Perbezaan antara semakan "Johor Bahru"

Jump to navigation Jump to search
31 bait dibuang ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Daerah Sentral Johor Bahru di bahagian hujung selatan kawasan metropolitan mempunyai dua lebuhraya utama yang menghubungkannya dengan kawasan luar bandar, iaitu:
* [[Lebuhraya Tebrau]] yang mengaitkan dengan kawasan timur laut; dan
* [[Lebuhraya Skudai|Lebuhraya]] dan [[Jalan Tun Abdul Razak (TAR) / Lebuhraya Senai-Skudai]] yang mengaitkan dengan kawasan barat laut.
 
[[Lebuhraya Pasir Gudang]] dan Parkway Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan LebuhrayaJalan TAR di separuh jalan dan merupakan [[Jalan lingkaran|Jalan Lingkar]] Pertengahan kawasan metropolitan. [[Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru]] membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan [[landasan keretapi]] dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan negara Singapura. [[Link Kedua]] yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan telah dibina pada tahun [[1997]] untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Parkway Johor Bahru dan PLUS. Mulai Mac 2008, kerja-kerja pembinaan lebuhraya baru iaitu [[Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur]] (JB EDL) akan dimulakan. Lebuhraya tersebut akan dapat megurangkan masalah kesesakan lalulintas di [[Lebuhraya Tebrau]].
 
[[Lapangan Terbang Antarabangsa Senai]] ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada [[sistem penerbangan nasional]] dan wilayah. [[Pelabuhan Tanjung Pelepas]], yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan [[Pelabuhan Pasir Gudang]] di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan [[komoditi]] yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar.

Menu pandu arah