Hornbill Skyways: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Irsyad Lim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Irsyad Lim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Airline
{{Infobox Airline
|airline = {{lang|en|Hornbill Skyways}} <br/> {{lang|ms|Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways}} <br /> {{lang|ms|شريکت ڤنربڠن جالورودارا اڠݢڠ}} </br> {{lang|zh|犀鸟空中通道}} </br> {{lang|ta|ஹார்ன்பில் ஸ்கைவேஸ்}}
|airline = {{lang|en|Hornbill Skyways}} <br/> {{lang|ms|Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways}} <br /> {{lang|ms|شريکت ڤنربڠن جالورلاڠيت اڠݢڠ}} </br> {{lang|zh|犀鸟空中通道}} </br> {{lang|ta|ஹார்ன்பில் ஸ்கைவேஸ்}}
|logo = Logo Rasmi Syarikat Penerbangan Hornbill skyways.jpg
|logo = Logo Rasmi Syarikat Penerbangan Hornbill skyways.jpg
|logo_size = 250px
|logo_size = 250px

Semakan pada 09:41, 28 Disember 2020

Hornbill Skyways
Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways
شريکت ڤنربڠن جالورلاڠيت اڠݢڠ
犀鸟空中通道
ஹார்ன்பில் ஸ்கைவேஸ்
Fail:Logo Rasmi Syarikat Penerbangan Hornbill skyways.jpg
IATA ICAO Pengenal
- - -
Ditubuhkan1977; 47 tahun yang lalu (1977)
Hab
Hab kedua
Pesawat14 (jumlah keseluruhan armada) (12 Helikopter,2 Pesawat Sayap Kaku)
8 (jumlah armada untuk masa kini)
Destinasi5 (jumlah keseluruhan destinasi)
3 (jumlah destinasi terkini)
Ibu pejabatMalaysia Kuching, Sarawak, Malaysia
Orang pentingYBhg. Datuk Aidan Wing,(Pengerusi Eksekutif)
Laman webwww.hornbillskyways.com


Hornbill Skyways (melakukan perniagaan sebagai Hornbill Skyways) merupakan satu diantara syarikat penerbangan di negeri Sarawak. Ia ditubuhkan pada Tahun 1977 dan dimiliki hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.Pada mulanya,mereka hanya memiliki sebuah pesawat ringan siri Cessna 421 dan 2 buah Helikopter siri Bell 206B Jet Ranger.

Hornbill Skyways menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan menggunakan empat buah helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger III (9M-AWE, 9M-AYP, 9M-SGH, 9M-SGJ), 3 buah helikopter jenis Bell 206L Long Ranger IV (9M-BCU, 9M-HSM, 9M-HSS), 4 buah helikopter jenis EC135 P2 (9M-WSA, 9M-WSG, 9M-WSM dan 9M-AZZ), sebuah helikopter jenis Bell 430 (9M-HRM), sebuah pesawat ringan Beech Super King Air (9M-WSK) dan sebuah jet eksekutif jenis Cessna 750 Citation X (9M-ATM).Hornbill Skyways adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang memiliki dan mengoperasikan helikopter Bell 430 dan Cessna Citation X,yang dianggap jet eksekutif terpantas dalam sejarah penerbangan,dengan kelajuan Mach 0.92.

ibu penjabat Hornbill Skyways berpusat di bahagian Utara Pan Hangar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan syarikat penerbangan itu juga memiliki penjabat korporat di Bandar Kuching dan mempunyai cawangan penjabat daerah di Lapangan Terbang Miri.

Fail:Logo Rasmi Syarikat Penerbangan Hornbill skyways.jpg
dengan Rekaan yang Menarik.

[1]

Data Kod

  • Kod IATA : -
  • Kod ICAO : -
  • Panggilan: -

Sejarah

Ia ditubuhkan pada bulan Mei 1977 sebagai sebuah syarikat swasta yang mengendalikan satu helikopter sayap tetap Cessna 421 dan dua helikopter Bell 206B Jet Ranger. Idea perniagaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan udara ke kawasan luar bandar di Sarawak, sebagai alternatif pengangkutan sungai pada masa itu. Pada tahun 1985, Hornbill Skyways diambil alih oleh kerajaan negeri Sarawak melalui pemerolehan saham oleh Yayasan Sarawak (Yayasan Sarawak) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC).[2]

Mereka juga mempunyai hangar penyelenggaraan di Lapangan Terbang Miri, selain hangar Utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Destinasi

Asia

Asia Tenggara

Malaysia Malaysia

Asia Timur

Jepun Jepun

Oceania

Australia Australia

Pesawat

Setakat ini,pesawat yang dioperasikan oleh Hornbill Skyways adalah:

  • Helikopter
    • 4 Bell 206B Jet Ranger III
    • 3 Bell 206L Long Ranger IV
    • 4 Eurocopter EC-135P-2 (untuk menggantikan helikopter Jet Ranger dan Long Ranger yang sudah berusia)
    • 1 Bell 430 (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)


  • Pesawat Sayap Kaku (Fixed-wing aircraft)
    • 1 Cessna Citation X (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
    • 1 Beech Super King Air (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
    • 1 Bombardier Challenger CL-605 (Untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)


  • Pesawat yang pernah digunakan
    • 1 British Aerospace BAe 125-800B (9M-AZZ).Nombor pendaftaran pesawat ini kini digunakan oleh Helikopter Eurocopter EC-135P-2,memandangkan pesawat ini tidak lagi digunakan.
    • Shorts Skyvan (Tidak lagi digunakan)
    • 2 Dornier 228 (9M-VAA & 9M-VAM.Pesawat ini diambil alih oleh Hornbill Skyways apabila Vision Air Malaysia menamatkan operasi mereka.Dijual kepada syarikat penerbangan di Nepal)
    • Cessna 550 Citation II (9M-WAN.Tidak lagi digunakan.)
    • Cessna 421 (Pesawat sayap kaku pertama yang dimiliki oleh Hornbill Skyways)Tidak lagi digunakan.

Insiden

Tahun 2004 dan 2005 adalah tahun terburuk dalam sejarah operasi Hornbill Skyways,apabila 3 buah helikopter Bell milik mereka (2 buah Helikopter Bell 206L Long Ranger III dan sebuah Bell 206B Jet Ranger III) terhempas,menyebabkan 14 kematian termasuk beberapa Tokoh Korporat dan seorang Menteri Muda Negeri Sarawak,iaitu mendiang Dr.Judson Sakai Tagal.Namun begitu kebanyakan punca nahas adalah berkaitan dengan keadaan kawasan pedalaman Borneo yang masih diliputi hutan tebal.Faktor inilah yang membuat Hornbill Skyways untuk memperolehi helikopter baru yang lebih moden dan efisien.

Armada

Armada mereka sekarang terdiri daripada yang berikut:[3][4]

Armada Bersejarah

sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways dengan siri BAe 125 di Lapangan Terbang Perth (awal Tahun 2000an)

Kedua-duanya digunakan untuk penggunaan eksklusif pegawai kerajaan Sarawak. Dari tahun 2003 hingga 2008, Hornbill Skyways beroperasi dan mengkawal pesawat siri Dornier 228 yang dimiliki oleh Perbadanan Industri dan Pembangunan Kayu Sarawak (STIDC).

Pada tahun 2003 Hornbill Skyways mengambil alih Vision Air Malaysia (anak syarikat Vision Airlines) bersama dengan 2 buah Pesawat siri Dornier 228 setelah Vision Air Malaysia berhenti beroperasi.[5] However Hornbill Skyways ceased operating the 2 Dornier 228 in 2008 when both aircraft were sold to other airline company in Mobile.

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Hornbill Skyways (--)

Lihat Juga

Rujukan

  1. ^ https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Logo_Rasmi_Syarikat_Penerbangan_Hornbill_skyways.jpg
  2. ^ "Maintain safety, Hornbill Skyways told". The Star. 2007-05-15. Dicapai pada 2019-01-09.
  3. ^ [1]
  4. ^ https://www.hornbillskyways.com/fleets.php
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2007. Dicapai pada 18 March 2007.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar