Pelabuhan Tanjung Pelepas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Chongkian (bincang | sumb.)
tiada rujukan
Baris 3: Baris 3:
'''Pelabuhan Tanjung Pelepas''' ('''PTP''') yang terletaknya pada koordinat {{coord|01|21|58.85|N|103|32|54.12|E}}) di barat daya [[Semenanjung Malaysia]] merupakan [[pelabuhan]] yang kedua di negeri [[Johor]] dan pelabuhan [[muatan pindah kapal]] utama di [[Malaysia]].
'''Pelabuhan Tanjung Pelepas''' ('''PTP''') yang terletaknya pada koordinat {{coord|01|21|58.85|N|103|32|54.12|E}}) di barat daya [[Semenanjung Malaysia]] merupakan [[pelabuhan]] yang kedua di negeri [[Johor]] dan pelabuhan [[muatan pindah kapal]] utama di [[Malaysia]].


Tujuan pembinaan pelabuhan ini oleh Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd., yakni pemilik [[Pelabuhan Johor]] (pelabuhan pertama di Johor), semata-mata untuk bersaing dengan [[Pelabuhan Singapura]] melalui taraf kualiti yang setanding tetapi dengan kos kepada pelanggan yang lebih murah. PTP telah ditubuhkan pada 13 Mac 1999 dan telah memulakan operasinya pada 10 Oktober [[1999]]. Pada 1999 PTP mengendalikan 20,696 TEU dan pada 2000 meningkat kepada 418,218 TEU. Pada 2003 pula meningkat kepada 3.87 juta TEU dan mengatasi [[Pelabuhan Klang]] di Malaysia. Pada tahun 2004 mengendalikan 4,020,421 TEU dan menjadi pelabuhan ke-18 paling sibuk di dunia. Pada 2005 PTP mengendalikan 4.2 juta TEU, dan 2006 mengendalikan kontena berjumlah 4.6 juta TEU.
PTP telah ditubuhkan pada 13 Mac 1999 dan telah memulakan operasinya pada 10 Oktober [[1999]]. Pada 1999 PTP mengendalikan 20,696 TEU dan pada 2000 meningkat kepada 418,218 TEU. Pada 2003 pula meningkat kepada 3.87 juta TEU dan mengatasi [[Pelabuhan Klang]] di Malaysia. Pada tahun 2004 mengendalikan 4,020,421 TEU dan menjadi pelabuhan ke-18 paling sibuk di dunia. Pada 2005 PTP mengendalikan 4.2 juta TEU, dan 2006 mengendalikan kontena berjumlah 4.6 juta TEU.


Kerancakan pembangunan PTP kerana begitu dekat dengan laluan kapal-kapal kontena di [[Selat Melaka]] dan tidak begitu berbeza dengan pelabuhan-pelabuhan di Singapura.
Kerancakan pembangunan PTP kerana begitu dekat dengan laluan kapal-kapal kontena di [[Selat Melaka]] dan tidak begitu berbeza dengan pelabuhan-pelabuhan di Singapura.

Semakan pada 09:01, 8 Mac 2021

Pelabuhan Tanjung Pelepas

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang terletaknya pada koordinat 01°21′58.85″N 103°32′54.12″E / 1.3663472°N 103.5483667°E / 1.3663472; 103.5483667) di barat daya Semenanjung Malaysia merupakan pelabuhan yang kedua di negeri Johor dan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia.

PTP telah ditubuhkan pada 13 Mac 1999 dan telah memulakan operasinya pada 10 Oktober 1999. Pada 1999 PTP mengendalikan 20,696 TEU dan pada 2000 meningkat kepada 418,218 TEU. Pada 2003 pula meningkat kepada 3.87 juta TEU dan mengatasi Pelabuhan Klang di Malaysia. Pada tahun 2004 mengendalikan 4,020,421 TEU dan menjadi pelabuhan ke-18 paling sibuk di dunia. Pada 2005 PTP mengendalikan 4.2 juta TEU, dan 2006 mengendalikan kontena berjumlah 4.6 juta TEU.

Kerancakan pembangunan PTP kerana begitu dekat dengan laluan kapal-kapal kontena di Selat Melaka dan tidak begitu berbeza dengan pelabuhan-pelabuhan di Singapura.

Tapak

Terletaknya di muara Sungai Pulai, kawasan PTP seluas 1,935 ekar dan dilindungi oleh sebuah teluk air-dalam. Berada di air-dalam mencecah 15 meter dari aras laut, ia mempunyai saluran sepanjang 12.6 kilometer dan lebar seluas 250 meter yang memberi PTP kelebihan dalam mengurangkan masa kapal-kapal untuk menunggu.

PTP dihubungkan oleh Lebuhraya Utara-Selatan (menghubungkan Singapura ke sempadan Thailand). Pelabuhan ini juga berada dikawasan Zon Perdagangan Bebas. Ia memberi keistimewaan kepada pelanggan supaya bebas daripada prosedur kastam, duti import dan eksport serta lesen import. Jambatan Linkedua ke Tuas di Singapura juga sangat dekat dan menjadikan PTP tidak berbeza dengan pelabuhan sedia ada di Singapura.

Kemudahan dan perkhidmatan

Kini, PTP berupaya mengendalikan sebanyak enam juta TEU setahun. Kemudahannya termasuk:

  • 14 dermaga yang berukuran 360 meter setiap satu, berjumlah sepanjang 4.68 kilometer barisan dermaga;
  • 58 buah kren tepian dermaga "Super Post Panamax" yang boleh mengangkat sebanyak 18 buah kargo, dengan tambahan 10 kargo dan 22 buah kotak;
  • 70 buah kren dan juga treler-treler di kawasan menyimpan kargo berbahaya;
  • Bangunan simpanan kontena yang terbesar di negara yang boleh menyimpan dan menampung sebanyak 110,000 TEU, termasuk lebih daripada 2,100 'point reefer'.
  • Sistem pintu gerbang automatik GCAM yang membolehkan pengurusan pengangkutan kotak yang lebih cepat.

Untuk melancarkan operasi, PTP menggunakan perkhidmatan teknologi maklumat untuk menyambungkan seluruh pengguna pelabuhan antara satu sama lain. Sistem ini juga membantu pengimport-pengeksport, ejen perkapalan dan pelabuhan untuk berkomunikasi dengan lebih cepat. Syarikat operator perkapalan iaitu Maersk Sealand dan Evergreen Marine Corporation memindahkan operasi dari Singapura ke PTP.

Pada tahun 2000, PTP telah dianugerahkan sebagai "Pelabuhan Kontena Baru yang Terbaik" ('Best Emerging Container Terminal') dari Senarai Lloyds kerana berjaya menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang perjalanan operasi.

Pelanggan utama

Pada bulan Jun 2000, Maersk Sealand dan APL-NOL telah memulakan perkhidmatan tetap di pelabuhan ini. Maersk dianggarkan akan membawa ketumpatan sebanyak dua juta TEU ke PTP pada setiap tahun.

JST, menerusi anak syarikat Malaysia JST Connectors (M) Sdn. Bhd., juga akan membangunkan kemudahan bersepadu pengeluaran, kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan jualan di Perdagangan Bebas Pelepas. Luas kawasannya sebanyak sejuta kaki persegi dijangka siap pada tahun 2006. Diasaskan di Osaka, Jepun, JST merupakan salah satu daripada pengeluar penyambung utama di dunia untuk kegunaan-kegunaan yang termasuk kereta, automasi pejabat, telekomunikasi dan kelengkapan pengguna.

Kampus Perindustrian Flextronics yang dibina dalam lingkungan Zon Perdagangan Bebas Pelepas dijangka beroperasi mulai April 2006. Syarikat lain yang sudah berpindah ke pelabuhan ini termasuklah BMW, sebuah pengeluar kereta mewah Jerman yang mengusahakan kilang alat ganti untuk wilayah Asia dan syarikat logistik Schenker.

Pautan luar