) yang bermigrasi pada zaman ais 4300 tahun dahulu dari Sumatra Timur.
* [[Etnik Melayu]], sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal [[Asia Tenggara]] yang berketurunan (Melayu) yang bermigrasi pada zaman ais 4300 tahun dahulu dari Sumatra Timur.
* [[Bahasa Melayu]], bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. Dan mempunyai dialek yang berbeza mengikut tempat dan daerah tertentu.
* [[Bahasa Melayu]], bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. Dan mempunyai dialek yang berbeza mengikut tempat dan daerah tertentu.
* [[Kepulauan Melayu]], kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Melauu, juga nama lain bagi Kepulauan Riau.
* [[Kepulauan Melayu]], kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Melayu, juga nama lain bagi Kepulauan Riau.
* [[Tanah Melayu]], nama lama bagi Semenanjung Malaya dan Kepulauan Riau.
* [[Tanah Melayu]], nama lama bagi Sumatra Timur dan Kepulauan Riau.
* [[Semenanjung Tanah Melayu]], sebuah semenanjung utama yang terletak di Malaysia Barat.
* [[Semenanjung Tanah Melayu]], sebuah semenanjung utama yang terletak di Malaysia Barat.
* [[Ketuanan Melayu]], satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia dengan pengagungan yang teramat tinggi kepada Yang Amat Berhormat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu untuk berdepan dengan serangan kaum Yahudi.
* [[Sungai Melaka]], sebuah anak sungai yang terletak di Selangor, Malaysia .
* [[Kerajaan British]], lokasi sebuah kerajaan purba yang terletak di [[Sumatera]], [[Indonesia]].
* [[Ketuanan Melayu]], satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia dengan pengagungan yang teramat tinggi kepada Yang Amat Berhormat Dulia Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu
* [[Orang Melayu Indonesia]]
* [[Orang Melayu Indonesia]]
* [[Orang Melayu Malaysia]]
* [[Orang Melayu Malaysia]]

Semakan pada 09:33, 23 November 2020

Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:-

Maksud dari Segi Bahasa (Linguistik)

Menurut  rekod-rekod asing, antara panggilan orang luar kepada entiti ‘Melayu’ adalah seperti berikut:


China: Mi-la-yu, Mo-lo-ya, Me-li-yo-ar

Khmer: Melayu

Claudius Ptolemy: Maleou (dalam frasa Maleo u-kolon-Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis)

Jawa: Melayu (Nagarakartagama)


Perhatikan petunjuk ini: Mereka memanggil dengan perkataan yang bervariasi (mengikut lidah masing-masing) NAMUN di hujungnya tetap mengekalkan -suffix ‘u’. Ini adalah rahsia besar dan sempadan untuk membezakan perkataan ‘Melayu/Melaya’ dengan perkataan-perkataan lain.

Sebenarnya, di sepanjang sejarah, tiada dalam mana-mana rekod orang India purba atau sekalipun orang Arab, Parsi, Sri Lanka atau sekitarnya yang memanggil atau meletakkan perkataan ‘Malaya’ di dalam peta kecuali di sebelah selatan semenanjung Malaya. Perkataan Malayadvipa, Malaya dan seumpamanya yang muncul di dalam kitab-kitab atau kesusasteraan Sanskrit bukanlah bukti konkrit merujuk kepada orang Melayu dan kediamannya. Ini kerana tiada bukti jelas atau secara langsung bahawa ia merujuk begitu. Kunci kepada masalah ini terletak pada -suffix ‘u’ di akhir perkataan.

‘Malaya’ BUKANLAH merujuk kepada ‘Negara Melayu/Melayu’ secara literal, tetapi kepada tanah Melayu.

Ada pengkaji amatur yang mendakwa perkataan Melayu/Melaya adalah dialek penduduk di selatan semenanjung manakala di utara masih mengekalkan keasliannya sebagai ‘Malaya’. Ini adalah merepek kerana tiada rekod dari sebelah negeri-negeri utara semenanjung atau di Segenting Kra yang memakai nama ‘Malaya’. Tambahan pula, jika ingin mengikutkan slang atau dialek penduduk di selatan semenanjung, harus ia akan menjadi ‘Melaye’. Dongeng Merong Mahawangsa sekalipun menyebutkan nama ‘Melayu’ di dalam teksnya dan jika kita memerhatikan orang-orang Thai dan Khmer apabila menuliskan tentang orang Melayu, mereka akan menulisnya sebagai ‘Melayu’ sekalipun dalam frasa ‘Jva Melayu’ atau ‘Khaek Melayu’ bukan ‘Malaya’ walaupun kedua-duanya masih pekat berbudaya Hindu-Buddha.

Ini dikuatkan lagi dengan tiada mana-mana suku-suku Austroasiatik dan Austronesia yang memanggil orang-orang Melayu sebagai ‘Malaya’. Semua suku-suku Nusantara/Austronesia mengenal orang-orang Melayu sebagai ‘Suku Melayu’ dengan -suffix ‘u’ di akhirnya.


Bahasa Melayu adalah berhubungan dengan bahasa-bahasa suku-suku di Nusantara di sekelilingnya.




‘Terbang’ (to fly)


Perkataan layaw muncul dalam kelompok bahasa Filipina Tengah yang bermaksud ‘terbang’. Ia juga muncul dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi atau keluarga bahasa Nuclear Polynesia seperti bahasa Chamorro yang mana berubah menjadi ‘layao’.

Perubahan layaw/layau kepada layao dan akhirnya layo ini adalah fonologi biasa dalam sesetengah dialek suku-suku Polinesia. Sebagai contoh perkataan risau dalam standard Bahasa Melayu moden akan menjadi resah dalam dialek masyarakat Perak Tengah.

Layang, layap atau layak dan layog adalah istilah yang juga digunakan oleh kelompok bahasa Polinesia untuk menggambarkan ‘terbang’. Perkataan layang misalnya memang membawa maksud terbang seperti ‘burung yang melayang-layang’ atau layang-layang, dalam Bahasa Melayu biasa hari ini.

Menariknya, dalam Bahasa Tagalog, layaw-layaw adalah situasi atau aksi yang bergerak-gerak di angkasa seperti pergerakan burung dan layang-layang.


Ini menunjukkan perkataan ‘layang’ dan ‘layaw/layau/layao’ memiliki maksud yang sama iaitu ‘terbang’.

Perhatikan senarai di bawah ini:

Manobo, Dibabawon ‘layang
Manobo, Ata (up-river) layang
Manobo, Ata (down-river) layang
Manobo, Tigwa, Iglogsad Dialect layang
Western Bukidnon Manobo layaŋ
Manobo, Ilianen (Kibudtungan Dialect) layap
Manobo, Western Bukidnon layang
Binukid layang
Kagayanen layóg
Manobo, Kalamansig Cotabato (Paril Dialect) layaw
Manobo, Sarangani, Kayaponga Dialect layang
Banggi lampad
Palawan Batak layug
Palawan Batak mag-layóg
Batak, Palawan layug
Tagbanwa, Aborlan Dialect layug
S.W. Palawano lepad
S.W. Palawano lumpad
Hanunóo l-um-áyaŋ
Subanon, Siocon lumayug
Subanun, Sindangan lumayug
Tagbanwa, Kalamian, Coron Island Dialect layug


sumber: Austronesian Basic Vocabulary Database




Dari perkataan layaw atau layap dan layang, yang makna asalnya ‘terbang’ (to fly),  ia berkembang menjadi beberapa makna seperti melepaskan diri, melarikan diri (to flee),  tidak dikawal ,bermewahan atau hidup selesa dan akhir sekali bebas (free) dan kebebasan (freedom).

Dari perkataan layaw juga dikembangkan menjadi maksud ‘berjalan secara bebas/tidak mengikut arah’ seperti dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi dan cognate-nya menjadi perkataan merayau dan merayap.


‘Berlayar’ (to sail)


Selain terma ‘terbang’ yang memberikan perkataan-perkataan seperti layang, layaw, layog dan layap, istilah layar atau berlayar juga memiliki sejumlah perkataan yang mirip-mirip sama atau cognate seperti:

Casiguran Dumagat layág
Tagalog láyag
Bikol láyag
para-láyag
Hiligaynon láyag
Aklanon eayág
Masbatenyo láyag
Waray-Waray láyag
Cebuano láyag
Maranao layag
Manobo (Western Bukidnon) layag
Mansaka layag


Bintulu lazəh
Melanau (Mukah) layah
Malagasy lay
Iban layar
Malay layar
Acehnese layeuë
meu-layeuë
Simalur laeal
ma-laeal
Toba Batak rear
Nias loyo
mo-loyo
Rejang layea
be-layea
Sundanese layar
pa-layar-an
Balinese layah
Sasak layar
be-layar


sumber: Austronesian Comparative Dictionary


Jika kita perhatikan, bahasa Aceh dan Nias memiliki cognate fonologi yang memiliki bentuk hampir sempurna kepada istilah ‘Melayu’ yakni sebutan fonologi Melayu Purba kepada konsep layaw tadi. Di sini kita dapat lihat, terma ‘terbang’ dan ‘berlayar’ memiliki satu pengertian tertentu dalam Weltanschauung atau pandangan hidup suku-suku Polinesia. Ia melambangkan satu maksud yang satu; pergi ke luar atau bergerak ke luar untuk mencapai tujuan tertentu.


‘Bebas’ (Free)


Kita telah melihat bahawa perkataan-perkataan dalam pelbagai bahasa suku-suku Minang Polinesia khasnya sekitar Malayo-Polinesia Induk (Nuclear Minang-Polynesian) dan Kelompok Bahasa Filipina yang membawa maksud ‘terbang/melayang’ dan ‘berlayar’ memiliki perkaitan atau hubungan antara satu sama lain. Jika kita melihat kepada maksud secara literal, kedua-duanya adalah perbuatan yang berbeza secara fizikal; terbang dan melayang adalah pergerakan di angkasa manakala berlayar adalah pergerakan di lautan. Namun persoalannya, mengapa mereka yakni suku-suku Polinesia ini secara majoritinya memilih perkataan-perkataan yang mirip-mirip atau hampir sama antara satu sama lain dalam mengungkapkan kedua-dua pergerakan?

Dalam Bahasa Tagalog, perkataan ‘laya’ dan ‘layaw’ memiliki perkaitan maksud di antara satu sama lain. Laya bermaksud bebas. Maksud dari laya juga boleh berkembang kepada maksud-maksud berkaitan seperti anak-anak yang tidak dikawal perbuatannya atau dimanja-manjakan. Layaw juga digunakan untuk menyatakan situasi begini. Perkataan ‘laya’ harus cognate kepada perkataan layar, layah atau layag di mana secara fonologinya, bunyi -r di hujung perkataan tidak disebut untuk memudahkan sebutan. Ini terjadi jika kita mengkaji bentuk-bentuk perubahan linguistik Proto Malayo-Polinesia ke bahasa-bahasa cabang yang mana perkataan-perkataan terkemudian biasanya akan memudahkan sebutan, secara teknikalnya konsonan di akhir perkataan-perkataan itu tadi akan hilang. Contohnya niur (nyiur/kelapa) akan menjadi niu dalam bahasa-bahasa Polinesia dan buah nyo dalam dialek Perak Tengah, yang mana konsonan -r telah hilang.

Malaya pula bermaksud bebas manakala kalayaan bermaksud kebebasan.

Dari sini kita boleh melihat mengapa kedua-dua pergerakan di angkasa dan di lautan itu memiliki konotasi yang mirip di antara satu sama lain dan mengembangkannya dalam beberapa bahasa kepada maksud-maksud seperti merayau-rayau, melepaskan diri atau lepas bebas.

Ia membawa satu erti- KEBEBASAN.


Bagaimana -suffix ‘u’ Boleh Muncul Dalam Perkataan ‘Melayu/Malaya’?



Ini adalah sebab mengapa semua hipotesis yang menyatakan bahawa perkataan ‘Melayu’ itu berasal dari perkataan ‘Malaya’ yang berasal dari Bahasa Sanskrit yang bererti ‘gunung’ adalah salah sama sekali. Ia tidak ada kena mengena dengan kehidupan Orang Melayu pada zaman purba dan bercanggah dengan perspektif hidup Orang Melayu yang terkenal sebagai seafarers atau pelaut dan pengembara maritim yang terkemuka. Jika ‘Malaya’ di dalam kitab-kitab kesusasteraan Sanskrit merujuk kepada homeland orang-orang Melayu, adalah lebih sesuai penulis kitab-kitab itu tadi merujukkan ‘Malaya’ ini kepada Banjaran Himalaya atau Banjaran Karakoram yang berdekatan dengan Benua Kecil India. Kedua-duanya memiliki gunung-gunung yang paling tertinggi di dunia seperti K2 dan Everest.

Faktanya, tiada rekod-rekod dari para pengembara, pedagang atau sesiapa sahaja dari India yang merujuk bahawa semenanjung, Sumatera atau mana-mana sahaja di Asia Tenggara sebagai ‘Malaya’, kecuali di Kepulauan Riau. Yang ada cuma hipotesis para sarjana terkemudian yang mati akal untuk mencari dari mana datangnya dan maksud perkataan ‘Melayu’.

Masalah ini hanya boleh ditemui penyelesaiannya dalam bahasa-bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu yakni induk Polinesia dari keluarga besar Austronesia secara linguistiknya.

Perubahan -suffix ‘ao’ dan ‘aw’ kepada ‘o’ atau kepada ‘u’ adalah lumrah dalam beberapa bahasa dan dialek suku-suku Polinesia. Perhatikan beberapa contoh di bawah:


(hoarse)

Ilocano= paraw

Acehnese= paro

Malay= parau


(I, me)

Bintulu= akəw

Tagalog= ako

Malay= aku


(buffalo)

Proto-Chamic= kabaw

Tagalog= carabao

Malay= kerbau

Kinta Perakian= korbu


(small ship)

Ilocano= paraw

Toba Batak= parau

Sundanese= parahu

Malay= perahu


Berdasarkan contoh ini, perkataan malayaw (to fly, to sail, free) adalah serumpun dengan Melayu


(to fly, to sail, free)


Philippine languages= Melayes

Nias= moloyo

Acehnese= meu-layeuë

Old Javanese= melayu

Malay= melayu


(perlu diingatkan susunan ini bukanlah bermakna ‘melayu’ berasal dari perkataan-perkataan di atasnya, ini hanya untuk menunjukkan kemiripan mengikut dialek masing-masing)


Perhatikan bentuk yang sering muncul dalam fonologi Bahasa Melayu. Bila kita bandingkan dengan bahasa-bahasa lain, perhatikan bagaimana -suffix ‘u’ mengambil tempat dalam istilah Bahasa Melayu. Ciri-ciri ini juga biasa dikesan dalam keluarga bahasa Polinesia Barat yang lain, seperti bahasa Aceh, Jawa dan Sunda.[1]