Jamal Abdillah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 160: Baris 160:
|
|
|-
|-
|2016
| rowspan="2"|2016
| ''Konsert 2 Dimensi''
| ''Konsert 2 Dimensi''
| Dirinya sendiri
| Dirinya sendiri
| Bersama [[M. Nasir|Dato' M. Nasir]]
| Bersama [[M. Nasir|Dato' M. Nasir]]
|-
| ''(Akademi Fantasia (musim 13)|Akademi Fantasia 2016)''
| Juri tetap
| [[Astro Ria]]
|
|-
|-
|2017
|2017

Semakan pada 08:37, 26 Disember 2020

Yang Hormat Dato'

Jamal Abdillah

DIMP (Pahang)
Jamal Abdillah sewaktu Juara Lagu ke-23
Kelahiran
Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali

(1959-05-07) 7 Mei 1959 (umur 64)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1979–kini
PangkatRaja Pop Malaysia
PasanganBasariah Abdul Latif (cerai)
Noraina Mohd Yusof (cerai)
Fatimatuzahra Abdul Samad (cerai)
Datin Zai Izzati Khiruddin (k. 2017)[1]
Anak-anak
Ibu bapaHaji Mohd Ali Hussein (bapa)
Noraziah Abdul Rashid (ibu)
SaudaraJamilul Hayat Ali (adik)
Helmi Hussaini Ali (adik)
Ahmad Tihami Ali (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1979–kini
Syarikat rakaman
EMI, Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Ahmad Nawab, Rahmat Zaki, M.Nasir, Habsah Hassan, Juwie, S. Amin Shahab, Fauzi Marzuki

Yang Hormat Dato' Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali ataupun lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah (lahir 7 Mei 1959) merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris. Beliau mula dikenali ramai di Malaysia setelah muncul sebagai juara di dalam pertandingan Bintang RTM 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak setelah menyanyikan lagu-lagu popular seperti Perpisahan Tanpa Relamu, Derita Cinta, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Kau Lupa Janji, Cinta Yang Terbiar, Kekasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu dan banyak lagi. Beliau membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal Dan Akhir.

Kehidupan awal

Beliau merupakan anak sulung daripada keluarga yang seramai tujuh adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di negara Brunei Darussalam. Beliau kemudiannya mengikuti bapanya pulang ke Malaysia dan menyambung persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Bapa beliau telah ditugaskan kembali ke Brunei Darussalam dan beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di sana. Bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Adiknya, Helmi Hussaini Ali kini bekerja sepenuh masa dalam bidang lakonan.

Kerjaya

Pada tahun 1973, beliau telah menjadi juara di dalam Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam termasuk sembilan pertandingan nyanyian yang lain termasuk 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beroleh gelaran juara. Bakatnya akhirnya dipersembahkan keseluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara ketika itu, Bintang RTM sekaligus bergelar juara dan dilamar syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) ketika berusia 20 tahun. Persembahan beliau dengan lagu hits Kumpulan Alleycats berjudul "Senandung Semalam" begitu memukau hingga kembali mempopularkan lagu tersebut.

Setelah merakam empat buah album pop bersama komposer terkenal Ahmad Nawab, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau. Ketika itu kemunculannya sebaris dengan penyanyi seangkatan seperti Sudirman Arshad, Aman Shah, Rahim Maarof, M. Nasir dan Shidee. Populariti beliau meningkat lagi apabila beliau mula mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem Azura keluaran Sabah Filem pada tahun 1984. Kemunculan beliau dalam filem itu telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi adalah filem Adik Manja sebanyak RM 3.5 Juta..

Pun begitu, Jamal sering menimbulkan kontroversi di arena hiburan tanahair. Setiap perkembangan beliau diikuti dengan terperinci oleh peminat-peminat beliau dan seringkali menjadi "headline" di akhbar-akhbar harian dan mingguan tanahair. Pada tahun 1985 Jamal sekali lagi mencetuskan isu hangat apabila beliau menegaskan yang beliau akan keluar WEA dan sekaligus meninggalkan Ahmad Nawab yang banyak membimbing beliau sebagai penyanyi. Ketegasan beliau bukanlah ibarat kacang lupakan kulit tetapi inginkan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin karier beliau sebagai penyanyi. Di tengah-tengah isu Jamal Abdillah sedang hangat diperkatakan, beliau muncul dengan album seterusnya iaitu Mati Hidup Semula setelah menyertai semula WEA. Kelahiran album ini berjaya meletakkan nama Jamal sebagai penyanyi paling popular di Malaysia. Album tersebut menampakkan kematangan suara Jamal dan banyak terdapat perbezaan dari segi susunan muzik dan penyampaian. Pembaharuan ini telah diselaraskan oleh penerbit S. Atan dengan bantuan penerbitan oleh Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, Adnan Abu Hassan, S.Shahlan, Fauzi Marzuki dan Azmi Hamzah. Jamal juga buat pertama kalinya telah mencipta sekaligus menulis lirik untuk lagu yang dijadikan judul album ini iaitu Mati Hidup Semula. Jamal menegaskan beliau mendapat ilham untuk mencipta lagu tersebut semasa menghadapi masalah di Sarawak. Ketika ini juga Jamal mendirikan rumahtangga bersama usahawan Basariah Latiff. Namun, kontroversi sekali lagi menghimpit beliau apabila dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini nyata menjejaskan rumahtangga beliau yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun.

Ramai peminat Jamal yang mahukan beliau menyanyikan kembali lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab. Bagi tidak menghampakan peminat-peminat beliau, sekali lagi Ahmad Nawab diberi penghormatan menerbitkan album Jamal yang kelapan berjudul Sepi Seorang Perindu. Setahun kemudian,Seniman Menangis lahir hasil sentuhan komposer yang sama. Selain Ahmad Nawab, M. Nasir, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan & Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah) juga pernah menerbitkan album-album beliau sepanjang era 90an. Ternyata bakat semulajadi Jamal terserlah kerana beliau adalah seorang penyanyi serba boleh yang mampu menyampaikan lagu ciptaan sesiapa saja selagi bersesuaian dengan suara beliau.

Sementara itu bakat lakonan Jamal tidak dilupakan, kehilangan beliau dari layar perak selepas kejayaan filem Azura ditunggu-tunggu. Lalu, dengan berbekalkan semangat, dorongan serta permintaan ramai yang inginkan beliau berlakon lagi, maka pada tahun 1989 Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem Tuah keluaran RJ Film Production milik Hajjah Rosnani Jamil. Sekali lagi Jamal menunjukkan lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat.Filem-filem lain lakonan beliau adalah Sejati (1991), Kekasih Awal Dan Akhir (1993), Suratan Kasih (1996) & Ghazal Untuk Rabiah (1997). Semua filem lakonan beliau mencatat kutipan box-office terutamanya filem Kekasih Awal Dan Akhir bersama Sofia Jane yang memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair,Brunei serta Singapura. Namun begitu boleh dikatakan Jamal lebih cenderung ke arah bidang muzik dan tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaan.

Jamal pernah meraih gelaran Vokalis Lelaki Terbaik sebanyak dua kali oleh Anugerah Industri Muzik serta pernah juga memenangi trofi Penyanyi Lelaki Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Nama beliau kini sebaris dengan nama-nama besar tanah air .

Kehidupan peribadi

Perkahwinan pertama Jamal ialah dengan Basariah Abdul Latif pada 1988 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Selepas bercerai dengan Basariah pada tahun 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra Samad pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Jamal tiba-tiba melafazkan cerai ketika berada di dalam kereta pada 15 Mei 2007.

Jamal didakwa telah mengugut menerusi SMS kepada Fatimatuzahra Samad , 26 daripada nombor 013-3088080 ke nombor 017-3887258 pada pukul 7:44 pagi 30 April 2007. Ugutan SMS itu berbunyi "Tunggu dan lihat apa akan terjadi." Kes dibicarakan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pada 30 Ogos 2008, Fatimatuzahra telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini yang mengandungi penjelasan kepada laporan polis pertama .

Pada 23 April dan 3 September 2008 Fatimatuzahra telah menghantar dua pucuk surat kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Selangor untuk memohon supaya pertuduhan terhadap Jamal ditarik balik. Dalam perbicaraan perceraian dan ugutan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 10 Jun 2009 , Jamal Abdillah tidak hadir.Peguam beliau ialah Datuk Mohd. Taqiyuddin Yahya. turut hadir ialah isteri Jamal iaitu Fatimatuzahra Samat, penjamin Ismail Mohd. Zaki dan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim.Di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 11 Mei 2009, Jamal hadir.[2]

Pada 1 April 2017, beliau telah bernikah dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinan beliau kali keempat.[3]

Diskografi

Album studio

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1980 Toyol Penyanyi Filem pertama, penampilan istimewa
1984 Azura Zack / Zakaria
1988 Tuah Hang Tuah / ASP Sazali
1991 Sejati Bani
1993 Kekasih Awal Dan Akhir Yusman
1996 Suratan Kasih Sunny / Said Helmi
1997 Ghazal Untuk Rabiah Jamal / Salman

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 Jenakarama Dirinya sendiri TV1 Pelakon undangan
2012 Bicara - bersama Daud Yusof Dirinya sendiri Mediacorp Suria Artis undangan
2015 Konsert Nostagia Dato' Jamal Abdillah Dirinya sendiri TV1
2016 Konsert 2 Dimensi Dirinya sendiri Bersama Dato' M. Nasir
Akademi Fantasia 2016) Juri tetap Astro Ria
2017 Sepahtu Reunion Live Dirinya sendiri Astro Warna
2019 Sepahtu Reunion Live Dirinya sendiri
Cinta Overhaul Aidilfitri Zakaria
Maharaja Lawak Mega 2019 Juri tetap

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Azura Zack VCD

Anugerah dan pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Catatan Hasil
1973 Juara Bintang Kecil Brunei Darussalam Tiada Pertandingan ini merupakan antara titik permulaan beliau dalam menceburi bidang muzik. Menang
1979 Juara Bintang RTM 1979 Solo Pertandingan akhir ini diadakan pada 8 Januari 1980. Ketika itu, beliau hanya berusia 20 tahun tetapi mampu mengalahkan enam penyanyi solo yang lain.[4] Menang
1985 Pesta Filem Malaysia 1985 Anugerah Lagu Filem Terbaik Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Azura". Menang
1989 Pesta Filem Asia Pasifik Ke-34 Anugerah Khas Pertandingan ini diadakan di Jakarta, Indonesia. Beliau memenangi kategori ini menerusi filem yang bertajuk "Tuah" dan membawa watak seorang tokoh lagenda sejarah iaitu Hang Tuah kerana temanya yang bersesuaian dengan tuntutan semasa. Menang
1992 Juara Konsert Puncak Pujaan 10 Nescafé Tiada Beliau memenangi pertandingan ini menerusi lagu "Kekasih Awal dan Akhir". Menang
1993 Anugerah Bintang-Bintang Popular Penyanyi Lelaki Paling Popular Pertandingan ini ialah kali ketujuh penganjuran majlis penganugerahan tahunan yang dikelolakan oleh Berita Harian. Menang
1994 Anugerah Industri Muzik (AIM) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) Beliau memenangi kategori ini menerusi album Jamal. Menang
1997 Anugerah Juara Lagu Juara Irama Malaysia Beliau memenangi kategori ini menerusi lagu "Ghazal Untuk Rabiah" (Duet bersama M.Nasir) Menang

Darjah kebesaran

Penghargaan Malaysia

Pahang Darul Makmur Pahang

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP; 2013) - Dato' - 24 Oktober 2013

Rujukan

  1. ^ Isteri anugerah terindah - Jamal Abdillah
  2. ^ Siti Azira Abdul Aziz (10 Jun 2009). "Kes ugut: Isteri Jamal ingin tarik balik kes kerana anak". mStar Online. Dicapai pada 10 Jun 2009.
  3. ^ Isteri anugerah terindah - Jamal Abdillah
  4. ^ "Jamal Abdillah Juara Bintang RTM 1979". 16 Jun 2011. Dicapai pada 16 Ogos 2012.

Pautan luar