Duyung (filem): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 67: Baris 67:


==Sambutan==
==Sambutan==
Sungguhpun ditayangkan melalui [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|hari pilihanraya]] yang dikhuatiri membantutkan kunjungan ke pawagam, namun dalam tempoh minggu pertama tayangan, filem ''Duyung'' berjaya mengutip RM2.7 juta, berada tempat kedua carta filem terlaris mingguan di pawagam Malaysia pada minggu tersebut, hanya mengekori filem ''[[10,000 B.C.]]''<ref>{{cite news|title=Demam pilihan raya tidak gugat Duyung|author=Nurulhisham Abdul Latiff|publisher=[[Berita Harian]]|date=2008-03-14|url=http://www.bharian.com.my/Friday/Hip/20080314061303/Article/index_html|accessdate=2008-03-15}}</ref>
Sungguhpun ditayangkan melalui [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|hari pilihanraya]] yang dikhuatiri membantutkan kunjungan ke pawagam, namun dalam tempoh minggu pertama tayangan, filem ''Duyung'' berjaya mengutip RM2.7 juta, berada tempat kedua carta filem terlaris mingguan di pawagam Malaysia pada minggu tersebut, hanya mengekori filem ''[[10,000 BC]]''<ref>{{cite news|title=Demam pilihan raya tidak gugat Duyung|author=Nurulhisham Abdul Latiff|publisher=[[Berita Harian]]|date=2008-03-14|url=http://www.bharian.com.my/Friday/Hip/20080314061303/Article/index_html|accessdate=2008-03-15}}</ref>


==Kritikan==
==Kritikan==

Semakan pada 06:08, 27 April 2021

Duyung
PengarahProf Madya A. Razak Mohaideen
PenulisAzhari Zain
Dihasilkan olehA. Latiff Mohaideen
Norman Abdul Halim
Ahmad Puad Onah (penerbit eksekutif)
DibintangiSaiful Apek
Maya Karin
Yassin Yahya
Yasmin Hani
Awie
Diedarkan olehGrand Brilliance
Tarikh tayangan
6 Mac 2008
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM1.5 Juta[1]
Pecah panggungRM4.679

Duyung merupakan sebuah filem cereka fantasi. Filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang telah ditayangkan di pawagam pada 6 Mac 2008.[2] Filem ini diarahkan oleh A. Razak Mohaideen dan diterbitkan oleh KRU Films dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Line Clear Motion Pictures. Ia membintangkan Saiful Apek sebagai seorang insan berhati mulia yang berkawan dengan seekor ikan duyung yang dilakonkan oleh Maya Karin.

Sinopsis

Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan Orix spesis "big foot". Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan, Jimmy menaruh hati terhadap Aspalela anak kepada Tok Mudim kampung, begitu juga Aspalela.

Pada suatu hari, Jimmy ke rumah Tok Mudim untuk meminang Aspalela tetapi ditentang habis-habisan sehingga Tok Mudim macabar Jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan, dia dapat membuat tanahya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaanya mungkin Aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas Jimmy mempunyai tanahnya sendiri Wak Pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang paling berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan Aspalela. Kordi juga benci akan Jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin benggang dengan Jimmy menghalau Jimmy dan menyuruh berkahwin dengan ikan duyung sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.

Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatanya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung.[3]

Plot

Templat:Spoiler Cerita ini pengembaran di pantai timur Sabah. Jimmy (Saiful Apek) adalah seorang lelaki muda yang menghabiskan hari pembersihan sampah di kampung laut, supaya dia hidup. Dia enggan melakukan apa-apa kerja selain daripada menjaga alam sekitar, yang menjadikan dia orang buangan dan ketawa saham antara penduduk. Kawan baiknya ialah Orix (Yassin Yahya).

Jimmy mahu berkahwin dengan kekasihnya, Aspalela (Yasmin Hani), yang kembali perasaannya. Dia bertanya bapa Aspalela, Wan Pagek, untuk Aspalela dalam perkahwinan, tetapi Wan Pagek mengisytiharkan bahawa dia perlu mempunyai tanah sendiri sebelum dia boleh mengahwininya. Jimmy membina pulau terapung daripada sampah dibuang, di mana beliau membina sebuah pondok kecil. Ini amuses Wan Pagek dan jahat di Kordi (Awie), satu lagi lelaki yang mahu berkahwin dengan Aspalela.

Satu malam, Jimmy akan dibangunkan oleh ikan duyung yang bernama Puteri (Maya Karin). Dia menjelaskan bahawa dia telah menonton Jimmy untuk beberapa waktu, dan untuk menunjukkan penghargaan terhadap usaha Jimmy membersihkan kampung, dia telah membantu mengukuhkan pulau terapung itu. Jimmy menawarkan untuk seluruh kampung bahawa dia telah bertemu dengan ikan duyung, tetapi apabila Puteri enggan permukaan apabila dipanggil, Jimmy diisytiharkan pembohong gila dan berlepas diri oleh ayahnya.

Apabila Puteri kembali untuk melawat Jimmy, dia mengingatkan beliau bahawa persahabatan mereka sepatutnya menjadi rahsia. Dia membawa Jimmy ke rumahnya di dalam gua bawah air, yang dipenuhi dengan khazanah lanun. Puteri menjelaskan bahawa dia adalah sunyi, dan telah membangunkan perasaan untuk Jimmy. Walau bagaimanapun, Jimmy menjelaskan bahawa dia akan bercinta dengan Aspalela, tetapi dia tidak boleh berkahwin dengan dia kerana dia tidak mempunyai wang. Puteri menawarkan untuk memberi harta kepadanya, tetapi dia menolak. Selepas Jimmy kembali ke pulau terapung, dia bangun pada keesokan harinya dan mendapati bahawa Puteri telah meninggalkan dua kotak harta untuknya. Jimmy pakai baju kekayaan baru dan memperoleh nikmat semua penduduk kampung dan bapa Aspalela ini.

Kordi yang mencurigakan yang bernasib baik Jimmy dan pergi ke pulau, di mana beliau menangkap Puteri. Dia meletakkan Puteri di dalam sangkar dan membayar wang penduduk kampung untuk berjumpa dengan Puteri. Bapa Jimmy melihat ikan duyung dan menyedari bahawa anaknya tidak gila dan penipu. Jimmy, Orix, Aspalela, ibu bapa Jimmy dan ibu bapa Aspalela bekerja bersama-sama untuk membebaskan Puteri. Selepas semakin jauh dari Kordi, Puteri ingin Jimmy kebahagiaan dengan Aspalela, dan berenang keluar ke laut.

Dalam epilog menetapkan tiga tahun kemudian, Jimmy dan Aspalela berkahwin, Kordi bekerja untuk mereka, kampung makmur, dan penduduk kampung bekerja untuk Jimmy dalam memantau alam sekitar. Jimmy menjelaskan dengan suara-over bahawa dia telah tidak dilihat Puteri sejak selamat tinggal mereka dan tidak mengharapkan untuk melihat dia pernah lagi. Puteri secara ringkas ditunjukkan secara rahsia di kampung dengan ikan duyung jantan di sisinya. Templat:Endspoiler

Pelakon

Penerbitan

Duyung merupakan filem Malaysia pertama menjalani penggambaran di dasar laut. Hampir 40 peratus babak membabitkan dasar laut dan selebihnya masih lagi tidak lari daripada laut.[5] Penggambaran mengambil masa 25 hari di Pulau Sipadan, Sabah. Maya Karin melakukan semua babak dalam laut tanpa bantuan teknik gandaan stunt.[6]

Syarikat penerbitan, Grand Brilliance Sdn Bhd mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta dengan penayangan di 59 buah panggung seluruh Malaysia, iaitu jumlah yang paling banyak dalam sejarah penayangan filem Melayu.[7] Namun begitu, penerbit filem lain menyifatkan sasaran itu adalah mustahil kerana kebiasaan komedi Saiful Apek dan penampilan CGI yang tidak begitu menarik.[8]

Promosi

Penaja filem ini iaitu DiGi membelanjakan RM1.5 juta bagi tujuan promosi.[7] Pelbagai peraduan bagi mendapatkan tiket Duyung percuma juga diadakan.[9] Treler berdurasi 1 minit dalam Bahasa Melayu dan Inggeris diedarkan di samping klip promosi berdurasi 30 dan 10 saat juga dalam Bahasa Melayu dan Inggeris telah ditayangkan di televisyen.[10]

Sambutan

Sungguhpun ditayangkan melalui hari pilihanraya yang dikhuatiri membantutkan kunjungan ke pawagam, namun dalam tempoh minggu pertama tayangan, filem Duyung berjaya mengutip RM2.7 juta, berada tempat kedua carta filem terlaris mingguan di pawagam Malaysia pada minggu tersebut, hanya mengekori filem 10,000 BC[11]

Kritikan

Walaupun pengarah filem ini, A. Razak Mohaideen mahu keluar daripada kebiasaan filem-filemnya sebelum ini yang mendapat kritikan hebat, filem Duyung dikatakan masih lagi tidak lari daripada tipikal filem pengarahnya. Pembinaan watak dikatakan sangat sinonim dengan filem-filem hindi dan jalan cerita mudah dan komedi ringan masih lagi digunakan.[12]

Runut Bunyi

Kulit album runut bunyi Duyung.

Album runut bunyi filem Duyung telah dilancarkan pada 24 Januari 2008 bersama-sama dengan pelancaran novel Duyung.[13] Album ini menampilkan 10 lagu runut bunyi.[4]

Senarai Runut Bunyi

  1. Aspalela - Saiful Apek
  2. Hampir Ke Situ - Mendua
  3. Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk - Flava
  4. Bila Terasa Rindu - Dafi
  5. Datanglah Kekasih - Pianka
  6. Teramat Sangat - Aznil Haji Nawawi
  7. Jikalau Aku - Ezlynn
  8. Masih Mencari - X-Factor
  9. Gadis Misteri - Indigo
  10. Yahoo - Duyung & Dugong

Novel Duyung

Kulit buku novel Duyung.

Novel Duyung telah diterbitkan yang mengandungi cerita yang dipetik dari filem Duyung. Ia telah diadaptasi daripada idea asal Azhari Zain oleh Panel Skrip KRU dan Meor Shariman.[14] Novel ini telah dilancarkan pada 24 Januari 2008 dan boleh didapati dengan harga RM14.90.[13]

Rujukan

  1. ^ Itar, A. Aziz (2007-10-26). "Duyung sasar kutipan tiket RM10 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-01-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ (Inggeris) Kamin, Azhariah (2008-01-04). "Home-grown movies". The Star. Dicapai pada 2008-01-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=603
  4. ^ a b (Inggeris) http://duyung.net
  5. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=259
  6. ^ (Inggeris) Johan, Rizal (2007-10-25). "Maya Karin plays a mermaid". The Star. Dicapai pada 2007-10-25. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ a b Berita Harian, Duyung Muncul di 59 Pawagam
  8. ^ Abdullah, Akmal (2008-3-6). "Mampukan Duyung Capai Sasaran Kutip 10j". Berita Harian. Dicapai pada 2008-3-6. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  9. ^ http://digi.com.my/rentaq/apayggempak/duyung/index.do
  10. ^ http://www.youtube.com/user/krustudios
  11. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (2008-03-14). "Demam pilihan raya tidak gugat Duyung". Berita Harian. Dicapai pada 2008-03-15.
  12. ^ Ku Seman Ku Hussain (2008-03-16). "Duyung Kasihannya". Utusan Malaysia.
  13. ^ a b http://www.budiey.com/pelancaran-novel-dan-soundtrack-filem-duyung/
  14. ^ http://farm3.static.flickr.com/2112/2246732328_f507de487b.jpg

Pautan luar