S. M. Salim: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |

Baris 1: | Baris 1: | ||
{{Infobox person |
{{Infobox person |

|honorific_prefix = [[ |
|honorific_prefix = [[Rujukan kehormat|Yang Berbahagia]] [[Darjah kebesaran Melayu|Tan Sri Dato']] |

|image = |
|image = |

|caption = Gambar potret Tan Sri S. M. Salim |
|caption = Gambar potret Tan Sri S. M. Salim |

|name = S. M. Salim |
|name = S. M. Salim |

|honorific_suffix = [[Panglima Setia Mahkota|PSM]] [[Darjah kebesaran negeri Selangor|DSSA]] [[Darjah kebesaran negeri Terengganu|DPMT]] [[Ahli Mangku Negara|AMN]]  |

|title = 1) Ahli Mangku Negara
2) Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat (DPMT) dari Terengganu
3) Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) dari Selangor
4) Darjah [[Panglima Setia Mahkota]] oleh YDPA Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
|title = 1) Ahli Mangku Negara
2) Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat (DPMT) dari Terengganu
3) Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) dari Selangor
4) Darjah [[Panglima Setia Mahkota]] oleh YDPA Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |

|birth_name = Sheikh Salim bin Sheikh Muhammad Al Mahros |
|birth_name = Sheikh Salim bin Sheikh Muhammad Al Mahros |

Baris 31: | Baris 32: | ||

'''Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros''' (30 Julai 1928 |
'''Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros''' (30 Julai 1928 – 29 Disember 2016) atau lebih dikenali sebagai '''S. M. Salim''' merupakan penyanyi [[Malaysia]]. Beliau merupakan seniman kedua selepas [[P. Ramlee|Allahyarham P. Ramlee]] bergelar ''Tan Sri''. |

==Kerjaya== |
==Kerjaya== |
Semakan pada 09:28, 5 Januari 2021
S. M. Salim | |

Kelahiran | Sheikh Salim bin Sheikh Muhammad Al Mahros 30 Julai 1928 |
Meninggal dunia | 29 Disember 2016 | (umur 88)
Sebab kematian | Sakit tua |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1949-2016 |
Pangkat | 1) Ahli Mangku Negara 2) Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat (DPMT) dari Terengganu 3) Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) dari Selangor 4) Darjah Panglima Setia Mahkota oleh YDPA Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Pasangan | Puan Sri Aishah Abdul Ghani (1954-2016; kematiannya) |
Anak-anak | 1) Siti Nuraishah, 60 2) Sheikh Samsuddin, 68 3) Siti Nur Huda, 56 4) Siti Maheran, 54 5) Siti Huzayah, 53 6) Sheikh Shamsul, 51 7) Siti Zubaidah, 35. |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop tradisional, Etnik Kreatif, Irama Malaysia |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | 1) Yusni Hamid 2) Zainal Abidin 3) Siti Nurhaliza |
Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros (30 Julai 1928 – 29 Disember 2016) atau lebih dikenali sebagai S. M. Salim merupakan penyanyi Malaysia. Beliau merupakan seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee bergelar Tan Sri.
Kerjaya
S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya, Singapura (sekarang RTM, Mediacorp Singapura) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama dia dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional). Pada tahun 50-an, dia menganggotai kumpulan Irama Melayu (pimpinan Awalaudin), sebelum menyertai Orkestra Puspati (diketuai mendiang Alfonso Soliano). Tan Sri P. Ramlee (Allahyarham) adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.
Yusni Hamid adalah orang yang kerap berduet dengannya. Namun S. M. Salim pernah berduet dengan Zainal Abidin untuk lagu 'Satu', dan terbaru bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Pandang Pandang, Jeling Jeling' yang dinyanyikannya ketika mengadakan konsert Orkestra Filharmonik Malaysia di Dewan Filharmonik Petronas pada 31 Mac dan 1 April lalu.
Beliau merupakan antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960. S. M. Salim juga pernah melaksanakan tugas yang sama ketika era Konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari kerajaan selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan pelawak, Ismail Bontak.
Pencapaian
Pada 1991, beliau dianugerahkan 'Tokoh Seni' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 'Anugerah Seri Wirama' di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1997.
S.M. Salim turut diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu. [1][2]
Keuzuran dan kematian
Pada tahun 1998, beliau disahkan menghidap penyakit saraf yang menyebabkannya lumpuh dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
Pada 29 Disember 2016, Tan Sri SM Salim menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang akibat sakit tua kira-kira jam 5.45 petang pada hari Khamis, selepas dua hari berada dalam keadaan tenat selepas keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga sukar bernafas pada malam Selasa lalu (27 Disember 2016).[3] Berita kematian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Sheikh Shamsul Salim, 51. Jenazah Allahyarham SM Salim dijangka dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Jumaat.[4]
Sejak berita Allahyarham nazak tersebar menerusi aplikasi WhatsApp, keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu termasuklah wakil persatuan seni dan rakan-rakan artis. Antara yang menziarahi Allahyarham ialah Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Nawi, Fazli Zainal, Datuk Ramli MS dan Datuk A. Rahman Hassan.[5] Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani bersama tujuh orang anak iaitu Siti Nuraishah, 60, Sheikh Samsuddin, 68, Siti Nur Huda, 56, Siti Maheran, 54, Siti Huzayah, 53, Sheikh Shamsul, 51, dan Siti Zubaidah, 35.[6]
Diskografi
- Janganlah Marah Marah bersama Norma Salim (1953)
- Hiboran Bintang2 Malaya (1955)
- OST Sri Mersing (1965)
- SM Salim (1979)
- Joget Kasih Bermula (1980)
- Kong Kong Kak (1980)
- Cempakasari (1989)
- Apa Dah Jadi (1991)
- Satu (23 Disember 1992)
- Nanti Dulu (30 Jun 1994)
- Jeling Menjeling - bersama Yusni Hamid (1995)
- Album Sekarang Dah Jadi (2003)
- Nostalgia Abadi (2008)
- Biografi (2011)
- 4 Bintang Popular Vol 2 (2011)
- Tan Sri P Ramlee & Tan Sri SM Salim (2012)
Anugerah
- Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong.
- Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor yang membawa gelaran Datuk.
- Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat’ (DPMT) dari Sultan Terengganu yang membawa gelaran Datuk.
- Dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena ulangtahun keputeraan baginda yang ke-75 pada 2 Jun 2001 yang membawa gelaran Tan Sri.
Rujukan
- ^ SM Salim terima Anugerah Biduan Negara © Utusan Melayu (M) Bhd
- ^ Air mata seniman
- ^ Mohd Al Qayyum Azizi (29 Disember 2016) Biduan Negara, SM Salim Meninggal Dunia mStar Online. Dicapai pada 29 Disember 2016.
- ^ S.M. Salim dies The Star Online. Retrieved 29 December 2016.
- ^ Seniman negara, SM Salim, 88 meninggal dunia Astro Awani. Dicapai pada 29 Disemebr 2016.
- ^ Legendary singer SM Salim dies at age 88 Malaysiakini. Retieved 29 December 2016.
Pautan luar
- SM Salim di Discogs