Masa (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Artaga55 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MASSA fan (bincang | sumb.)
→‎Anggota kumpulan: Tambah kandungan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 54: Baris 54:
==Anggota kumpulan==
==Anggota kumpulan==


* Zul - Vokal (meninggal dunia)
* Zulkifli M.Amin [lahir 5.5.1964] - Vokal (meninggal dunia)
* Lan - Gitar Utama (meninggal dunia)
* Roslan Abdul Karim [lahir 6.7.1966] - Gitar Utama (meninggal dunia)
* Mazwan - Gitar Kedua
* Mazuan [lahir 21.10.1971]- Gitar Kedua
* Madi - Bass (meninggal dunia)
* Hasmadi Abdul Hamid [lahir 3.8.1964]- Bass (meninggal dunia)
* Shaiful - Dram
* Shaiful Bahari Hamzah [lahir 6.4.1969]- Dram


====Anggota kumpulan baru====
====Anggota kumpulan baru====

Semakan pada 20:57, 8 Mei 2021

MASA
Juga dikenali sebagai
Scarecrow
Berasal dariKuantan, Pahang Pahang
Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1993
Syarikat rakaman
Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI)
Pengkarya berkait
Awang BPR
AhliZack - Vokal
Shaiful Bahari - Dram

Syukri @ Toyee - Lead/Rythm Azirudin - Rythm/Lead

Khairuddin - Basist
Bekas ahliZul - Vokal (meninggal dunia)
Lan - Gitar Utama (meninggal dunia)
Madi - Bass (meninggal dunia)
Mazwan - Gitar Kedua

Kumpulan Masa atau dahulunya dikenali sebagai Scarecrow merupakan sebuah kumpulan rock yang berasal dari negeri Pahang .Kumpulan ini pernah aktif dalam arena muzik rock Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan ini terkenal menerusi lagu Amanda Gadisku, Patahnya Sayap Malam dan Persandingan Abadi.

Sejarah

Pada tahun 1986, lima pemuzik muda dari Taman Sepakat, Kuantan, Pahang membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik secara serius. Maka tertubuhlah sebuah kumpulan muzik yang diberi nama Scarecrow.Pada asalnya,kumpulan ini hanya aktif dalam persembahan majilis perkahwinan dan pesta keramaian sahaja.Selalunya,tempat mereka jaming tidak tidak jauh dari kediaman mereka semua.Kumpulan ini juga turut menjadikan beberapa band rock luar negara seperti,Loundnees,Whitesnake,dan Mr.Big sebagai "idola"untuk mereka.

Pada Tahun 1988, Atas kata-kata semangat oleh rakan-rakan serta kerja keras yang dilakukan,Kumpulan ini memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Akhir Muzik Tenggara yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang.Atas kejayaan itu,Kumpulan ini telah ditawarkan kontrak oleh sebuah syarikat rakaman iatu Perdana Muzikal Industri Sdn.Bhd (PMI).

Namun disebalik kejayaan kumpulan ini,ada satu syarat yang perlu dipatuhi oleh kumpulan ini sebelum memasuki arena muzik Malaysia. Polisi RTM pada lewat 80-an tidak menggalakkan nama band yang agak kebaratan. Akhirnya,Mereka semua perlu akur dengan kehendak RTM dan kemudiannya menukar nama kumpulan kepada Masa.

Di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI), Masa Scarecrow menghasilkan tiga buah album. Ketiga-tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.

Album kedua Kumpulan Masa, Doktrin Doktrin Metos(1990)yang memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam berjaya membawa kumpulan ini ke peringkat akhir Juara Lagu 1991 di PWTC Kuala Lumpur.Lagu Patahnya Sayap Malam ciptaan Awang Awang BPR dan liriknya ditulis oleh AinulJamal

Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul (vokalis), Lan (gitar utama), Mazwan (gitar kedua), Madi (bass) dan Shaiful (dram).

Seperti beberapa kumpulan rock Malaysia yang lain,Kumpulan Masa sangat bertuah.Ini kerana,dari segi pakaian mereka ditaja oleh King Leather & Lee.Dari segi cover album dan poster kumpulan ini pula ditaja oleh Kingsway

Selain Kumpulan blackrose ,Kumpulan Masa juga turut digilai oleh ramai gadis kerana wajah tampan yang di miliki oleh semua ahli kumpulan ini.Ramai peminat Kumpulan ini sering mengutuskan surat untuk dijadikan abang & adik angkat.Tidak Kurang daripada itu,peminat mereka juga selalu "post" kan tedy bear,souvenier,dan aksesori-aksesori.Malah ada peminat yang menghadiahkan cincin belah rotan kepada bekas pemain drum kumpulan ini iatu Shaiful.Dari segi persembahan(show) yang diadakan olehKumpulan ini juga tidak kurang hebatnya,ini boleh dilihat pada konsert yang pernah diadakan oleh mereka di Singapura

Pada waktu itu konsert mereka seakan-akan sama dengan konsert-konsert yang diadakan oleh band-band terkenal barat.Ini semua diceritakan kembali oleh Shaiful sendiri sewaktu mengibau "zaman kegemilangan"mereka.

Namun,karier kumpulan ini mula terumbang ambing,apabila syarikat rakaman mereka, Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd " gulung tikar"pada tahun 1993.Pada waktu itu,Kumpulan Masa berada dalam keadaan "gantung tak bertali".Mereka juga ada menghubungi Syarikat PMI,namun mereka menemui "jalan mati".Pada masa yang sama,mereka juga risau,jika mereka mengikat kontrak dengan syarikat rakaman yang lain,Pihak PMI akan mengambil tindakan.Akhirnya,Kumpulan Masa mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair. Pada waktu itu,banyak media menyatakan bahawa Kumpulan Masa telah berpecah.Sebenarnya,Kumpulan Masa tidak pernah berpecah.

Tahun demi tahun berlalu, dan kini hanya Shaiful yang masih aktif di bidang muzik. Beliau bermain dram untuk band RoadBlock (Kuantan) dan juga diiktiraf oleh penganjur-penganjur pertunjukan pentas sebagai first-call sessionist. Tambahan pula, terdapat 4 anggota baharu dalam kumpulan tersebut, Zack (vokal), Syukri @ Toyee(Adik kepada Madi,bassist asal Masa (lead), Azirudin (lead) dan Khairuddin (basist).

Anggota kumpulan

  • Zulkifli M.Amin [lahir 5.5.1964] - Vokal (meninggal dunia)
  • Roslan Abdul Karim [lahir 6.7.1966] - Gitar Utama (meninggal dunia)
  • Mazuan [lahir 21.10.1971]- Gitar Kedua
  • Hasmadi Abdul Hamid [lahir 3.8.1964]- Bass (meninggal dunia)
  • Shaiful Bahari Hamzah [lahir 6.4.1969]- Dram

Anggota kumpulan baru

  • Zack - Vokal
  • Syukri - Lead
  • Azirudin - Lead
  • Khairuddin - Basist

Diskografi

Album studio

Tahun Judul Jualan
1989 Masa
  • Penerbit album : Siso
  • Dikeluarkan : 1989
  • Label : Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI)
1990 Doktrin Metos
  • Penerbit album : Usop
  • Dikeluarkan : 1990
  • Label : PMI
Jualan Melebihi 100,000 unit
1992 Masa III
  • Penerbit album : Usop
  • Dikeluarkan : 1992
  • Label : PMI

Trivia

  • Lagu Patahnya Sayap Malam ciptaan Awang BPR berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1991. Lagu ini masih lagi diminati sehingga hari ini.
  • Sewaktu giliran Kumpulan Masa untuk mengadakan persembahan pada malam AJL 91,secara tiba-tiba,masalah yang dialami sewaktu rehearsel berulang lagi apabila pedal dram tiba-tiba tercabut dan gitar pula tidak boleh berfungsi.Pada masa yang sama,vokalis Kumpulan Masa,Arwah Zul demam,dan terpaksa menjayakan persembahan itu dengan keadaan yang tidak selesa.
  • Album kedua Kumpulan Masa,Doktrin Metos(1990) yang memuatkan Lagu Patahnya Sayap Malam dan 9 lagu yang lain mencatatkan jualan yang cukup hangat apabila terjual melebihi 100,000 unit di pasaran.Walaupun jualan album Doktrin Doktrin Metos sangat membangakan,namun Kumpulan Masa tidak pernah mendapat Anugerah Gold Disc dan tidak mendapat bayaran royalti 100% yang penuh.
  • Berbanding kumpulan rock lain yang seangkatan dengan mereka, kumpulan ini hanya tinggal nama memandangkan dua anggotanya iaitu Zul (vokalis) dan Roslan (gitaris) telah pun meninggal dunia dalam dua tragedi yang berasingan.
  • Pada 2 Ogos 2020,bekas pemain bass Kumpulan Masa,Madi disahkan telah meninggal dunia pada jam 6:15 petang di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,Pahang selepas sekian lama mengalami pelbagai komplikasi penyakit

Rujukan