Rebab: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 1: Baris 1:
[[Fail:Turkey.Konya027.jpg|thumb|Rebab dipamerkan di makam [[Jalaluddin Muhammad Rumi|Maulana Rumi]], [[Konya]], Turki]]
[[Fail:Turkey.Konya027.jpg|thumb|Rebab dipamerkan di makam [[Jalaluddin Muhammad Rumi|Maulana Rumi]], [[Konya]], Turki]]
'''Rebab''' ({{Lang-ar|رُّبابَة|translit=rubābah}}) merupakan sejenis [[alat muzik bertali]] yang berasal dari [[Afghanistan]]. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga [[kecapi]].
'''Rebab'''; [[Jawi]]: '''ربب''', ({{Lang-ar|رُّبابَة|translit=rubābah}}) merupakan sejenis [[alat muzik bertali]] yang berasal dari [[Afghanistan]]. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga [[kecapi]].


Alat ini tersebar ke banyak kawasan [[dunia Islam]] melalui perdagangan sejauh [[tanah Arab]], [[Turki]] sehinggakan sejauh kepulauan [[Nusantara]] di [[Asia Tenggara]].
Alat ini tersebar ke banyak kawasan [[dunia Islam]] melalui perdagangan sejauh [[tanah Arab]], [[Turki]] sehinggakan sejauh kepulauan [[Nusantara]] di [[Asia Tenggara]].

Semakan pada 16:33, 28 April 2021

Rebab dipamerkan di makam Maulana Rumi, Konya, Turki

Rebab; Jawi: ربب, (Arab: رُّبابَة, rumi: rubābah) merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga kecapi.

Alat ini tersebar ke banyak kawasan dunia Islam melalui perdagangan sejauh tanah Arab, Turki sehinggakan sejauh kepulauan Nusantara di Asia Tenggara.

Bentuk

Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Suatu usut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri badan alata dipanggil "susu" yang bertindak meredamkan bunyi gesekan dari ternyaring lanjut kuat.[1] Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya.

Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya.

Busurnya dibuat dari kayu dan melengkung sedikit. Tali penggesek dibuat urat daripada selapuk balutan mayang kelapa, serat batang pisang mahupun ekor kuda namun tali tangsi lebih digunakan kini.[1]

Cara bermain

Rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai. Rebab digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai-bagai pic.

Kelaziman

Alat ini dimainkan dalam kalangan masyarakat Badwi serata Semenanjung Arab.[2]

Dalam masyarakat Melayu

Mainan gesekan alat ini mengiringi Mak Yong di pantai timur Malaysia terutamanya dalam lagu-lagu yang berperanan simbolik di mana "tanpa makyung, rebab tak boleh berdiri dengan sendirinya dan begitulah juga sebaliknya".[1]

Rebab digunakan dalam ritual penyembuhan Main Puteri di Kelantan dan Terengganu untuk situasi penyakit yang diyakini tidak dapat disembuhkan doktor-doktor biasa.

Dalam masyarakat Minangkabau

Alat ini memainkan tumpuan utama dalam seni bercerita diamalkan masyarakat Minangkabau Pesisir Selatan iaitu "Rabab Pasisia Selatan". Kisah-kisah yang beriringan dengan gesekan rabab ini atau adakalanya dengan pukulan rabano disampaikan dalam gaya sijobang menceritakan nasib para lelaki merantau ke tanah-tanah jauh sepertimana yang lazim dalam budaya ini.[3] Rabab Pasisia ini amatlah terkenal dan sering dipersembahkan di pasar-pasar, majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan, malah disiarkan di radio mahupun dirakam dalam bentuk kaset-kaset yang terjual laris.[3] Namun, seni ini kurang dipedulikan apatah lagi mahu diteruskan generasi muda.[4]

Dalam budaya-budaya Nusantara lain

Ia dimainkan dalam barisan alat gamelan di mana adanya dua jenis berbeza yang dimainkan secara berasingan: satu untuk pelog dan satu untuk slendro.

Rujukan

  1. ^ a b c Fahmi Faiz (3 Januari 2021). "Rebab alat muzik `bersusu' yang mistik". Utusan Malaysia.
  2. ^ Music in Mekka The Harmonicon, [Vol. VII, No. 12] (December 1829): 300.
  3. ^ a b Philips, Nigel (2013). "Professional Storytelling in West Sumatera". Dalam MacDonald, Margaret Read (penyunting). Traditional Storytelling Today: An International Sourcebook. Routledge. m/s. 136–137.
  4. ^ Suryadi (12 Mac 2017). "'Rabab Pariaman': Senjakala Sebuah Genre Sastra Lisan Minangkabau". Cagak Utama. Padang Ekspres.