Nasir Bilal Khan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 106: Baris 106:
|-
|-
|2021
|2021
! ''10 Tips Tipu Bini''
! ''[[10 Tips Tipu Bini]]''
| Ayah King
| Ayah King
|
|

Semakan pada 02:18, 27 Januari 2021

Nasir Bilal Khan
Kelahiran (1960-07-01) 1 Julai 1960 (umur 63)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–kini
Pasangan
Anak-anak3

Nasir Bilal Khan (lahir 1 Julai 1960) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah.[1] Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Salleh dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur (2011-16)[2] dan paling baru-baru ini, sebagai Abu Jar dalam Munafik 2 (2018).[3]

Kehidupan dan kerjaya

Nasir Bilal dilahirkan pada 1 Julai 1960 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 1993 menerusi watak pembantu sebagai Amir dalam filem Perempuan, Isteri & .....? arahan U-Wei Hj Saari. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Nasir menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada 1994.[4]

Nasir juga terkenal dengan watak penggali kubur bernama Tok Adi dalam siri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis selama 5 tahun. Beliau memegang watak sama dalam siri TV terbitan turunannya yang disiarkan pada 5 Mac 2018. Nasir mempunyai peranan utama dalam telfilem Al-Ikhlas arahan Murali Abdullah, yang mengisahkan tentang Solah yang hidup sendirian selepas kematian isterinya.[5][6]

Beliau ditawarkan bekerja dengan Syamsul Yusof menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), memegang watak sebagai Salleh, bapa kepada Amy lakonan Salina Saibi.[7] Nasir meneruskan rentetan kerjasama dengan Syamsul menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018, beliau menjayakan watak sebagai pemimpin ajaran sesat, Abu Jar.[8]

Kehidupan peribadi

Nasir Bilal berkahwin dengan pelakon Azizah Mahzan dan bercerai.[9] Beliau kemudiannya berkahwin dengan Umi Kalsum Majid dan dikurniakan tiga anak.[10]

Pada Januari 2002, Nasir dan dua rakannya pernah didakwa atas kesalahan peras ugut seorang pemandu teksi bagi mendapatkan wang tunai berjumlah RM6,200.[11]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Perempuan, Isteri & .....? Amir Filem pertama
1995 Amok Wan Man
Pesona Cinta Karim
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Salleh
2010 Niyang Rapik Tok Itam
Misteri Jalan Lama Lelaki Tua / Raja Dewata
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Salleh Kameo dalam gambar
2014 Laga Dasuki
Kekasih Mansor Filem pendek
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Sultan Mahmud Shah
2018 Munafik 2 Abu Jar
Operasi X Bashah
2021 10 Tips Tipu Bini Ayah King
TBA Gentayangan Tidak dikeluarkan
Misteri Dendam Balan Balan The Movie Tidak dikeluarkan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Runtuh
1997 Selamat Harijadi Su III TV3
1998 Semarai
2002 Yang Tersirat TV1
2004 Sephia TV3
2007 Airmata Maria Razali
2008 Saka
2009 Kejar TV1
2009–2010 Aliff Firdaus Haji Madi TV3
2011–2016 Tanah Kubur Tok Adi Astro Oasis
2011 Terowong Pak Noh TV3 Episod: "Kain Kapan"
2013 Surat Dari Langit Biru Pak Muiz
2014 Bunga Merah Punya Pak Abun TV9
2015 Gerak Khas (Musim 15) Pak Ali / Pak Dukun TV2 Episod: "Dukun"
Embok Belum Terbakar Roslan
2016 Bunga Tanjong Ayah Wan Katijah Mediacorp Suria Penampilan khas
2018 Tok Adi Tok Adi Astro Oasis
2019 Misteri Jenazah (Musim 2) Tok Adi Astro Prima Episod: "Sempurnakan Jasad"
Cerita Dalam Kain

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Pa'e Pak Kadir TV3
Bismi
2004 Misteri Balan-Balan VCD
2005 Cinta Si Penggali Kubur Dol TV3
2006 Takbir Suci Atan Astro Ria
2007 Mek Salmah Dari Scotland Dirinya sendiri TV2
2008 Takbir Suci 2 Atan Astro Ria
Yassin Untuk Bonda TV3
2011 Demi Kasih TV2
Buat Tatapan Yang Cinta Ayah Johan Bahar Astro Prima
Kasih Ke Syurga TV3
2012 Al-Ikhlas Solah
Kembar Papa TV2
2013 Tanah Kubur: Syawal Tok Adi Astro Oasis
2014 Kata Samseng Jalil TV2
2015 Harus Terpisah Pak Atan Astro Prima
7 Petola Cinta TV9
Piring Hitam Terakhir Tahir Astro Prima
2016 Ayah Untuk Disewa Tuan Borhan
Kecoh-Kecoh Raya TV2
Pondok Itu Rumahku Pak Sudin TV3
Songket Pak Andam Pak Jenal TV9
2017 Hajat Astro Citra
The Berlian Job D
2018 Abang Kandung TV3
Akhil Yang Bakhil Pak Imam TV9
Tiga Bahadol Pawang Dol Astro Warna
2020 Tanah Kubur Tok Adi Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Dirinya sendiri / Tok Adi (Artis undangan) Astro Warna
2018 Bocey & Friends Live Tukang Buka Panggung (Artis undangan)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1994 Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Tercalon
1997 Anugerah Skrin 1997 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang
1998 Anugerah Skrin 1998 Menang
2005 Anugerah Skrin 2005 Menang

Rujukan

  1. ^ Nasir Bilal Khan tolak watak mengarut Kosmo! (29 Ogos 2018). Dicapai pada 16 September 2018.
  2. ^ "Watak 'Tok Adi' Beri Kesan Kepada Masyarakat". Malaysian Access. 26 September 2015. Dicapai pada 5 Mac 2018.
  3. ^ Ramlah Zainal (29 Ogos 2018). "Biar dibenci janji mesej sampai". Harian Metro. Dicapai pada 11 September 2018.
  4. ^ Farhana Ab Rahman (9 September 2015). "Nasir Bilal Khan buat orang gerun". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2016.
  5. ^ "Nasir Bilal Khan Tidak Kecil Hati Dijadikan Bahan Jenaka". mStar Online. 13 Januari 2014. Dicapai pada 21 April 2014.
  6. ^ Ardini Sophia Sina (19 Mac 2018). "Nasir Bilal Khan memang 'humble'". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2018.
  7. ^ Metra Syahril Mohamed (23 April 2009).Bohsia ‘ketuk’ kesedaran masyarakat Utusan Malaysia. Diperoleh pada 15 Mac 2010.
  8. ^ Nadia Azam (5 Ogos 2016). "Munafik 2: Naskhah Islamik tambat Nasir Bilal Khan". Malaysiakini. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  9. ^ "(GOSIP)Azizah Mahzan Pernah Berkahwin Dengan Nasir Bilal Khan?". Beautifulnara. 19 Oktober 2009. Dicapai pada 21 April 2018.
  10. ^ Siti Azira Abd Aziz (27 Oktober 2011). Nasir Bilal Khan ajak penonton takutkan dosa mStar Online. Dicapai pada 24 November 2011.
  11. ^ Nasir Bilal Khan, 2 rakan didakwa peras ugut Utusan Malaysia (18 Januari 2002). Diperoleh pada 16 September 2010.

Pautan luar