Ungku Ismail Aziz: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 453: Baris 453:
|-
|-
|2011
|2011
|Ramadan Terakhir
|''Ramadan Terakhir''
|-
|-
|2012
|2012
|Antara Garisan Series
|''Antara Garisan Series''
|-
|-
|2016
|2016
|Duit Kawin
|''Duit Kawin''
|-
|-
| rowspan="3" |2018
| rowspan="3" |2018
|Rama Rama
|''Rama Rama''
|-
|-
|Batang Buruk Lesung Batu
|''Batang Buruk Lesung Batu''
|-
|-
|I Heart You Cik Yah
|''I Heart You Cik Yah''
|-
|-
|2019
|2019
|Durian Oh Durian
|''Durian Oh Durian''
|-
|-
|2020
|2020
|Gaun Pengantin Ivory
|''Gaun Pengantin Ivory''
|}
|}



Semakan pada 09:03, 24 November 2020

Ungku Ismail Aziz
Kelahiran
YM Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz

(1985-12-26) 26 Disember 1985 (umur 38)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan Mekanikal
Pusat pendidikanUniversity Of Strathclyde Glasgow, United Kingdom
PekerjaanPelakon, Pengarah
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)
Ibu bapaUngku Abdul Aziz (bapa)
Faridah Ismail (ibu)

YM Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz (lahir 26 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pengarah, pengacara dan ahli muzik Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak 2006, beliau dikenali menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi.[1][2] Antara drama terkenal beliau ialah Tari Tirana, Syurgamu Ramadhan, Bibik-Bibikku, Dendam Aurora, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Adellea Sofea.[3]

Kehidupan awal

Ungku dilahirkan pada 26 Disember 1985 di Johor Bahru. Beliau pernah bersekolah menengah di SMK Dato Jaafar, Johor Bahru dan juga mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Strathclyde Glasgow Scotland, United Kingdom.[4]

Kerjaya

Ungku Ismail memulakan kerjaya lakonan sepenuh masanya sebagai salah seorang pelakon untuk telefilem Sutun, kemudian membuat penampilan drama TV pertamanya menerusi drama Dunia Baru.

Pada tahun 2008, Ungku Ismail berlakon dalam Tari Tirana bersama Wan Sharmila, Nadia Aqilah dan Shahz Jaszle, dengan memegang watak sebagai Jude. Pada tahun 2009, beliau berlakon dalam telefilem Antara Garisan di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010. Ungku Ismail juga muncul dalam drama Syurgamu Ramadhan.

Ungku Ismail juga menjadi teraju utama drama adapatasi novel Terlanjur Mencintaimu, karya Syamnuriezmil yang bersiaran di RTM. Beliau berganding bersam pelakon Reen Rahim.

Beliau muncul dalam drama Teman Lelaki Upahan, adaptasi daripada novel 2014 bertajuk sama karya Azura Rasiddin, di mana beliau memegang watak sebagai Ezwan Lutfi,[5] seterusnya muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mewujudkan kempen kesedaran kanser dengan nama sama,[6] yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).[7] Beliau sekali lagi digandingkan bersama Elizad dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai 2016 di TV1.[8]

Kerjaya Ungku Ismail di pentas teater[9] bermula menerusi pementasan teater Wira Samudera yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, memegang watak sebagai Daeng Parani. Kemudian diikuti oleh pelbagai pementasan teater berikutnya.

Sepanjang 2016, beliau muncul dalam lima drama televisyen, antaranya Isteri Tuan Ihsan sebagai Pak Su Shafiq, Sein dan Luna sebagai Huzair, dan Bibik-Bibikku sebagai Dr. Hanafi.

Pada tahun 2017, Ungku Ismail muncul dalam dua drama TV, iaitu Pembancuh Kopi Mr. Vampire sebagai Aliff Irsyad di mana beliau digandingkan bersama Nazeera Sardi dan Dendam Aurora dengan memegang watak sebagai Harris Hamzah, digandingkan bersama Nabila Huda.

Pada tahun 2019, Ungku Ismail muncul dalam drama Slot Widuri RTM, Aku Yang Kau Tinggalkan yang mana beliau membawakan watak Zaril Ikhwan, berpasangan sekali lagi bersama Siti Elizad yang memegang watak Nia Athirah. Drama ini turut dikatakan hangat, seterusnya dicalonkan dalam kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2019.

Ungku Ismail muncul dalam drama Slot Akasia, Adellea Sofea yang mana beliau membawakan watak Alif Firdhaus, berpasangan bersama Mira Filzah yang memegang watak tajuk. Drama ini turut dikatakan hangat kerana watak yang dibawa mereka sangat timbul.[10]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Dunia Baru Hassan Bin Kilang TV3
Dunia Baru 2 Hassan Bin Kilang TV3
Suspek
Madu Oh Madu
Tetamu Rindu
Amirah Zulfa
2009 Tari Tirana Jude TV3
2010 Syurgamu Ramadhan Yassin TV3
Saka Jentayu Fariz TV3
2011 Sakti Delima Andika TV3
Tihany Imran TV9
2012 3 Janji Khairul TV3
Andai Ku Tahu Harun TV9
Debunga Lalang Bakri TV3
Antara Garisan Series Reporter
2013 Kisah Cinta Huzair TV3
Egoistik Zulfa RTM
Cinta Adam & Hawa Ustaz Huzaifah TV1
Baju Buluh dan Baba Baba RTM
Email Dari Madrasah Ustaz Jefri RTM
2014 Ammara Batrisya Reza TV9
2015 Cinta Iris Shahir TV9
Teman Lelaki Upahan Ezwan Lutfi @ EL TV3
Terlanjur Mencintaimu Johan Iskandar TV1
2016 Isteri Tuan Ihsan Pak Su Shafiq Astro Ria
Suami Tanpa Cinta Qalish Astro Ria
Rumi & Jawi Ustaz Khalif Astro Prima
Bibik-Bibikku Dr Hanafi TV3
Sein dan Luna Huzair TV3
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Aliff Irsyad HyppTV
Qaseh Armand Digital Drama
Dendam Aurora Harris Hamzah Astro Prima
Kad Raya Dalam Kolong Nadi Astro Citra
2018 Bila Aidil Ada Fitri Aidil Harith Astro Oasis
2019 Aku Yang Kau Tinggalkan Zaril Ikhwan TV1
Dendam Tapi Cinta - - Tidak dikeluarkan
Adellea Sofea Alif Firdhaus TV3
2020 Gerak Khas (Musim 20) Inspektor Danial TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Sutun 2 Lukman Astro Ria
Madu Oh Madu
Amira Zulfa
2009 Antara Garisan Ustaz Arman Astro Ria
2010 Anak Emak Hisham TV3
2011 Jemaah Kolesterol Ustaz Mizan TV3
Kashaf Imani Farouk Astro Ria
Cinta Si Bunga Tembam Ismail TV3
Isteriku Zulaikha Abang TV9
2012 Bukan Itu Takdirku Amirul TV9
Skizo Azlan TV9
2014 Cici & Roy Roy TV2
Apabila Kau Tersenyum TV1
5 Beradik Along TV2
Seligar Adil TV2
2015 Travelling Beruang Adit TV3
Isteriku Bukan Tukang Masak Farid Astro Ria
Hajat Imam TV3
2016 Duit Kahwin Basri Astro Ria
Tika Suria Mendongak Ustaz Taufik TV1
Jubah Untuk Airin Fahri TV1
Tragedi Duit Raya Kazim Astro Ria
2018 Cik Shopaholic Razi ntv7
Renjana Iqbal ntv7
Setan Dalam Poket Amran Astro Citra
2019 Durian Oh Durian Hamidi TV3
2020 Rinding Haris TV3
Gaun Pengantin Ivovy Unifi TV

Teater

Tahun Tajuk Watak Tempat
2015 Wira Samudera Daeng Parani Stadium Tertutup Pasir Gudang
Konsert Ku Mohon Monologs Stadium Malawati
Mok Cun Encik Haydar Istana Budaya
Bawang Putih Bawang Merah Datuk Panglima Istana Budaya
2016 Wadah Taufik Dewan Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru
Tun Sri Lanang Sultan Acheh Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
2017 Qays dan Laila The Muzikal Qays Politeknik Pasir Gudang
2018 You Can Duit 2018 Abang Agogo Istana Budaya
2020 Semarak Pertiwiku Datuk Shahrul Bin Mokhtar Istana Budaya

Arahan

Tahun Tajuk
2011 Ramadan Terakhir
2012 Antara Garisan Series
2016 Duit Kawin
2018 Rama Rama
Batang Buruk Lesung Batu
I Heart You Cik Yah
2019 Durian Oh Durian
2020 Gaun Pengantin Ivory

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010
Anugerah Skrin ke–14
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Antara Garisan Tercalon
2019
Anugerah Telenovela ke-4
Bintang Telenovela
Menang

Rujukan

  1. ^ "Ungku Ismail semakin dikenali". Sinar Harian. 10 Jun 2015. Dicapai pada 11 Jun 2015.
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi. "Ungku Ismail kekok lakonkan adegan romantik dengan kekasih orang". mStar Online. Dicapai pada 31 Mac 2015.
  3. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 Januari 2020). Ungku Ismail bebas gosip cinta lokasi Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  4. ^ Shakillawati Abd Rahman (8 November 2014). "Cara Ungku Ismail". Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2015.
  5. ^ Zaidi Mohamad (18 April 2015). Saya jual bakat, bukan 'sado': Ungku Ismail Berita Harian. Dicapai pada 22 April 2015.
  6. ^ Aref Omar (10 Jun 2015). Travelling care bear New Straits Times. Dicapai pada 10 Jun 2015.
  7. ^ Telefilem Travelling Beruang jadi kempen kanser Berita Harian. 14 Jun 2015.
  8. ^ Budiey (4 Julai 2016). Telemovie Jubah Untuk Airin satukan Siti Elizad & Ungku Ismail Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Julai 2016.
  9. ^ Norhayati Nordin (27 Februari 2020). Semangat lebih membara Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  10. ^ Ridzuan Abd Rahman (12 Januari 2020). Peluang tak wajar dilepaskan Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.

Pautan luar