Zodiak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 46: Baris 46:
| align="left" | [[Aries (astrologi)|Aries]]
| align="left" | [[Aries (astrologi)|Aries]]
| [[Fail:Aries.svg|20px|Aries]]
| [[Fail:Aries.svg|20px|Aries]]
| Hamal
| Hamal<br>حمل
| 20 Mac – 20 April
| 20 Mac – 20 April
| 14 April – 7 Mei
| 14 April – 7 Mei
Baris 56: Baris 56:
| align="left" | [[Taurus (astrologi)|Taurus]]
| align="left" | [[Taurus (astrologi)|Taurus]]
| [[Fail:Taurus.svg|20px|Taurus]]
| [[Fail:Taurus.svg|20px|Taurus]]
| Thaur
| Thaur<br>ثور
| 20 April – 21 Mei
| 20 April – 21 Mei
| 14 Mei – 7 Jun
| 14 Mei – 7 Jun

Semakan pada 01:21, 28 April 2021

Roda zodiak: Mozek abad ke-6 di sebuah rumah ibadat menggabungkan unsur Greek-Byzantine.

Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tanda.

Istilah zodiak diambil dari perkataan Latin zōdiacus, yang digubah daripada perkataan Greek ζωδιακός κύκλος (zōdiakos kuklos), yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini, istilah dan juga nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.

Zodiak sebagai kalendar

Sebuah lukisan abad ke-17 daripada Svetitskhoveli yang menggambarkan Yesus Kristus dalam lingkaran zodiak.

Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.

Tanda-tanda zodiak (astrologi) berserta maksud

Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibahagikan kepada dua belas bahagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan:

  • Aries (): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (): Lembu jantan.
  • Gemini (): Si kembar.
  • Cancer (): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (): Singa.
  • Virgo (): Gadis yang masih dara.
  • Libra (): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (): Kala jengking.
  • Sagittarius (): Centaur si pemanah.
  • Capricorn (): Kambing laut – musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (): Pembawa air.
  • Pisces (): Ikan.

Jadual tarikh zodiak

Simbol-simbol yang digunakan oleh ahli astrologi barat untuk menggambarkan tanda-tanda astrologi.
Tanda-tanda zodiak seperti yang ditunjukkan dalam ukiran kayu pada abad yang ke-16.

Berikut merupakan jadual kesemua dua belas tanda-tanda zodiak (astronomi dan astrologi).

Lambang Buruj
Nama Simbol Nama Lama Melayu/Arab Zodiak Tropika
(2024, UTC)
Zodiak Sidereal
(2024, UTC)[1]
Nama Had IAU[2] Pancaran Solar Bintang tercerah
Aries Aries Hamal
حمل
20 Mac – 20 April 14 April – 7 Mei Aries 19 April – 13 Mei 25 hari Hamal
Taurus Taurus Thaur
ثور
20 April – 21 Mei 14 Mei – 7 Jun Taurus 14 Mei – 19 Jun 37 hari Aldebaran
Gemini Gemini Jauza 21 Mei – 21 Jun 14 Jun – 7 Julai Gemini 20 Jun – 20 Julai 31 hari Pollux
Cancer Cancer Sartan 21 Jun – 22 July 14 July – 6 Ogos Cancer 21 Julai – 9 Ogos 20 hari Al Tarf
Leo Leo Asad 22 July – 23 Ogos 14 Ogos – 7 September Leo 10 Ogos – 15 September 37 hari Regulus
Virgo Virgo Sumbulat 23 Ogos – 23 September 13 September – 6 Oktober Virgo 16 September – 30 Oktober 45 hari Spica
Libra Libra Mizan 23 September – 23 Oktober 13 Oktober – 7 November Libra 31 Oktober – 22 November 23 hari Zubeneschamali
Scorpio Scorpio Akrab/Kala 23 Oktober – 22 November 13 November – 6 Disember Scorpius 23 November – 29 November 7 hari Antares
Ophiuchus Ophiuchus diabaikan oleh ahli astrologi Ophiuchus 30 November – 17 Disember 18 hari Rasalhague
Sagittarius Sagittarius Kaus 22 November – 22 Disember 13 Disember – 6 Januari Sagittarius 18 Disember – 18 Januari 32 hari Kaus Australis
Capricorn Capricornus Jadi 22 Disember – 20 Januari 13 Januari – 8 Februari Capricornus 19 Januari – 15 Februari 28 hari Deneb Algedi
Aquarius Aquarius Dalwu 20 Januari – 18 Februari 12 Februari – 7 Mac Aquarius 16 Februari – 11 Mac 24 hari Sadalsuud
Pisces Pisces Hut 18 Februari – 20 Mac 15 Mac – 8 April Pisces 12 Mac – 18 April 38 hari Eta Piscium

Dalam jangka panjang, jika Kalendar Gregory tidak diubahsuai, maka ekuinoks akan dipindahkan ke tarikh yang sebelumnya.

Rujukan

  1. ^ Nilai yang digunakan boleh berubah, tetapi selalunya menghampiri 24°.
  2. ^ The Real Constellations of the Zodiac. Dr. Lee T. Shapiro, director of Morehead Planetarium University of North Carolina (Spring 1977)

Pautan luar