Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 248: Baris 248:
: Saya bersetuju.[[Khas:Sumbangan/180.251.197.145|180.251.197.145]] 14:07, 26 November 2020 (UTC)
: Saya bersetuju.[[Khas:Sumbangan/180.251.197.145|180.251.197.145]] 14:07, 26 November 2020 (UTC)
: Saya bersetuju dengan cadangan ini. Penukaran simbol bermaksud simbol tersebut selaras dengan wiki bahasa yang lain.[[Khas:Sumbangan/2001:E68:5404:635F:5CD6:729:147C:3BB4|2001:E68:5404:635F:5CD6:729:147C:3BB4]] 14:38, 26 November 2020 (UTC)
: Saya bersetuju dengan cadangan ini. Penukaran simbol bermaksud simbol tersebut selaras dengan wiki bahasa yang lain.[[Khas:Sumbangan/2001:E68:5404:635F:5CD6:729:147C:3BB4|2001:E68:5404:635F:5CD6:729:147C:3BB4]] 14:38, 26 November 2020 (UTC)
: Saya juga bersetuju atas cadangan anda.[[User:Wiki Farazi|<span style="color:#EBF4FA;background:#3BB9FF;">'''Wiki Farazi''' (⌐■-■)</span>]] <sup><span style="font-size:85%;">[[User talk:Wiki Farazi|bincang]]</span></sup> 14:42, 26 November 2020 (UTC)

Semakan pada 14:42, 26 November 2020

Laman Kedai Kopi ini bertujuan untuk memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat.

Jika ingin memberi cadangan sila kemukakannya di bawah sub-tajuk cadangan.

Lihat juga
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?


Archive Arkib
  1. 2015
  2. 2016
  3. 2017
  4. 2018
  5. 2019
  6. 2020

Tukar "Aliran" kepada "Laluan" untuk rencana berkaitan kereta api di UK

Salam. Saya sudah berbincang dengan ahli-ahli di Discord dan membawa perbincangan itu di sini. Seperti yang dinyatakan dalam subtajuk, kami semua bersepakat untuk menggunakan istilah "Laluan" berbanding "Aliran" yang dipakai sekarang untuk laluan kereta api di UK. Apa pandangan atau cadangan oleh anda semua sebelum saya mengubah semua tajuk-tajuk rencana? SNN95 Talk to me, beybeh! 08:38, 10 Februari 2020 (UTC)[balas]

Wassalam. Saya setuju memandangkan saya juga menggunakan istilah "Laluan" untuk projek pengembangan rencana laluan kereta api di Seoul. Elok diseragamkan untuk mengelakkan kekeliruan. Polar (bincang) 09:48, 10 Februari 2020 (UTC)[balas]
@Polar: Terima kasih atas sokongan anda! SNN95 Talk to me, beybeh! 10:13, 10 Februari 2020 (UTC)[balas]

Persoalan nama-nama lokasi di Indonesia.

Saya perasan baru-baru ini ada seorang pengguna bernama Anumengelamun telah melakukan tindakan dengan menukar istilah daripada berbahasa Melayu kepada berbahasa Indonesia seperti Lapangan Terbang Hang Nadim -> Bandar Udara Internasional Hang Nadim, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu -> Bandar Udara Internasional Kuala Namu dan sebagainya. Mohon tindakan daripada para penyelia seperti @Polar:, @Zamwan:, @CyberTroopers:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Ricky250: dan lain-lain penyelia untuk bertindak. Saya tidak mahu istilah dalam bahasa Melayu diubah kepada bahasa Indonesia memandangkan ini adalah Wikipedia bahasa Melayu. Terima kasih. Claude (bincang) 10:39, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]

Bahasa Indonesia ialah suatu baku bahasa Melayu yang diiktiraf, Claude. Nama wiki inipun bukan "Wikipedia Bahasa Malaysia". Wikipedia sudah ada dua jenis versi bahasa Arab dan dua jenis bahasa Norway, itupun saya terbaca agak memeningkan kepala para penyunting sana. Saya cuma mahu memitigasi nasib sama yang dialami mengenai perpincangan bahasa Melayu di Wikipedia, pemindahan nama tempat ini cuma satu langkah sahaja --Anumengelamun (bincang) 01:47, 23 Mac 2020 (UTC)[balas]
Terima kasih @Claude Warrior: di atas teguran anda. Pengguna @Anumengelamun: mungkin anda ada sesuatu untuk dikatakan? Zamwan (bincang) 11:03, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
Rujuk rasional "kata nama khas" saya di laman perbincangan saya, @Zamwan: (termasuk @Polar:, @CyberTroopers:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Ricky250:). @Claude Warrior: tidak langsung mempedulikan penjelasan saya...saya hanya menurut pendekatan kata nama khas Indo dilakukan TV3 dan Radio Televisyen Malaysia yang membiarkan kata-kata nama sedemikian. Kalau dia nak salahkan sesiapa, dia ajukan sahaja kepada badan-badan penyiar itu, bukan saya. Anumengelamun (bincang) 11:05, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Claude Warrior: betul dalam perkara ini. WBM menggunakan DBP sebagai sumber rujukan dan bukannya TV3 yang merupakan sebuah organisasi komersial. Penamaan rencana mesti berdasarkan penamaan dalam bahasa Melayu dan bukannya bahasa Indonesia. Anda sedar WBI menggunakan penamaan dalam bahasa Indonesia dan bukannya bahasa Melayu dalam rencana2 mereka. berdasarkan logik anda, adakah tajuk rencana Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow mesti dinamakan semula sebagai Heathrow Airport? Zamwan (bincang) 11:19, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
Saya tentu tidak akan membiarkan kata nama khas bukan bahasa Melayu begitu sahaja (melainkan padanannya susah dicari lalu menjadi temporary placeholder buat sementara waktu). Saya hanya melakukan pendekatan saya kepada kata nama khas bahasa Melayu (termausk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia) yang sedia ada. Cuba lihat juga Mediacorp - penyiar awam Singapura - yang menerjemah nama kementerian tertentu yang dianggap aneh pada pembaca Malaysia (misalnya - cari "Kementerian Sekitaran dan Sumber Air di berita.mediacorp.sg)...takkan kita mahu Malaysiakan juga. Pendekatan TV3 yang komersial, baiklah kita tidak perlu ikut. Tapi, bagaimana dengan RTM yang awam? Jadi masih dikira jugalah pendekatan mereka sebagai badan rasmi, bukan? (Saya tiada niat mahu "kurang ajar", saya cuma tertarik dengan persoalan ini, sejujurnya.) Anumengelamun (bincang) 11:31, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini di laman perbincangan beliau. Sebagai contoh saya bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Takkan nama tersebut nak tukar istilah Bandar Udara Internasional Senai dalam wikipedia versi bahasa Indonesia kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di wikipedia versi sana? Kan nampak pelik. Claude (bincang) 11:22, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
En. @Claude Warrior: barangkali tidak tahu misalnya "Persekutuan Tanah Melayu" yang rasmi dalam dokumen bahasa Melayu di Malaysia diterjemahkan secara peliknya oleh seberapa penerbitan komersil bahasa Melayu baku Indonesia sebagai "Federasi Malaya"? (Jadi ada betullah hujahan Zamwan "badan komersil" tidak boleh diharap...) Tapi, saya sekurang-kurangnya tidak bergantung kepada komersil sahaja, saya masih merujuk penyiar-penyiar awam, Badan Bahasa, Dewan Bahasa... Anumengelamun (bincang) 11:35, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun:, @Claude Warrior:, selagi mana istilah itu ada dalam kosa kata DBP, sila gunakan perkataan tersebut. Sekiranya perkataan tersebut tiada kebiasaan digunakan, gunakan perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi yang biasa diguna. Dalam kotak info boleh dimasukkan "nama lain" bagi tempat tersebut yang merupakan nama asal dalam bahasa tempatan bagi tempat itu. Saya rasa anda perlu batalkan semula suntingan anda, Anumengelamun. Untuk pindahan seperti ini, sepatutnya dilakukan perbincangan terlebih dahulu kerana ia boleh mengelirukan pembaca. Terima kasih kerana mengambil berat soal ini. ;)- CyberTroopers bincang/sumbangan 12:21, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun:, @Claude Warrior: Sebarang tindakan yang besar perlulah dirujuk dengan komuniti penyunting terlebih dahulu terutamanya para penyelia. Wikipedia terbina oleh masyarakat. Bagi tujuan penyeragaman, semua "Airport" perlu dinamakan "Lapangan Terbang" tanpa mengira lokasinya. Anda boleh melencongkan nama lapangan terbang dalam bahasa asalnya ke namanya dalam bahasa Melayu seperti Aéroport de Paris-Charles-de-Gaulle melencong ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris. -- TofeikuBincang 12:39, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
Boleh rujuk di sini untuk polisi penamaan geografi.- CyberTroopers bincang/sumbangan 12:43, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
"Anda boleh melencongkan nama lapangan terbang dalam bahasa asalnya ke namanya dalam bahasa Melayu..."
Tapi nama-nama lokasi yang saya pindahkan baru-baru ini memang nama tempatnya dalam bahasa Melayu, cuma ia bahasa Melayu jenis baku berbeza (bahasa [Melayu] Indonesia) daripada yang majoriti/majoritas dipakai se-Nusantara (bahasa [Melayu] Malaysia). Memandangkan nama tempat adalah kata nama khas maka sebarang perolahan saya fikir tidak perlu - "lapangan terbang antarabangsa" itu istilah Melayu Malaysia lalu tidak cocok dengan nama tempat di kawasan yang pakai bahasa Melayu baku Indonesia - yakni sebarang penamaan sebegini ialah suatu "peMalaysiaan" lalu mesti dikembalikan kepada nama asal yang dipakai rasmi Indonesia. Saya memindahkan terus kerana saya sangka ia given rule of thumb lalu saya sangka tiada pertikaian kerana memang betullah apa yang saya fikir tengah lakukan ini...saya meminta maaf atas kurangnya komunikasi yang sebabkan permasalahan begini. (Mungkin kita boleh perhatikan dari Wiki-Wiki bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, Cina dll untuk melihat pendekatan nama tempat/lokasi dalam bahasa berbilang negara untuk elakkan situasi seumpama ini berulang?)
Satu benda lain: saya tidak berapa tahu bagaimana hendak kembalikan kandungan ke tajuk entri terdahulu setelah pemindahan dibuat secara automatik. (•_•)" Apakah kalian tahu bagaimana task ini dilakukan? --Anumengelamun (bincang) 14:12, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]

Bagi saya pakai nama Lapangan Terbang sahaja, mudah untuk difahami. Dan untuk elakkan kejangalan bagi sesetengah pihak. -Ricky250 (bincang) 01:18, 23 Mac 2020

@Anumengelamun: Saya lebih setuju dengan penamaan Lapangan Terbang berbanding dengan Bandar Udara. Saya tahu itu nama khas tetapi sebaik-baiknya diharmonikan nama-nama sebegitu bagi mengelak kekeliruan. Boleh saja bubuh nama lain dalam ruangan perenggan atau kotak info dan melencongkan nama lain itu kepada Lapangan Terbang XYZ seperti yang dicadangkan oleh perbincangan di atas. Lagi satu ada bot yang akan membetulkan laman-laman perlencongan dan lencongan berganda. Saya atau penyelia lain boleh membaikinya. Sejarah suntingan takkan terhapus. SNN95 Talk to me, beybeh! 21:17, 22 Mac 2020 (UTC)[balas]
"kejangalan bagi sesetengah pihak"? Siapa yang "sesetengah pihak" ini, @Ricky250:? Pihak yang tidak tahu penggunaan dan penuturan bahasa Melayu juga terpakai selain di Malaysia dan Singapura? Pihak yang tidak tahu kebarangkalian akan ada orang seperti di Riau dan Sumatera yang mungkin tertarik lungsuri WBM kerana nama "bahasa Melayu" ia? Bukanlah apa, saya cuma khuatir ia akan disservice atau berlaku tidak adil kepada para pengguna sebegitu kerana dianggap terlalu "keMalaysiaan"...melainkan jika ada semua pengguna dari kawasan-kawasan "berbahasa Melayu" di Indonesia sepakat tiada masalah dengan peristilahan "lapangan terbang" ini dalam konteks rasmi, itu saya tak kisah. Masalahnya sekarang kita tidak tahu apa pendapat para pembaca di kawasan-kawasan tsbt mengenai pemilihan istilah ini, maka pemindahkan kepada kata nama/nomina khas asal saya fikir wajar just to be safe. Sudah lumrah kandungan Wikipedia yang bersifat sejagat dan preskriptif yang tidak sepatutnya memenangkan "sesetengah pihak", bukan? (Lihat sahaja pendekatan W.B.Inggeris terhadap bahasa-bahasa Inggeris UK, Amerika, Australia dsb).
Lagipun, pada (hanya sedikit sahaja) laman yang dipindahkan itu saya ada sertakan penjelasan; contohnya:
(ataupun "bandar udara" seperti yang dikenali di Indonesia)...
...header Templat:Lapangan terbang di Indonesia pun saya tambahkan kata seerti "bandar udara" sebagai panduan yang difikir boleh membiasakan pembaca Malaysia, Singapura dsb kepada = mengelakkan "kejanggalan" istilah ini, saya tidak padam pun lalu menidakkan langsung "lapangan terbang".
Anumengelamun (bincang) 01:39, 23 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Perkara ini sudah berulang-ulang dibicarakan. Kita guna bahasa Melayu yang dituturi di Brunei, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand di ms.wikipedia kerana persamaannya dan perbezaannya yang amat sedikit. Bahasa Indonesia kami tidak gunakan di ms.wikipedia kerana perbezaan yang begitu besar. Anda tidak boleh menyamakan perbezaan bahasa Inggeris UK dan A.S. dengan perbezaan bahasa Melayu di 4 negara tersebut dan Indonesia. Dalam rencana, anda boleh menyebut lapangan terbang ini dalam bahasa asalnya dipanggil demikian rupa. Saya sendiri yang menambah perkataan bandara udara di Senarai lapangan terbang di Indonesia kerana ia penting untuk menyebut juga nama asalnya sebagai fajta sampingan. Tolong jangan guna istilah kemalaysiaan, ragam bahasa ini juga digunakan di Brunei dan negara lain. Wikipedia ikut majoriti. 4 negara lawan 1 negara. Sudah tentu bahasa Melayu di 4 negara itu majoriti dan patut digunakan setiap masa seperti yang ditetapkan sejak penciptaan ms.wikipedia. Ikut kata komuniti juga sekiranya mereka tidak bersependapat dengan anda. Kita ikut kesepakatan komuniti bukan mengikut ideologi individu semata-mata. Ada banyak benda lagi yang penting boleh dibicarakan daripada ini. -- TofeikuBincang 03:47, 23 Mac 2020 (UTC)[balas]
Ada benar juga, @Tofeiku: - saya cuma lebih memikirkan peristilahan "dominan 4 lawan 1" itu untuk kata nama/nomina umum berbanding kata nama khas yang dirasa boleh dikecualikan semasa menjalankan pemindahan tersebut, kerana ada presumption bahawa topik yang disentuh itu dketahui pembaca sasaran WBM menyentuh suatu topik yang tidak generik. Sudah tentu saya tidak pakai habis-habisan istilah yang dominan Indonesia secara sengaja dalam pembinaan dan penyuntingan entri in general kerana faktor kedominanan - ada juga sebabnya saya cipta Templat:MABBIM untuk memperingatkan sebarang penyunting yang berkunjung ke entri bertanda begini agar meyeimbangkan peristilahan bahasa kandungan, sebab saya adakalanya kesuntukan masa sendiri.
Nevertheless, saya putuskan tidak mahu meneruskan pemindahan lokasi airport sebegini lagi sehingga suatu masa kita semua dapat maklumat sahih daripada pengguna Riau, Sumatera, Kalimantan dsb sendiri mengenai cara penamaan tempat sana yang boleh diterima dan disetujui WBM (orang Indonesia juga baca WBM, saudara Tofeiku - Wikimedia Indonesia sendiri memasukkan WBM dalam senarai Wiki naungannya). Reaksi tidak dijangka ini malah telah mendatangkan kekeliruan/keraguan dalam pengetahuan bahasa saya sendiri dan lebih baik saya tidak mahu "memakan diri"... --Anumengelamun (bincang) 04:02, 23 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Saya tahu WBM juga dibaca oleh orang Indonesia dan Wikimedia Indonesia memasukkan WBM dalam senarai. Saya sendiri dijemput oleh mereka untuk memberi perbualan tentang bahasa Melayu di persidangan WikiNusantara tahun lalu di Yogyakarta. Orang Indonesia di sana pun bersetuju untuk hanya menggunakan istilah DBP atas tujuan pemiawaian dan biarkan sahaja Wikipedia bahasa Indonesia yang menggunakan istilah yang anda katakan memusatkan Indonesia. Bagi saya, saya tidak setuju jika semua rencana berkaitan Republik Indonesia di WBM menggunakan istilah bahasa Indonesia dalam penulisan rencananya. Bagi saya, samalah kalau begitu dengan rencana tersebut di versi bahasa Indonesia. Walaupun ada perbezaan perkataan, saudara mesti ingat Wikipedia mementingkan penyeragaman. Seperti di en.wp, kalau semua tajuk rencana ditulis Flag of XX dan bukannya XX flag, di WBM pula semua airport perlu guna "lapangan terbang" atas tujuan penyeragaman. Ini yang penting bagi kes ini sekarang. Tiada pengecualian yang diberi. Yang penting penyeragaman. Harap apabila saudara berhasrat untuk melakukan sesuatu pemindahan rencana, bolehlah rujuk masyarakat WBM terlebih dahulu. :) -- TofeikuBincang 06:06, 23 Mac 2020 (UTC)[balas]
Orang Indonesia di sana pun bersetuju untuk hanya menggunakan istilah DBP atas tujuan pemiawaian dan biarkan sahaja Wikipedia bahasa Indonesia yang menggunakan istilah yang anda katakan memusatkan Indonesia.
. Saya ada rasa syak rasional ini, sejujurnya. Saya dengar khabar banyak orang Indonesia melihat "bahasa Melayu" inherently sungguh asing dari "bahasa Indonesia" sepertimana bahasa Sepanyol asing dari bahasa Portugis tanpa mempertimbangkan sejarah rumit perpincangan bahasa antara Malaysia dan Indonesia (ada suatu sumber dari Sumatera yang jelaskan dengan menarik sekali hal penamaan begini - Lentera Timur)...saya khuatir tanggapan ini membentuk persepsi rasional ini lalu difikir berat sebelah. Saya pun ada terbaca juga dari lurking di merata-rata laman sesawang di mana adanya ada pembaca yang rungut Malaysia-sentrisme dalam WBM...entahlah, mungkin keadaan ini akan berubah, mungkin tidak tengoklah macam mana. Buat masa ni, saya mahu lepas tangan.
Seperti di en.wp, kalau semua tajuk rencana ditulis Flag of XX dan bukannya XX flag
"Flag of ____" bukannya special noun melainkan kalau memang ada tercatat dalam dokumen rasmi negara pemilik. Kalau "Star Spangled Banner", "Hinomaru", "Jalur Gemilang" tu barulah special noun...penamaan semua bergantung kepada konteks. Sudah tentu saya takkan sentuh general noun...cuma bila dah berbalik kepada contoh Singapura yang dipetik, malah bila agen rasmi seperti RTM pakai nama dipakai Indonesia itu jadi pening. No more of this, for now...and I try to keep that advice in mind. --Anumengelamun (bincang)
@Anumengelamun: Saya mungkin keluar tajuk sikit. Jika anda mengatakan ada unsur Malaysian-sentrisme dalam WBM, kenapa laman-laman "Lapangan Terbang" di WBIndonesia menggnakan "Bandar Udara" untuk Lapangan Terbang di Malaysia? Contohnya: id:Bandar Udara Internasional Kuala Lumpur. Bukankah sepatutnya dinamakan "Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur" atau "KLIA" seperti yang dikenali di Malaysia. Jadi saya menganggap mereka hanya mahu menyeragamkan setiap penamaan berkenaan topik itu. Adakah saya menganggap itu Indonesia-sentrisme? Mungkin. Tapi itulah yang sudah dipersetujui oleh komuniti di sana. Silalah berhenti menggunakan Malaysia-sentrisme dan sebagainya. Even penyunting di WBIndonesia menamakan rencana mereka berdasarkan apa yang difahami oleh pembaca di sana yang saya anggap agak Indonesia-sentrisme. Tapi itu sudah dipersetujui, saya tak boleh menyangkal. SNN95 Talk to me, beybeh! 09:11, 23 Mac 2020 (UTC)[balas]
Saya faham maksud saudara @SNN95:. Saya berfikir demikian kerana (pada ketika itu) saya mahu komited merapikan kandungan WBM agar lebih bersifat inklusif apa yang dikira dalam payung besar bahasa Melayu - yakni, "biarlah W. Bahasa Indonesia buat ikut apa Indonesia pakai sebab ia untuk orang Indonesia sahaja, tapi W. Bahasa Melayu untuk semua negara Nusantara dari Malaysia dan Indonesia sampai ke Thailand". Begitulah saya punya niat a.t.t... -Anumengelamun (bincang) 09:25, 23 Mac 2020 (UTC)[balas]

Cadangan Penetapan Konvensyen Pernamaan Berkaitan Kereta Api di Luar Malaysia

Saya cadangkan konvension pernamaan ini digunakan:

  1. Nama pengendali - Ditukarkan semua (Cth: Utah Transportation Authority menjadi Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah)
  2. Nama stesen - Kekalkan nama kecuali nama jalan (Cth: Marble Hill–225th Street station menjadi Stesen Marble Hill-Lebuh 225 dan South Kensington tube station menjadi Stesen South Kensington (London Underground))
  3. Nama laluan - Tukar hanya untuk warna (Cth: Expo Line menjadi Laluan Expo dan Blue Line (Washington Metro) menjadi Laluan Biru (Metro Washington))
  4. Nama sistem - Hanya tukar nama istilah sistem (i.e. Subway, Commuter, Railways) dan letakkan nama sistem sebelum nama tempat (i.e. Scarborough LRT menjadi LRT Scarborough dan London Underground dikekalkan namanya)

Nota: Bagi nama laluan di negara yang tidak menggunakan abjad rumi, utama nama rasmi yang anglicized berbanding nama rasmi asal. Bagi nama bahasa barat lain yang menggunakan abjad rumi, utamakan nama asal berbanding nama Inggerisnya. Jika mempunyai nama rasmi dalam bahasa Melayu, utamakan nama rasmi Bahasa Melayu berbanding nama dalam Bahasa Inggeris.

Slainthayer (bincang) 10:05, 2 April 2020 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan penyelarasan penamaan yang dicadangkan. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:08, 2 April 2020 (UTC)[balas]
Apa pandangan Polar (bincang · sumbangan) terhadap cadangan ini? Sebab kita memang penyunting yang menumpukan topik-topik ini. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:10, 2 April 2020 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan saranan yang dicadangkan. - Polar (bincang) 22:17, 2 April 2020 (UTC)[balas]

Pemantauan terhadap rencana dibuat oleh Pengguna:BukanTeamBiasa‎

Salam semua,

Saya minta bantuan semua, sama ada Penyelia atau Pengguna WBM yang lain untuk memantau dan menyemak rencana-rencana yang dihasilkan oleh Pengguna:BukanTeamBiasa‎. Usahanya memperbanyak bilangan rencana di WBM amat kita puji sedangkan Bahasa Melayu bukan bahasa ibundanya mahupun bahasa pertuturan hariannya. Walau bagaimanapun, rencana yang dibuat adalah melalui kaedah terjemahan dan beberapa rencana yang telah diterbitkan mempunyai terjemahan yang terlalu kasar, tidak tersusun, tertinggal bahasa asal/tidak siap atau lari format. Saya meminta bantuan Pengguna yang tengah aktif kini seperti @CyberTroopers:, @Anumengelamun:, @Claude Warrior:, @Ricky250:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Fandi89:, @PeaceSearcher:, @Hasrolhashim:, @*angys*: untuk membantu menyemak rencana-rencana yang dihasilkannya. Sebaiknya juga @BukanTeamBiasa: belajar memperbaiki mutu penterjemahan.

Bantuan dan kerjasama anda semua amatlah dihargai. Polar (bincang) 22:28, 2 April 2020 (UTC)[balas]

Saya merasa sangat aneh dengan komitednya BukanTeamBiasa mahu menyumbang kepada WBM meskipun dia sendiri tidak fasih berbahasa Melayu apatah lagi pandai menulis bahasa Melayu dengan baik - laksana orang rabun jauh tanpa berkaca mata memandu di jalan raya...namun saya sangat kasihan kerana niatnya.
To @BukanTeamBiasa: Since you have a lot of free time as much as we are in this pandemic, while you're at it - please, please, please get someone (online of course) to teach you Malay properly. Learn Malay grammar to its core until you get it right, read articles from good Malaysian, Bruneian, Singaporean and Indonesian newspapers + websites in order to immerse yourself in the proper flow of the language and how we users of Malay think and approach in our writing. Just anything to improve your fluency in Malay while also helping with improving your translation skills as well. For the love of God, please do that. Anumengelamun (bincang) 10:06, 5 April 2020 (UTC)[balas]
Saya sudah cadangkan kepadanya hanya menyunting dalam kotak pasirnya. Tapi tak mengapa, kita bantu apa yang patut. SNN95 Talk to me, beybeh! 23:17, 2 April 2020 (UTC)[balas]
Baik @Polar:, saya akan cuba menyemak semula rencana yang dicipta oleh BukanTeamBiasa‎. Saya akan memeriksa dan meninggalkan pesanan dilaman perbualannya supaya beliau dapat membaiki mutu rencananya. Saya sangat memuji kesungguhannya untuk memperbanyakkan bilangan rencana di WBM dan beliau juga antara pengguna lama di WBM. Mungkin beliau boleh menjadi penyumbang rencana terbanyak di WBM suatu masa nanti seperti yang pernah dilakukan penyelia sebelum ini seperti Yosri dan Aplikasi suatu masa dulu. Namun, penggunaan penulisannya perlu lebih baik bagi menghasilkan penciptaan rencana yang berkualiti. Mungkin saudara @BukanTeamBiasa: jika hendak melakukan terjemahan ringkas boleh gunakan link ini. Ianya kelihatan lebih mudah, cuma jika ada kesilapan tatabahasa boleh diperbetulkan distu. Claude (bincang) 05:01, 3 April 2020 (UTC)[balas]
Saya baru perasan beliau adalah penutur asli bahasa Inggeris dan mempunyai kefasihan yang terhad dalam berbahasa Melayu apabila saya lihat laman penggunanya dan laman perbincangannya yang ditulis oleh @SNN95: dan @Anumengelamun: di dalam bahasa Inggeris. Mungkin kita sebagai komuniti WBM apabila menghubunginya perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi yang lebih berkesan kepadanya. Claude (bincang) 06:19, 3 April 2020 (UTC)[balas]

Saya juga ingin tekankan kepada para penyunting sekalian, ketika tampal muat sumber rujukan dari Wikipedia Bahasa Inggeris, pastikan tarikh (contoh: March 27, 2020 dibetulkan kepada 27 Mac 2020 di bahagian date serta accessdate). Penting untuk kita pastikan semua perkara di dalam rujukan dilokalisasikan ke dalam Bahasa Melayu, kalau rajin boleh juga tambahkan language= bagi indikasi yang ia sumber dari bahasa luar. Untuk perihal saudara BukanTeamBiasa, saya harap beliau dapat tingkatkan mutu suntingan, lambat pun tak apa asalkan hasilnya memuaskan. Kita sama-sama pantau. -Ricky250 (bincang) 05:21, 4 April 2020

@SNN95:. Saya lihat saudara BukanTeamBiasa‎ terlalu banyak mencipta rencana yang bahasanya agak sukar untuk difahami dan menyukarkan tugas komuniti2 WBM untuk membantu. Komuniti WBM yang lain pun ada juga tugasan dalam projek lain. Dah banyak kali juga saya lihat saudara @Anumengelamun: dan @Polar: menegurnya. Saya baru perasan selepas saudara @SNN95: memberi amaran untuk menyekatnya dan saya juga berniat hendak menegur, tetapi beliau sudah mengosongkan laman pengguna dan perbincangannya. Memandangkan saudara @BukanTeamBiasa: sudah melakukan tindakan sedemikian, maka saya ingin menegurnya disini. Sepatutnya saudara @BukanTeamBiasa: boleh menggunakan mesin terjemahan ini untuk mencipta sebuah rencana baru seperti mana saya lakukan untuk Wikipedia bahasa Arab sebelum ini kerana ianya lebih mudah dan tak perlu banyak berfikir dalam menterjemahkan bahasa yang agak sukar difahami seperti terjemahan mesin Google. Saya berharap sangat saudara @BukanTeamBiasa: menggunakan mesin terjemahan ini jika susah sangat nak terjemahkan kedalam bahasa yang lebih elok. Kami menegur untuk kebaikan anda, bukan untuk menghukum anda. Claude (bincang) 08:30, 14 April 2020 (UTC)[balas]

Keperluan untuk menyekat BukanTeamBiasa‎

@SNN95:, @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Zulfadli51:, @Ricky250: rencana ciptaan Pengguna:BukanTeamBiasa‎ yang tidak disemak terjemahannya terlalu banyak dan kebanyakannya melibatkan rencana yang panjang. Keadaan ini sudah tidak terkawal lagi memandangkan Penyelia dan Pengguna aktif lain tidak ramai dan tertumpu kepada projek lain berbanding menyemak terjemahan kasar ciptaan beliau. Adakah sudah sampai masanya untuk kita menyekat dahulu Pengguna:BukanTeamBiasa‎ sebelum keadaan melarat dan WBM dipenuhi dengan rencana yang susah difahami oleh orang Melayu sendiri (yang mungkin akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk membaca/menyumbang kepada WBM)? Mohon pandangan. - Polar (bincang) 23:19, 26 April 2020 (UTC)[balas]
@Polar: Apa yang saya tidak faham ialah beliau sudah menyunting di Wikipedia begitu lama tetapi baru tahun ini ditegur (setakat yang saya tahu). Bagaimana dengan suntingannya pada tahun-tahun yang lalu? -- TofeikuBincang 04:48, 27 April 2020 (UTC)[balas]
@Polar: Tiada masalah. Saya pun masih tertumpu pada Bahagian COVID-19. Jadi untuk memudahkan pengawalan Wikipedia Bahasa Melayu. Saya sokong tindakan ini. -Ricky250 (bincang) 18:42, 27 April 2020 (UTC)[balas]
@Tofeiku: Saya sudah menegurnya kali pertama pada tahun 2007, dan ramai sahaja yang menegurnya (boleh lihat sejarah laman perbincangannya) tetapi kualiti masih sama dan tiada yang membuat usul untuk menghentikan beliau daripada mencipta rencana kerana mungkin disebabkan wikipedia ini laman bebas atau sesetengah penyelia mempertimbangkan kuantiti rencana yang diciptanya (pernah menjadi target WBM suatu ketika dahulu). Saya (dahulu) antara yang paling banyak menyunting, menyemak dan membetulkan rencana ciptaannya dan ia memakan masa lebih lama berbanding saya menerjemahkan terus rencana tersebut sehingga saya tidak sanggup lagi. Kini, memandangkan tiada lagi yang mahu membantu kerana kesibukan masing-masing, usul menyekat adalah yang terbaik sementara bagi peluang dan masa untuk pengguna yang mahu membantu boleh menyunting atau penyelia memadam/menggantikan (jika terlalu tidak difahami/rumit) rencana yang telah dibuat. - Polar (bincang) 07:02, 27 April 2020 (UTC)[balas]
Tengok gaya dia mahu menghilangkan diri. Saya tak salahkan dia jika mahu berbuat demikian kerana sifat Wikipedia itu sendiri sukarela. Saya berharap yang dia mahu lagi menyunting Wikipedia. Dan jika boleh, silalah buat seperti yang dicadangkan oleh Anumengelamun (bincang · sumbangan) dan saya (belajar lebih mendalam BM dan minta bantuan lain untuk menyemak rencana yang diciptakan dalam kotak pasirnya sebelum dipindahkan ke ruangan rencana utama) jika mahu menyunting dan menyumbang lagi nanti. Please seek for us if you wanna write again. Do as I and Anumengelamun told you before. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:34, 27 April 2020 (UTC)[balas]
Buat masa ini, saya menyekat dahulu BukanTeamBiasa‎ sebelum lagi banyak rencana yang dicipta dengan terjemahan lewah tanpa semakan. Kalau dilihat senarai rencana BukanTeamBiasa‎ yang perlu semakan dan pembetulan, hampir 2000 buah rencana yang memerlukan bantuan, ada yang dari lebih 10 tahun lepas tak tersemak, tak diperbaiki, tak habis terjemah, dan banyak lagi masalah. Saya letakkan tag untuk perlahan-lahan menyemak dan memperbaiki (dan mengharap bantuan yang lain juga). Saya terpaksa memilih menyekat demi menjaga mutu WBM dan jika :@SNN95:, @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Zulfadli51:, @Ricky250: serta lain-lain penyelia rasa perlu menyahsekat, sila lakukan demikian tetapi, saya terpaksa berlepas tangan. Maaf jika saya seolah-olah menyalahgunakan kuasa tetapi setelah lebih 10 tahun menghadap masalah yang sama, saya tidak boleh berkompromi lagi. - Polar (bincang) 23:25, 5 Mei 2020 (UTC)[balas]
@Polar: saya setuju dengan sekatan tersebut tapi sehingga bila sekatan itu akan dilakukan? Kalau tidak silap, saya ada ternampak satu akaun mirip BukanTeamBiasa‎, mungkin akaun bonekanya namun saya terlupa akan nama akaun tersebut. Apapun, saya pinta saudara semua untuk bantu cipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana. Terima kasih. - CyberTroopers bincang/sumbangan 06:47, 6 Mei 2020 (UTC)[balas]
Saya juga suka lihat semangat ahli-ahli Wikipedia untuk memperbanyakkan jumlah rencana di Wikipedia, namun saya lebih suka jika rencana yang dihasilkan adalah berkualiti walaupun kuantitinya sedikit. Apa ada pada nombor? Sebaiknya sekiranya ingin menterjemah rencana, seeloknya diterjemah sebanyak yang mungkin kandungannya agar ia boleh dikatakan sebagai "berguna" untuk pembaca. - CyberTroopers bincang/sumbangan 06:52, 6 Mei 2020 (UTC)[balas]
@CyberTroopers:, benar. Kualiti haruslah mengatasi kuantiti. Takkan kita mahu biarkan WBM ditertawakan disebabkan bahasanya yang serupa rojak dan kemudian menyebabkan ramai pembaca lari sedangkan matlamat kita ialah menyediakan pelantar ilmu yang berwibawa berbahasa Melayu untuk masyarakat kita. Jika rencana yang dipaparkan sukar difahami maksudnya, WBM ini akan menjadi sia-sia. Buat masa ini, BukanTeamBiasa disekat tanpa batasan memandangkan kesalahannya berulang bertahun-tahun walaupun dahulu pernah dia menghilangkan diri tetapi kembali dengan sikap yang sama. Jika ada penyelia yang ingin menyahsekat, saya tiada halangan tetapi apapun bayangkan 2000 buah rencana yang masih perlu dirapikan hanya berpunca dari dia seorang. - Polar (bincang) 08:12, 6 Mei 2020 (UTC)[balas]

Terjemahan play sebagai "lakon/lakonan pentas"

Saya agak musykil untuk terjemahan ini. "Play" dalam persembahan pentas lebih merujuk kepada lakonan pelakon di atas pentas (contoh: Arcadia (play)). Jadi adakah istilah yang dicadangkan, iaitu "lakon/lakonan pentas", adalah sesuai? SNN95 Talk to me, beybeh! 03:08, 6 April 2020 (UTC)[balas]

'Lakon pentas' sesuai. Tetapi, sekiranya menggunakan 'pementasan' pula, adakah sesuai? Zahirulnukman (bincang) 07:48, 6 April 2020 (UTC)[balas]
Kita tengok kalau ia menepati takrifan W. B. Inggeris dahulu...sementara itu, kita cari bagaimana media akhbar Nusantara mengungkapkan istilah ini: Kita cari contoh pengungkapan daripada akhbar dan media Indonesia dan Singapura yang sedia ada. (Singapura sebagai negara metropolitan yang punya seni moden Barat tinggi - termasuk modern play - yang utuh/well-established sementara Indonesia sebagai negara Nusantara paling banyak mengeluarkan media lalu ada kebarangkalian wujudnya terbitan yang menyentuh bidang budaya) Jika morfologi peristilahan mereka yang sedia ada paling menghampiri menepati pemahaman kita mengenai konsep ini, maka kita boleh gunapakai untuk tajuk entri; jika kedua-dua pilihan sumber itu tiada, maka barulah kita cipta istilah sendiri. -- Anumengelamun (bincang) 09:29, 6 April 2020 (UTC)[balas]
Saya rasa istilah 'lakon pentas' sesuai. Cuba tanya pendapat penyelia dan birokrat @Aurora: selaku guru bahasa Melayu. Huhu Claude (bincang) 10:02, 6 April 2020 (UTC)[balas]
Jangan "rasa" je, @Claude Warrior:, tunjukkan juga on your behalf jika ada bukti pengunaan dalam media se-Nusantara agar kukuh. Lihat bagaimana entri "seni bela campuran" berjudul sebegitu memetik sumber sahih dari Singapura, misalnya. :) - Anumengelamun (bincang) 10:49, 6 April 2020 (UTC)[balas]
Saya cenderung kepada 'pementasan'. Eh, sejak bila saya jadi guru bahasa Melayu? ...Aurora... (b) 01:46, 7 April 2020 (UTC)[balas]
Jadi kita ada cadangan istilah "lakonan pentas", "lakon pentas", dan dari cikgu BM kita; "pementasan". Saya pun beralih angin pula pada istilah "pementasan". SNN95 Talk to me, beybeh! 23:10, 15 April 2020 (UTC)[balas]

Templat: talkheader

Saya agak tertarik apabila melihat laman perbincangan laman yang agak lama contohnya Alor Gajah mempunyai templat 'talkheader'. Mungkin boleh diletakkan templat itu disetiap laman perbincangan di laman WBM untuk meningkatkan jumlah laman di WBM. Claude (bincang) 09:02, 8 April 2020 (UTC)[balas]

@Claude Warrior: Niat awak dah baik tapi sia-sia. Sebab pengiraan rencana seperti yang terpapar di Laman Utama tu hanya kiraan untuk rencana utama sahaja tak termasuk laman perbincangan, templat, dsb.—semua laman selain laman rencanalah secara ringkasnya.—Tapi apa salahnya membirukan pautan perbincangan dengan membubuh templat sebegitu. SNN95 Talk to me, beybeh!
@Claude Warrior:Garis panduan laman perbincangan: Do not create an empty talk page simply so that one will exist for future use. Do not create a page solely to place the {{Talk header}} template on it. This and similar talk-page notice templates should not be added to pages that do not have discussions on them. There is no need to add discussion warning templates to every talk page, or even to every talk page that contains a discussion.- CyberTroopers bincang/sumbangan 12:14, 27 April 2020 (UTC)[balas]

Ubah rupa Laman Utama

Saya dicadangkan oleh EmpAhmadK (bincang · sumbangan) untuk memberi nafas baharu kepada paparan Laman Utama yang lebih moden dan ada identiti sendiri. Anda semua boleh lihat bagaimana rupa paparan itu di kotak pasirnya. Elemen corak songket yang akan dimuat naik kemudian, akan diletakkan pada bahagian kotak paling atas tetapi disebabkan kekangan CSS, buat masa ini dibiarkan dahulu. Harap diberikan pertimbangan berkenaan hal ini. SNN95 Talk to me, beybeh! 06:08, 28 Jun 2020 (UTC)[balas]

Sekadar tambahan untuk memberi gambaran yang penuh pada semua, di sini ialah gambar yang telah disunting untuk menambah corak songket serta logo Wikipedia di sesetengah elemen dalam laman tersebut. Corak songket yang saya lukiskan itu boleh saya berikan jika cadangan ini disetujui. Terima kasih. EmpAhmadK (bincang)

Saya memberikan sokongan penuh bagi transformasi Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu dengan gaya baharu. Ia akan memberikan semangat baru buat Wiki kita untuk 2020 serta mewarna-warnikan lagi tatapan pengunjung ke Laman Utama. -Ricky250 (bincang) 15:13, 28 Jun 2020 (UTC)[balas]

@Yosri, Aurora, dan Zamwan: Maaf ping anda semua. Nak tahu juga apa kata penyelia tertinggi dalam WBM. Jika setuju, saya dan EmpAhmadK (bincang · sumbangan) akan jalankan perubahan ini secepat mungkin. SNN95 Talk to me, beybeh! 08:26, 28 Jun 2020 (UTC)[balas]
Maaf, terlambat untuk membalas. Saya tiada komen buat masa sekarang. Zamwan (bincang) 05:16, 13 Julai 2020 (UTC)[balas]

Rupa yang cantik. — Jeluang Terluang (bincang) 09:00, 28 Jun 2020 (UTC)[balas]

Saya setuju. — Fandi89 (bincang) 14:58, 28 Jun 2020 (UTC)[balas]

Memandangkan ramai yang setuju, saya dan EmpAhmadK (bincang · sumbangan) akan jalankan aktiviti mencantikkan laman utama tu. SNN95 Talk to me, beybeh! 07:35, 30 Jun 2020 (UTC)[balas]

@EmpAhmadK: @SNN95: Saya rasa patut letakkan juga "Selamat datang ke Wikipedia" dalam tulisan Jawi. Bahasa-bahasa daerah di Indonesia menulis Selamat datang dalam tulisan asli mereka dan tulis juga versi Rumi di Laman Utama mereka walaupun Wikipedia sana ditulis dalam Rumi seperti min:, ban: dsb. " سلامت داتڠ کويکيڤيديا " -- TofeikuBincang 11:35, 30 Jun 2020 (UTC)[balas]

Setuju dengan nafas baharu. Cuma:

  1. Saiz tulisan di bahagian yg mengandungi "ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua" kelihatan agak kecil.
  2. Bahagian Rencana pilihan & Berita terkini hanya menggunakan separuh kiri kotak mereka. Sedangkan Tahukah anda... dan Hari ini dalam sejarah elok sahaja.

Dilihat tanpa log masuk. ...Aurora... (b) 07:56, 1 Julai 2020 (UTC)[balas]

Selamat kembali @Aurora: Zamwan (bincang) 05:16, 13 Julai 2020 (UTC)[balas]

Usul Piawaian Penamaan Meiji

Diusulkan oleh: Ricky250

Salam dan hai semua! Saya perasan sejak kebelakangan ni penamaan nama Jepun berubah mengguankan format Meiji (nama diberi + nama keluarga). Hal ini dikuatkan lagi dengan bukti-bukti di beberapa pos di media sosial dan berita. Beberapa poin lain juga patut diberi perhatian:

  1. Penggunaan dari sudut antarabangsa sendiri
  2. Beberapa faktor tempatan di Jepun (cnth: Media berbahasa asingnya yang masih menggunakan format Meiji)
  3. Faktor pembaca rencana (kita kalah telak dengan rencana versi Indonesia yang menggunakan nama Meiji justeru menyenangkan carian di Internet. Periksa Maklumat/Informasi Halaman)
  4. Media Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia (dari pencedok hingga penerbit rencana sendiri) masih menggunakan Penamaan Meiji.
  5. Carian di Internet
  6. Kesinambungan bersama rencana-rencana lain yang lebih banyak gunakan tajuk penamaan Meiji berbanding 1 Jan 2020

Simpulan dan contoh: Abe Shinzo ditukarkan kepada Shinzo Abe

Jadi saya mencadangkan untuk menamakan semula kesemua rencana biografi Jepun mengikut Penamaan Meiji. Saya rasa benda ni elok diselesaikan secepat yang mungkin sebelum jadi lagi celaru. SNN95 Talk to me, beybeh! 08:18, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Rujukan

Disediakan oleh Ricky250 (bincang · sumbangan).

  • Business, James Griffiths, CNN. "Japan asked the international media to change how we write their names. No one listened". Dicapai pada 2020-07-19. Nama PM Jepun yang menggunakan format Meiji. Tetapi dibantah oleh PM itu sendiri. Selain itu rakyat Jepun sendiri dikatakan lebih senang menggunakan format Meiji berbanding format 1 Jan 2020.
  • "Momota akui fikirkan persaraan selepas kemalangan di Malaysia". Astro Awani. Dicapai pada 2020-07-19. (Terbitan Astro Arena, pasca Jan 1 2020) nama sepatutnya kalau ikut 1 Jan 2020: Momota Kento
  • Panda, Jagannath (2020-07-17). "The Abe doctrine on 'Quad plus'" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-19. Media berpengaruh BI Jepun masih menggunakan Shinzo Abe berbanding Abe Shinzo (nota: Media ni Ketua Penyunting dia Orang Jepun, Presiden JT pun orang Jepun) rencana ini adalah paling baru diterbit pada 17 Jul 2020
  • chairul (2020-05-25). "Jepun tamatkan perintah darurat, ingin rangsang ekonomi, Berita Dunia - BeritaHarian.sg". Dicapai pada 2020-07-19. Berita BM Singapura (pasca 1 Jan 2020, masih gunakan Shinzo Abe). Siap tulis Encik pula.
  • "PM Jepun peruntukan bilion bagi rantau dilanda banjir » Media Permata Online" (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-13. Dicapai pada 2020-07-19. Media Brunei (juga Shinzo Abe)

Maklum balas

@SNN95: Sila betulkan jika saya tersilap. Adakah yang dimaksudkan dengan penamaan format Meiji ialah (nama keluarga + nama diberi)? - Polar (bincang) 08:54, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

@Polar: Nama diberi + nama keluarga sepatutnya. SNN95 Talk to me, beybeh! 09:08, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]
Saya sudah letakan simpulan dan contoh. Ricky250 (bincang) 18:58, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

“Bagi nama Jepun pula, susunan nama mengikut adat nama keluarga dahulu disusuli oleh nama diri iaitu berlawanan dengan ragam barat. Contohnya, bagi nama Jeneral Yamashita Tomoyuki, nama keluarganya ialah ‘Yamashita’. Begitu juga bagi Tsuji (nama keluarga) Masanobu (nama diri).”[1]Jeluang Terluang (bincang) 10:35, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Rujukan

  1. ^ Ooi, Keat Gin (2010). The A to Z of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Maryland: Rowman & Littlefield. m/s. xxiii. ISBN 978-081-087-641-5. In the case of Japanese names, the traditional convention of the family name preceding the personal name, as against the Western mode, is adopted—for example, General Yamashita Tomoyuki where “Yamashita” is the family name; likewise, Tsuji (family name) Masanobu (personal name).
Saya tak ada masalah dengan penamaan keluarga Jepun kalau Jepun tidak ada polisi seperti Penamaan Meiji. Masalah sekarang adalah sudah banyak rencana dan juga kebiasaan menggunakan format ini secara umumnya. Masalah ini tidak terjadi dengan Penamaan Korea atau China kerana mereka tidak ada polisi seperti ini dahulu, ada pun ia hanya bertahan untuk beberapa tahun sebelum dilupuskan. Manakala Format Meiji ini bertahan sehinggalah 1 Jan 2020 (yang mana ia dikira agak terlambat untuk ditukar kepada piawai penamaan keluarga versi Asia Timur).
Dan poin penting adalah. Liputan serta carian dari rakyat belah sini juga memainkan peranan. Sudah pasti apabila laporan Haruma Miura meninggal dunia, mereka akan cari mengikut format itu berbanding Miura Haruma. Dan kalau mereka cari ikut Haruma Miura, akan dapat ke pautan Inggeris. Jadi ini menjadikan masalah kepada jumlah pembaca rencana kita.
Untuk nama keluarga Jepun, tak ada masalah, boleh saja letak (*Tulisan Jepun* Abe Shinzo) di perenggan permulaan untuk rencana. Sekadar pendapat saya untuk selesaikan masalah yang boleh jadi rumit di masa akan datang ini. -Ricky250 (bincang) 19:35, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Saya bersetuju dengan Jeluang Terluang. Tulis nama jepun ikut adat jepun. Hayate891 (bincang) 11:13, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Adat Jepun dikekalkan dalam perenggan pertama untuk rencana. -Ricky250 (bincang) 19:35, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Saya lebih suka nama keluarga dahulu. Kalau sesiapa yang menonton anime audio bahasa Melayu mesti lebih biasa dengan nama keluarga dahulu seperti Uzumaki Naruto berbanding Naruto Uzumaki. Mengapa pula mereka tidak menterjemahkan kepada Naruto Uzumaki pula dalam bahasa Melayu? Media tempatan guna gaya Meiji sebab memetik berita itu daripada media barat berbanding mengambil terus daripada media Jepun. -- TofeikuBincang 11:21, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Tidak semua media kita cedok dari media asing. Ada yang menulis sendiri masih menggunakan format Meiji. Rencana Astro Arena itu adalah salah satunya. Untuk dub anime, memang kadang-kadang dia pakai Meiji dan Asal, dahulu pun digunakan 'Nobita Nobi', kadang-kadang tukar ke 'Nobi Nobita', agak tidak konsisten. -Ricky250 (bincang) 19:35, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Saya bersetuju dengan cadangan Ricky250 untuk menamakan semula nama rencana biografi Jepun mengikut adat penamaan Meiji.-Fandi89 (bincang) 12:02, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Saya lebih suka menggunakan format Meiji yang lebih mudah difahami yang mana nama keluarga dan nama diri. Bukannya saya kata semua tak cakna format nama Jepun ni. Saya melihat ianya dari segi rasmi yang dipakai berbanding adat dan seperti yang dinyatakan dalam poin tu, banyak kebaikannya jika menamakan semula rencana yang tidak menggunakan format nama Meiji. Cadangan yang diusulkan oleh Ricky dan disokong oleh saya tu bukan la buang adat, cuma ikut apa yang sudah dinyatakan secara rasmi oleh Jepun sendiri. SNN95 Talk to me, beybeh! 13:46, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan cadangan Ricky250 untuk menggunakan format penamaanm Meiji dalam rencana. --Izington (bincang) 15:57, 19 Julai 2020 (UTC)[balas]

Pada pendapat saya, lebih baik jika kita ikut sistem yang diminta oleh kerajaan Jepun bagi menghormati permintaan mereka. Cara menyebut nama mereka adalah tertakluk kepada apa yang mereka aturkan, maksudnya jika mereka mahukan atau tetapkan begitu, maka itulah caranya, kerana ia bukan lagi tertakluk kepada syarat tatabahasa bahasa Melayu.
Namun, atas sebab memudahkan urusan pengguna dan penyelia Wikipedia Bahasa Melayu, saya rasa kita patut kekal dengan penggunaan Penamaan Meiji kerana untuk menukar cara penamaan ini ia akan memerlukan terlalu banyak kerja yang saya rasa kita tidak dapat buat dengan senang, dan mungkin kita terpaksa patah balik separuh jalan kerana beberapa masalah.
Penyelesaiannya adalah untuk kita menyertakan cara penamaan baharu ini di dalam kurungan selepas nama individu tersebut dalam mana-mana rencana, seperti mana kita buat dengan versi tulisan Jawi di dalam rencana yang ada. EmpAhmadK - (talk) 13:49, 21 Julai 2020 (UTC)[balas]

Daripada gaya penulisan beberapa maklumbalas di sini, nampak seperti ada yang terkeliru di antara Penamaan Meiji dan Penamaan Asal. Penamaan Meiji itu yang menggunakan susunan Nama Diberi dahulu diikuti oleh Nama Keluarga iaitu susunan biasa dalam bahasa Inggeris, dan Penamaan Asal pula yang menggunakan Nama Keluarga dahulu diikuti oleh Nama Diberi iaitu susunan dalam bahasa Jepun.
Apa yang menjadi masalah sekarang ini adalah kerana penamaan yang digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu tidak seragam, sesetengahnya menggunakan Penamaan Asal kerana itulah penamaan yang kita gunakan dalam bahasa Melayu untuk nama orang Jepun sejak dahulu kala; dan sesetengahnya menggunakan Penamaan Meiji kerana pengaruh daripada media berbahasa Inggeris dan untuk tujuan keseragaman dengan mereka kerana banyak orang berbahasa Melayu generasi baharu yang menggunakannya, juga di bawah pengaruh media bahasa Inggeris. Jika dilihat dalam pengimportan media Jepun sendiri pun, ianya juga tidak seragam disebabkan perkara yang hampir sama, mereka yang biasa dengan Penamaan Asal terus menggunakan Penamaan Asal dan mereka yang biasa dengan Penamaan Meiji terus menggunakan Penamaan Meiji. Malah dalam suatu siri anime sendiri pun boleh terjadinya penggunaan kedua-dua sistem penamaan serentak akibat pengurusan penterjemahan yang menggunakan beberapa studio yang berbeza di Malaysia yang masing-masing mempunyai prinsipnya sendiri.
Jika dilihat di pihak Jepun itu sendiri, mereka menggalakkan Penamaan Asal ketika ini, bukannya Penamaan Meiji, tetapi kebanyakan media luar Jepun masih menggunakan Penamaan Meiji. Televisyen utama di negara Jepun, NHK juga telah bertukar semula kepada Penamaan Asal untuk terbitannya dalam bahasa Inggeris menerusi NHK WORLD mulai 30 Mac 2020, setelah sekian lama menggunakan Penamaan Meiji.[1] --MNH48 (bincang) 12:37, 23 Julai 2020 (UTC)[balas]

Rujukan

  1. ^ "Style for Japanese persons' names". NHK-WORLD JAPAN. 2020-03-30. Dicapai pada 2020-07-23.

Pembetulan tajuk halaman

"UiTM Seri Iskandar" ialah nama yang sepatutnya ditulis sebagai tajuk halaman dan bukannya "UiTM Sri Iskandar". – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Darwish fitri (bs).

Sudah. — Jeluang Terluang (bincang) 10:44, 13 Ogos 2020 (UTC)[balas]

Tukar lambang RP

Memandangkan WBM ini merangkumi 3 negara, saya lihat simbol untuk templat {{Rencana pilihan}} sangat tidak sesuai. Ianya sangat keMalaysiaan.

Saya sebagai orang Malaysia, bukanlah niat saya nak untuk menjatuhkan simbol Malaysia, tapi oleh kerana WBM mewakili 3 negara, saya rasa lebih baik tukar kepada yang lebih umum dan tidak melambangkan negara-negara lain. Saya berharap yang lain memberikan respon terhadap perkara ini. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:24, 25 November 2020 (UTC)[balas]

Saya bersetuju dengan cadangan anda untuk tukar lambang Rencana Pilihan (RP).–Fandi89 (bincang) 13:31, 25 November 2020 (UTC)[balas]
Saya bersetuju untuk lamabang rencana pilihan ditukar. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 01:34, 26 November 2020 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan cadangan tersebut. ~Rfffchry (bincang) 02:30, 26 November 2020 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan cadangan untuk menukar simbol, dan mencadangkan supaya simbol yang lebih kemelayuan bagi mengangkat kebudayaan tiga negara utama Wikipedia Bahasa Melayu. - Zahirul Nukman (bincang) 09:23, 26 November 2020 (UTC)[balas]
Saya bersetuju. Terasa aneh juga benda ini terlepas dari pandangan kita setelah sekian lama, ia langsung tidak sesuai dengan imej keserantauan dan kesejagatan yang ingin ditonjolkan untuk Bahasa Melayu. - Anumengelamun (bincang) 12:06, 26 November 2020 (UTC)[balas]
Saya bersetuju.180.251.197.145 14:07, 26 November 2020 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan cadangan ini. Penukaran simbol bermaksud simbol tersebut selaras dengan wiki bahasa yang lain.2001:E68:5404:635F:5CD6:729:147C:3BB4 14:38, 26 November 2020 (UTC)[balas]
Saya juga bersetuju atas cadangan anda.Wiki Farazi (⌐■-■) bincang 14:42, 26 November 2020 (UTC)[balas]