Tercipta Satu Ikatan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40: Baris 40:
}}
}}


'''''Tercipta Satu Ikatan''''' ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan [[Pali Yahya]] dibintangi oleh [[Hannah Delisha]], [[Aeril Zafrel]], dan [[Izzue Islam]].
'''''Tercipta Satu Ikatan''''' ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan [[Pali Yahya]] dibintangi oleh [[Hannah Delisha]], [[Aeril Zafrel]], dan [[Izzue Islam]] mengantikan [[Biar Mereka Cemburu]].


== Sinopsis ==
== Sinopsis ==

Semakan pada 11:03, 27 Disember 2020

Tercipta Satu Ikatan
Genre
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kesempatan Bagimu" oleh Adira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 Disember 2020

Tercipta Satu Ikatan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Pali Yahya dibintangi oleh Hannah Delisha, Aeril Zafrel, dan Izzue Islam mengantikan Biar Mereka Cemburu.

Sinopsis

Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga.

Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna

Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?

Because I love you - Daniyal

Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai.

Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa

Don't do this, Risa.  I don't want to fight with my own sister. - Daniyal

Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.

Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?

Pelakon

  • Aeril Zafrel sebagai Daniyal
  • Hannah Delisha sebagai Leanna
  • Izzue Islam sebagai Zhafran
  • Sophia Barakbah sebagai Risa
  • Nadhir Nasar sebagai Sirhan
  • Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
  • Syed Irfan sebagai Daniyal (Kecil)
  • Aqil Nahar sebagai Sirhan (Kecil)
  • Damia Qaissarah sebagai
  • Mia Deen sebagai Intan

Rujukan