Elly Mazlein: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Saiff Naqiuddin (bincang | sumb.)
Baris 153: Baris 153:
! Lagu yang dipersembahkan
! Lagu yang dipersembahkan
! {{Tooltip|Ruj.|Rujukan}}
! {{Tooltip|Ruj.|Rujukan}}
|-
| 2 Mei 2014
! scope="row"| Malaysia Water Festival 2014 in [[Port Dickson]]
| "Sabarlah Hati"
| style="text-align:center;" | <ref>{{cite web |url=http://pelancongan-kini.blogspot.com/2014/04/pesta-air-1malaysia-port-dickson.html |title=Pesta Air 1Malaysia 2014 @ Pantai Cahaya, Port Dickson ( 2~4 Mei 2014 ) |date=22 April 2014 |publisher=Perlancongan Kini |access-date=14 Mac 2021 }}</ref>
|-
|-
| 11 November 2016
| 11 November 2016
Baris 189: Baris 194:
| "[[Temberang]]" <small>(duet bersama [[AC Mizal]])</small>
| "[[Temberang]]" <small>(duet bersama [[AC Mizal]])</small>
| style="text-align:center;" | <ref group ="‡">{{cite av media|title=Elly Mazlein & Dato Ac Mizal - Temberang #ABPBH32 |date=13 November 2020 |type=Television broadcast |url=https://www.youtube.com/watch?v=UCv7ccVTPmM |publisher=[[TV3|TV3MALAYSIA Official]] |access-date=14 Mac 2021}}</ref>
| style="text-align:center;" | <ref group ="‡">{{cite av media|title=Elly Mazlein & Dato Ac Mizal - Temberang #ABPBH32 |date=13 November 2020 |type=Television broadcast |url=https://www.youtube.com/watch?v=UCv7ccVTPmM |publisher=[[TV3|TV3MALAYSIA Official]] |access-date=14 Mac 2021}}</ref>
|-
| 17 November 2019
! scope="row"| ''[[Mentor Milenia 2019|Mentor Milenia]]'' 2019
| "[[Di Matamu]]" <small>(duet bersama [[Sufian Suhaimi]])</small>
| style="text-align:center;" | <ref group ="‡">{{cite av media|title=Dimatamu - Sufian Suhaimi & Elly Mazlein l Minggu 6 Mentor Milenia 2019 |date=17 November 2019 |type=Television broadcast |url=https://www.youtube.com/watch?v=3HhUJKXoFyc |publisher=[[TV9|TV9MALAYSIA Official]] |access-date=14 Mac 2021}}</ref>
|-
|-
| 31 Mei 2020
| 31 Mei 2020

Semakan pada 17:10, 13 Mac 2021

Elly Mazlein
ايللي مذليين
Fail:Elly Mazlein In 2019.jpg
Elly pada 2019.
Kelahiran
Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi

(1980-12-17) 17 Disember 1980 (umur 43)
Nama lainKak Lina Pom Pom
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
Tahun aktif1997–kini
Pasangan
  • Azmi Hatta (k. 2014; c. 2015)
  • Mohamad Azlan Che Nuh (k. 2020)
Anak-anakPutri Sara Sefhia Azmi
Ibu bapa
  • Syed Hanafi Syed Abdullah (bapa)
  • Sabariah Ahmad (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
NAR Records (1997–2003)
KRU Records (2013–2017)
LIFE Records (2020–kini)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, dan internet
GenrePelawak berdiri, cereka, komedi sketsa
SubjekKomedi, lawak jenaka
Hasil karya dan peranan
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan221 ribu
Jumlah tontonan12.3 juta
100,000 pelanggan 2020
Dikemaskini pada 10 Mac 2021

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (ايللي مذليين, lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3]

Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah menerbitkan 4 album studio solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan", "Janji Kekasih" dan "Bungaku Bakawali" yang ketika itu menguasai carta radio tanah air. Kerjaya muziknya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.[4][5]

Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas dan sejak itu, beliau menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.[6]

Kehidupan awal

Elly Mazlein dilahirkan pada 17 Disember 1980 di Kampung Behrang, Slim River, Perak kepada pasangan Syed Hanafi Syed Abdullah dan Sabariah Ahmad. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[7][8]

Kerjaya

Muzik

Pada usia 17 tahun, Elly Mazlein menandatangani kontrak bersama NAR Records dan merakamkan album sulungnya, Sutera Kasih dengan lagu bertajuk sama dan "Biar Pilu Ada Penawarnya" dikeluarkan sebagai single.[9] Album ini menjadi kegagalan komersial, namun tidak mematahkan semangat Elly untuk bergiat aktif dalam bidang muzik. Album keduanya, Satu Persatu dikeluarkan dua tahun kemudian.[10] "Usah Ditambah Bara Tersimpan" dan "Janji Kekasih" dikeluarkan sebagai single. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 50,000 unit.[11][12]

Elly kemudian mengumpul material baru untuk album ketiganya, Elly yang mana proses rakaman dijalankan pada bulan puasa 2000.[13][14][15][16] Dikeluarkan pada 26 Mac 2001, album ini mendapat sentuhan pelbagai komposer dan penerbit termasuk Azmeer, Azman Abu Hassan dan Eddie Hamid. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah "Bungaku Bakawali", "Cintaku Untuk Bahagia" dan "Gerimis".[17][18][19][20] Elly mencipta rekod tersendiri apabila ia berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris dengan jualan mencecah 60,000 unit. Malah Satu Persatu dan Elly turut menerima pensijilan Platinum daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Album kompilasi pertamanya, Elly: The Best Ballads dikeluarkan pada 2002, menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari tiga album terdahulunya. Ia telah menerima pensijilan Emas.[21] Pada 14 Julai 2002, Elly bersama kumpulan Exists menjayakan persembahan amal Konsert Amal Afganistan - Exists 2002 yang berlangsung di Kuching, Sarawak.[22]

Pada April 2003, Elly menjayakan persembahan di Karnival Sure Heboh (kini Karnival Jom Heboh) sempena ulang tahun TV3 ke-19 yang berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Selain beliau, antara artis yang turut serta ialah Ezlynn, Phyne Ballerz, Apacian, Chakra Sonic, Antz, Nora, Platinum, Sarah, Handy Black, Elyana, Siti Nordiana, Boboy, Ali (XPDC), Abot, Winnie Kok dan Mamat.[23]

Elly seterusnya membuat persiapan untuk merakamkan album keempat, Atas Nama Cinta.[24][25] Untuk album ini, beliau melakukan proses pemilihan lagu secara teliti. Album ini dikeluarkan pada September 2003 dengan lagu "Merry Go Round" dan "Pendita Penipu" dikeluarkan sebagai single.[26][27] Antara komposer dan penerbit yang mencurahkan tenaga dalam album ini ialah Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan, LY dan Eddie Hamid.[28]

Selepas mengecapi kejayaan dalam industri muzik dalam tempoh 7 tahun, kerjaya muzik Elly Mazlein terhenti seketika kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman, sekaligus mengambil cuti panjang dari kerjaya nyanyian. Lima tahun kemudian, iaitu pada 2010, Elly kembali aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan dua single baharu bertajuk "Please Forgive Me" dan "Kata Saja I Love You".[29][30]

Pada Mac 2013, beliau melancarkan single bertajuk "Sabarlah Hati" yang bergenre balada di bawah KRU Music, lagu ini ialah hasil ciptaan Manusia Putih. Beliau dipetik oleh portal hiburan Sensasi Selebriti sebagai berkata: “Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music”.[31]

Pada Oktober 2016, beliau menjadi salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ketiga selepas menerima tawaran daripada Astro untuk menyertai rancangan itu.[32][33] Beliau mengumumkan menarik diri selepas konsert minggu keempat kerana dikatakan kecil hati dengan komen daripada juri tetap, Ramli M. S..[34][35][36]

Pada 26 April 2017, Elly melancarkan single terbaharu bertajuk "Jeritan Hati" yang berdasarkan daripada kisah hidup beliau. Majlis pelancaran single ini diadakan di Platinum Superstar Karaoke, Setapak Sentral, ia menjadi single pertamanya dalam tempoh empat tahun sejak "Sabarlah Hati".[37]

Beliau bersama-sama Faizal Tahir dan Zizi Kirana merakamkan semula lagu klasik "Empat Dara" karya asal Atan Penambang dan Ahmad Yusoh dengan tajuk "Empat Dara 2020". Sejak pelancaran rasminya di YouTube pada November 2020, muzik video Empat Dara 2020 menjadi sohor kini nombor dua di platform YouTube Malaysia dengan jumlah tontonannya juga sudah mencecah 4.5 juta dengan lebih 9,400 komen daripada pelayar yang rata-rata terhibur dan memberi sokongan sangat positif.[38][39] Lagu ini juga dipersembahkan secara langsung di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33.[40]

Pada 26 Februari 2021, Elly muncul dengan single terbaharu, "Dusta Cinta" hasil nukilan Aina Abdul dengan liriknya ditulis oleh Wan Zakaria. Beliau berkata mengenai lagu ini: "Saya yakin bakat dan kemampuan Aina (Abdul) cukup besar. Jadi, tidak salah saya menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Karya yang dinyanyikannya sendiri pun hebat. Saya juga mengharapkan tuah sama menyebelahi saya. Saya lihat Aina sangat kreatif. Aina luar biasa dan sentuhannya berbisa,".[41][42][43]

Lakonan

Fail:Elly Mazlein on interview with OneNews.jpg
Elly berucap di sidang media majlis pelancaran Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom pada 24 September 2020.

Kerjaya lakonan Elly bermula pada 2002 apabila pelakon, pengarah dan penerbit Yusof Haslam mempelawa beliau membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Detektif Mazlin.[44][22][45] Ia menjadi drama pertama lakonannya. Beliau bagaimanapun, meninggalkan siri itu tiga tahun kemudian.

Beliau kemudian ditawarkan membintangi filem sulung lakonannya, Janji Diana arahan Yusof lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira yang mana beliau memegang watak sebagai Etty. Dikeluarkan pada 24 Julai 2003, filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.[25]

Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia pada 6 Julai 2003, Elly berkata, beliau jujur untuk menjadi pelakon dengan hasrat mahu mencuba nasib dalam bidang lakonan dan bermatlamat untuk mempertingkatkan keupayaan dalam kedua-kedua bidang yang diceburinya.[28] Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada masa itu saya tidak anggap ia sebagai sesuatu yang serius. Saya hanya mahu mencuba sesuatu yang baru [...] Lakonan kini menjadi bidang kedua saya selepas nyanyian".[28]

Selepas Janji Diana, beliau kemudian ditawarkan pula untuk memegang peranan utama dalam filem Tangkai Jering arahan Abdul Razak Mohaideen dengan memegang watak sebagai Shakila.[46][47][48] Elly digandingkan bersama Yassin Yahya, bekas ahli kumpulan Senario. Biarpun memegang peranan utama, babak yang melibatkan dirinya dirakam hanya 10 hari. Dalam waktu yang singkat itu beliau perlu memberikan komitmen di lokasi.[24][25][27] Filem ini ditayangkan pada 20 Disember 2004.

Elly kembali menjayakan wataknya sebagai Detektif Mazlein dalam GK3 The Movie yang ditayangkan pada 9 Februari 2005.[48][49] Dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008, Elly menjadi salah seorang daripada enam pelakon utama Spa Q musim pertama bersama-sama Norish Karman, Farahdhiya, Betty Banafe, Nisha Dirr dan Intan Azura yang mana beliau memegang watak sebagai Farah, salah seorang kakitangan Spa Q. Beliau kemudian muncul dalam drama Bella di Slot Akasia TV3 dengan melakonkan dua watak, iaitu watak tajuk dan Tengku Julia Sandra, seterusnya muncul dalam telefilem pertama lakonannya, Pelita Buluh.

Pada tahun 2010, beliau memegang watak tajuk dalam drama Na O Mei arahan Fairuz Loy dengan skrip oleh Rozie Rashid yang diilhamkan dari satu kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak yang dinamakan Na O Mei. Dalam drama ini, Elly digandingkan bersama Adi Putra dan Iqram Dinzly.

Elly dan Iqram kemudia kembali bekerjasama dengan membintangi drama seram Amukan Pocong bersama-sama Azhan Rani dan Ezany Nizariff. Beliau memegang watak Long Jamilah, drama ini bersiaran di slot Seram dari 15 Mac hingga 7 Jun 2012. Setahun kemudian, Elly berlakon di samping Scha Al-Yahya dalam filem Awan Dania The Movie, adaptasi dari siri drama Astro Ria bertajuk sama.[50] Ia menjadi filem pertama lakonannya dalam tempoh 8 tahun sejak GK3 The Movie. Beliau berkata mengenai wataknya dalam filem ini: "Saya seronok menjayakan watak Tania dan berharap peminat suka dengan kelainan yang cuba ditonjolkan melalui watak saya kali ini,".[50]

Pada tahun 2014, Elly melakonkan watak sebagai Mona dalam drama Kristal Maya arahan suaminya ketika itu, Azmi Hatta, yang dibintangi oleh Amyra Rosli dan Shahz Jaszle, seterusnya memegang watak Jenny dalam drama Cinta Ibadah yang mengandungi 175 episod.

Empat tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Vila Ghazara arahan Feroz Kader yang antara lain turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Mustapha Kamal dan Haleeda. Beliau memegang watak sebagai Maria, isteri kedua Dr. Ghaz lakonan Mustapha Kamal.[51] Selain itu, beliau turut berlakon dalam Teratai Kemboja sebagai Hanani dan Aku Cinta Dia sebagai Rima.

2019 menjadi tahun paling sibuk dalam kerjaya lakonan Elly yang mana beliau berlakon dalam 7 drama televisyen dan 2 telefilem. Antara drama lakonannya sepanjang tahun itu ialah Patah Sayap Bertongkat Paruh di slot MegaDrama Astro Ria lakonan Aaron Aziz dan Fasha Sandha, beliau memegang watak sebagai Hanani dan Kau Yang Pertama di slot Akasia TV3 lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah dengan memegang watak sebagai Kak Zaza. Kejayaan terbesarnya dalam kerjaya lakonannya hadir menerusi watak sebagai Mona/Minah dalam drama komedi Kampung People yang menggandingkan beliau bersama Rashidi Ishak dan pelakon baru, Riena Diana dan Hun Haqeem. Diterbitkan oleh KL Motion Pictures, drama yang bersiaran di slot Lestary TV3 dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 menjadi kejayaan komersial sekaligus menerima ulasan positif daripada pengkritik televisyen dan warganet.[52][53] Beliau juga muncul dalam dua telefilem pada tahun itu, Siapa Dia Sebenarnya dan Maaf Dari Khilaf.

Elly seterusnya berlakon di samping Aeril Zafrel dan Nabila Razali dalam drama adaptasi novel, Seindah Tujuh Warna Pelangi dengan melakonkan watak Maryam. Beliau kemudian kembali menjayakan watak Mona dalam Kampung People 2.

Pengacaraan

Melengkapkan portfolio kerjayanya, Elly Mazlein menggalas peranan sebagai salah seorang daripada 12 penyampai anugerah di Anugerah Skrin 2018 dan Anugerah Skrin 2019 yang mana beliau digandingkan bersama Shuk Sahar. Beliau kemudian mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 bersama AC Mizal yang berlangsung pada 22 Disember 2019.[54]

Beliau juga berkhidmat sebagai pengacara tetap rancangan TV realiti Lagu Cinta Kita dengan Azwan Ali dan Michael Ang sebagai pengacara bersama.[55] Ia diadaptasi dari rancangan Love At First Sight terbitan CJ ENM.[55] Bermula 1 Mac 2021, beliau menjadi pengacara rancangan Borak Kelamin bersama Awal Ashaari di Astro Ria. Rancangan ini membincangkan topik mengenai alam perkahwinan berkaitan isu rumah tangga yang sering dianggap pantang larang atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.[56]

Kehidupan peribadi

Perhubungan dengan Azmi Hatta

Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014.[57] Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan.[58] Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Sara Sefhia.[59][60][61] Elly dilaporkan berkata dalam satu temubual dengan Berita RTM bahawa beliau sudah serik dengan lelaki.[62]

Isu dengan Faye Kusairi

Perhubungan dengan Azlan Che Nuh

Setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya, Mohamad Azlan Che Nuh yang merupakan seorang pendidik yang mengajar subjek Geografi dan juga 10 tahun lebih muda berbanding Elly. Pada 18 Januari 2020 mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.[63][64][65]

Diskografi

Senarai persembahan langsung

Tarikh Peristiwa Lagu yang dipersembahkan Ruj.
2 Mei 2014 Malaysia Water Festival 2014 in Port Dickson "Sabarlah Hati" [66]
11 November 2016 Raku Encore X Gegar Vaganza "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" [‡ 1]
19 November 2016 Motif Viral? "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" (duet bersama Aiman Tino) [‡ 2]
5 Mei 2017 Hot Kool Jam
  • "Janji Kekasih"
  • "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan"
[‡ 3][‡ 4]
14 Mei 2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 "Pencuri Hati" (duet bersama Ayda Jebat) [67]
25 Jun 2017 MeleTOP Raya 2017
  • "Senandung Hari Raya Untukmu"
  • "Setahun Sekali" (duet bersama Irfan Haris)
[‡ 5][‡ 6]
22 September 2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 "Temberang" (duet bersama AC Mizal) [‡ 7]
17 November 2019 Mentor Milenia 2019 "Di Matamu" (duet bersama Sufian Suhaimi) [‡ 8]
31 Mei 2020 Melodi Raya "Senandung Hari Raya" & "Hari Raya Hari Bahagia" (duet bersama Bella Astillah) [‡ 9]
17 Jun 2020 MeleTOP "Seiring Sejalan" (duet bersama Azmi Caliph Buskers) [‡ 10]
8 November 2020 Lagu Cinta Kita 2 (episod 1) "Empat Dara 2020" [‡ 11]
13 November 2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 "Empat Dara 2020" (duet bersama Faizal Tahir & Zizi Kirana) [‡ 12]
29 November 2020 Lagu Cinta Kita 2 (episod 3) "Nilai Cinta" (duet bersama Azwan Ali) [‡ 13]
6 Disember 2020 Lagu Cinta Kita 2 (episod 4) "Suci dalam Debu" (duet bersama Azwan Ali) [‡ 14]
13 Disember 2020 Lagu Cinta Kita 2 (episod 5) "Seksis" [‡ 15]
20 Disember 2020 Lagu Cinta Kita 2 (episod 6) "Anggapanmu" (duet bersama Azwan Ali) [‡ 16]
27 Disember 2020 Lagu Cinta Kita 2 (episod 7) "Teringin" (duet bersama Azwan Ali) [‡ 17]
3 Januari 2021 Lagu Cinta Kita 2 (episod 8) "Empat Dara 2020" (duet bersama Azwan Ali & Zizi Kirana) [‡ 18]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Ruj.
2003 Janji Diana Ellie
2004 Tangkai Jering Syakila
2005 GK3 The Movie Detektif Mazlin
2013 Awan Dania The Movie
2015 Kapsul Rahimah

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Ruj.
2003–2005 Gerak Khas Detektif Mazlein TV2
2005–2007 Sembilu Kasih Mastura TV1
2007 Bukan Yang Pertama
2008 Bella Bella / Tengku Julia Sandra TV3
2008 Spa Q Farah
2008 Cinta Batu Belah Safiya
2009 Amanah Karmila Karmila TV2
2009 Senandung Si Dayang TV3
2009 Sampai Syurga Saniah TV3
2009 Sumpah Bunian Azeera TV3
2010 Na O Mei Na O Mei TV3
2010 Ulek Mayang Puteri Mayang Sari TV3
2012 Amukan Pocong Long Jamilah TV3
2013–2015 Ema Emyliana (musim 1—3) Rina TV3
2014 Kristal Maya Mona TV3
2014–2015 Cinta Ibadah Jenny Astro Prima
2015 Doa Tiga Wanita TV1
2016 Amsyar Karmila TV9
2018 Teratai Kemboja Hanani TV3
2018 Vila Ghazara Maria
2018 Mencari Qiblat
2018 Aku Cinta Dia Rima
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Hasnah Astro Ria
2019 Diari Ramadhan Rafique Reunion Jiha TV3
2019 Ajari Playboy Itu Haliza
2019 Kau Yang Pertama Kak Zaza TV3
2019 Dapur Kita Elyana
2019 Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Yasmin Astro Ria
2019–2020 Kampung People Mona / Minah TV3
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Maryam
2020 Kampung People 2 Mona / Minah / Meringue
2020 SMK (musim 2) Cikgu Aini
2021 Keluarga Epik Sheila

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Ruj.
2008 Pelita Buluh TV3
2016 Opah Bahulu Lola Cupcake TV1
2017 Ketupat Buat Nenek TV9
2017 Riuh Raya Kak Mah Astro Warna
2017 Asam Pedas Pewitt Nuri TV3
2019 Siapa Dia Sebenarnya TV3
2019 Maaf Dari Khilaf Rosnah TV3

Televisyen

Sebagai artis jemputan

Tahun Program Tajuk Perincian Saluran TV Ruj.
2016 MeleTOP Kak Lina Pom Pom Nak Jadi Duta MeleTOP Episod 210 Astro Ria [‡ 19]
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Ayat Power Minggu ke-7 Astro Citra [‡ 20]
2017 MeleTOP Achey, Fad, Bell & Elly Beraya Di Mana? 25 Jun 2017 Astro Ria [‡ 21]
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Masakan Roti Kebab Episod 3 TV1 [‡ 22]
2018 Bintang Bersama Bintang Syuk & Elly Mazlein Minggu ke-5 TV3 [‡ 23]
2018 Wanita Hari Ini Kriteria Jodoh Pilihan 8 Oktober 2018 TV3 [‡ 24]
2018 Game Time Elly Mazlein takut tinggi ke? 20 Oktober 2018 NTV7 [‡ 25]
2018 Borak Kopitiam Tumpang Der 29 Oktober 2018 TV3 [‡ 26]
2018 Melodi: KFC Membawang Dalam Kereta 3 Disember 2018 TV3 [‡ 27]
2019 Wanita Hari Ini Benarkah lelaki berusia makin miang? 16 Januari 2019 TV3 [‡ 28]
2019 Senang Terhibur Episod 4 TV3 [‡ 29]
2019 5 Rencah 5 Rasa Episod 2 TV3 [‡ 30]
2019 The Sherry Show Awet Muda Episod 9 TV3 [‡ 31]
2020 Mahligai Cinta Perkahwinan Elly Mazlein & Mohd Azlan Che Nuh 20 Februari 2020 TV3 [‡ 32]
2020 MeleTOP Kek Kahwin Elly Mazlien ada air terjun 22 Januari 2020 Astro Ria [‡ 33]
2020 Wanita Hari Ini Menu Masakan Ringkas Di Rumah 31 Mac 2020 TV3 [‡ 34]
2020 Keringat Selebriti Kisah Hidup Elly Mazlein Episod 3 Awesome TV [‡ 35]
2020 Masak Apa Tu? Elly Mazlein X Azlan Che Nuh Episod 8 TV3 [‡ 36]
2020 Wanita Hari Ini Memahami Bahasa Cinta Pasangan 9 Oktober 2020 TV3 [‡ 37]
2021 Malaysia Hari Ini Temubual lagu terbaru "Dusta Cinta" 5 Mac 2021 TV3 [‡ 38]

Sebagai peserta

Gegar Vaganza (musim 3)
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan Ruj.
Minggu 1 Kembali Menyengat "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" Elly Mazlein SELAMAT [68]
[69]
[70]
Minggu 2 Memori Berkasih "Berpisah Jua" Ziana Zain SELAMAT
Minggu 3 Ada Bran? "Perawan Atau Janda" Cita Citata SELAMAT
Minggu 4 Duet Vaganza "Jangan Menangis Sayang" (duet bersama Acong) Safura & Oney TARIK DIRI
Drop The Beat
Minggu Pusingan Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan Ruj.
Minggu 1 Pusingan 1 KPOP "I Will Show You" Ailee PEMENANG [‡ 39]
Pusingan 2 SPONTAN "Pudar" Rossa
Minggu 8 Pusingan 1 BOLLYWOOD "Ladki Badi Anjani Hai" Kajol & Shah Rukh Khan TEMPAT KE-3 [‡ 40]
Pusingan 2 HIP HOP "Lose My Breathe" Destiny's Child

Sebagai pengacara

Tahun Rancangan Gandingan Saluran TV
2018 Anugerah Skrin 2018 Shuk Sahar TV3
2019 Mentor Milenia 2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Dato' Seri AC Mizal
Anugerah Skrin 2019
Bintang Bersama Bintang
2020 MeleTOP Nabil Astro Ria
2020–21 Lagu Cinta Kita (musim 2) Azwan Ali TV3
2021 Muzikal Lawak Superstar (musim 2) Nabil Astro Warna
Borak Kelamin Awal Ashaari Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Tahun Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 Pelakon TV Wanita Popular Elly Mazlein Tercalon [71]
Artis Versatil Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular Elly Mazlein & Rashidi Ishak menerusi Kampung People Tercalon
Anugerah Muzik Digital ERA 2020 Lagu Viral ONZ "Empat Dara 2020" (duet bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020 Artis Versatil MeleTOP SYOK Elly Mazlein Tercalon
Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Barisan Pelakon Drama Pilihan Shahz Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Ery Putra, Syatilla Melvin dan Amar Baharin menerusi drama Kristal Maya Tercalon

Rujukan

Sumber petikan

  1. ^ Azra Anuar (12 Disember 2018). "Sisi Selebriti: Elly Mazlein". Kool FM. Dicapai pada 8 Mac 2019.
  2. ^ Arif Fadli Mohd Sori (29 September 2020). "Elly Mazlein 'terbang tinggi'". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  3. ^ Muhammad Fairod Azizan (28 Mac 2017). "Semangat baharu Elly Mazlein". Berita Harian. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  4. ^ Zulqarnain Abu Hassan (2 April 2019). "Susah nak buat orang ketawa - Elly Mazlein". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  5. ^ Meera Murugesan (5 September 2004). "Elly Mazlein's beauty secret" [Rahsia kecantikan Elly Mazlein] (dalam bahasa Inggeris). The Sunday Mail. Dicapai pada 8 Mac 2019.
  6. ^ "Gelombang populariti Elly Mazlein". Berita Harian. 6 November 2020. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  7. ^ "Elly debar tunggu SPM". Harian Metro. 20 Mac 1998. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  8. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (27 Ogos 1998). "Keluarga masih temani Elly". Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  9. ^ "Elly bukan berlagak baik". Berita Harian. 25 April 1998. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  10. ^ "Elly Mazlein pilih lagu sesuai". Utusan Malaysia. 24 Jun 1998.
  11. ^ "Elly Mazlein mahu bina identiti sendiri". Utusan Malaysia. 13 Februari 2000.
  12. ^ "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan kembali menaikkan nama Elly". Utusan Malaysia. 1 Februari 2001.
  13. ^ "Elly Mazlein menunggu album baru". Utusan Malaysia. 9 Mei 2000.
  14. ^ "Elly Mazlein mahu cipta sejarah". Utusan Malaysia. 8 Oktober 2000.
  15. ^ "Elly Mazlein rakam album baru". Utusan Malaysia. 18 Oktober 2000. Dicapai pada 8 Mac 2015.
  16. ^ "Elly Mazlein - Album terbaru tampilkan kelainan". Utusan Malaysia. 16 Mac 2001. Dicapai pada 8 Mac 2015.
  17. ^ "Elly Mazlein sedia terima kritikan". Utusan Malaysia. 25 Mac 2001.
  18. ^ "Seni menyatukan Ferhad & Elly Mazlein". Utusan Malaysia. 15 April 2001.
  19. ^ "Elly Mazlein tampil suara tersendiri". Utusan Malaysia. 21 Mei 2001. Dicapai pada 8 Mac 2015.
  20. ^ "Elly Mazlein terkilan". Utusan Malaysia. 17 Jun 2001.
  21. ^ Hanisah Selamat (13 November 2003). "Anugerah bakar semangat Elly Mazlein". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2004.
  22. ^ a b "Elly tidak kejar banyak tawaran". Utusan Malaysia. 17 Jun 2002.
  23. ^ "Elly Mazlein - Jayakan Karnival TV3". Utusan Malaysia. 18 April 2003.
  24. ^ a b "Elly Mazlein - Rezeki semakin melimpah". Utusan Malaysia. 18 Ogos 2003.
  25. ^ a b c "Soal hati milik Elly Mazlein". Utusan Malaysia. 21 September 2003.
  26. ^ "Elly Mazlein - Teliti pilih lagu". Utusan Malaysia. 24 Februari 2003.
  27. ^ a b "Elly Mazlein - penuhi impian ibu". Utusan Malaysia. 20 Oktober 2003.
  28. ^ a b c "Elly Mazlein - Minta jangan difitnah". Utusan Malaysia. 6 Julai 2003.
  29. ^ Siti Azira Abd Aziz (28 November 2010). "Please Forgive Me hadiah Elly Mazlein buat peminat". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2015.
  30. ^ Feride Hikmet Atak (1 Mac 2012). "Elly Mazlein teruja nak kahwin Disember ini". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2015.
  31. ^ Budiey (13 Mac 2013). "Video lirik lagu Sabarlah Hari Elly Mazlein". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Mac 2015.
  32. ^ Ahmad Shah (24 Oktober 2016). "GV3: Nyanyi lagu kisah hidup sendiri - "Saya hampir menangis"". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Mac 2017.
  33. ^ Rafiq Mazlan (13 Disember 2017). "Elly Mazlein akui Gegar Vaganza beri impak tersendiri dalam kerjaya". Media Hiburan. Dicapai pada 9 Mac 2018.
  34. ^ Zaidi Mohamad (6 November 2016). "Kecil hati punca Elly Mazlein tarik diri daripada GV3". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mac 2017.
  35. ^ Kemalia Othman (7 November 2016). "Tersinggung komen Ramli MS, Elly Mazlein mahu tarik diri sebelum diumum tersingkir". mStar Online. Dicapai pada 9 Mac 2017.
  36. ^ "Elly Mazlein tidak akan kembali ke Gegar Vaganza". Rotikaya. 8 November 2016. Dicapai pada 9 Mac 2017.
  37. ^ Azlina Mazli (27 April 2017). "Elly Mazlein kongsi kisah hidup dalam Jeritan Hati". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  38. ^ Fiza Kamarudin (12 November 2020). "Selepas 'Ha masukkk' viral... Elly Mazlein rakam semula lagu Empat Dara dengan Faizal Tahir dan Zizi Kirana". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Mac 2021.
  39. ^ Norhayati Nordin (24 November 2020). "Tak sangka meletup!". Harian Metro. Dicapai pada 9 Mac 2021.
  40. ^ "Lagu Empat Dara 2020 gamatkan ABPBH33". Berita Harian. 12 November 2020. Dicapai pada 9 Mac 2021.
  41. ^ Budiey (1 Mac 2021). "Elly Mazlein hadiahkan Dusta Cinta kepada peminat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Mac 2021.
  42. ^ Wawann Mohd (9 Mac 2021). "Dusta Cinta, Elly Mazlein beri kepercayaan pada Aina Abdul". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Mac 2021.
  43. ^ Heidi Hsla (8 Mac 2021). "Elly Mazlein honoured to sing Aina Abdul's composition" [Elly Mazlein diberi kepercayaan menyanyikan lagu ciptaan Aina Abdul] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 9 Mac 2021.
  44. ^ Khadjah Ibrahim (1 Jun 2002). "Elly Mazlein - Menjiwai watak Detektif". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Mac 2014.
  45. ^ "Elly Mazlein - Sebati dengan Gerak Khas". Utusan Malaysia. 24 Ogos 2002.
  46. ^ Abd Aziz Itar (20 Disember 2004). "Elly, Yassin, Serina - Bergabung dalam Tangkai Jering". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2017. Dicapai pada 12 Mac 2015.
  47. ^ Intan Rohaizat Zakariya (12 September 2003). "Elly Mazlein bintang baru Metrowealth". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mac 2015.
  48. ^ a b "Elly Mazlein - Tangkai Jering hadiah hari lahir". Utusan Malaysia. 20 Disember 2004.
  49. ^ "Elly Mazlein kerja keras waktu muda". Utusan Malaysia. 19 Disember 2004.
  50. ^ a b "Scha stereotaip, Elly kunci mulut". Kosmo!. 14 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2018. Dicapai pada 18 Januari 2014.
  51. ^ Salma Syahbuddin (17 September 2018). Drama Terbaharu Vila Ghazara Penuh Konflik XTRA. Dicapai pada 17 September 2018.
  52. ^ Elly Mazlein seronok Kampung People ‘trending’, rupanya artis juga layan! Himpunan Cerita Lawak (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  53. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2020). Elly tak sangka ramai suka Kampung People Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  54. ^ "ABPBH 32: AC, Elly berdebar kali pertama jadi hos". Berita Harian. 21 September 2019. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  55. ^ a b Georgie Joseph (25 Oktober 2020). "Lagu Cinta Kita, program realiti berbeza". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  56. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Mac 2021). "Kupas 'cerita dalam kain'". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  57. ^ "Elly Mazlein sah bergelar isteri". Berita Harian. 10 November 2014. Dicapai pada 10 Mac 2015.
  58. ^ "Karma Elly Mazlein kerana rampas suami orang". Rotikaya. 11 Oktober 2016. Dicapai pada 8 Mac 2017.
  59. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Januari 2020). "Inilah Putri Sara Sephia". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  60. ^ Nadia Azam (26 Jun 2019). "Elly anggap perkahwinan kedua bagai perkahwinan pertama". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  61. ^ Muhamad Fairoz Azizan (3 Februari 2017). "Berpisah keputusan betul". Berita Harian. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  62. ^ "Elly Mazlein serik dengan lelaki". Berita RTM. 20 Julai 2016. Dicapai pada 8 Mac 2017.
  63. ^ Farhan Ikram (18 Januari 2020). "Elly Mazlein kini milik Cikgu Azlan, sah suami isteri dengam sekali lafaz". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  64. ^ Aqmar Mustaza (18 Januari 2020). "Elly Mazlein kini sah isteri Azlan". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  65. ^ Mya Amri (9 Disember 2019). "Elly Mazlein kahwin cikgu Kelantan 17 Januari 2020". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  66. ^ "Pesta Air 1Malaysia 2014 @ Pantai Cahaya, Port Dickson ( 2~4 Mei 2014 )". Perlancongan Kini. 22 April 2014. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  67. ^ Fatin Farhana Ariffin (13 Mei 2017). "'Peluang hebat menyanyi di pentas ABPBH 3.0' - Elly Mazlein". Berita Harian Online. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  68. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 November 2016). "Kecil hati punca Elly Mazlein tarik diri daripada GV3". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  69. ^ Kemalia Othman (7 November 2016). "Tersinggung Komen Ramli MS, Elly Mazlein Mahu Tarik Diri Sebelum Diumum Tersingkir". MStar Online. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  70. ^ Mya Amri (8 Oktober 2017). "Throwback: Ini Tujuh Kontroversi GegarVaganza Paling Hangat". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  71. ^ Zaidi Mohamad (15 November 2020). "Elly kecundang bermaruah". Berita Harian. Dicapai pada 18 November 2020.

Sumber video

Dalam teks rujukan ini didahului oleh (‡):

  1. ^ Raku Encore x GegarVaganza - Elly Mazlein - Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan (Online broadcast). SYOKcast. 11 November 2016. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  2. ^ Elly Mazlein & Aiman Tino - Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan [Live] (Online broadcast). Music Alone. 19 November 2016. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  3. ^ Elly Mazlein - Janji Kekasih (LIVE) Hot Kool Jam (Television broadcast). HOT TV. 5 Mei 2017. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  4. ^ Elly Mazlein - Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan (LIVE) Hot Kool Jam #HotFM (Television broadcast). HOT TV. 5 Mei 2017. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  5. ^ MeleTOP Raya 2017 : Lagu 'Senandung Hari Raya Untukmu' - Elly Mazlein (Television broadcast). MeleTOP. 25 Jun 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  6. ^ MeleTOP Raya 2017 : Lagu 'Setahun Sekali' - Irfan Haris & Elly Mazlein (Television broadcast). MeleTOP. 25 Jun 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  7. ^ Elly Mazlein & Dato Ac Mizal - Temberang #ABPBH32 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 13 November 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  8. ^ Dimatamu - Sufian Suhaimi & Elly Mazlein l Minggu 6 Mentor Milenia 2019 (Television broadcast). TV9MALAYSIA Official. 17 November 2019. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  9. ^ Medley Senandung Hari Raya & Hari Raya Bahagia - Bella Astillah & Elly Mazlein Melodi Raya (2020) (Television broadcast). TV9MALAYSIA Official. 31 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  10. ^ KECOH! Kak Lina Pom Pom Putus Kasut duet dengan Azmi! MeleTOP Nabil Ahmad (Television broadcast). MeleTOP. 17 Jun 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  11. ^ [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) Episod 1 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 8 November 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  12. ^ Syamel, Elly Mazlein, Zizi Kirana, Faizal Tahir - Salahku, 4 Dara #ABPBHKITA2020 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 13 November 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  13. ^ [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) Episod 3 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 29 November 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  14. ^ [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) Episod 4 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 6 Disember 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  15. ^ [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) Episod 5 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 13 Disember 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  16. ^ [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) Episod 6 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 20 Disember 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  17. ^ [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) Episod 7 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 27 Disember 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  18. ^ [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) Episod 8 (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 3 Januari 2021. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  19. ^ Kak Lina Pom Pom Nak Jadi Duta MeleTOP - MeleTOP Episod 210 [8.11.2016] (Television broadcast). MeleTOP. 10 November 2016. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  20. ^ Sorotan Maharaja Lawak Mega 2017 - Minggu 7 (Television broadcast). Astro Gempak. 1 April 2017. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  21. ^ MeleTOP Raya 2017 : Achey, Fad, Bell & Elly Beraya Di Mana? (Television broadcast). MeleTOP. 25 Jun 2017. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  22. ^ Ketuk-Ketuk Ramadan 2017 Episod 4 -Artis (Elly Mazlein) (Television broadcast). Keli Merah Media. 29 Mei 2017. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  23. ^ Syuk & Elly Mazlein (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 19 Februari 2018. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  24. ^ Kriteria Jodoh Pilihan WHI (8 Oktober 2018) (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 29 Oktober 2018. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  25. ^ Game Time Elly Mazlein takut tinggi ke? (Television broadcast). ntv7MALAYSIA Official. 20 Oktober 2018. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  26. ^ Tumpang Der - Elly Mazlin Borak Kopitiam (28 Oktober) (Television broadcast). TV3MALAYSIA Official. 29 Oktober 2018. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  27. ^ KFC Membawang Dalam Kereta bersama Elly Mazlein (Television broadcast). TV3. 3 Disember 2018. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  28. ^ Benarkah lelaki berusia makin miang? WHI (16 Januari 2019) (Television broadcast). TV3. 16 Januari 2019. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  29. ^ [FULL] Episod 4 Senang Terhibur (2019) - Waris, Elly Mazlein, Ruhainies #SenangTerhibur (Television broadcast). TV3. 27 Februari 2019. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  30. ^ 5 Rencah 5 Rasa (2019) Episod 2 (Television broadcast). TV3. 8 Julai 2019. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  31. ^ [LIVE] The Sherry Show 2019 Episod 9 - Awet Muda (Television broadcast). TV3. 18 Ogos 2019. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  32. ^ Mahligai Cinta (2020) Thu, Feb 20 - Elly Mazlein x Mohd Azlan Che Nuh (Television broadcast). TV3. 12 Februari 2020. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  33. ^ Kek Kahwin Elly Mazlien ada air terjun MeleTOP Nabil Ahmad & Nora Danish (Television broadcast). MeleTOP. 22 Januari 2020. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  34. ^ Menu Masakan Ringkas Di Rumah: Elly Mazlein WHI (31 Mac 2020) (Television broadcast). TV3. 31 Mac 2020. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  35. ^ Elly Mazlein Keringat Selebriti Episod 3 (Television broadcast). Awesome TV. 21 Ogos 2020. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  36. ^ Masak Apa Tu? (2020) Ep 8 - Elly Mazlein X Azlan Che Nuh (Television broadcast). TV3. 14 September 2020. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  37. ^ Memahami Bahasa Cinta Pasangan WHI (9 Oktober 2020) (Television broadcast). TV3. 9 Oktober 2020. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  38. ^ Artis Jemputan: Elly Mazlein MHI (5 Mac 2021) (Television broadcast). TV3. 5 Mac 2021. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  39. ^ Drop The Beat (2018) Episod 1 (Television broadcast). NTV7. 1 Ogos 2018. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  40. ^ Drop The Beat (2018) Episod 8 (Television broadcast). NTV7. 1 Ogos 2018. Dicapai pada 13 Mac 2021.

Pautan luar