Sardon Jubir: Perbezaan antara semakan
Arthur Hirai (bincang | sumb.) Tambah kandungan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Arthur Hirai (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 2: | Baris 2: | ||
| honorific-prefix = [[Darjah kebesaran Melayu|Yang Amat Berbahagia Tun]] |
| honorific-prefix = [[Darjah kebesaran Melayu|Yang Amat Berbahagia Tun]] |
||
|name = Sardon Jubir |
|name = Sardon Jubir |
||
|honorific-suffix = <small>[[Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara|SMN]], [[Panglima Mangku Negara|PMN]]; DUPN (PP); SPMJ ( |
|honorific-suffix = <small>[[Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara|SMN]], [[Panglima Mangku Negara|PMN]]; [[Darjah kebesaran negeri Pulau Pinang|DUPN]] (PP); [[Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia|SPMJ]] (Johor); [[Darjah kebesaran negeri Kelantan|SPMK]] (Kelantan); [[Pingat Peringatan Malaysia - Emas |PPM]]</small> |
||
|image = |
|image = |
||
|order = [[Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang]] ke-4 |
|order = [[Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang]] ke-4 |
Semakan pada 12:10, 23 Disember 2020
Sardon Jubir | |
---|---|
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-4 | |
Dalam jawatan 2 Februari 1975 – 30 April 1981 | |
Didahului oleh | Syed Sheh Hassan Barakbah |
Digantikan oleh | Awang Hassan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rengit, Johor, British Malaya | 19 Mac 1917
Meninggal dunia | 14 Disember 1985 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 79)
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tun Sardon Haji Jubir (19 Mac 1917 - 14 Disember 1985) merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1975 - 1981. Tun Sardon juga pernah menjadi Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975.
Kehidupan awal
Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat Johor,beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan , Mukim Sungai Kluang dan Victorian English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Institute pada tahun 1932.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.
Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957. Beliau digantikan oleh Syed Kamaruddin Syed Bahaldin yang berkhidmat dari tahun 1964 - 1965.
Politik
Beliau menang di kawasan Pontian Utara dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969. Selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan. Ketika itu beliau telah bergelar Tan Sri Haji Sardon Haji Jubir, PMN.
Jawatan
Antara jawatan yang pernah disandang :
- 1948 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
- 1951 Ketua Pemuda UMNO
- 1957 Menteri Kerjaraya, Telekom & Pos.
- 1959 - 1968 Menteri Pengangkutan.
- 1967 Timbalan Presiden UMNO.
- 1969 Menteri Kesihatan.
- 1972 - 1974 Menteri Pengangkutan.
- 1972 Menteri Komunikasi.
- 1974 Wakil Tetap Malaysia Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- 1975 - 1981 Dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Anugerah
- 1958 Anugerah "The Memorial Magsaysay Award".
- 1970 Anugerah "Gold Medal", anugerah tertinggi untuk pengakap di Korea Selatan.
- 1971 Anugerah King's Gold Medal for Scouts oleh Raja Thailand.
- 1972 Anugerah Bintang Seri Paduka Mahkota Kelantan.
- 1972 Anugerah Bintang Seri Paduka Mahkota Johor membawa gelaran "Datuk".
- 1974 Anugerah the "Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George" oleh Queen Elizabeth II.
- 1976 Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
- 1976 Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri".
Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau
Tokoh Pengakap
Sardon menjadi Ketua Pengakap Negara dari 1963-1973.Antara sumbangan beliau ialah mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968).Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 1964 . Jambori Pengakap Malaysia pertama diadakan pada 1966.
Sardon menerima "Pingat Emas" dari Pengakap Korea Selatan dan "Pingat Emas Raja" dari Pengakap Thailand. Kem Pengakap Sardon Jubir di Balakong,Selangor telah dibina bagi mengenang jasa beliau.[1]
Meninggal dunia
Tun Sardon meninggal dunia pada tahun 14 Disember 1985 dan dimakamkan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.
Rujukan
Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Presiden Majlis Belia Malaysia 1958–1961 |
Penyandang Kemudian |
Syed Hashim Abdullah |
Syed Kamaruddin Syed Bahaldin |