Hadiah Dari Tuhan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 19: Baris 19:
* [[Amy Mastura]]
* [[Amy Mastura]]
}}
}}
| editor =
| editor =Azizul Hafiz Kassim
Farhan Arsad
Hill-man Hakim
Aqmal Hashim
Zahirul Husni
Zirkhan Johary
| opentheme = "Barisan Hadapan" oleh [[Azlan & The Typewriter]]
| opentheme = "Barisan Hadapan" oleh [[Azlan & The Typewriter]]
| endtheme = "Barisan Hadapan" oleh Azlan & The Typewriter
| endtheme = "Barisan Hadapan" oleh Azlan & The Typewriter

Semakan pada 06:53, 21 Januari 2021

Hadiah Dari Tuhan
Genre
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Janjira
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Barisan Hadapan" oleh Azlan & The Typewriter
Lagu penutup"Barisan Hadapan" oleh Azlan & The Typewriter
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
PenyuntingAzizul Hafiz Kassim

Farhan Arsad Hill-man Hakim Aqmal Hashim Zahirul Husni

Zirkhan Johary
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Disember 2020 – 20 Januari 2021
Kronologi
MengikutiSang Pewaris
Diikuti olehMelastik Ke Hatimu

Hadiah Dari Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Fairuz Loy dibintangi oleh Syafi Tee, Riena Diana, dan Puteri Rafasya. Ia mengisahkan realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik COVID-19. Siri ini memulakan tayangan perdana Slot Lestary TV3 bermula 30 Disember 2020 menggantikan Sang Pewaris.[1][2][3]

Sinopsis

Kisah pergolakkan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid-19. Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah. Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.

Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa. Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap. Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon undangan

Penerbitan

Penggambaran dijalankan pada hujung November 2020. Untuk drama ini, penerbit Country & Universal, Jalena Rejab menumpukan perhatian kepada kehidupan pegawai barisan hadapan yang bertungkus-lumus menentang penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[4] Hadiah Dari Tuhan ialah drama TV pertama lakonan Izreen Azminda dalam tempoh tiga tahun sejak Tukar-Tukar Menu (2017).[5] Riena Diana dalam satu sidang media drama ini menjelaskan watak Ika Nabila lakonannya memiliki sisi berbeza daripada watak lakonan terdahulu.[6]

Siaran

Hadiah Daripada Tuhan memulakan tayangan perdana di slot Lestary bermula 30 Disember 2020 menggantikan Sang Pewaris.[7] Setakat Januari 2021, drama ini boleh ditonton secara dalam talian di laman web tonton.com.my dan iQiyi.[8]

Runut bunyi

Rujukan

  1. ^ Drama Hadiah Dari Tuhan (TV3) MyInfotaip. 29 September 2020. Dicapai 30 Disember 2020.
  2. ^ "Drama Hadiah Dari Tuhan papar kehidupan suka duka ketika pandemik COVID-19". Kopiplanet. 5 Januari 2021. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  3. ^ "Pergolakan kehidupan tiga remaja ketika COVID-19 intipati drama Hadiah Dari Tuhan". Utusan Sarawak. 4 Januari 2021. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  4. ^ Najiy Jefri (9 Disember 2020). "Realiti hidup barisan hadapan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  5. ^ "Izreen kini kembali aktif berlakon". Media Permata. 5 Januari 2021. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  6. ^ Attiqah Mohd (3 Januari 2021). ""Sebelum ini banyak berlakon watak bimbo..." - Hadiah Dari Tuhan serlah sisi baru Riena Diana". XTRA. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  7. ^ Noraniza Azmi (29 Disember 2020). "Tonton drama Hadiah Dari Tuhan bermula 30 Disember ini". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  8. ^ Aiman (30 Disember 2020). "Saksikan drama Hadiah Dari Tuhan di TV3". Hello Kerja. Dicapai pada 8 Januari 2021.