Faizal Hussein: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 888: Baris 888:
|{{won}}
|{{won}}
|-
|-
|2020
|rowspan="2"|2020
|''Tellygeram Awards 2020''
|rowspan="2"|''Tellygeram Awards 2020''
|Cameo Terbaik ([[XX Ray 3]])
|{{nom}}
|-
|Cameo Terbaik ([[Geran (filem)|Geran]])
|Cameo Terbaik ([[Geran (filem)|Geran]])
|{{won}}
|{{won}}

Semakan pada 02:57, 27 Januari 2021

Faizal Hussein
Faizal dalam salah satu adegan filem Bunohan (2012).
Kelahiran
Mohd Faizal bin Hussein

(1967-05-31) 31 Mei 1967 (umur 56)
PekerjaanPelakon, pengarah aksi,[1] penulis skrip
Tahun aktif1972–kini
Ketinggian1.79 m (5 ka 10 in) (5.9 ka)
PasanganSuhaila Sulaiman (k. 2004)
Anak-anak2
IbuMahyon Ismail
BapaHussein Abu Hassan
SaudaraDilla Hussein (kakak)
Fairuz Hussein (kakak)
Natra Hussein (anak saudara)
Rosyam Nor (sepupu)
Azman Nor (sepupu)
Latif Ibrahim (sepupu)
Sophia Ibrahim (sepupu)
Khatijah Ibrahim (sepupu)

Mohd Faizal Hussein (lahir 31 Mei 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2][3] Beliau begitu menyerlah melalui filem arahannya bapanya, Hussein Abu Hassan, Gila-Gila Remaja sebagai Roy. Ibunya pula ialah Mahyon Ismail.[4] Selain itu, beliau juga ialah sepupu kepada Rosyam Nor. Beliau amat popular dengan gelaran "Roy" melalui sebuah filem yang pernah dibintanginya.[5]

Dilahirkan dan dibesarkan di daerah Gombak, dalam kawasan Lembah Kelang, Selangor (walaupun kampung halamannya adalah di Alor Gajah, Melaka, asal sebelah bapa dan juga Tanjung Karang, daerah Kuala Selangor di bahagian utara Selangor, asal sebelah ibu), seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang kesenian. Faizal memegang peranan kecil pada usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman, diikuti oleh Penyamun Si Bongkok (1973) arahan M. Amin. Filem-filem terkenal beliau termasuk Gila-Gila Remaja (1986), Bayangan Maut dan Kanta Serigala (1991), MX3 (2003), Pontianak Menjerit (2005) dan Bunohan (2012). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[6]

Kehidupan awal

Faizal dilahirkan pada 31 Mei 1967 di Gombak, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Ibu bapanya ialah pasangan pelakon veteran 60-an, Allahyarham Hussein Abu Hassan (1937–2007) dan Allahyarham Mahyon Ismail (1942–2011),[7] Faizal mempunyai dua kakak–Dilla dan Fairuz. Sepupunya ialah Rosyam Nor, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Faizal membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem Darah Panglima pada tahun 1972.

Memulakan langkah di pentas lakonan sejak 1982 menerusi filem Senja Merah, beliau melonjak naik selepas membintangi Gila-Gila Remaja pada 1986 sebagai Azroy.[8] Diarahkan bapanya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, ia memberi impak besar untuk Faizal membuktikan darah seni diwarisi.

Pada tahun 1991, Faizal berlakon dalam dua filem, iaitu Kanta Serigala, memegang watak sebagai Zarul, seorang pemuda yang ingin membalas dendam terhadap kematian adiknya lakonan Melissa Saila dengan menculik seorang penyanyi rock wanita lakonan Didie Alias, ia turut dibintangi oleh sepupunya, Rosyam Nor; dan Bayangan Maut, memegang watak sebagai Eddie.

Selepas itu beliau sering mendapat perhatian ramai dan membintangi beberapa filem yang menampilkan beliau memegang watak protagonis. Selepas hampir 3 tahun tidak muncul dalam filem, beliau akhirnya mendapat tawaran membawa watak antagonis menerusi Leftenan Adnan. Percubaan beliau berhasil, dan membawa kepada pelbagai watak hitam yang beliau bawa dalam filem, mahupun drama.

Faizal muncul bersama Saiful Apek dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Yusof Kelana yang ditayangkan pada 25 November 2003.[9]

Beliau memegang watak tajuk dalam filem Abuya arahan Imran Haji Ismail. Dikeluarkan pada 10 November 2011, ia mengisahkan tentang Abuya yang mengetuai satu kumpulan ajaran sesat.[10] Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam drama Pak Su Man di TV AlHijrah, drama ini turut dibintangi oleh Ezany Nizariff, Yatt Hamzah, Fazren Rafi dan Ieka Zulkifli.[11]

Pada tahun 2012, Faizal berlakon di samping Pekin Ibrahim dan Zahiril Adzim dalam filem arahan Dain Iskandar Said, Bunohan di mana beliau memegang watak sebagai Ilham. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25[12] dan menerima pencalonan bagi kategori sama di Anugerah Skrin 2012.[13]

Pada tahun 2013, Faizal kembali menjayakan watak sebagai Azroy dalam filem arahan V. Nagaraj, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan bapanya.[14] Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris, Taiyuddin Bakar, Fizz Fairuz dan Bella Dally.

Pada 17 Januari 2015, Faizal memegang watak utama bersama Sari Yanti dalam telefilem Penjara Seorang Isteri yang berkisarkan tentang perkahwinan Salmah dengan Zaid yang berlaku atas dasar suka sama suka dan perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Dalam telefilem ini, yang berdasarkan dari satu kisah benar, Faizal menjayakan watak sebagai Zaid.

Bekerja di bawah arahan Pekin Ibrahim, Faizal menjayakan watak lakonannya sebagai Pit dalam filem Mat Moto yang ditayangkan pada 14 Januari 2016.[15] Beliau meneruskan rentetan kerjasamanya bersama Pekin dalam filem aksi permotoran KL Wangan dengan memegang watak Yudi. Bliau mengakui watak Yudi merupakan sesuatu yang menjadi kehendaknya ketika proses pra-penerbitan filem ini dijalankan. Ini merupakan kali ketiga beliau dan Pekin bekerjasama selepas Bunohan dan Mat Moto.[16]

Pada tahun 2018, Faizal berlakon dalam filem Dukun arahan Dain Iskandar Said yang diilhamkan oleh kes Mona Fandey, filem ini ditayangkan pada 5 April 2018 selepas sedekad disekat dari tayangan. Beliau bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel membintangi telefilem The Hantus arahan bersama Nabil Ahmad dan Helmi Yusof, di mana beliau memegang watak sebagai Pemandu Volkswagen Kuning.[17]

Beliau memegang watak penting dalam siri televisyen British-Amerika, Strike Back yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai seorang pengganas Indonesia yang merancang untuk mengebom pusat beli-belah.[18]

Faizal bersama-sama dengan Nabila Huda memegang watak utama dalam filem seram thriler M4M4 arahan Eyra Rahman.[19] Filem ini turut dibintangi oleh pelakon baru, Bella Dowanna. Penggambaran dijalankan pada Diember 2018, filem ini ditayangkan pada 6 Februari 2020.

Kehidupan peribadi

Beliau mempunyai seorang isteri, Suhaila Sulaiman yang juga merupakan pelakon suatu ketika dahulu. Selain, dikurniakan dua orang permata hati Fazryn dan Fazrick. Darah seni beliau juga diperolehi dari kedua ibu bapanya yang juga merupakan seorang pelakon bagi menceritakan kisahnya beliau menerbitkan sebuah buku 'Limelight' yang menceritakan perjalanan suka duka hidupnya sepanjang bergelar anak seni. Pertama kalinya juga beliau menjadi juri bagi konsert Gegar Vaganza 2.

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1972 Darah Panglima Filem pertama
1973 Kelana
Penyamun Si Bongkok Watak sampingan
1982 Senja Merah Anuar (kecil) Watak tambahan
1985 Bujang Selamat Bujang
1986 Gila-Gila Remaja Azroy @ Roy
Mati Hidup Semula
1987 Gila-Gila Si Pikoy
1988 Tuah Sultan Anuar Alauddin Shah / Hang Jebat
Fighting Madam 2 Filem Hong Kong
1989 Tak Kisahlah Beb Borhan @ Bob
1991 Kanta Serigala Zarul
Bayangan Maut Eddie
1992 XX Ray Anuar
1993 Fantasi Teruna / Rahmad
1994 Sofia-Jo Joe
1996 Litar Kasih Herman
Siapa Dia? Saiful
1997 Sate Kadir
2000 Leftenan Adnan Prebet Ayob
2001 Getaran Zamri
2002 KL Menjerit Pit
Gerak Khas The Movie II Frankie
2003 Janji Diana Ijoy
MX3 Mamat
2005 Pontianak Menjerit Yassin
GK3 The Movie Raymond
2009 Jalang Penampilan khas
2010 2 Alam
2011 Abuya Abuya
Datin Ghairah Suffian
2012 Azura Bapa Azura Pelakon undangan
Bunohan Ilham
Leftwings Penampilan khas
2013 Gila-Gila Remaja 2 Azroy @ Roy Pelakon undangan
Longkai Bada
Balada Pencinta Penampilan khas
2014 Fobia Malam Pertama Bomoh Urut Penampilan khas
Manisnya Cinta Di Cappadoccia Bakhtiar Penampilan khas
2015 Gudang Kubur Anwar
Kapsul Zohri Ibrahim / Hang Jebat
2016 Mat Moto Pit Penampilan khas
Mrs K Tano Filem Malaysia–Hong Kong
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Pondolou
KL Wangan Yudi
2018 Dukun Karim
Kalla: Hidup Atau Mati Dr. Ezahar
7ujuh Inspektor Azmi
2019 XX Ray 3 Anuar Penampilan kameo
Rajawali Abang Long
Geran Haji Daud Penampilan khas
Pusaka ASP Mansor
2020 M4M4 Tuan Inspektor Azahari
2021 Proksi Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan Roy Pos-produksi
Syaitan Munafik Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
Daddyku Gangster Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan Daddy Karim Pos-produksi
TBA Esok Yang Lebih Baik Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Hati Waja Sharif TV1
Runtuh
1999 Fitrah Khadijah TV1
2001 Madu Empat Alang TV3
2004 Sembilu Azman TV2
2006 Sembilu Kasih Azman TV3
2008 Fajar Kinaboi Kamal TV1
Abadi Sebuah Cinta Faizal TV3
2009 Senja Permai Hairi Astro Prima
2009–2010 Cuci Cuci Services TV2
2011 Gerak Khas (Musim 13) Joe Episod: "Buru"
Seharum Kenanga Omar
Pak Su Man Tarmizi TV AlHijrah
2012 Puaka Bunga Tanjung Andaman TV9
Metro Skuad (Musim 1) Joe TV2 Episod: "Jerat Awang Hitam"
Lara Hati Roslin TV9 Pelakon undangan
Ameera Jai TV3
Dalam Hati Ada Taman Tuan Zul Astro Ria
2013 Metro Skuad (Musim 2) Rambo TV2 Episod: "Jalan Pintas"
Dahlia Fuad Astro Mustika HD
2014 Oh My English! (Musim 3) Homeless Astro TVIQ Episod: "Ramadan"
Jiwa Alif Rizal TV3
Azam Ramadan Su Luqman
2015 Papa Chef Chef Zikri TV1
2016 Cinta Macarons Jefri TV2
Si Kolot Suamiku Tengku Ahmad Ehsan Astro Ria
2017 Cerita Dari Mastika Hamid Astro Prima Episod: "Kereta Rosak"
2019 Strike Back: Revolution Hassan Ahmed Cinemax 2 episod
2020 Dua Takdir Cinta Tuan Ismail Astro Prima
Jaman Tori Sultan Sulaiman Awesome TV

Web drama

Tahun Tajuk Watak Saluran Catatan
2018 KOPI Gelandangan Tonton Episod: "Kopi Jantan Kaw"
2019 Devoted Inspektor Musa Viu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Sebuah Pelayaran VCD
1994 Hello Kekasih Haz TV3
Pengantin Popular
1996 Prelude
1997 Wasiat Untuk Natili TV3
Maaf Kami Tak Sengaja
1999 Impian Suraya
2007 Sebuah Ijtihad Ehsan Ali
Lahad TV2
2008 Kalam Cinta Rabiah Zakuan TV3
2009 Wira Malam Bisikan Naga Wira Legend Astro Ria
2010 Kasut Emas Otai TV2
2011 Bertemu Kasih Syukri TV1
Anak Amir Astro Prima
Maafkan Aku Papa Salim TV2
Kenapa Aku Mencuri ? Pejal Astro Prima
Aku bin Abdullah
Kerana Aku Seorang Anak Hisham TV9
2012 Aku Bukan Buaya ntv7
Kasihnya Qaseh Rizman TV1
Puteri Pulau Tuba TV2
Diba Benci Abah Borhan Astro Prima
Ke Pintu Bahagia Azmin TV3
Fatihah Untuk Abah Dollah
Mati Hidup Semula Ayah Lan Astro Oasis
2013 Bungkusan Leman Sham TV2
Delusi Dato' Hanif TV9
Mencari Syifa Hakimi TV AlHijrah
Lukisan Deraman Astro Mustika HD
Qarina Azimal TV3
Karma Abah Nasir
2014 Titisan Keinsafan Azzul
Nasi Air Pak Rahman
2015 Penjara Seorang Isteri Zaid Astro Oasis
Pendua Izwan TV2
Detik Rauzan TV3
Aku Kaya Raya Ni Sudin Astro Prima
Lorong Kecil Ke Syurga Azmi TV9
Jalan Singkat Ke Syurga Fadil Astro Oasis
Wan Embong Omar TV3
2016 Che Pah Penari Hadrah Terakhir Che Pah Astro First Eksklusif
Dia Untukku Adam Mukriz TV AlHijrah
Ayah Mentuaku Tuan Haji Abu Zahar TV9
Dari Asar Ke Isyak Syukri TV2
Buku Cinta Abah Amar TV3
Syawal Yang Hilang Pak Ayob HyppTV
Munajat Suci Muiz Astro Prima
Liga Masjid Pak Tham Astro Ria
2017 Petanda Ramlan TV9
Papa Sayang Yusuf HyppTV
Cerita Seram Paya Hitam Hassan Astro Ria
Anak Kerak Hussein Astro Citra
2018 The Hantus Abang Volkswagen Kuning Astro First Eksklusif
Kelir Rahman TV1
Qalbu Kamal TV3
2019 Samad Tedung Samad
Sesalan Terakhir Tarmizi
Dah Mati Pun Cantik Dr. Malik Astro Citra
2020 Berdua Al TV1
7 Langkah TV Okey
Nurul Najwa Tuan Sulaiman TV1
Takbir Dari Belantara Tobias

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Gegar Vaganza (musim 2) Juri jemputan Astro Ria
2018 It's Alif Tetamu undangan ntv7
2019 Malaysia Hari Ini: Retro Mania Artis undangan TV3

Iklan

Tahun Tajuk Watak
2017 Ikhlas Ayah

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Watak Artis undangan Catatan
2017 "Cinta Takkan Berakhir" Doktor Pakar Bedah Anuar Zain Penampilan khas

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Lagu Penyanyi undangan
2017 "KL Wangan" Altimet & Pekin Ibrahim

Bibliografi

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Lelaki Terbaik (Bunohan) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Dukun) Tercalon
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Samad Tedung) Menang
2020 Tellygeram Awards 2020 Cameo Terbaik (XX Ray 3) Tercalon
Cameo Terbaik (Geran) Menang

Rujukan

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (23 Oktober 2018). Faizal Hussein nak jadi pengarah aksi Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2019.
  2. ^ Nadia Azam (13 Disember 2018). Faizal buktikan kehebatan pelakon Malaysia Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2019.
  3. ^ Tahir Alhamzah (22 Mac 2018). #Showbiz: Acting gives me satisfaction New Straits Times. Dicapai pada 13 April 2018.
  4. ^ Faizal Hussein Mohon Maaf, Tidak Niat Menyindir Dalam Buku mStar Online (28 Jun 2012). Dicapai pada 4 Februari 2013.
  5. ^ (Inggeris)Anderson, John (11 September 2011). "Review: 'Bunohan'". Variety. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  7. ^ Hanisah Selamat (11 Oktober 2018). Faizal pegang amanat arwah orang tua Berita Harian. Dicapai pada 3 Februari 2019.
  8. ^ Amerul Haswendy Ashari (22 Februari 2015). Faizal kekok watak romantis Harian Metro. Dicapai pada 1 Julai 2015.
  9. ^ "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  10. ^ Review filem Abuya Rollo De Pelicula (10 November 2011). Dicapai pada 7 Februari 2013.
  11. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (9 Januari 2011). Kisah Pak Su Man dalam AlHijrah Berita Minggu. Diperoleh pada 7 Februari 2011.
  12. ^ Teoh El Sen (19 February 2013). "Bunohan, Songlap and 29 Februari competing for FFM25 titles". Astro Awani. Dicapai pada 10 June 2016.
  13. ^ Nur Aqidah Azizi (10 November 2012). "'Bunohan' Wins Best Film Award". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2012.
  14. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 10 April 2018.
  15. ^ Ardini Sophia Sina (13 Disember 2015). "Mat Moto bukan cerita rempit". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  16. ^ "KL Wangan: Yudi watak idaman Faizal Hussein". Youth Bernama. 8 Disember 2017. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  17. ^ Nadia Azam (14 Jun 2018). Rindu Faizal terubat dengan The Hantus Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2018.
  18. ^ Aref Omar (20 Januari 2019). #Showbiz: Faizal Hussein stars in US/UK action series Strike Back New Straits Times. Dicapai pada 4 Februari 2019.
  19. ^ Faria Fuad (13 Disember 2018). "Gandingan mantap Nabila Huda dan Faizal Hussein dalam M4M4". XTRA. Dicapai pada 1 Jun 2019.

Pautan luar