Aliff Syukri Kamarzaman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KepalaBesi (bincang | sumb.)
Kemaskini
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 21: Baris 21:
}}
}}


Yang Hormat '''[[Datuk|Dato' Sri]] Aliff Syukri bin Kamarzaman''', {{small|'''[[Senarai gelaran tertinggi Pahang|SSAP]]'''}}, {{small|'''[[Senarai gelaran tertinggi Pahang|DIMP]]'''}} (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.{{Apa}} Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di [[Sabak Bernam]], [[Selangor]].<ref>[http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-jutawan-produk-terlajak-laris.html Kisah Jutawan Produk Terlajak Laris]</ref><ref>[http://www.deherbs.com.my/v1/index.php/2013-08-22-07-41-26/88-profile/105-latar-belakang Latar Belakang Pengarah Urusan D' Herbs Healthy Sdn. Bhd.]</ref><ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121104/ke_04/Aliff-Syukri-Kumbang-antara-bunga Aliff Syukri Kumbang Antara Bunga]</ref><ref>{{Cite news|url=https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/28/my-hopes-are-dashed-aliff-syukri-comes-to-terms-with-ferrari-fire|title=My hopes are dashed: Aliff Syukri comes to terms with Ferrari fire|last=|first=|date=|newspaper=|access-date=|archive-url=|archive-date=|dead-url=|work=[[The Star (Malaysia)]]|via=}}</ref>
Yang Hormat '''[[Datuk|Dato' Sri]] Aliff Syukri bin Kamarzaman''', {{small|'''[[Senarai gelaran tertinggi Pahang|SSAP]]'''}}, {{small|'''[[Senarai gelaran tertinggi Pahang|DIMP]]'''}} (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di [[Sabak Bernam]], [[Selangor]].


==Kehidupan awal==
==Kehidupan awal==

Semakan pada 15:49, 18 Mei 2021

Yang Hormat Dato' Sri

Aliff Syukri Kamarzaman
اليف شكري بن كمرالزمن

Kelahiran
Aliff Syukri bin Kamarzaman

(1987-04-03) 3 April 1987 (umur 37)
Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
Nama lainDatuk Terlajak Laris
PekerjaanUsahawan, pelakon, penyanyi no. 1 Malaysia
PasanganDatin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid
Anak-anakAmmar Ahyyan
Qadejah El Zahra
Ibraheem Adham
Yusuf Al-Qardawy
Ibu bapaKamaruzaman bin Kamaludin (bapa)
Rozita binti Ibrahim (ibu)

Yang Hormat Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Kerjaya perniagaan

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal dari keluarga yang sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangat untuk berniaga bermula dengan impian beliau untuk hidup senang setelah melihat rakan sekolahnya membawa wang saku sebanyak 50 sen dan beliau hanya ada 20 sen.

Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi. Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan yang dimuatkan dengan jeruk untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, 'bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting'. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Biar Aku Jadi Penunggu Syafiq Sukem TV3 Penampilan kameo
2016 Duda Terlajak Laris Abang Aliff
2017 Tuyul Ke London Astro Warna
My Coffee Prince Pelanggan Astro Ria Penampilan kameo
Upin & Ipin (Musim 11) Dirinya sendiri (suara) TV9 Episod: "Terlajak Laris"

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Ooops! Terlajak Nikah[1] Zahid Astro Citra

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Badang Badrul Hisham / Badang Filem pertama[2]

Diskografi

  • Bobo di Mana
  • Abang Nak Tegur
  • Selawat Dodoi Anakku
  • Agama Kedamaian
  • Cowok Baru
  • Jom Raya
  • Biar Apa Orang Kata
  • Cuba Bahagia

Anugerah

  •  Pahang :
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) - Dato'
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) - Dato' Sri (2017)

Rujukan

  1. ^ "Ooops! Terlajak Nikah". MyInfotaip. Dicapai pada 22 Julai 2017.
  2. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (18 Februari 2018). “Hargai Bakat Saya Bukan Kecam!” - Aliff Syukri mSTAR Online. Diperoleh pada 19 Februari 2018.

Pautan luar