Sultan Johor: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 1: Baris 1:
{{Kotak info monarki
{{Kotak info monarki
| border = provincial
| border = provincial
| royal_title = Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk<br>سلطان يڠ دڤرتوان باڬي نڬري دان ججاهن تعلوق<br>جوهر دارالتعظيم
| royal_title = Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk<br>سلطان دان يڠدڤرتوان باڬي نڬري دان جاجهن تعلوق<br>جوهر دارالتعظيم
| realm = Johor Darul Takzim
| realm = Johor Darul Takzim
| type = other
| type = other

Semakan pada 17:40, 3 Mei 2021

Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk
سلطان دان يڠدڤرتوان باڬي نڬري دان جاجهن تعلوق
جوهر دارالتعظيم Johor Darul Takzim
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Fail:SULTAN IBRAHIM ISMAIL.JPG
Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
sejak 23 Januari 2010
kemahkotaan 23 Mac 2015
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Raja pertamaSultan Alauddin Riayat Shah II
Pembentukan1528; 496 tahun yang lalu (1528)
PersemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru
Laman sesawangkemahkotaan.johor.gov.my

Sultan Johor (Jawi: "سلطان جوهر") ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Pada zaman lampau, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati seorang bendahara. Pada masa ini peranan Bendahara diambil alih oleh Menteri Besar.

Gelaran rasmi bagi Sultan Johor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim" (Jawi: سلطان دان يڠ دڤرتوان باڬي نڬري دان ججهن تعلوق جوهر دارالتعظيم)

Peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan ڤرونتوكن اوندڠ-اوندڠ توبوه كراجأن

Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, istilah raja digunakan untuk merujuk kepada pemerintah Kerajaan Negeri Johor, segala jajahan dan daerah takluknya.[1]

Sultan Johor yang dilantik haruslah dari kalangan berbangsa Melayu dan berdarah raja iaitu berasal dari keturunan pemerintah Johor kini (Dinasti Temenggung) serta beragama Islam. Hal ini juga turut digunapakai untuk pewaris takhta Kesultanan Johor.

Pewarisan Takhta ڤواريثن تخت

Dengan tergubalnya Undang-undang Tubuh Kerajaan tersebut, raja yang dilantik haruslah dari kalangan zuriat Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim. Undang-undang turut menegaskan bahawa perlantikan orang lain selain dari keturunan zuriat Sultan Abu Bakar adalah tidak sah jika masih terdapat zuriat Sultan yang sah dan layak menjadi Sultan. Hal ini diberi pengecualian jika keturunan yang masih ada tidak layak kerana kecacatan besar (gila, buta, bisu) atau mempunyai sifat keji mengikut pandangan hukum syarak.[2]

Undang-undang turut menjelaskan sekiranya tiada langsung zuriat keturunan Sultan Abu Bakar yang layak dilantik oleh raja, maka raja hendaklah dilantik dari keturunan Temenggung Ibrahim itu dari keturunan adik-beradik Sultan Abu Bakar. Jika tiada juga yang layak dari kalangan tersebut, raja hendaklah dilantik dari kalangan keturunan zuriat Temenggung Abdul Rahman daripada keturunan adik-beradik Temenggung Ibrahim. Setiap keturunan itu pula harus dibuktikan mempunyai hubungan darah yang sah dan halal dengan raja-raja tersebut.[3]

Jika tiada juga sebarang orang yang layak untuk dilantik menjadi raja dari kalangan keturunan Sultan Abu Bakar, Temenggung Ibrahim dan juga Temenggung Abdul Rahman, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor memberi tanggungjawab kepada ahli Mesyuarat Kerajaan dan Jumaah Majlis Diraja Johor utuk membuat perlantikan dari kalangan orang biasa yang bukan berdarah raja. Raja yang baharu yang hendak dilantik tersebut haruslah seorang lelaki beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat negeri Johor, cukup umur, individu yang merdeka dan bukan dari kalangan hamba, mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik, serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas yang pandai menulis dan membaca.[4]

Lazimnya, sebelum seseorang raja itu mangkat, raja tersebut akan menetapkan penggantinya dahulu. Maka, mengikut Undang-undang Tubuh, orang yang paling layak ditetapkan sebagai pengganti Sultan Johor ialah waris iaitu anak lelaki yang paling tua umurnya.[5] Dia secara rasminya hendaklah digelar sebagai "Tunku Mahkota Johor" dan gelaran ini hanya boleh ada seorang sahaja pada satu-satu masa dan tidak boleh dikongsi atau digunakan oleh anak-anak raja yang lain yang bukan bakal pengganti raja.[6] Walau bagaimanapun, Sultan Johor berhak melantik penggantinya iaitu Tunku Mahkota Johor dari kalangan anak-anak lelaki yang lain yang tidak semestinya paling tua sekiranya dirasakan anak lelaki yang paling tua itu tidak layak mengikut undang-undang.

Jika seseorang pengganti raja itu menaiki takhta apabila raja sebelumnya mangkat dan pengganti itu masih belum berumur 21 tahun (mengikut kalendar Islam), hendaklah Jumaah Majlis Diraja mengadakan seorang pemangku dari kalangan menteri kerajaan yang tidak kira sama ada berdarah raja atau tidak. Tanggungjawab pemangku tersebut akan bertanggungjawab terhadap semua tingkah laku dan perbuatan raja yang belum cukup umur itu. Andainya raja yang belum cukup umur atau pemangku itu sendiri melakukan perkara yang bercanggah dengan undang-undang, pemangku tersebut boleh dipecat dan digantikan.[7]

Senarai Sultan Johor سناراي سلطان جوهر

Wangsa Warisan Kesultanan Melaka وڠسا واريثن كسلطانن ملاك

Wangsa ini berasal daripada keturunan Sultan Melaka yang pertama sehingga jatuhnya Melaka di tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah II melarikan diri ke Kampar bersama anaknya dan mangkat di sana. Anaknya Tun Mudzafar ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dengan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Mudzafar Shah manakala anaknya yang lain iaitu Raja Ali mengasaskan Kesultanan Melayu Johor yang dinisbahkan kepada keturunan Sultan Melaka. Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Baginda juga membina Kota Sayong (1535- 1540 M) sebelum berpindah ke Kota Batu (Johor Lama) pada tahun 1540 M.

Senarai Sultan Wangsa Warisan Kesultanan Melaka سناراي سلطان وڠسا واريثن كسلطانن ملاك

  1. Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) - (1528 - 1564)
  2. Sultan Muzaffar Shah II - (1564 - 1579)
  3. Sultan Abdul Jalil Shah I - (1579 - 1580)
  4. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) - (1581 - 1597)
  5. Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) - (1597 - 1615)
  6. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Bongsu) - (1615 - 1623)
  7. Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) - (1623 - 1677)
  8. Sultan Ibrahim Shah, Johor - (1677 - 1685)
  9. Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) - (1685 - 1699)


Wangsa Bendahara Johor وڠسا بنداهارا جوهر

Wangsa ini berasal dari keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu anak kepada Tun Muhammad Ali bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus. Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus ialah keturunan daripada pedagang Arab yang berasal dari Hadramaut yang berkahwin dengan Tok Mengkudu binti Tun Jenal, cucunda kepada Tun Sri Lanang. Adik beradik kepada Tun Abdul Majid iaitu Tun Muhammad mempunyai seorang anakanda yang bernama Laksamana Tun Abdul Jamil yang merupakan bapa kepada isteri Sultan Ibrahim Shah - sultan Johor wangsa Sultan Melaka serta Tun Sayyid Jaafar yang melahirkan keturunan Temenggung Muar. Anak kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu Tun Abdul Jalil mengambil alih tampuk kekuasaan sebagai sultan kerana Sultan Mahmud Shah II dikatakan mangkat tanpa meninggalkan waris. Sesuai dengan peranan bendahara iaitu bertanggungjawab bagi pewarisan diraja sekiranya sultan mangkat tanpa waris.

  1. Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) - (1699 - 1720)


Wangsa Warisan Kesultanan Melaka (keturunan)

Muncul seorang yang mengaku dirinya sebagai zuriat Sultan Mahmud Shah II iaitu Raja Kechil. Beliau bertindak mengambil takhta daripada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu menjadi sultan Johor. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV pula diturunkan takhta dan masih dijadikan sebagai bendahara Johor. Namun, cubaan untuk mengambil semula takhta tetap ada namun melarikan diri ke Pahang bersama adindanya Tun Zainal Abidin - pengasas kesultanan Terengganu. Namun, Sultan Abdul Jalil Shah IV mangkat di Kuala Pahang - terletak beberapa kilometer dari Pekan, Pahang.

10. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) - (1718 - 1722)


Wangsa Bendahara Johor (keturunan)

Cubaan untuk menuntut takhta masih berlarutan sehingga sampai kepada anakanda Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, Tun Sulaiman yang akhirnya meminta bantuan kepada Bugis Lima Bersaudara. Tun Sulaiman dan pakatan Bugis itu berjaya menghalau Raja Kechil ke Siak. Tun Sulaiman akhirnya ditabalkan sebagai sultan Johor manakala salah seorang daripada Bugis Lima Bersaudara, Tun Merewah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Riau.

2. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah - (1722 - 1760)

3. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah - (1760 - 1761)

4. Sultan Ahmad Riayat Shah - (1761 - 1761)

5. Sultan Mahmud Shah III - (1761 - 1812)

6. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah - (1812 - 1819)

7. Sultan Hussain Shah (Tengku Long) - (1819 - 1835)

8. Sultan Ali Iskandar Shah - (1835 - 1877)

Wangsa Temenggung وڠسا تمڠڬوڠ

Wangsa ini berasal daripada keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid melalui cucundanya iaitu Bendahara Tun Abbas anakanda kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan juga kakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Anakanda Tun Abbas iaitu Temenggung Tun Abdul Jamil berkahwin dengan puteri Daeng Perani iaitu Daeng Maimunah maka lahirlah Temenggung Daeng Abdul Hamid. Penggunaan gelaran 'daeng' tersebut diambil daripada ibunya. Mereka menggunakan gelaran tersebut untuk lebih berpengaruh. Mereka tidak memakai gelaran Tun yang diwarisi daripada keturunan bapanya sehingga kita menyangka mereka keturunan Bugis secara mutlak sebelah lelaki. Daripada ketunan inilah lahirnya sultan Johor dinasti Temenggung.

Nama Gambar Keputeraan Perkahwinan Kemangkatan Pewaris Takhta
Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Abdul Rahman
10 Mac 1855 –
31 Januari 1862
(1810-12-08)8 Disember 1810
Pulau Bulang, Kepulauan Riau
anak lelaki kepada Temenggung Abdul Rahman dan Inche Yah
(1) Cik' Ngah
sebelum 1832
(2) Engku Long Muda
(3) Tengku Andak
sebelum 1841
7 orang putera dan 5 orang puteri
31 Januari 1862(1862-01-31) (umur 51)
Teluk Blangah, Singapura
Temenggung Sri Maharaja Wan Abu Bakar

Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.

Sultan Johor Moden (keturunan Wangsa Temenggung)

Nama Gambar Keputeraan Perkahwinan Kemangkatan Pewaris Takhta
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
13 Februari 1886 –
4 Jun 1895
(1833-02-03)3 Februari 1833
Teluk Blangah, Singapura
anak lelaki kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Cik' Ngah
(1) Wan Chik binti Muhammad Tahir
Pahang
Jun 1858
(2) Zubaidah binti Abdullah
1870
(3) Fatimah binti Abdullah
Singapura
Disember 1885
(4) Khadijah Khanum
Istanbul, Turki
22 September 1893
1 orang putera dan 4 orang puteri
4 Jun 1895(1895-06-04) (umur 62)
South Kensington, London
Tunku Ibrahim Iskandar
Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
4 Jun 1895 –
8 Mei 1959
(1873-09-17)17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura
anak lelaki kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Zubaidah binti Abdullah
(1) Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abd Majid
Istana Tyersall, Singapura
5 Oktober 1892
(2) Sultanah Rogayah
1897
(3) Che Puan Hasana binti Dato' Ja'afar
(4) Ungku Intan binti Ungku Ahmad
1926
(5) Helen Bartholomew Wilson
Woking, Surrey
15 Oktober 1930
(6) Marcella Mendi
London
6 November 1940
4 orang putera dan 1 orang puteri
8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85)
Grosvenor House, London
Tunku Ismail
Kolonel Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
8 Mei 1959 –
10 Mei 1981
Fail:IsmailAl-KhalidiJohor.jpg (1894-10-28)28 Oktober 1894
Istana Semayam, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar dan Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid
(1) Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Johor Bahru
30 Ogos 1920
(2) Sultanah Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad
13 November 1977
4 orang putera dan 3 orang puteri
10 Mei 1981(1981-05-10) (umur 86)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Tunku Mahmud Iskandar
Brigedier Jeneral Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Kolonel Sultan Sir Ismail Al-Khalidi
11 Mei 1981 –
22 Januari 2010
(1932-04-08)8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
(1) Josephine Ruby Trevorrow
Istana Bukit Stulang, Johor Bahru
5 Januari 1956
(2) Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Kuala Lumpur
20 Ogos 1961
2 orang putera dan 8 orang puteri
22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru
Tunku Ibrahim Ismail
Brigedier Jeneral Sultan Ibrahim Ismail ibni Brigedier Jeneral Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
23 Januari 2010 –
kini
Fail:SULTAN IBRAHIM ISMAIL.JPG (1958-11-22) 22 November 1958 (umur 65)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan Josephine Ruby Trevorrow
Raja Zarith Sofiah
Kuala Kangsar, Perak
19 September 1982
5 orang putera dan 1 orang puteri
masih hidup Tunku Ismail Idris

Sistem perwarisan Kesultanan Johor سيستم ڤرواريثن كسلطانن جوهر

Gelaran Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Usia Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar (1984-06-30)30 Jun 1984 Johor 39 tahun, 8 bulan dan 27 hari N/A 24 Oktober 2014 Yang Mulia Che Puan Khaleedah Bustaman Sultan Iskandar & Enche’ Besar Hajah Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail Al-Khalidi & Sultanah Ungku Tun Aminah Binti Ungku Ahmad
Tunku Aris Bendahara Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
(Adinda tiri Sultan Ibrahim)
(1970-07-20)20 Julai 1970 Johor 53 tahun, 8 bulan dan 8 hari N/A 2006 Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf N/A Sultan Ismail Al-Khalidi & Sultanah Ungku Tun Aminah Binti Ungku Ahmad Sultan Ibrahim Al-Masyhur & Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid
Raja Muda Johor Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail Idris (2017-10-14)14 Oktober 2017 Johor 6 tahun, 5 bulan dan 14 hari N/A N/A N/A Sultan Ibrahim Ismail & Raja Zarith Sofiah Sultan Iskandar & Enche’ Besar Hajah Kalsom binti Abdullah
Tunku Temenggung Johor Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail (1987-12-25)25 Disember 1987 Johor 36 tahun, 3 bulan dan 3 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Hajah Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail Al-Khalidi & Sultanah Ungku Tun Aminah Binti Ungku Ahmad
Tunku Laksamana Johor kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong
Tunku Panglima Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (1993-02-05)5 Februari 1993 Johor 31 tahun, 1 bulan dan 23 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Hajah Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail Al-Khalidi & Sultanah Ungku Tun Aminah Binti Ungku Ahmad
Tunku Putera Johor Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Ibrahim (2001-05-30)30 Mei 2001 Johor 22 tahun, 9 bulan dan 27 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Hajah Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail Al-Khalidi & Sultanah Ungku Tun Aminah Binti Ungku Ahmad

Rujukan رجوكن

  1. ^ "Makna Bagi Perkataan-perkataan", Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  2. ^ Fasal 3, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  3. ^ Fasal 4, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  4. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  5. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  6. ^ Fasal 7, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  7. ^ Fasal 10, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895