Zizi Kirana: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 112: Baris 112:
|"Gasoline"
|"Gasoline"
|-
|-
|"Eh!"
|"Eh"
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 05:44, 15 Mac 2021

Zizi Kirana
Nama lahirNur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil
Juga dikenali sebagai
Zizi AF7, Zizi The Fabulous Cats
Kelahiran (1985-01-23) 23 Januari 1985 (umur 39)
Semporna, Sabah, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Duta Produk
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Mixology Music
Pengkarya berkait
The Fabulous Cats, Nukilan, Hael Husaini, Ifa Raziah, Bella Astillah, Malique, Benzooloo, Sandra Dianne, AVDR, Haqiem Rusli, Fynn Jamal

Zizi Kirana (lahir Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil; 23 Januari 1985) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009. Selain itu, beliau juga menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua di mana beliau mewakili Malaysia.

Kerjaya muzik

Kerjaya nyanyian Zizi bermula setelah beliau menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh. Namun perjalanan beliau di AF7 terhenti di konsert minggu keempat apabila beliau tersingkir berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi kepada beliau ketika itu. Selepas tamat AF7, Zizi menyertai kumpulan The Fabulous Cats yang dipelopori oleh Cat Farish, Adeep Nahar dan Wangi Julianda. Bersama kumpulan itu, beliau merakamkan beberapa single termasuk "Cinta Kosmik" dan "Pergilah Ayu" serta album Fabulousity. Namun jodoh beliau dengan The Fabulous Cats tidak berkekalan apabila kumpulan itu dibubarkan.

Zizi kemudian menyertai kumpulan Nukilan, semasa bersama Nukilan, beliau mengalunkan rap dengan cekap. Bagaimanapun, jodoh Zizi dengan kumpulan itu juga tidak kekal lama apabila mereka dibubarkan. Zizi kemudian menyertai sebuah pertandingan TV realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua, bermula dari rancangan inilah beliau dikenali peminat sama ada di Malaysia, mahupun Indonesia.

Akademi Fantasia 7

Pada tahun 2009, Zizi berjaya terpilih sebagai salah seorang daripada 14 pelajar yang diterima masuk ke dalam AF7.[1] Namun perjalanan beliau terhenti di konsert minggu keempat bersama seorang lagi pelajar yang berasal dari negeri yang sama dengannya, iaitu Rubisa.[2] Berikut persembahan beliau di dalam akademi :

Konsert Lagu Kedudukan
Minggu 1 "Molek" nyanyian Elyana Ke-5
Minggu 2 "Sembilu" nyanyian Ella /
"Wonder Women" nyanyian Mulan Jameela
Ke-6
Minggu 3 "Ini Rindu" nyanyian Farid Hardja Ke-7
Minggu 4 "Aku Dah Bosan" nyanyian Amy (Search) Tersingkir

D'Academy Asia 2

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Top 36 "Hujan" Erie Suzan Selamat
"Bumi Semakin Panas" Cucu Cahyati
Top 24 "Wassini" Waheeda Selamat
"Akhir Sebuah Cerita" Evie Tamala
Top 18 "Maling" Nita Thalia Tersingkir
"Kun Anta" Humood Alkhuder

Anugerah Juara Lagu

Pada penghujung tahun 2020, lagu "Eh!" nyanyian beliau akhirnya berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35, walaupun pada awalnya ramai pihak yang mempertikaikan kelayakan lagu "Eh!" ke pentas anugerah berprestij tersebut. [3] Ini merupakan kemunculan pertama beliau di pentas AJL setelah hampir 11 tahun menjadi anak seni. Zizi juga mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya dalam penganjuran AJL finalis pertama yang membuat persembahan berjaya memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada malam berprestij tersebut. [4]

Diskografi

Single solo

Tahun Lagu Album
2017 "Rahsia Hati" Single
2018 "Siapa Yang Bap Bap"
"NakKeTakNak"
"Boleh Jalan"
"Biar"
2019 "Gasoline"
"Eh"

Single kolaborasi

Tahun Lagu Kolaborasi bersama Single
2018 "Terkemuka" Benzooloo & Sandra Dianne Single
2019 "Yang Legit, Yang Legend" Hael Husaini Lagu Tema MeleTOP 2019
"Starlela" Ifa Raziah & Bella Astillah Single
"Mintak Lagi" AVDR Single
"Khatulistiwa" Haqiem Rusli Lagu Tema iklan RTM

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan
2010 Cuti-Cuti Cinta Faustina
2011 Hantu Bonceng Mimi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2009 Akademi Fantasia (musim 7) (AF7) Peserta Astro Ria Tersingkir Konsert Minggu 4
2016 D'Academy Asia (Musim 2) Peserta mewakili Malaysia. Indosiar Tersingkir di konsert Top 18.
2021 Tok Kata Artis Jemputan Awesome TV

Muzik video

Tahun Lagu Catatan
2017 "Rahsia Hati"
2018 "Siapa Yang Bap Bap"
"NakKeTakNak"
"Boleh Jalan"
2019 "Yang Legit, Yang Legend"
"Starlela"
"Eh!"

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Juara Lagu ke-35
(AJL 35)
Persembahan Terbaik
(Lagu "Eh!")
Menang

Rujukan

  1. ^ Budiey (Admin) (8 Mac 2009).[1] Sensasi Selebriti. Dicapai 8 Mac 2009.
  2. ^ Budiey (Admin) (5 April 2009). [2] Budiey. Dicapai pada 5 April 2009.
  3. ^ Mustazah GP [3] Iluminasi (Dicapai 16 Disember 2020)
  4. ^ Badra [4] Harian Post (Dicapai 15 Mac 2021)

Pautan luar