Mona Allen: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 13: | Baris 13: | ||
}} |
}} |
||
'''Mona Allen''' (lahir '''Munna Hafiraneza Allen'''; 28 Januari 1985) |
'''Mona Allen''' (lahir '''Munna Hafiraneza Allen'''; 28 Januari 1985), ialah seorang pelakon wanita Malaysia.<ref>{{cite web|url=http://www.utusan.com.my/hiburan/mona-allen-kembali-selepas-lebih-15-tahun-1.623295|title=Mona Allen kembali selepas lebih 15 tahun|author=Ifqdar Rahman|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=8 Mac 2018|accessdate=14 September 2018}}</ref> Beliau pernah menjadi hos program [[Sinaran Pasport Kegemilangan]] tahun 2000.<ref>{{cite web|url=https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/328833/cabaran-watak-antagonis|title=Cabaran watak antagonis|author=Norhayati Nordin|publisher=[[Harian Metro]]|date=9 April 2018|accessdate=14 September 2018}}</ref> Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam ''[[Monalisa]]''. |
||
==Kerjaya== |
==Kerjaya== |
Semakan pada 08:17, 4 Februari 2021
Mona Allen | |
---|---|
Kelahiran | Munna Hafiraneza Allen 28 Januari 1985 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan | Pekin Ibrahim (k. 2018) |
Mona Allen (lahir Munna Hafiraneza Allen; 28 Januari 1985), ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000.[2] Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa.
Kerjaya
Mona memulakan kerjayanya pada 2000 sebagai pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3. Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa lakonan bersama Zara Zya. Sebelum Monalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya, Pekin Ibrahim.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.[3][4]
Kontroversi
Mona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana beliau berpakaian seksi ketika berada di perkuburan semasa menjalani penggambaran drama Monalisa, sekaligus menerima kecaman daripada warganet. Dalam temuramah dengan Utusan Malaysia, beliau berkata: "Saya menduukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya. Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak".[5]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Manap Karaoke | Jamizan | Mamat Khalid | Filem pertama |
2021 | Salina | Salina | Raja Mukhriz | Pos-produksi |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Mr. Donat Karamel | Mimin | TV3 |
2017 | Cik Serba Tahu | Maira | Astro Ria |
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! | Nadine/Nilla | Hypp Sensasi | |
Waris Kampung Semarah Padi | TV1 | ||
2018 | Monalisa | Ramona | Astro Prima |
Mencari Qiblat | Rose | TV3 | |
Seribu Rindu | Damia | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Engku Kamelia | |
Cinta Non Grata | Zatul | ||
Lara Syakila | Syakila | TV2 | |
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Ratnasari | TV3 |
Tanya Sama Pokok | Ramlah | Astro Warna |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Joras Van Haji Murshid | Astro Warna | |
2017 | Licin | TV1 | |
2018 | Kitab Sijjin | Siti | Astro Citra |
2019 | Jerat | Iris | TV3 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2000 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Dirinya sendiri/pengacara | TV3 |
2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | Awesome TV |
Rujukan
- ^ Ifqdar Rahman (8 Mac 2018). "Mona Allen kembali selepas lebih 15 tahun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ Norhayati Nordin (9 April 2018). "Cabaran watak antagonis". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen selamat nikah". Sinar Harian. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen sudah bernikah". Astro Awani. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (18 Mac 2018). "Berpakaian seksi di kubur, Mona Allen dikecam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2018. Dicapai pada 1 April 2018.