Bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membetulkan fakta
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4: Baris 4:
{{Infobox Language
{{Infobox Language
| name = Bahasa Melayu
| name = Bahasa Melayu
| nativename = بهاس ملايو
| nativename = {{lang|ms|bahasa Melayu}} / {{lang|ms-Arab|بهاس ملايو}} / {{Script|Rjng|ꤷꥁꤼ ꤸꥍꤾꤿꥈ}}
| states = [[Malaysia]], [[Indonesia]], [[Brunei]], [[Singapura]], Patani, [[Timor Leste]], [[Sri Lanka]], [[Afrika Selatan]], dan [[Australia]] ([[Pulau Christmas]] dan [[Kepulauan Cocos]]). {{br}}
| states = [[Malaysia]], [[Indonesia]], [[Brunei]], [[Singapura]], Patani, [[Timor Leste]], [[Sri Lanka]], [[Afrika Selatan]], dan [[Australia]] ([[Pulau Christmas]] dan [[Kepulauan Cocos]]). {{br}}
| region = [[Asia Tenggara]]
| region = [[Asia Tenggara]]
Baris 16: Baris 16:
| fam7 = [[bahasa Melayu Tempatan|Melayu Tempatan]]
| fam7 = [[bahasa Melayu Tempatan|Melayu Tempatan]]
| nation = Di [[Brunei]] {{flagicon|Brunei}} & [[Singapura]] {{flagicon|Singapura}} bahasa ini dikenali dengan nama [[bahasa Melayu]], Di [[Indonesia]] {{flagicon|Indonesia}} bahasa ini dikenali dengan nama [[bahasa Indonesia]], di [[Malaysia]] {{flagicon|Malaysia}} bahasa Melayu dikenali secara rasmi sebagai [[bahasa Melayu]] (mengikut Perlembagaan Malaysia) dan [[bahasa Malaysia]] ,
| nation = Di [[Brunei]] {{flagicon|Brunei}} & [[Singapura]] {{flagicon|Singapura}} bahasa ini dikenali dengan nama [[bahasa Melayu]], Di [[Indonesia]] {{flagicon|Indonesia}} bahasa ini dikenali dengan nama [[bahasa Indonesia]], di [[Malaysia]] {{flagicon|Malaysia}} bahasa Melayu dikenali secara rasmi sebagai [[bahasa Melayu]] (mengikut Perlembagaan Malaysia) dan [[bahasa Malaysia]] ,
| agency = [[MABBIM|Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia]] (MABBIM), [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] (DBP, sebuah institut bahasa dan kesusasteraan Malaysia)
| agency = Peringkat rantau: [[MABBIM|Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia]] (MABBIM)<br/>Peringkat kebangsaan:
* [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] (Malaysia)
* [[Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan]] (Indonesia)
* [[Majlis Bahasa Melayu Singapura]]
* [[Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei]]
| iso1 = ms
| iso1 = ms
| iso2b = may
| iso2b = may

Semakan pada 11:45, 29 Januari 2021

Bahasa Melayu
bahasa Melayu / بهاس ملايو / ꤷꥁꤼ ꤸꥍꤾꤿꥈ
Asli kepadaMalaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Patani, Timor Leste, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan Australia (Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos).
KawasanAsia Tenggara
Penutur bahasa
15 juta
jumlah 200–300 juta
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Di Brunei Brunei & Singapura Singapura bahasa ini dikenali dengan nama bahasa Melayu, Di Indonesia Indonesia bahasa ini dikenali dengan nama bahasa Indonesia, di Malaysia Malaysia bahasa Melayu dikenali secara rasmi sebagai bahasa Melayu (mengikut Perlembagaan Malaysia) dan bahasa Malaysia ,
Dikawal selia olehPeringkat rantau: Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia (MABBIM)
Peringkat kebangsaan:
Kod bahasa
ISO 639-1ms
ISO 639-2may (B)
msa (T)
ISO 639-3Pelbagai:
zlm – Bahasa Melayu (generik)
msa – Bahasa Melayu (tertentu)
btj – Bahasa Melayu Bacan
bve – Bahasa Melayu Berau
bvu – Bahasa Melayu Bukit
coa – Bahasa Melayu Cocos
jax – Bahasa Melayu Jambi
bke – Bahasa Melayu Bengkulu
plm – Bahasa Palembang
mfb – Bahasa Bangka
meo – Bahasa Melayu Kedah
mqg – Bahasa Melayu Kutai Kota Bangun
xmm – Bahasa Manado
max – Bahasa Melayu Maluku Utara
mfa – Bahasa Melayu Pattani
msi – Bahasa Melayu Sabah
vkt – Bahasa Melayu Kutai Tenggarong
hji – Bahasa Haji
bew – Bahasa Betawi
pmy – Bahasa Melayu Papua
bjn – Bahasa Banjar
zsm – Bahasa Malaysia
ind – Bahasa Indonesia
zmi – Bahasa Melayu Negeri Sembilan

Bahasa Melayu (Tulisan Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan walaupun kerajaan Malaysia berhasrat menamakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa Malaysia namun ianya bertentangan dengan nama bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[perlu rujukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini ialah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Namun begitu, menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu". Tiada pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia terjadi.[2]

Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walau bagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa bekerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang dari Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Sistem fonologi

Salah satu faktor utama yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh sistem fonologi yang amat mudah. Boleh dikatakan hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem.

Jadual fonem konsonan dalam Bahasa Melayu
Dwibibir Bibir-
gigi
Gigi/Gusi Bel.
gusi
Lelangit Velum Uvula Peti suara
Sengau m /m/ n /n/ ny /ɲ/ ng /ŋ/
Letupan/
Hentian
p /p/ /pʰ/ b /b/ t /t/ d /d/ k /k/ g /g/ k (hujung)/q /ʔ/
Letusan c /tʃ/ j /dʒ/
Geseran f /f/ v /v, ʋ/ s /s/ z /z/ sy /ʃ/ h /h/
Malaran
tak geser
y /j/ w /w/
Getaran r /r/*
Sisian l /l/

* Mengikut takrifan bahasa baku. Penutur tidak semestinya menyebut fonem /r/ sebegini.

Jadual fonem vokal dalam Bahasa Melayu
Ketinggian Depan Pusat Belakang
Sempit i /i/ u /u/
Separuh
sempit
e /e/ o /o/
Tengah e /ə/
Separuh
luas
e [ɛ]* o [ɔ]*
Luas a /a/ a [ɑ]*

* Bukan standard, terdapat dalam sebutan loghat atau kata pinjaman.

Jadual diftong dalam Bahasa Melayu
Ortografi IPA
ai [aɪ̯, ai]
au [aʊ̯, au]
ua [ua]

Terdapat 2 sebutan vokal yang diwakili oleh huruf "e", iaitu [e, ɛ] dan [ə]. Pelajar Bahasa Melayu berupaya untuk membezakan antara 2 sebutan tersebut setiap kali mempelajari perkataan baru.

Di dalam beberapa tempat di Semenanjung Malaysia, terutamanya di kawasan tengah dan selatan, kebanyakan perkatan yang berakhir dengan huruf a selalunya disebut sebagai [ə].

Perbezaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia

Untuk rencana lanjutan, lihat Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia atau Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia

Tiada boleh dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia kerana bahasa Indonesia sendiri didasarkan kepada bahasa Melayu dialek Riau yang merupakan bahasa Melayu Piawai. Namun, jika dibezakan dari segi sejarah, budaya, perlakuan tatabahasa masing-masing, dan lain-lain dengan bahasa Malaysia, jelas adalah perbezaan yang ketara. Kedua-duanya boleh memahami antara satu sama lain, tetapi berbeza dari segi ejaan dan kosa kata jua. Bahasa Indonesia berbeza daripada Bahasa Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal dari Tanah Jawa, Tanah Melayu, dan Belanda.

Sejarah Bahasa Melayu

Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. [3] Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:

  1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi
  2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi
  3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi
  4. di Karang Brahi, Kabupaten Merangin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.

Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

Untuk rencana lanjutan, lihat Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. [3] Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro. [3]

Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu:

  1. bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara)
  2. bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Maori
  3. bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian
  4. bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. [3]

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya:

Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu

Untuk rencana asal, lihat Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu

Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.

Perkembangan Bahasa Melayu ڤركمبڠن بهاس ملايو

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutamanya Inggeris.

Perubahan aksara penulisan bahasa Melayu sehingga kini

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

Untuk mengetahui kaedah penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca umum yang dipraktikkan dalam bahasa Melayu, sila lihat: Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu.

Pengaruh daripada bahasa asing

Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.

Pengaruh Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit, bahasa perantara agama Hindu dan Buddha, telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mana bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa kuno dapat dikesan dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:

  1. Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  2. Talang Tuwo, Palembang (684 M)
  3. Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M)
  4. Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).

Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa daripada bahasa Sanskrit. Peminjaman ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.

Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

Bahasa SanskritBahasa MelayuTulisan Jawi
bhasabahasaبهاس
malaiuMelayuملايو
akasaangkasaاڠكاس
samudharasamuderaسامودرا
mahamahaمها
rajharajaراج
bhumibumiبومي
putraputeraڤوترا
nagaranegaraنڬارا
nagarinegeriنڬري
agamaagamaاڬام
ankaangkaاڠك
vacabacaباچ
bhagyabahagiaبهاڬيا
vamsabangsaبڠسا
balyabeliaبليا
vartaberitaبريتا
buddhibudiبودي
chayacahayaچهاي
cakracakraچقرا
dosadosaدوسا
dukkhadukaدوك
devadewaديوا
ruparupaروڤا
samsarasengsaraسڠسارا
maharanimaharaniمهاراني

Pengaruh Bahasa Jawa

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:

  • Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
  • Pengaruh melalui interaksi sosial dan ekonomi

Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.

Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walau bagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.

Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.

Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:

PerkataanTulisan JawiMaksudnya
andongاندوڠKereta kuda(sewaan)
batokباتوقtempurung
berangasanبيرڠاسانmudah naik marah
wedanaويدناketua daerah
adipatiاديڤتيraja

Pengaruh Arab-Islam

Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan bukan dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya:
1- perbendaharaan kata
2- sebutan kata
3- tulisan

Perbendaharaan Kata

Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

Bahasa ArabBahasa MelayuTulisan Jawi
abbaabahابه
syukrsyukurشكور
jadwaljadualجدوال
qamuskamusكاموس
subhsubuhصبح
waqtuwaktuوقتو
hayawanhaiwanحيوان
wajhwajahوجه
aqalakalعقل
dunyaduniaدنيا
mahkamahmahkamahمحكمه
asalasalاصل
mas'alahmasalahمسئله
hadyahhadiahهديه
sadaqahsedekahصدقه
mawtmautموت
quwatkuatكوات
janinjaninجنين
kitabkitabكتاب

Sebutan Kata

Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul.
Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab.
Contoh-contoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu:

Bahasa MelayuTulisan Jawi
Abdullahعبدالله
maklumatمعلومت
iklanاكلان
kadiقاضي


Tulisan

Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbang kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.

Pengaruh Bahasa Cina

Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C. Perkataan ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Cina. Tetapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Cina. Dalam kajian Kong 1993, telah disimpulkan bahawa lebih kurang 261 patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada bahasa Cina.

Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu:

  1. Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan.
  2. Barang kegunaan harian.
  3. Adat istiadat.
  4. Bangunan dan tempat.
  5. Permainan perjudian dan kepercayaan
  6. Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial.
  7. Kenderaan dan alat pengangkutan.
  8. Perkataan lain-lain.

Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989. Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Cina. Kajian melihat pada fonologi perkataan bahasa Melayu tersebut. Sistem fonologi kata asli bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata bahasa Cina.

Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan Bahasa ialah:

  1. Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal
    • Anglo اڠلو
    • apek اڤيك
    • cingge چيڠڬ
    • kaleng كلاڠ
    • kongsi كوڠسي
    • lio ليو
    • liong ليوڠ
    • lisong ليسوڠ
    • lokcuan لوقچوان
    • mahjong مهجوڠ
    • panglong ڤڠلوڠ
    • singkong سيڠكوڠ
    • taikong تايكوڠ
  2. Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan
    • angpau اڠڤاو
    • bangpak بڠڤق
    • camca چمچا
    • kamsia كمسيا
    • samsu سمسو
    • samseng سمسڠ
  3. Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal
    • beca بيچا
    • camca چمچا
    • kekwa كيكوا
    • nyonya ڽوڽا
    • popia ڤوڤيا
    • misoa ميسوا
    • mua موا
    • sempoa سمڤوا
    • taukua تاوكوا
  4. Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal
    • popia ڤوڤيا
    • misoa ميسوا
    • sempoa سمڤوا
    • siya سيا
    • taukua تاوكوا

Prilaku fonologi pinjaman kata Bahasa Cina adalah bertentangan dengan sistem fonologi bahasa Melayu.

Pengaruh Portugis

Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.[4] Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu ialah:

Bahasa PortugisBahasa MelayuTulisan Jawi
armárioalmariالماري
bolabolaبولا
bandeirabenderaبنديرا
camisakemejaكمجا
dadodaduدادو
garfogarpuڬرڤو
igrejagerejaڬرجا
limãolimauليماو
manteigamentegaمنتيڬ
domingomingguميڠڬو
padrepaderiڤادري
toalhatualaتوالا
janelajendelaجنديلا
escolasekolahسكوله
sábadoSabtuسبتو
sabãosabunسابون
sapatosepatuسڤاتو
abbaabahابه
almarialmariالماري
kamejakemejaكمجا
salwarseluarسلوار

Pengaruh Inggeris

Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk menggambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan khusus untuk merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini ialah konotasi (Jawi: كونوتاسي; connotation), kompromi (Jawi: كومڤرومي; compromise) dan siri (Jawi: سيري; series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media percetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu-satunya kenyataan bernada bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" (Jawi: باجيت) menggantikan perkataan "belanjawan" (Jawi: بلنجاوان) semasa pembentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.

Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.


Bahasa InggerisBahasa MelayuTulisan Jawi
bookbukuبوكو
lamplampuلمڤو
ballbolaبولا
mindmindaميندا
chequecekچيك
busbasبس
taxiteksiتكسي

Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003), stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (Jawi: سالورن اينفوتاينمن اندا; daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DBP dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia (Jawi: سالورن اينفوريا).

Definisi bahasa Melayu tinggi dan bahasa Melayu baku

Konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu tinggi sering dirujuk sebagai wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain.

Bahasa Melayu baku pula ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.

Frasa mudah dalam Bahasa Melayu

Di Malaysia, biasanya masyarakat Melayu bertegur sapa sesama sendiri dengan ucapan salam, tetapi ucapan formal seperti "Selamat pagi" atau "Selamat sejahtera" turut digunakan bagi penutur bukan Islam. Ucapan "Hai" juga sering digunakan apabila bertegur sama sesama rakan-rakan, sebagaimana perkataan "Bye-bye" semasa meminta diri untuk beredar.

Frasa bahasa Melayu IPA Tulisan Jawi
Selamat datang /səlamat dataŋ/ سلامت داتڠ
Selamat jalan /səlamat dʒalan/ سلامت جالن
Selamat tinggal /səlamat tiŋgal/ سلامت تيڠڬل
Terima kasih /tərima kasih/ تريما كاسيه
Sama-sama /sama sama/ سام-سام
Selamat pagi /səlamat pagi/ سلامت ڤاڬي
Selamat petang /səlamat pətaŋ/ سلامت ڤتڠ
Selamat sejahtera /səlamat sədʒahtəra/ سلامت سجهترا
Selamat malam /səlamat malam/ سلامت مالم
Jumpa lagi /dʒumpa lagi/ جومڤا لاڬي
Siapakah nama awak?/Nama awak siapa? /siapakah nama awak/ atau /nama awak siapa/ سياڤاكه نام اوق؟/نام اوق سياڤا؟
Nama saya ... /nama saja/ (diikuti dengan nama) نام ساي ...
Apa khabar? /apa kabar/ اڤ خبر؟
Khabar baik /kabar baik/ خبر باءيق
Saya sakit /saja sakit/ ساي ساكيت
Ya /ja/ يا
Tidak (tidak formal: "tak") /tidak/ atau /tak/ تيدق
Ibu sayang engkau/kamu (awak) /ibu sajaŋ əŋkau/ (ايبو سايڠ اڠكاو/كامو (اوق
Aku (Saya) cinta pada mu (awak) /aku tʃinta pada mu/ (اكو (ساي) چينتا ڤد مو (اوق
Saya benci awak /saja bentʃi awak/ ساي بنچي اوق
Saya tidak faham (tidak formal: "tak faham") /saja tidak faham/ ساي تيدق فهم
Saya tidak tahu (tidak formal: "tak tau" ataupun "sik tau" di Sarawak) /saja tidak tahu/ ساي تيدق تاهو
(Minta) maaf /minta ma'af/ مينت) معاف)
Tumpang tanya /tumpaŋ taɲa/ تومڤڠ تاڽ
(Minta) tolong /toloŋ/ مينت) تولوڠ)
Apa /apa/ اڤ
Tiada /tiada/ تياد

Bahasa pasar serta penggunaan kontemporari

Bahasa Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu, contohnya awek (gadis); balak (jejaka); usha (perhati); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (buruk) dll. Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami); korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang dan menggantikan perkataan kalian); diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka).

Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur, juga sering menukar bahasa (beralih kod) antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, yang seterusnya membentuk bahasa rojak. Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah: Bestlah tempat ni (Baguslah tempat ni); kau ni terror lah (Kau ni hebatlah). Akibatnya, fenomena ini melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.

Berikut merupakan beberapa kependekan yang sering digunakan oleh remaja Melayu:

Perkataan tidak formal Perkataan formal Tulisan Jawi
bleh boleh بوليه
ko engkau اڠکاو
nape kenapa/mengapa کناڤ
gi/pi pergi ڤرݢي
kat dekat/di دکت/د
ne mana مان
tau tahu تاهو
je sahaja سهاج
awek gadis ݢاديس
balak pemuda ڤمودا
skodeng mengintai مڠينتاي
cun cantik چنتيک
jom mari ماري
poyo/selenge berlagak برلاݢق
blah beredar برايدر
meh mari ماري
apsal apa pasal اڤ ڤأسل
tak yah tidak payah تيدق ڤايه
pastu selepas itu سلڤس ايت
ambik ambil امبيل

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Nota kaki

  1. Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084

Pautan luar