Ana Dahlia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38: Baris 38:
!Tajuk
!Tajuk
!Watak
!Watak
!Pengarah
!Catatan
!Catatan
|-
|-
Baris 44: Baris 43:
!''[[Mantra (filem)|Mantra]]''
!''[[Mantra (filem)|Mantra]]''
|Rindiani
|Rindiani
|[[Azhari Zain]]
|Filem pertama
|Filem pertama
|-
|-
Baris 50: Baris 48:
!''[[Sekali Lagi]]''
!''[[Sekali Lagi]]''
|Ikin
|Ikin
|[[Hashim Rejab]]
|
|
|-
|-
Baris 56: Baris 53:
!''[[Gila-Gila Remaja 2]]''
!''[[Gila-Gila Remaja 2]]''
|Cikgu Mona
|Cikgu Mona
|[[V. Nagaraj]]
|
|
|-
|-

Semakan pada 06:46, 28 Januari 2021

Ana Dahlia
Kelahiran
Diyana Mastura binti Jaafar

(1983-06-21) 21 Jun 1983 (umur 40)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2009–kini
PasanganNazri Redzuawan (k. 2011; c. 2012)
Mohd Ashraff Jurey Latiff (k. 2016)

Diyana Mastura binti Jaafar atau lebih terkenal sebagai Ana Dahlia (lahir 21 Jun 1983) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Taiping, Perak. Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi salah seorang dari 20 finalis Pilih Kasih musim pertama, sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama dan filem.[1]

Kehidupan peribadi

Ana telah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan anak kepada cef selebriti terkenal, Chef Wan, Chef Nazri "Riz" Redzuawan pada 2011 dan memfailkan perceraian pada 2012.[2] Beliau kemudian menyatakan kekesalannya berkahwin secara terburu-buru dalam satu temubual bersama Sinar Harian: "Saya mohon masyarakat jangan menilai saya dari berita yang tidak benar itu. Ia hanya mengeruhkan lagi keadaan".[3]

Beliau berkahwin dengan anak kepada pengarah dan penerbit drama, Jurey Latiff Rosli, Mohd Ashraff pada 31 Ogos 2016.[4][5][6]

Kerjaya

Sebelum menceburi bidang lakonan, Ana memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang finalis, bersama-sama dengan Zulin Aziz, Bella Dally dan Emelie Hanif. Beliau memulakan kerjaya filem pada 2010 dengan membintangi filem seram Mantra arahan Azhari Zain.

Ana menyertai barisan pelakon drama kepolisan Metro Skuad terbitan Skop Productions termasuk Salina Saibi, Adam Corrie Lee, Azad Jazmin dan Kamal Affandi Hashim yang bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 29 Mac 2013.[7]

Pada 21 Mac 2013, Ana memegang watak pensyarah dan guru tari dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Faralyna Idris, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.[8] Beliau memegang watak sebagai Zafirah seorang wanita yang cacat penglihatan dalam Cinta Yang Satu di TV2.[9][10]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Mantra Rindiani Filem pertama
2011 Sekali Lagi Ikin
2013 Gila-Gila Remaja 2 Cikgu Mona

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Loga Maya
Arjuna Sutera TV3
2011 Gerak Khas (Musim 13) TV2 Episod: "Orang Hilang"
Keranamu Laila Mazni (20 tahun) TV3
Nora Elena Azira TV3
Cinta Yang Satu TV1
Dia Tetap Ayah
2011-13 Roda-Roda Kuala Lumpur TV2
2012 Mat Cepat
Bukan Untukmu Marlia TV9
3 Janji Sufi TV3
7 Ramadan Anna TV3
Cinta Itu Milikku Dini TV3
2012-13 Metro Skuad Rohana TV2
2013 Kerana Lelaki Itu Munirah TV3
Cinta Yang Satu Zafirah TV2
2014 Janji Jaslina Atira TV3
2015 3 Campur 2 Mona Astro Ceria
2016 Menongkah Kasih Reffa TV9
Budak Magik Suraya TV3
Marhaban Kome Oi Mak Dara TV3
Cinta PhD TV3
2017 Alahai Cucu Atuk TV2
Kias Ramadan Tini TV3 Episod: "Asid Si Fasik"

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Terputusnya Sebuah Doa Sabrina Astro Ria
2018 Rindu Bertemu Tuhan TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2009 Pilih Kasih (Musim 1) Dirinya sendiri/Peserta RTM
2017 Kelana Pulau Dirinya sendiri/Pengacara

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Norhidayyu Zainal (6 Oktober 2016). Ana Dahlia tiada istilah putus asa Sinar Harian. Diperoleh pada 20 Ogos 2017.
  2. ^ Chef Riz dan Ana Dahlia akhirnya bercerai mSTAR Online (8 Februari 2012). Diperoleh pada 1 September 2016.
  3. ^ Ana Dahlia kesal berkahwin terburu-buru Sinar Harian (7 November 2012). Diperoleh pada 7 November 2012.
  4. ^ Rokiah Abdullah (1 September 2016). Ana Dahlia selamat bergelar isteri kali ketiga Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 September 2016.
  5. ^ Muhamad Izzat Nasuruden (31 Ogos 2016). Ana Dahlia sah isteri Ashraf Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2016.
  6. ^ Ana Dahlia dan suami selamat diijabkabul Rotikaya (31 Ogos 2016). Dicapai pada 5 Oktober 2016.
  7. ^ Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti (28 Februari 2012). Diperoleh pada 20 Ogos 2018.
  8. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 14 April 2018.
  9. ^ Ana Dahlia Bawa Watak Wanita Cacat Dalam Drama Cinta Yang Satu Sensasi Selebriti (11 Julai 2013). Diperoleh pada 24 Ogos 2018.
  10. ^ Khadijah Ibrahim (30 Julai 2013). Ana Dahlia serah pada takdir Utusan Malaysia. Diperoleh pada 24 Ogos 2018.

Pautan luar