Bayam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27: Baris 27:
== Peristilahan ==
== Peristilahan ==
{{Lihat juga|Bayam (Spinacia)}}
{{Lihat juga|Bayam (Spinacia)}}
Nama "bayam" sering bertindih makna kepada dua jenis sayur yang datang dari [[Keluarga (biologi)|keluarga]] [[Amaranthaceae]] yang sama tetapi berbeza [[genus]]:<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=spinach Ini dapat dilihat dalam terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka.]</ref> "bayam" yang digunakan dalam masakan Nusantara datang dari genus [[Amaranthus]]<ref name=":0">{{Cite newspaper|url=https://mediapermata.com.bn/khasiat-kandungan-bayam-untuk-tubuh/|title=Khasiat, kandungan bayam untuk tubuh|date=18 April 2018|newspaper=Media Permata}}</ref> di mana nama Inggerisnya adalah ''amaranth'' sedangkan "bayam" yang ditemui dalam masakan Barat datang dari genus [[Spinacia]] - khususnya ''[[Spinacia oleracia]]''<ref>{{Cite web|url=https://hort.extension.wisc.edu/articles/spinach-spinacia-oleracea/|title=Spinach, Spinacia oleracea|date=2021|website=Wisconsin Horticulture|publisher=University of Wisconsin|url-status=live|access-date=2 Mac 2021}}</ref> - dengan nama setempat ''spinach''.<ref name=":0" /> Nama setempat lain yang ada dalam kepulauan Asia Tenggara termasuk:
Nama "bayam" sering bertindih makna kepada dua jenis sayur yang datang dari [[Keluarga (biologi)|keluarga]] [[Amaranthaceae]] yang sama tetapi berbeza [[genus]]:<ref>{{cite dictionary|url=http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=spinach|dictionary=Kamus Inggeris-Melayu Dewan|title=spinach|year=2017|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka}}</ref> "bayam" yang digunakan dalam masakan Nusantara datang dari genus [[Amaranthus]]<ref name="MediaPermata">{{Cite newspaper|url=https://mediapermata.com.bn/khasiat-kandungan-bayam-untuk-tubuh/|title=Khasiat, kandungan bayam untuk tubuh|date=18 April 2018|newspaper=Media Permata}}</ref> di mana nama Inggerisnya adalah ''amaranth'' sedangkan "bayam" yang ditemui dalam masakan Barat datang dari genus [[Spinacia]] - khususnya ''[[Spinacia oleracia]]''<ref>{{Cite web|url=https://hort.extension.wisc.edu/articles/spinach-spinacia-oleracea/|title=Spinach, Spinacia oleracea|date=2021|website=Wisconsin Horticulture|publisher=University of Wisconsin|url-status=live|access-date=2 Mac 2021}}</ref> - dengan nama setempat ''spinach''.<ref name="MediaPermata" /> Nama setempat lain yang ada dalam kepulauan Asia Tenggara termasuk:


* ''kulitis'' (Filipina)
* ''kulitis'' (Filipina)

Semakan pada 02:48, 2 Mac 2021

Bayam
Amaranthus caudatus (Love-lies-bleeding, jenis Amaranthus yang lain.)
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Amaranthus

Species
  • A. viridis
  • A. hybridus
  • A. tricolor
  • A. blitum
  • A. spinosus
  • A. dubius
  • A. hypochondriacus

Bayam (Jawi: بايم) ialah tumbuhan saka atau bermusim dalam genus Amaranthus yang ditanam sebagai sumber sayuran.

Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah.

Peristilahan

Nama "bayam" sering bertindih makna kepada dua jenis sayur yang datang dari keluarga Amaranthaceae yang sama tetapi berbeza genus:[1] "bayam" yang digunakan dalam masakan Nusantara datang dari genus Amaranthus[2] di mana nama Inggerisnya adalah amaranth sedangkan "bayam" yang ditemui dalam masakan Barat datang dari genus Spinacia - khususnya Spinacia oleracia[3] - dengan nama setempat spinach.[2] Nama setempat lain yang ada dalam kepulauan Asia Tenggara termasuk:

  • kulitis (Filipina)
  • aopa (Papua New Guinea)
  • phtii (Kemboja)
  • phakkhom-suan (Thailand)
  • hom (Laos)
  • rau dền atau chi dền (Vietnam).

Nama genus Amaranthus pula menyerap dari bahasa Yunani ἀμάραντος[4] (amárantos), "tidak pudar" dan ἄνθος ánthos "bunga", ia dahulunya dipakai untuk genus Celosia yang mempunyai bunga berupa ciri sama sebelum bunga tumbuhan genus Amaranthus moden diperkenalkan ke Eropah.[5]

Botani

Bayam ialah herba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m; ia boleh hidup secara bermusim mahupun sepanjang tahun.[6] Batangnya lembut tak berkayu, dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat, lebarnya boleh antara 6.5 hingga 15 sm.[6]

Bunganya kecil hijau menjambak keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecil mengandungi biji berbentuk bulat hitam yang sangat kecil dengan ukuran 1 hingga 1.5 milimeter.[7]

Amaranthus spp.

Penanaman

Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam atas batas. Ia adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar batas lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan.[8]

Tabur benih bayam (halus berwarna hitam) yang telah digaul dengan tanah peroi atau pasir sama rata diatas batas. Buat penyiraman selepas tabur benih. Selepas 2-3 hari benih akan bercambah dengan jarak sesuai kira-kira 8-10 cm antara pokok dan 45 cm antara barisan. Keperluan benih bayam sebanyak 1-3 kg sehektar. Sungkupan adalah perlu selepas tabur benih dengan lalang, pelepah kelapa dan sebagainya. Petani maju gunakan 'black netting' sebagai sungkupan. Ada petani yang menyemai dahulu bayam tetapi petani di Muar biasanya tabur terus benih daiatas batas. Penyiraman bayam adalah sangan penting untuk pastikan bayam hidup subur dengan sistem sprinkler. Kawalan rumpai dijalankan dengan manual dan dijalankan berhati-hati kerana akan menjejaskan akar bayam.

Baja organik tahi ayam biasanya digunakan sebagai baja asas yang dibubuh diatas batas semasa penyediaan kawasan dan batas dengan kadar 5 metrik tan sehektar. Baja Sulphate of Amonia sebanyak 240 gm/ha ditabur 7 hari lepas tabur benih bersama Basa TSP (24 kg/ha) dan baja MOP (120 kg/ha).Terdapat sebilangan petani komersial bayam yang menggunakan baja foliar (baja semburan daun) untuk mempercepatkan penuaian dan meningkatkan kualiiti bayam. Kawasan tanah gambut sangat sesuai menanam sayuran daun seperti bayam kerana mudah pengurusan batas, rumpai dan kerja menuai hasil.

Penuaian

Tanaman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Pokok bayam yang telah mencapai ketinggian kira-kira 20-25 cm boleh dituai dengan memotong atau mencabut dan ianya dikumpulkan. Bersihkan dengan membasuh bahagian akar dari kekotoran tanah sebelum dimasukkan kedalam bakul. Bayam adalah sayur daun yang mudah rosak jika tidak dipasarkan segera. Kajian saya di sekitar Muar, Melaka dan Johor Bahru mendapati anggaran hasil sekitar tanaman bayam adalah 1-2 kg/meter persegi atau 10,000 -20,000 kg/ha. Saya dapati tanaman Bayam di Kg Solok Tangkak pula mendapat purata berat hasil sekitar 12,000 kg sehektar dengan kekerapan 8-10 kali pusingan penanaman setahun.

Perosak

Antara perosak tanaman bayam adalah Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) yang memotong anak benih bayam pada paras tanah dan kawalan dengan racun serangga jenis Fenvelerate atau cypermethrin. Perosak Ulat Ratus (Spodoptera litura) memakan daun dan dikawal dengan racun cypermethrin. Dua jenis penyakit yang menyerang tanaman bayam adalah Hawar Melecuh (Cystobus bliti) yang simptomnya tompok2 putih pada daun dan tiada kawalan kimia yang berkesan. Oleh itu amalkan tanaman giliran dan tanam dikawasan baru yang bebas penyakit. Penyakit Lecuh Anak benih (Phytium aphani dermatum) menyerang pangkal pokok dan akibatnya pokok mati dan boleh dikawal denganracun kulat Capstan dan IPM.

Kegunaan

Dedaun tumbuhhan ini dimasak dalam bentuk sayur mempunyai rasa manis sedap. Ia boleh terus dibuat ulam, daun dan batang mudanya pula dicelur atau direbus lalu dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Sayur ini juga boleh dimasak menjadi sup dalam kalangan masyarakat Jawa di Muar, Johor disebut sebagai bening.

Penghasilan

Bayam merupakan sayuran yang sangat popular serata Nusantara merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.

Di Malaysia, bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di negeri Johor - terutamanya Daerah Johor Bahru yang paling utama seluas 1,795 hektar, Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar) - diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010.

Khasiat

Kandungan zat makanan setiap 100 gram bayam mengandungi vitamin A, beta karotena (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), zat besi (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan asid folik dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.[9] Bayam kaya dengan zat-zat galian seperti fosforus, kalium, mangan dan zink.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.[perlu rujukan]

Ia juga mengandungi metionina dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalat untuk kesihatan. Penanaman bayam di Malaysia akan terus menjadi pilihan ramai petani dan pengguna kerana khasiat yang ada dan cepat berhasil.

Rujukan

  1. ^ "spinach". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ a b "Khasiat, kandungan bayam untuk tubuh". Media Permata. 18 April 2018.
  3. ^ "Spinach, Spinacia oleracea". Wisconsin Horticulture. University of Wisconsin. 2021. Dicapai pada 2 Mac 2021.
  4. ^ ἀμάραντος. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project
  5. ^ Costea, Mihai; Tardif, François J. (2003). "The Name of the Amaranth: Histories of Meaning". SIDA, Contributions to Botany. 20 (3): 1073–1083. ISSN 0036-1488. JSTOR 41968150.
  6. ^ a b Schmid, Rudolf; Judd, Walter S.; Campbell, Christopher S.; Kellogg, Elizabeth A.; Stevens, Peter F.; Donoghue, Michael J.; Judd, Walter S.; Nickrent, Daniel L.; Robertson, Kenneth R.; Abbott, J. Richard; Campbell, Christopher S.; Carlsward, Barbara S.; Donoghue, Michael J.; Kellogg, Elizabeth A. (1 October 2007). "Plant Systematics: A Phylogenetic Approach". Taxon. Wiley. 56 (4): 1316. doi:10.2307/25065934. ISSN 0040-0262. JSTOR 25065934.
  7. ^ Arreguez, Guillermo A.; Martínez, Jorge G.; Ponessa, Graciela (September 2013). "Amaranthus hybridus L. ssp. hybridus in an archaeological site from the initial mid-Holocene in the Southern Argentinian Puna". Quaternary International. 307: 81–85. Bibcode:2013QuInt.307...81A. doi:10.1016/j.quaint.2013.02.035.
  8. ^ Cara sesuai tanam bayam. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.
  9. ^ PROSEA: Vegetables in ASEAN (1994)

Lihat juga

Pautan luar