Setiausaha Negara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemasan
 
Baris 9: Baris 9:


{{DEFAULTSORT:Secretary Of State}}
{{DEFAULTSORT:Secretary Of State}}
[[Category:Pekerjaan kerajaan]]
[[Kategori:Pekerjaan pemerintahan]]

Semakan semasa pada 22:08, 14 April 2021

Jawatan setiausaha negara atau setiausaha negeri[1] biasanya digunakan untuk jawatan kanan atau pertengahan dalam kerajaan diseluruh dunia. Peranan berbeza-beza mengikut negara, dan dalam beberapa kes terdapat berbagai setiausaha negara dalam kerajaan.

Di kebanyakan negara, setiausaha negara adalah jawatan peringkat tengah. Ia biasanya jawatan politik yang dilantik, walaupun dibeberapa negara, seperti Jerman dan Sweden, ia boleh diisi oleh ahli eksekutif birokrasi (khidmat awam) sebagai lantikan politik. Di Takhta Suci, badan pentadbiran Gereja Roman Katolik, iaitu Setiausaha Negara Kardinal menyelaras kesemua jabatan Kuria Rom (dan demikian setaraf dengan jawatan perdana menteri). Di United Kingdom, setiausaha negara adalah ahli kabinet yang dilantik oleh Ratu atas nasihat perdana menteri (dan demikian setaraf dengan menteri kabinet). Setiausaha Negara Amerika Syarikat adalah menteri luar bagi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat manakala setiausaha negeri di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat adalah pegawai pentadbiran yang bertanggungjawab bagi fungsi-fungsi kerajaan tertentu, termasuk menyelia pilihanraya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ This and many other government and judiciary titles are often capitalized in government documents in violation of the much more common rule in English to capitalize titles only before a name, when it in fact becomes part of the name. Therefore lowercase spelling is the first or only variant recorded in some major dictionaries such as the American Heritage Dictionary, the Oxford Online Dictionaries, and the Random House Dictionary.