Kerana Lelaki Itu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Baris 66: Baris 66:
* [[Ana Dahlia]] sebagai Munirah
* [[Ana Dahlia]] sebagai Munirah
* [[Siti Elizad]] sebagai Diana
* [[Siti Elizad]] sebagai Diana
* [[Riz Amin]] sebagai Syukri
* [[Fikhree Bakar]] sebagai Dr. Hanafi
* [[Fikhree Bakar]] sebagai Dr. Hanafi
* [[Riz Amin]] sebagai Syukri
* [[Tunku Hanis]] sebagai Azzah
* [[Tunku Hanis]] sebagai Azzah
* [[Zarina Zainoordin]] sebagai Camelia


===Pelakon pembantu===
===Pelakon pembantu===

Semakan pada 16:22, 7 Januari 2021

Kerana Lelaki Itu
GenreDrama, konflik, keluarga
PenciptaShahrulezad Mohameddin
Ditulis olehShida Zali
PengarahRamli Long
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tentang Dirimu" oleh Roman
Lagu penutup"Tentang Dirimu" oleh Roman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifTini Arshad
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
Penyunting
  • Tasyrif Tajudin
  • Harlina Abd Ghani
SinematografiMohd Azwan Abd Wahab
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal26 Februari 2013 – 15 April 2013

Kerana Lelaki Itu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Ana Dahlia, Siti Elizad, Riz Amin dan Fikhree Bakar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 26 Februari 2013 hingga 15 April 2013 menggantikan Dalam Setiap Sujud.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]

Sinopsis

Kisahnya bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.

Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media.

Apakah kesudahan kepada kedua rumahtangga ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Noryati Taib sebagai Umi Zulaika
  • Syafiq Kyle sebagai Dr. Tajul

Rujukan

  1. ^ Budiey (18 Mac 2013). "Sinopsis Drama Kerana Lelaki Itu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  2. ^ Kerana Lelaki Itu (2013): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 5 November 2019.