Nana Mahazan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Fandi89 telah memindahkan laman Nurul Hana Che Mahazan ke Nana Mahazan melalui lencongan: Nama yang lebih dikenali.
Pengemasan.
Baris 1: Baris 1:
{{Hatnote|"Nana AF" dan "Nana Mahazan" dilencongkan di sini.}}
{{Hatnote|"Nana AF" dilencongkan di sini.}}
{{infobox person
{{infobox person
|name = Nana Mahazan
|name = Nana Mahazan

Semakan pada 04:46, 7 Mac 2021

Nana Mahazan
Kelahiran
Nurul Hana Che Mahazan

(1983-07-01) 1 Julai 1983 (umur 40)
PendidikanDiploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon
Tahun aktif2003–kini
PasanganRaqeem Brian Abdullah (k. 2009)
Anak-anak2
IbuRosnah Harun
BapaChe Mahazan Che Aik
Laman web rasmiNana Mahazan

Nurul Hana Che Mahazan [1] atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan (lahir 1 Julai 1983) merupakan seorang pelakon, pengacara televisyen dan penyanyi wanita Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim 1 pada tahun 2003.

Latar belakang

Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun. Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009[2] [3] [4] dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.[5]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gangster Elly Filem pertama
2009 Maut Sabrina
Sifu & Tongga[6] Pengacara Program Pelik Tapi Benar Penampilan khas

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2003 Akademi Fantasia (musim 1) Peserta Astro Ria
2006 Galaksi Pengacara TV9
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis undangan TV1
Pop TV ASK 2017 Pengacara TV9
2017–2018 Nasi Lemak Kopi O Pengacara
2020 HTV Pengacara TV1
Mic On! Pengacara Awesome TV

Diskografi

  • Evolusi (1)[7]
    • Katakan[8]penampilan Lil Zee
    • Lekas

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar