Iman Troye: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23: Baris 23:


==Kerjaya==
==Kerjaya==
Iman Troye memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian muslimah tempatan, Leeyanarahman.<ref name="Fakta Menarik Mengenai Iman Troye">{{cite web|url=https://iluminasi.com/bm/biodata-penyanyi-iman-alyssa-sahabudin.html|title=Biodata Penyanyi Iman Troye (Imantroye)|date=22 Oktober 2020|publisher=iluminasi.com|accessdate=22 Oktober 2020}}</ref> Selain itu, beliau juga memuat naik nyanyian lagu sadurannya di media sosial.<ref name="Fakta Menarik Mengenai Iman Troye"/> Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai '[[Nabila Razali]] 2.0' kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila.<ref>{{cite web|url=https://www.mstar.com.my/video/2020/10/30/iman-troye-dilabel-nabila-razali-20-ada-juga-kata-seiras-emma-maembong---lainlah-dia-lagi-cantik|title=Iman Troye dilabel Nabila Razali 2.0, ada juga kata seiras Emma Maembong! - “Lainlah... dia lagi cantik”|author=Qarami Hashim|publisher=[[mStar Online]]|date=30 Oktober 2020|access-date=30 Oktober 2020}}</ref> Beliau juga ialah salah seorang daripada peserta ''[[I Can See Your Voice Malaysia]]'' [[I Can See Your Voice Malaysia (musim 2)| musim kedua]] di [[TV3]].
Iman Troye memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian muslimah tempatan, Leeyanarahman. Selain itu, beliau juga memuat naik nyanyian lagu sadurannya di media sosial. Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai '[[Nabila Razali]] 2.0' kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila. Beliau juga ialah salah seorang daripada peserta ''[[I Can See Your Voice Malaysia]]'' [[I Can See Your Voice Malaysia (musim 2)| musim kedua]] di [[TV3]].


Beliau melancarkan single sulungnya, "[[Teman (lagu)|Teman]]" pada 25 September 2020.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2020/10/634627/iman-troye-tak-sangka|title=Iman Triye tak sangka|author=Georgie Joseph|publisher=[[Harian Metro]]|date=25 Oktober 2020|accessdate=11 Disember 2020}}</ref> Lagunya berjaya mengetepikan lagu "Cute" nyanyian [[Harith Zazman]] bersama MFMF dan Loca B, "[[Penat (lagu Andi Bernadee)|Penat]]" oleh [[Andi Bernadee]] dan lagu duet "Terlanjur Cinta" oleh [[Hael Husaini]] dan penyanyi Indonesia, [[Cakra Khan]] sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.<ref name="Fakta Menarik Mengenai Iman Troye"/><ref name="Semak fakta Iman Troye">{{cite news|url=https://gempak.com/berita-terkini/pernah-baring-atas-pokok-dbkl-kini-jadi-penyanyi-viral-2-juta-semak-fakta-menarik-tentang-iman-troye-42867|title=Pernah baring atas pokok DBKL, kini jadi penyanyi viral 2 juta, semak fakta menarik tentang Iman Troye|author=Amri Hassan|date=20 Oktober 2020|accessdate=11 Disember 2020|publisher=[[Astro Gempak]]}}</ref>
Beliau melancarkan single sulungnya, "[[Teman (lagu)|Teman]]" pada 25 September 2020. Lagunya berjaya mengetepikan lagu "Cute" nyanyian [[Harith Zazman]] bersama MFMF dan Loca B, "[[Penat (lagu Andi Bernadee)|Penat]]" oleh [[Andi Bernadee]] dan lagu duet "Terlanjur Cinta" oleh [[Hael Husaini]] dan penyanyi Indonesia, [[Cakra Khan]] sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.


==Kehidupan peribadi==
==Kehidupan peribadi==

Semakan pada 15:48, 18 Mei 2021

Iman Troye
Kelahiran
Siti Nur Iman Alyssa binti Sahabudin

(2002-12-25) 25 Disember 2002 (umur 21)
PendidikanSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob
(2015 - 2018)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri
(2019)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
(2020-kini)
PekerjaanPenyanyi, model, personaliti media
Tahun aktif2018–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
XO House
Pengkarya berkait
Naim Daniel, Danial Chuer

Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye (lahir 25 Disember 2002) merupakan seorang penyanyi dan personaliti media dan berasal dari Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Aktif dalam bidang nyanyian.

Single sulungnya, "Teman" mempunyai jumlah tontonan di YouTube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3, iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada 2019.

Kerjaya

Iman Troye memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian muslimah tempatan, Leeyanarahman. Selain itu, beliau juga memuat naik nyanyian lagu sadurannya di media sosial. Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai 'Nabila Razali 2.0' kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila. Beliau juga ialah salah seorang daripada peserta I Can See Your Voice Malaysia musim kedua di TV3.

Beliau melancarkan single sulungnya, "Teman" pada 25 September 2020. Lagunya berjaya mengetepikan lagu "Cute" nyanyian Harith Zazman bersama MFMF dan Loca B, "Penat" oleh Andi Bernadee dan lagu duet "Terlanjur Cinta" oleh Hael Husaini dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.

Kehidupan peribadi

Iman Troye merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Beliau mula dikenali dengan nama panggilannya 'Iman Troy' sejak beliau berusia 14 tahun tanpa mempunyai perkataan 'e' di belakangnya. Beliau mempunyai jumlah pengikut di Instagram seramai 985,000 pengikut. Iman mendedahkan dalam satu temuramah bersama Astro Gempak bahawa beliau pernah ditinggalkan kekasih dan bernekad untuk berkahwin apabila usia menginjak 30 tahun.

Beliau pernah menerima kejutan daripada penyanyi idolanya, Sarah Raisuddin yang hadir ke sekolahnya semata-mata untuk memberikan kata-kata semangat sewaktu beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.

Kontroversi

Beliau pernah mencetuskan kontroversi pada Mei 2020 kerana tindakannya berbaring atas pokok di sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah milik Leeyanarahman. Tindakan beliau mengundang kecaman warganet yang menyifatkannya merosakkan harta benda awam, Iman dilaporkan memohon maaf atas tindakannya itu.

Diskografi

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
ERA FM Suria FM JOOX Lagu Bingitz ON-e
2020 "Teman" 15 1 1 1
2021 "Pejam Celik Hari Raya" - - - -

Filemografi

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) Dirinya sendiri/peserta TV3
2020 Gegar Vaganza (musim 7) Sebagai penyanyi undangan dalam pentas akhir bersama Nabil dan Jihan Astro Ria
2021 Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3

Pautan luar