Thailand Selatan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
BukanTeamBiasa (bincang | sumb.)
k Selatan Thailand dipindahkan ke Thailand Selatan: Membetulkan struktur tatabahasa
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Baris 33: Baris 33:
[[en:Southern Thailand]]
[[en:Southern Thailand]]
[[es:Tailandia del Sur]]
[[es:Tailandia del Sur]]
[[zh-classical:泰南]]
[[it:Thailandia del Sud]]
[[it:Thailandia del Sud]]
[[ja:タイ南部]]
[[lt:Pietinė Tailando provincija]]
[[lt:Pietinė Tailando provincija]]
[[nl:Zuid-Thailand]]
[[nl:Zuid-Thailand]]
[[ja:タイ南部]]
[[pt:Região Sul (Tailândia)]]
[[pt:Região Sul (Tailândia)]]
[[th:ภาคใต้]]
[[th:ภาคใต้]]
[[vi:Miền Nam Thái Lan]]
[[vi:Miền Nam Thái Lan]]
[[zh-classical:泰南]]

Semakan pada 00:53, 6 Mac 2008

Thailand Selatan
Thailand Selatan

Selatan Thailand merupakan sebahagian kawasan di Thailand yang bersempadan dengan Semenanjung Malaysia.

Selatan Thailand terdiri daripada 14 wilayah, antaranya Wilayah Narathiwat, Wilayah Pattani, Wilayah Yala dan Wilayah Satun. Majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam. Tetapi Thailand diperintah oleh kerajaan Buddha.

Krisis

Sejak akhir-akhir ini pergolakan sering berlaku seperti di Kampung Sungai Padi, Takbai dan lain-lain kawasan. Beberapa tindakan oleh Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinnawatra yang menguatkuasakan undang-undang darurat dan penggunaan tindakan ketenteraan bagi memburu 'pengganas Islam' menyebabkan ramai penganut agama Islam dan Buddha terbunuh. Tragedi di Masjid Krisek mengorbankan ratusan nyawa.

Perjanjian Bangkok 1909

Pada 9 Julai 1909 Gabenor Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah berjumpa dengan Kerajaan Siam di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah negeri Perlis, Kedah , Kelantan dan Terengganu. Pattani, Yala dan Narathiwat memang dibawah pentadbiran kerajaan Siam.

Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu , kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.

Antara syarat perjanjian ialah Kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak. Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada 16 Julai 1909.

  • Kerajaan Perak diwakili oleh :
  1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
  2. Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
  3. E.W. Birch, Residen British Perak.
  4. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
  5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
  6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
  7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan.
  • Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
  • Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.