Zack Kool: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Baris 47: Baris 47:
* ''[[Kerana Sarah]]'' (2013) sebagai Datuk Ishak
* ''[[Kerana Sarah]]'' (2013) sebagai Datuk Ishak
* ''[[Memori Cinta Suraya]]'' (2015) sebagai Ustaz Firman
* ''[[Memori Cinta Suraya]]'' (2015) sebagai Ustaz Firman
* ''[[Jasmine (drama)|Jasmine]]'' (2016) sebagai Datuk Iskandar
* ''[[Jasmine (drama)|Jasmine]]'' (2016) sebagai Tuan Iskandar
* ''[[Dendam Aurora]]'' (2017) sebagai Dr Azam
* ''[[Dendam Aurora]]'' (2017) sebagai Dr Azam
* ''[[Kenyalang I'm In Love]]'' (2018)
* ''[[Kenyalang I'm In Love]]'' (2018) sebagai Tuan Kamal


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 04:45, 24 Disember 2020

Zack Kool
Kelahiran
Zulkifli bin Mohamad

(1969-08-01) 1 Ogos 1969 (umur 54)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1990–kini
PasanganNur Ziyani Mohd Jilani
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenrePop, hip hop, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Kool

Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool (lahir 1 Ogos 1969) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan boyband Kool.

Kerjaya

Zack merupakan salah seorang daripada kumpulan Kool yang mencapai kemasyhuran pada dekad 1990-an. Ahli lain kumpulan ini termasuk Hairee, Jay dan Riot. Kool telah menerbitkan 3 album studio dan sejak itu kesemua ahli kumpulan ini terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing.

Zack juga ialah Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sehingga Januari 2019. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi tiga filem dan puluhan drama. Antara kredit lakonannya termasuk GK3 The Movie, Lagenda Budak Setan 2: Katerina dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

Apabila Kool menjadi peserta Gegar Vaganza musim ke-6, Zack mengumumkan telah meninggalkan kumpulan itu sambil mengatakan beliau ingin mendalami ilmu agama termasuk menyertai tabligh.[1][2] Zack turut berkata seorang lagi ahli, Jay juga tidak lagi bersama Kool, meninggalkan dua ahli asal Hairie dan Riot meneruskan perjuangan dalam kumpulan itu.[3]

Kehidupan peribadi

Zack berkahwin dengan Nur Ziyani Mohd Jalani dan dikurniakan 3 anak.[4] Pada 26 Disember 2016, Zack sekeluarga terselamat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka. Kejadian itu berlaku di Air Paabas pada jam 6:30 petang ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.[5]

Diskografi

Kool

  • KOOL (1995)
  • Fantasi (1997)
  • Satu Arah (1998)

Filemografi

Filem

Televisyen

Rujukan

  1. ^ Amri Hassan (17 Oktober 2019). ""Keluar kumpulan tahun lepas" - Zack Kool sertai tabligh, tolak GV2019 cara baik". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  2. ^ "Zack tinggal Kool sertai tabligh". Harian Metro. 15 Oktober 2019. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  3. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Noor (14 Oktober 2019). "Saya mahu berkarya melalui cara islamik - Zack". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 November 2017). "Isteri Zack Kool kemalangan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2018.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Disember 2016). "Kami sekeluarga selamat". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2017.

Pautan luar