Institut Tadbiran Awam Negara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
 
Baris 44: Baris 44:
{{Kerajaan Persekutuan Malaysia}}
{{Kerajaan Persekutuan Malaysia}}


[[Kategori:Pertubuhan kerajaan di Malaysia]]
[[Kategori:Penubuhan 1972 di Malaysia]]
[[Kategori:Penubuhan 1972 di Malaysia]]
[[Kategori:Jabatan Perdana Menteri Malaysia]]
[[Kategori:Jabatan Perdana Menteri Malaysia]]

Semakan semasa pada 04:19, 25 April 2021

Institut Tadbiran Awam Negara atau lebih dikenali sebagai INTAN merupakan pusat latihan bagi pegawai-pegawai kerajaan Malaysia. INTAN telah diberi mandat dan tanggungjawab oleh kerajaan untuk melatih kakitangan awam yang berkhidmat di agensi kerajaan persekutuan, negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Selain daripada melatih kakitangan awam, INTAN juga menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan latihan dan kursus kepada pelanggan-pelangan INTAN yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dalam negara dan juga dari luar negara

Setiap tahun INTAN akan menganjurkan kursus-kursus seperti Induksi, Mandatori, Pembangunan Profesional, Peningkatan Kecekapan, Penilaian, Persijilan, Diploma, dan juga peringkat Sarjana dengan kerjasama dengan Universiti.

Setiap tahun INTAN akan menghantar Buku Projek Latihan INTAN dan Kalendar Projek Latihan INTAN kepada Bahagian atau Unit Latihan semua Jabatan dan Kementerian. Selain daripada itu, INTAN juga akan menghantar risalah dan maklumat berkaitan kursus dan latihan anjuran INTAN dari masa ke semasa. Sebarang permohonan perlulah menggunakan Borang permohonan Kursus yang disertakan bersama. Pemohon juga boleh memohon secara atas talian dan mendapatkan Borang Permohonan melalui Laman Web INTAN di [[1]] . Semua Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke mana-mana Program atau Kampus yang mengendalikan kursus tersebut sebelum tarikh tutup permohonan.

Jangka masa kursus bergantung kepada jenis kursus yang dipilih. Jangka pendek adalah selama 3 hingga 5 hari, dan jangka panjang adalah dalam linkungan 2 minggu hingga 2 bulan. Untuk kursus-kursus peringkat Diploma dan Sarjana, ia mengambil masa antara 6 bulan hingga 2 tahun.

INTAN sebenarnya diwujudkan untuk menyediakan ruang kepada penjawat awam untuk meningkat prestasi perkhidmatan semasa dalam tugas mellaui kursusu dan latihan dari masa ke semasa. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggung jawab INTAN untuk menyediakan perkhidmatan latihan dan kursus kepada semua Penjawat Awam baik Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Negeri

INTAN tidak menetapkan garis panduan keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan. Walau bagaimanapun setiap tahun 60% peserta kursus adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan, manakala 40% lagi adalah daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Bagi memenuhi keperluan persiapan diri khususnya Isteri-isteri kepada Pegawai Tinggi Kerajaan dalam Kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dalam menghadiri acara-acara rasmi kerajaan, INTAN juga telah menganjurkan kursus berkaitan Etiket, Protokol dan Keterampilan Diri kepada isteri-isteri mereka ini.

Di INTAN semua penjawat awam yang bertugas di INTAN diwajibkan menjalani Latihan Kejurulatihan untuk melayakkan mereka untuk menjadi Pengajar ataupun Jurulatih di INTAN. Jadi semua jurulatih ataupun Pengajar adalah warga INTAN. Namun dalam keadaan-keadaan tertentu di mana INTAN tidak mempunyai kepakaran, barulah perkhidmatan luar diperolehi.

Seperti di Universiti yang mempunyai pelbagai Fakulti mengikut Bidang masing-masing, INTAN juga mempunyai 9 Program yang akan mengendalikan kursus dan latihan mengikut bidang masing-masing. Program-program tersebut adalah
1) Program Kepimpinan;
2) Program Pengurusan Teknologi (IMATEC);
3) Program Pembangunan Profesional;
4) Program Penyelidikan dan Pembangunan;
5) Program Pengurusan Kewangan;
6) Program Pengurusan Kerajaan Tempatan dan Daerah;
7) Program Komunikasi dan Pembangunan Latihan;
8) Pembangunan Pengurusan;
9) Program Pembangunan Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan.

Selain daripada itu, INTAN juga mempunyai 6 Kampus Wilayah yang turut mengendalikan kursus-kursus untuk menampung keperluan permintaan di kawasan sekitar. Kampus-kampus tersebut terletak di Sungai Petani (INTURA), Kemaman, Terengganu (INTIM), Kluang, Johor (IKHWAS), Jalan Elmu, Petaling Jaya (INTENGAH), Sabah dan Sarawak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

INTAN Main Campus Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 03 - 2084 7777
Faks: 03 - 2096 2205

Pautan luar[sunting | sunting sumber]