Joe Biden: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anne4321 (bincang | sumb.)
Anne4321 (bincang | sumb.)
Baris 265: Baris 265:
{{reflist}}
{{reflist}}


== Rujukan ==
== Catatan ==
* {{citebook|title=Almanac of American Politics |last = Barone |first = Michael |author = Richard E. Cohen |year = 2005 |publisher = National Journal Group |location = Washington |isbn=0892341122}}
* {{citebook|title=Almanac of American Politics |last = Barone |first = Michael |author = Richard E. Cohen |year = 2005 |publisher = National Journal Group |location = Washington |isbn=0892341122}}
* {{citebook |title = Governing Delaware |last = Boyer |first = William W.|year = 2000 |publisher = University of Delaware Press |location = Newark, DE|isbn=0874137217}}
* {{citebook |title = Governing Delaware |last = Boyer |first = William W.|year = 2000 |publisher = University of Delaware Press |location = Newark, DE|isbn=0874137217}}

Semakan pada 09:19, 27 November 2020

Joe Biden
Potret rasmi, 2013
Presiden terpilih Amerika Syarikat
Memegang jawatan
20 Januari 2021
Naib PresidenKamala Harris (terpilih)
MenggantikanDonald Trump
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-47
Dalam jawatan
20 Januari 2009 – 20 Januari 2017
PresidenBarack Obama
Didahului olehDick Cheney
Digantikan olehMike Pence
Senator Amerika Syarikat
(Delaware)
Dalam jawatan
3 Januari 1973 – 15 Januari 2009
Didahului olehJ. Caleb Boggs
Digantikan olehTed Kaufman
Butiran peribadi
LahirJoseph Robinette Biden Jr.
(1942-11-20) 20 November 1942 (umur 81)
Scranton, Pennsylvania
Parti politikDemokrat
PasanganNeilia Hunter (k. 1966; m. 1972)
Jill Jacobs (k. 1977)
Anak-anak
Ibu bapaJoseph Robinette Biden Sr.
Catherine Eugenia Finnegan
KediamanWilmington, Delaware
Alma materUniversiti Delaware
Universiti Syracuse
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • peguam
  • penulis
AnugerahPingat Kebebasan Presiden (2017)
Tandatangan
Laman web rasmiLaman web kempen Laman web peralihan kuasa

Joseph Robinette “Joe” Biden, Jr. (IPA: [bаɪ' dɛn], lahir 20 November 1942) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat dan presiden terpilih Amerika Syarikat. Setelah mengalahkan penyandang beliau Donald Trump pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020, beliau akan mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46 pada 20 Januari 2021.[1] Seorang ahli Parti Demokrat, Biden sebelum ini memegang jawatan sebagai naib presiden dari tahun 2009 sehingga 2017. Beliau juga pernah menjadi Senator Amerika Syarikat untuk Delaware dari tahun 1973 sehingga 2009.

Biden mencuba nasibnya untuk menjadi calon presiden bagi parti Demokrat pada tahun 1988 dan 2008, tetapi tidak berjaya memenanginya. Semasa pilihan raya presiden AS 2008, Senator Barack Obama ketika itu memilihnya untuk menjadi calon naib presiden. Obama dan Biden akhirnya memenangi pilihan raya tersebut.

Setelah menamatkan penggal kedua sebagai naib presiden, Biden mula bekerja di Universiti Pennsylvania. Pada 25 April 2019, beliau melancarkan kempen presidennya untuk pilihan raya 2020. Pada 8 April 2020, Biden dipilih sebagai calon utama bagi parti Demokrat setelah Bernie Sanders menarik diri.

Awal hidup dan pendidikan

Fail:Joe Biden at Age 10.jpg
Biden pada usia 10 tahun (1953)

Joseph Robinette Biden Jr. lahir pada 20 November 1942 di St. Mary's Hospital in Scranton, Pennsylvania[2]:5 Beliau anak sulung empat adik-beradik dalam sebuah keluarga menganut mazhab Katolik;[2]:9 ibunya Catherine Eugenia "Jean" Finnegan (1917–2010), seorang keturunan Ireland banyak leluhur di Kaunti Louth[3] dan Kaunti Londonderry[4][2]:8 manakala ayahnya Joseph Robinette Biden Sr. (1915–2002)[5][6] seorang peniaga minyak kacukan Inggeris-Ireland-Perancis.[7][2]:8

Bapa Biden pada mulanya kaya tetapi mengalami beberapa masaah kewangan pada saat beliau dilahirkan. Selama beberapa tahun, keluarga itu tinggal bersama datuk dan nenek Biden. Bermula , Keluarga Biden berpindah ke Claymont, Delaware pada tahun 1953 apabila Scranton mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1950-an dan bapanya tidak mampu memperoleh pekerjaan yang stabil. Mereka tinggal selama beberapa tahun di sebuah apartmen di sana sebelum kemudian berpindah lagi ke sebuah rumah di Wilmington negeri sama; di sanalah bapa Joe kemudian menjadi jurujual kereta terpakai yang berjaya, mengekalkan gaya hidup keluarga kelas menengah.

Biden terlibat dalam sukan bola sepak sekolah tingginya di Akademi Archmwre sebagai pemain barisan depan. Beliau juga seorang pemain besbol. Seorang pelajar yang lemah namun merupakan pemimpin semula jadi, beliau ialah presiden kelas pada tahun-tahun junior dan seniornya. Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1961. Beliau mengalami masalah gagap yang ketara pada ketika itu yang berlanjutan sehingga awal dewasanya;[8] ada juga yang menyatakan bahawa kegagapannya itu telah mempengaruhi penampilan dirinya.

Semasa melanjutkan pengajian di Universiti Delaware di Newark, Biden sekali lagi bermain bola sepak dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1965 dengan jurusan dua kali dalam bidang sejarah dan sains politik serta tambahan dalam bidang bahasa Inggeris. Beliau memperoleh purata C dan menduduki tempat ke-506 daripada 688 orang di kelasnya.

Pernikahan pertama, sekolah perundangan, kerjaya awal

Biden pada tahun 1965

Pada 27 Ogos 1966, Biden menikah dengan seorang pelajar Universiti Syracuse yang bernama Neilia Hunter (1942-1972) setelah enggan menunaikan hasrat ibu bapanya untuk menikah dengan seorang Katolik Rom. Upacara pernikahan beliau diadakan di sebuah gereja Katolik di Skaneateles, New York. Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Joseph R. "Beau" Biden III (1969-2015), Robert Hunter Biden (lahir 1970) dan Naomi Christina "Amy" Biden (1971-1972).

Pada tahun 1968, Biden memperoleh Doktor Juris (J.D.) dari Universiti Kolej Perundangan Syracuse, menduduki tempat ke-76 daripada 85 orang di kelasnya. Beliau menyertai badan peguam Delaware pada tahun 1969. Semasa di sekolah, beliau menerima draf pelajar tentera pengerahan. Walau bagaimanapun, beliau akhirnya diklasifikasikan sebagai tidak tersedia untuk perkhidmatan ketenteraan kerana penyakit asma yang dihadapi.

Pada tahun 1968, Biden bekerja di sebuah firma guaman Wilmington yang diketuai oleh ahli parti Republikan tempatan yang terkenal iaitu William Prickett. Biden pernah menganggap dirinya sebagai seorang ahli parti Republikan dan beliau tidak menyukai politik perkauman konservatif Gabenor Delaware, Charles L. Terry daripada parti Demokrat. Biden menyokong ahli parti Republikan yang lebih liberal, Russell W. Peterson, yang mengalahkan Terry pada tahun 1968. Biden direkrut oleh parti Republikan tetapi beliau didaftarkan sebagai ahli bebas kerana tidak senang dengan calon presiden ketika itu, Richard Nixon.

Pada tahun 1969, Biden berkhidmat sebagai pembela umum dan kemudian di sebuah firma yang diketuai oleh seorang ahli aktif parti Demokrat. Biden kemudian dinamakan ke Forum Demokratik, sebuah kumpulan yang berusaha untuk mereformasi dan menghidupkan kembali parti negara. Beliau akhirnya didaftarkan semula sebagai ahli parti Demokrat. Beliau dan peguam lain juga membentuk sebuah firma undang-undang. Bagaimanapun, undang-undang korporat tidak menarik baginya, dan undang-undang jenayah tidak membuahkan hasil dengan baik. Beliau menambah pendapatannya dengan menguruskan hartanah.

Pada akhir tahun itu, Biden terpilih menjadi ahli majlis perbandaran di sebuah daerah Republikan di New Castle County, Delaware. Beliau ingin menjalankan platform liberal yang merangkumi sokongan untuk perumahan awam di pinggir bandar. Beliau erkhidmat di majlis perbandaran sehingga tahun 1972. Beliau juga menentang projek lebuh raya besar yang mungkin mengganggu kawasan kejiranan Wilmington.

Kempen Senat A.S. 1972

Biden pada tahun 1973

Pada tahun 1972, Biden mengalahkan penyandang jawatan senator Delaware dari parti Republikan iaitu J. Caleb Boggs. Beliau merupakan satu-satunya calon parti Demokrat yang berani mencabar Boggs. Kempennya hampir tidak mempunyai kewangan dan beliau tidak diberi peluang untuk menang. Ahli keluarganya mengurus dan mengawasi kempen tersebut yang bergantung kepada pertemuan para pengundi secara bersemuka dan kertas edaran tangan, pendekatan yang dapat dilaksanakan di Delaware. Beliau mendapat sedikit bantuan daripada AFL–CIO dan pengundi Demokrat, Patrick Caddell. Platformnya memberi tumpuan kepada penarikan diri dari Vietnam, persekitaran, hak awam, percukaian yang lebih adil, penjagaan kesihatan, dan ketidakpuasan masyarakat terhadap "politik seperti biasa". Beberapa bulan sebelum pilihan raya, Biden mengalahkan Boggs hampir tiga puluh mata peratusan, tetapi tenaganya, keluarga yang menarik, dan kemampuannya untuk berhubung dengan emosi pengundi berjaya dan beliau menang dengan 50.5 peratus undi.

Kematian isteri dan anak

Pada 18 Disember 1972, beberapa minggu selepas pilihan raya, isteri Biden dan anak perempuannya yang berusia satu tahun, Naomi terbunuh dalam kemalangan semasa keluar membeli-belah untuk sambutan Krismas di Hockessin, Delaware. Gerabak stesen Neilia dilanggar oleh sebuah trak treler ketika beliau hendak keluar dari persimpangan. Anak lelaki mereka, Beau dan Hunter selamat dari kemalangan itu dan dibawa ke hospital dalam keadaan yang baik. Beau mengalami patah kaki dan luka lain dan Hunter telah patah tulang tengkorak kecil dan mengalami kecederaan kepala yang lain. Doktor kemudian berkata kedua-dua mereka akan sembuh sepenuhnya. Biden hendak mengundurkan diri untuk menjaga mereka tetapi Ketua Majoriti Senat, Mike Mansfield memujuknya untuk tidak melakukannya.

Beberapa tahun kemudian, Biden berkata beliau terdengar bahawa pemandu trak itu dipercayai minum alkohol sebelum berlaku kemalangan. Keluarga pemandu trak itu membantah dakwaan itu dan polis tidak pernah membuktikannya. Biden kemudian meminta maaf kepada keluargnya.

Senat Amerika Syarikat (1973–2009)

Pernikahan kedua

Biden dan isteri keduanya, Jill. Bertemu pada tahun 1975 dan bernikah pada tahun 1977.

Biden mengangkat sumpah sebagai Senator pada 5 Januari 1973 di hadapan setiausaha Senat, Francis R. Valeo. Upacara angkat sumpah diadakan di Pusat Perubatan Wilmington Bahagian Delaware. Antara yang hadir ialah Beau (yang masih patah kaki akibat kemalangan) dan Hunter serta ahli keluarga lain. Pada usia 30 tahun, Biden ialah senator termuda keenam dalam sejarah A.S.

Untuk melihat keadaan anak-anaknya setiap hari, Biden berulang-alik dengan kereta api untuk ke rumahnya di Delaware dari Washington, D.C. Satu perjalanan memakan masa 90 minit. Beliau mengekalkan kebiasaan ini sepanjang 36 tahun di Senat. Tetapi, kemalangan itu telah membuat dirinya marah dan menimbulkan rasa ragu-ragu mengenai agamanya. Beliau kemudian menulis bahawa beliau "berasa Tuhan telah memainkan helah yang teruk" pada dirinya dan beliau menghadapi masalah untuk fokus pada pekerjaan.

Pada tahun 1975, Biden bertemu dengan Jill Tracy Jacobs yang berasal dari Willow Grove, Pennsylvania dan bakal menjadi guru di Delaware pada ketika itu. Mereka bertemu pada temu janji mengejut yang diatur oleh adik Biden, walaupun Biden sudah melihat fotonya di sebuah iklan untuk sebuah taman di Wilmington. Biden memberi penghargaan kepadanya dengan memperbaharui minatnya dalam politik dan kehidupan. Pada 17 Jun 1977, Biden dan Jacobs dinikahkan oleh seorang paderi Katolik di Gereja Kecil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Jill Biden memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Delaware; dua ijazah sarjana, satu dari Universiti Chester Barat dan satu lagi dari Universiti Villanova; dan doktor dalam pendidikan dari Universiti Delaware. Mereka mempunyai satu anak perempuan iaitu Ashley Blazer (lahir 1981). Ashley menjadi pekerja sosial dan staf di Jabatan Perkhidmatan untuk Kanak-kanak, Belia, dan Keluarga Delawre. Biden dan isterinya beragama Kristian Katolik dan kerap menghadiri misa di Gereja St. Joseph's on Brandywine di Greenville, Delaware.

Beau Biden menjadi Hakim Peguam Bela Tentera yang berkhidmat dalam Perang Iraq dan kemudian Peguam Negara Bahagian Delaware. Pada tahun 2015, beliau meninggal dunia akibat barah otak. Hunter Biden ialah seorang peguam dan pelobi di Washington.

Kerjaya awal di Senat

Biden bersama dengan Presiden Jimmy Carter.
Biden bersalaman dengan Presiden Ronald Reagan, 1984

Semasa kerjaya awal di Senat, Biden memfokuskan perhatian terhadap isu-isu perlindungan pengguna dan alam sekitar serta meminta tanggungjawab kerajaan yang lebih besar. Dalam satu temubual pada tahun 1974, beliau menggambarkan dirinya liberal terhadap hak sivil dan kebebasan, kebimbangan warga emas dan penjagaan kesihatan tetapi konservatif terhadap isu-isu lain, termasuk pengguguran dan pengerahan tentera.

Biden menjadi anggota minoriti peringkat Jawatankuasa Kehakiman Senat pada tahun 1981. Pada tahun 1984, beliau ialah pengurus Demokrat kerana berjaya meluluskan Akta Kawalan Jenayah Komprehensif; lama-kelamaan, peruntukan undang-undang yang keras terhadap jenayah menjadi kontroversi dan pada tahun 2019, Biden menyebut peranannya dalam meluluskan rang undang-undang itu sebagai "kesalahan besar". Penyokongnya memujinya kerana mengubah beberapa peruntukan terburuk undang-undang dan itu merupakan pencapaian perundangan terpentingnya pada masa itu. Beliau mendapat perhatian untuk ucapan yang beliau berikan pada tahun itu yang secara serentak memarahi dan mendorong parti Demokrat.

Pada tahun 1993, Biden memilih peruntukan yang menganggap homoseksual tidak sesuai dengan kehidupan ketenteraan, sehingga melarang gay untuk berkhidmat dalam angkatan bersenjata. Pada tahun 1996, beliau memilih Akta Pertahanan Perkahwinan, yang melarang kerajaan persekutuan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis, dengan itu melarang individu dalam perkahwinan tersebut mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang persekutuan dan membenarkan negeri-negeri melakukan perkara yang sama. Pada tahun 2015, tindakan itu dianggap tidak berperlembagaan dalam Obergefell lwn Hodges.

Setelah 10 tahun berada di Senat, Biden memberi tumpuan kepada kawalan senjata. Setelah Kongres gagal meratifikasi Perjanjian SALT II yang ditandatangani pada tahun 1979 oleh perdana menteri Soviet, Leonid Brezhnev dan Presiden Jimmy Carter, Biden bertemu dengan Menteri Luar Soviet, Andrei Gromyko untuk menyuarakan kebimbangan Amerika serta mendapatkan perubahan yang menangani bantahan Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri Senat. Ketika pentadbiran Reagan ingin menafsirkan perjanjian SALT 1972 I secara longgar untuk membenarkan pengembangan Inisiatif Pertahanan Strategik, Biden berhujah untuk mematuhi perjanjian itu dengan ketat. Beliau mendapat perhatian besar ketika dia membebaskan Setiausaha Negara, George Shultz pada sidang Senat atas sokongan pemerintahan Reagan terhadap Afrika Selatan walaupun polisi apartheid berlanjutan.

Kempen presiden 1988

Biden pada tahun 1987

Biden secara rasmi mengumumkan pencalonannya untuk sebagai calon presiden Demokrat 1988 pada 9 Jun 1987. Beliau dianggap calon yang kuat kerana gayanya yang sederhana, kemampuan berpetah, profil tinggi sebagai ketua Jawatankuasa Kehakiman Senat. Beliau akan menjadi orang kedua termuda yang terpilih sebagai presiden setelah John F. Kennedy.

Menjelang bulan Ogos, kempennya menjadi keliru kerana persaingan staf, dan pada bulan September, beliau dituduh melakukan memplagiat ucapan pemimpin Parti Buruh Britain, Neil Kinnock. Pidato Biden mempunyai isi yang sama tentang menjadi orang pertama dalam keluarganya yang melanjutkan pengajian ke universiti. Biden telah memberi penghargaan kepada Kinnock pada majlis sebelumnya, tetapi tidak pada dua majlis pada akhir bulan Ogos. Pada awal tahun itu, beliau juga telah menggunakan petikan daripada ucapan tahun 1967 oleh Robert F. Kennedy dan ungkapan pendek dari ucapan angkat sumpah John F. Kennedy; dua tahun sebelumnya BIden telah menggunakan petikan tahun 1976 oleh Hubert Humphrey. Biden membalas balik kritikan terhadapnya, megatakan bahawa ahli politik sering meminjam ucapan antara satu sama lain tanpa memberi penghargaan. Salah satu pesaingnya untuk pencalonan, Jesse Jackson turut menggunakan ucapan yang sama oleh Humphrey yang juga digunakan oleh Biden.

Beliau juga membuat beberapa dakwaan palsu atau berlebihan mengenai kehidupan awalnya: bahawa beliau telah memperoleh tiga ijazah di kolej, bahawa beliau telah menghadiri sekolah perundangan dengan biasiswa penuh, bahawa beliau telah lulus pada kedudukan separuh teratas kelasnya dan bahawa beliau telah memperjuangkan gerakan hak sivil. Pada 23 September 1987, Biden menarik diri dan menghentikan kempennya.

Pembedahan otak

Pada bulan Februari 1988, setelah mengalami kesakitan leher yang semakin parah, Biden dikejarkan ke Pusat Perubatan Tentera Darat Walter Reed untuk pembedahan untuk membetulkan intrakranial aneurisma otak yang bocor. Semasa sembuh, beliau menderita embolisme peparu, komplikasi serius.

Setelah aneurisme kedua dibetulkan pada bulan Mei, Biden menjauhkan diri dari Senat selama tujuh bulan.

Dalam pilihan raya presiden 2008

Biden secara rasmi dicalonkan mewakili Parti Demokrat sebagai calon Naib Presiden pada 27 Ogos 2008 di Sidang Kebangsaan Parti Demokrat Denver.[9]

Pada 4 November 2008, Obama dan Biden berjaya memenangi pilihan raya[10] menewaskan gandingan John McCain-Sarah Palin sebanyak 192 undian[11] serta 53% undian popular.[12] Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-47 pada tengah hari tanggal 20 Januari 2009.[13]

Sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat

Tempoh renggang

Dalam pilihan raya presiden 2020

Beliau melancarkan kempennya pada 25 April 2019[14] dengan Philadelphia sebagai markas utama kempen.[15]

Beliau bersaing kuat khususnya dengan Bernie Sanders yang utuh momentumnya di mana Biden berjaya di peringkat primer dalam 18 daripada 26 pilihan raya termasuk Alabama, Arkansas, Maine, Massachusetts, Minnesota, North Carolina, Oklahoma, Tennessee, Texas, and Virginia;[16] lagi-lagi dengan turunnya saingan lain sama parti seperti Elizabeth Warren dan Mike Bloomberg di mana beliau mendahului Sanders di empat negeri - Idaho, Michigan, Mississippi, and Missouri - pada 10 Mac.[17]

Pada 8 April 2020, Bernie Sanders mengumumkan keputusan menggantung kempennya selepas mempertimbangkan situasi genting yang melanda A.S susulan wabak COVID-19;[18] Biden secara automatiknya menjadi calon utama Parti Demokrat.[19] Sanders memberikan sokongan penuh kepada Biden pada 13 April,[20] Barack Obama menyusuli keesokan harinya.[21]

Beliau memilih Senator Kamala Harris dari California sebagai timbalannya pada 11 Ogos - Biden ada mengatur pelantikan Timbalan Presiden dalam kalangan kaum wanita pada Mac tahun sama.[22] Biden disahkan sebagai calon utama di Sidang Kebangsaan Parti Demokrat seminggu kemudian pada 18 Ogos.[23][24][25]

Keputusan pilihan raya

Tahun Jawatan Parti Jumlah undi untuk Biden % Penentang Parti Jumlah undi %
1970 Ahli Majlis Perbandaran Green tickY Demokrat 10,573 55% Lawrence T. Messick Republikan 8,192 43%
1972 Senator A.S. Green tickY Demokrat 116,006 50% J. Caleb Boggs Republikan 112,844 49%
1978 Green tickY Demokrat 93,930 58% James H. Baxter Jr. Republikan 66,479 41%
1984 Green tickY Demokrat 147,831 60% John M. Burris Republikan 98,101 40%
1990 Green tickY Demokrat 112,918 63% M. Jane Brady Republikan 64,554 36%
1996 Green tickY Demokrat 165,465 60% Raymond J. Clatworthy Republikan 105,088 38%
2002 Green tickY Demokrat 135,253 58% Raymond J. Clatworthy Republikan 94,793 41%
2008 Green tickY Demokrat 257,484 65% Christine O'Donnell Republikan 140,584 35%
2008 Naib Presiden Green tickY Demokrat 69,498,516
365 undi elektoral (270 diperlukan)
53% Sarah Palin Republikan 59,948,323
173 undi elektoral
46%
2012 Green tickY Demokrat 65,915,795
332 undi elektoral (270 diperlukan)
51% Paul Ryan Republikan 60,933,504
206 undi elektoral
47%
2020 Presiden Green tickY Demokrat >80,000,000; 306 undi elektoral dijangka (270 diperlukan) TBA Donald Trump Republikan >73,000,000; 232 undi elektoral dijangka TBA

Rujukan

  1. ^ Leong, Isabelle (8 November 2020). "AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46". Astro Awani. Dicapai pada 8 November 2020.
  2. ^ a b c d Witcover, Jules (2010). Joe Biden: A Life of Trial and Redemption. New York City: William Morrow. ISBN 978-0-06-179198-7.
  3. ^ Smolenyak, Megan (July 2, 2012). "Joe Biden's Irish Roots". Huffington Post. Dicapai pada December 6, 2012.
  4. ^ "Number two Biden has a history over Irish debate". The Belfast Telegraph. November 9, 2008. Dicapai pada January 22, 2008.
  5. ^ Chase, Randall (January 9, 2010). "Vice President Biden's mother, Jean, dies at 92". WITN-TV. Associated Press.
  6. ^ "Joseph Biden Sr., 86, father of the senator". The Baltimore Sun. September 3, 2002. Dicapai pada April 15, 2020.
  7. ^ Smolenyak, Megan (April–May 2013). "Joey From Scranton—Vice President Biden's Irish Roots". Irish America. Dicapai pada April 15, 2020.
  8. ^ Biden, Joseph R., Jr. (July 9, 2009). "Letter to National Stuttering Association chairman" (PDF). National Stuttering Association. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada July 28, 2011. Dicapai pada December 9, 2010.
  9. ^ Gray, Alan (August 29, 2008). "Democrats Formally Nominate Barack Obama for U.S. Presidency". NewsBlaze.
  10. ^ "Barack Obama wins presidential election". CNN. November 4, 2008. Dicapai pada November 5, 2008.
  11. ^ Franke-Ruta, Garance (November 19, 2008). "McCain Takes Missouri". The Washington Post. Dicapai pada November 19, 2008.
  12. ^ "President—Election Center 2008". CNN. Dicapai pada November 19, 2008.
  13. ^ "In culminating moment, Biden is vice president". OregonLive.com. Associated Press. January 20, 2009. Dicapai pada July 27, 2016.
  14. ^ Scherer, Michael; Wagner, John (April 25, 2019). "Former vice president Joe Biden jumps into White House race". The Washington Post. Dicapai pada April 25, 2019.
  15. ^ Tamari, Jonathan (May 16, 2019). "Joe Biden chooses Philadelphia for 2020 presidential campaign headquarters". The Philadelphia Inquirer. Dicapai pada May 17, 2019.
  16. ^ Montanaro, Domenico. "5 Takeaways From Super Tuesday And Joe Biden's Big Night". NPR.
  17. ^ "5 takeaways as Biden takes command of Democratic race on Super Tuesday II". CNN. March 11, 2020. Dicapai pada March 11, 2020.
  18. ^ Ember, Sydney (April 8, 2020). "Bernie Sanders Drops Out of 2020 Democratic Race for President". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada April 8, 2020.
  19. ^ Ember, Sydney (April 8, 2020). "Bernie Sanders Drops Out of 2020 Democratic Race for President". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada April 8, 2020.
  20. ^ Ember, Sydney; Glueck, Katie (April 13, 2020). "Bernie Sanders Endorses Joe Biden for President". The New York Times. Dicapai pada April 13, 2020.
  21. ^ Merica, Dan (April 14, 2020). "Obama endorses Biden for president in video message". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 14, 2020.
  22. ^ "Joe Biden commits to picking a woman as his running mate". Axios. March 16, 2020. Dicapai pada May 3, 2020.
  23. ^ "DNC Nominates Joe Biden to Lead Nation Through Pandemic". The Wall Street Journal. August 18, 2020. Dicapai pada August 19, 2020.
  24. ^ "Joe Biden officially becomes the Democratic Party's nominee on convention's second night". The Washington Post. August 19, 2020. Dicapai pada August 19, 2020.
  25. ^ Schultz, Marisa (August 18, 2020). "Democrats formally nominate Joe Biden for president in virtual roll call". Fox News. Dicapai pada August 19, 2020.

Catatan

  • Barone, Michael (2005). Almanac of American Politics. Washington: National Journal Group. ISBN 0892341122. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)
  • Boyer, William W. (2000). Governing Delaware. Newark, DE: University of Delaware Press. ISBN 0874137217.
  • Cohen, Celia (2002). Only in Delaware, Politics and Politicians in the First State. Newark, DE: Grapevine Publishing. ISBN B0006S3PP8 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  • Peirce, Neil R. (1977). Mid-Atlantic States of America. New York: W.W. Norton & Co. ISBN 0393055418. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)

Pautan luar

Rasmi

Media