Mus May: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Album solo: Pembetulan info
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Kemaskini.
Baris 35: Baris 35:
Ketika Mus kelihatan terumbang-ambing dalam industri muzik ini beliau telah ditawarkan untuk menyertai [[Kumpulan Wings, Malaysia|kumpulan Wings]]. Ekoran dari [[Awie]] meninggalkan kumpulan Wings dan ketidakstabilan vokalis Wings ketika itu iaitu Mel, Black (Wings) yang pernah bersama Mus ketika di dalam Kumpulan Strangers dahulu telah mengusulkan cadangan kepada Joe (Wings) untuk mengambil Mus sebagai penyanyi Wings yang baharu.
Ketika Mus kelihatan terumbang-ambing dalam industri muzik ini beliau telah ditawarkan untuk menyertai [[Kumpulan Wings, Malaysia|kumpulan Wings]]. Ekoran dari [[Awie]] meninggalkan kumpulan Wings dan ketidakstabilan vokalis Wings ketika itu iaitu Mel, Black (Wings) yang pernah bersama Mus ketika di dalam Kumpulan Strangers dahulu telah mengusulkan cadangan kepada Joe (Wings) untuk mengambil Mus sebagai penyanyi Wings yang baharu.


Lagu"Biru Mata Hitamku" telah berjaya mengekalkan kepopularitian kumpulan Wings. Tidak lama selepas itu Mus kembali menganggotai kumpulan May setelah Awie kembali menyertai Wings.
Lagu "Biru Mata Hitamku" telah berjaya mengekalkan kepopularitian kumpulan Wings. Tidak lama selepas itu Mus kembali menganggotai kumpulan May setelah Awie kembali menyertai Wings.

===''Gegar Vaganza 2020''===
{{See also|Gegar Vaganza (musim 7)}}
Mus ialah salah seorang daripada 14 peserta ''[[Gegar Vaganza]]'' [[Gegar Vaganza (musim 7)|musim ketujuh]] antara lain turut disertai oleh [[Yantzen]], [[Rozita Izlyn]], [[Cliff Umar]] dan [[Ashira]].


==Diskografi==
==Diskografi==

Semakan pada 04:48, 9 Disember 2020

Mus May
Latar belakang
Nama lahirMustaffa bin Din
Juga dikenali sebagai
Mus
Kelahiran (1968-05-10) 10 Mei 1968 (umur 55)
Ipoh, Perak, Malaysia
GenreRock, Balada
PekerjaanPenyanyi, Pencipta lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif1985–kini
Pengkarya berkait
May, Wings

Mustaffa Din (lahir 10 Mei 1968), juga dikenali sebagai Mus May merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai vokalis rock, May dan Wings.[2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan pada 10 Mei 1968 dan berasal dari Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Ipoh, Perak pada sekitar tahun 1985 beliau dan rakannya telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik rock yang bernama Green Agnour. Bakat nyanyian beliau mula dikesan oleh Mohamad Saarip bin Yaakob (Man) kini pemain dram May lalu menubuhkan kumpulan May ini pada bulan Mei 1985.

Bersempena dengan penubuhan kumpulan ini pada bulan Mei mereka telah bersepakat untuk menamakan kumpulan mereka dengan nama May. Lalu mereka menggunakan nama samaran yang mana semua bermula dengan huruf M, huruf A dan huruf Y. (Mus, Man, Abu dan Yus).

Pada April 1986 mereka telah menyertai pertandingan kumpulan muzik Juara Rock Perak dan mereka telah menjadi juara pertandingan itu. Lalu mereka terpilih untuk ke pertandingan Juara Rock Malaysia dan mereka mendapat tempat pertama manakala Mus memenangi kategori penyanyi terbaik. Selepas itu pada tahun 1987 mereka telah ditawarkan untuk merakamkan album.

Pada tahun 1992 kumpulan May kehilangan penyanyi lantaran penyanyi utamanya Mus telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan ini. Mus telah menyertai kumpulan Strangers yang mana kumpulan ini ditubuhkan hasil dari perpecahan kumpulan rock yang lain. Lagu "Bukit Sunyi" mula diputarkan di corong radio namun album ini kurang mendapat sambutan.

Semangat pejuangan Mus dalam bidang muzik ini diteruskan sebagai penyanyi solo dan sempat merakamkan sebuah album pada tahun 1993. Namun album ini kurang mendapat sambutan kerana konsep album ini telah berubah bukan seperti konsep Mus ketika bersama Kumpulan May dahulu.

Ketika Mus kelihatan terumbang-ambing dalam industri muzik ini beliau telah ditawarkan untuk menyertai kumpulan Wings. Ekoran dari Awie meninggalkan kumpulan Wings dan ketidakstabilan vokalis Wings ketika itu iaitu Mel, Black (Wings) yang pernah bersama Mus ketika di dalam Kumpulan Strangers dahulu telah mengusulkan cadangan kepada Joe (Wings) untuk mengambil Mus sebagai penyanyi Wings yang baharu.

Lagu "Biru Mata Hitamku" telah berjaya mengekalkan kepopularitian kumpulan Wings. Tidak lama selepas itu Mus kembali menganggotai kumpulan May setelah Awie kembali menyertai Wings.

Gegar Vaganza 2020

Mus ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh antara lain turut disertai oleh Yantzen, Rozita Izlyn, Cliff Umar dan Ashira.

Diskografi

Album bersama May

  1. Juara-Juara Rock 1, 2 & 3 - Pelbagai Artis (1987)
  2. Dilema (1988)
  3. Hakikat (1989)
  4. Rahsia (1990)
  5. Strategi (1991)
  6. Sinar (2003)
  7. Otai Jamm!!! (2004)
  8. Live & Unplugged at Planet '05 (2005)
  9. Otai Jamm 2 (2006)
  10. Rock Klasik (2008)

Album solo

  1. Gemilang (1993)
  2. Optimis (2008)
  3. Akustika Istmewa (1995)

Album bersama Strangers

  1. Strangers (1992)

Album bersama Wings

  1. Biru Mata Hitamku (1996)
  2. Puisi Aidilfitri (1996)
  3. Masterpiece JS Kevin & Wings (1997)
  4. Double Trouble 2, bersama Search (1998)
  5. Mencari Asal Usul (1998)
  6. Best Of Wings 2 (1999)
  7. Mr. Barbarik (2000)

Album lain

  1. Semangat Zaman (2005) - bersama Aris Ariwatan, Rahim MaarofJoey Bumiputra RockersYantzen dan Nash

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Man Sewel Datang KL Penampilan Khas
2018 Hantu Kak Limah 3 Bapak Bunian Penampilan Khas

Anugerah

  • Penyanyi Terbaik, Pertandingan Juara Rock Malaysia (1986)
  • Juara Pertandingan Juara Rock Perak (April 1986)
  • Juara Pertandingan Juara Rock Malaysia (November 1986)
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Empat, album Hakikat terjual melebihi 200,000 unit di Malaysia (1990)
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Rahsia terjual melebihi 160,000 unit di Malaysia (1991)
  • Album Hard Rock Terbaik, penerbit Bong, album Sinar, Anugerah Industri Muzik ke-11 (2004)
  • Album Hard Rock Terbaik, penerbit Johan Aziz, album Otai Jamm!!!, *Anugerah Industri Muzik ke-12 (2005)

Lagu ciptaan

  • Dari kaca mata (bersama May)
  • Hakikat pejuangan (bersama May)
  • Sinar

Rujukan

  1. ^ Qarami Hashim (11 September 2018). "Dah 50 tahun tak boleh terlalu lincah" - Mus May mStar Online. Dicapai pada 20 November 2018.
  2. ^ Azlina Mazli (2 4 Julai 2019). Mus bukan lagi vokalis May mStar Online. Dicapai pada 20 November 2019.

Pautan luar