Masa (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
Julia azrina (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22: Baris 22:
Azirudin - Rythm/Lead
Azirudin - Rythm/Lead
Khairuddin - Basist
Khairuddin - Basist
|Past_members = Zul - Vokal (meninggal dunia)
Lan - Gitar Utama (meninggal dunia)
Mazwan - Gitar Kedua
Madi (meninggal dunia 2-3-2020- Bass

|Past_members = Zul - Vokal (meninggal dunia)
Lan - Gitar Utama (meninggal dunia)
Madi - Bass (meninggal dunia)
Mazwan - Gitar Kedua

|Instruments =
|Instruments =
|Birth_place =
|Birth_place =

Semakan pada 16:26, 14 Januari 2021

MASA
Juga dikenali sebagai
Scarecrow
Berasal dariKuantan, Pahang Pahang
Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1993
Syarikat rakaman
Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI)
Pengkarya berkait
Awang BPR
AhliZack - Vokal
Shaiful Bahari - Dram

Syukri @ Toyee - Lead/Rythm Azirudin - Rythm/Lead

Khairuddin - Basist
Bekas ahliZul - Vokal (meninggal dunia)
Lan - Gitar Utama (meninggal dunia)
Madi - Bass (meninggal dunia)
Mazwan - Gitar Kedua

Kumpulan Masa atau dahulunya dikenali sebagai Scarecrow merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Mereka terkenal menerusi lagu Amanda Gadisku, Patahnya Sayap Malam dan Persandingan Abadi.

Sejarah

Pada tahun 1986, lima pemuzik muda dari Taman Sepakat, Kuantan, Pahang membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik secara serius. Maka tertubuhlah sebuah kumpulan muzik yang diberi nama Scarecrow.

Setelah beberapa tahun bertungkus-lumus memperbaiki mutu persembahan mereka, menimba pengalaman dan mengalami pertukaran anggota, Scarecrow akhirnya menemui kejayaan di Kuala Lumpur.

Namun kejayaan ini datangnya dengan satu syarat. Polisi RTM pada lewat 80-an tidak menggalakkan nama band yang kebaratan. Mereka akur dengan kehendak RTM dan kemudiannya menukar nama kumpulan kepada Masa.

Di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI), Masa Scarecrow menghasilkan tiga buah album. Ketiga-tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.

Album kedua, Doktrin Metos memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam. Lagu ini telah membawa Masa ke peringkat akhir Juara Lagu 1991 di PWTC Kuala Lumpur.

Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul (vokal), Lan (gitar utama), Mazwan (gitar kedua), Madi (bass) dan Shaiful (dram).

Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd gulung tikar pada tahun 1993, mereka mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair. Namun, mereka tidak menolak kemungkinan bergabung semula seandainya terdapat syarikat rakaman yang berminat untuk mengikat kontrak dengan Masa Scarecrow.

Tahun demi tahun berlalu, dan kini hanya Shaiful yang masih aktif di bidang muzik. Beliau bermain dram untuk band RoadBlock (Kuantan) dan juga diiktiraf oleh penganjur-penganjur pertunjukan pentas sebagai first-call sessionist. Tambahan pula, terdapat 4 anggota baharu dalam kumpulan tersebut, Zack (vokal), Syukri @ Toyee (lead), Azirudin (lead) dan Khairuddin (basist).

Anggota kumpulan

• Zul - Vokal (meninggal dunia)
• Lan - Gitar Utama (meninggal dunia)
• Mazwan - Gitar Kedua
• Madi - Bass (meninggal dunia)
• Shaiful - Dram

Anggota kumpulan baru

• Zack - Vokal
• Syukri - Lead
• Azirudin - Lead
• Khairuddin - Basist

Diskografi

Album studio

Tahun Judul Jualan
1989 Masa
• Penerbit album : Siso
• Dikeluarkan : 1989
• Label : Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI)
1990 Doktrin Metos
• Penerbit album : Usop
• Dikeluarkan : 1990
• Label : PMI
Jualan Melebihi 100,000 unit
1992 Masa III
• Penerbit album : Usop
• Dikeluarkan : 1992
• Label : PMI

Trivia

• Lagu Patahnya Sayap Malam ciptaan Awang BPR berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1991. Lagu ini masih lagi diminati sehingga hari ini.
• Berbanding kumpulan rock lain yang seangkatan dengan mereka, kumpulan ini hanya tinggal nama memandangkan dua anggotanya iaitu Zul (vokalis) dan Roslan (gitaris) telah pun meninggal dunia dalam dua tragedi yang berasingan.

Rujukan